Assalamualaikum...sori lambat update..nah dari Amie..terimalah bonus utk semua..harap puas hati k...kalau rajin tinggalkanlah komen...
PART 7
Pangg...sekali lagi
tamparan dari tangan Danial Iskandar singgah ke pipinya.Tangannya memegang
pipinya yang pijar.Danial Iskandar merapatkan mukanya dekat pada wajah Ain
Syuhada.
“Aku takkan sesekali
lepaskan kau....kalau kau nak bebas, kau cari sendiri”bisik Danial Iskandar di
telinga isterinya itu.Lalu terus melangkah meninggalkan Ain Syuhada sendirian.
“Arrrr....aku benci
kau..”jerit Ain Syuhada geram,habis barang- barang di atas meja di tepisnya
melepaskan geram.Sakit hatinya dengan kata-kata Danial Iskandar.Pantas
tangannya mencapai handbeg melangkah keluar dari pejabatnya.Pekerja-pekerjanya
tergamam melihat situasi itu.
Tanpa mengetahui arah
tujuan kereta di pandu Ain Syuhada terus meluncur laju.Hatinya sakit dengan
sikap Danial Iskandar yang sering menyakiti hatinya.Buat apa ada ikatan jika
hanya membuatkan saling membenci.Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia
toreh-toreh muka Danial Iskandar biar puas rasa hatinya.Harapkan muka sahaja
yang manis tapi hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Akhirnya kereta di
pandu Syuhada membelok masuk ke rumah abangnya,Nasrul.Dia tahu di sini sahaja
hatinya akan tenang dan tiada gangguan dari Iskandar.Namun sangkaannya meleset
bila sahaja terpandang kereta milik Iskandar tersusun elok di dalam garaj.
“Haa.. balik pun
Ada,ingatkan Is je yang balik sini,Rindu tau lama tak jumpa,mentang-mentang dah
ada suami,lupa terus kat akak ye.”ngomel Salmi.Nasrul dan Iskandar hanya
tersenyum melihat rajuk Salmi.Nasrul tahu bertapa rindunya isterinya itu pada
Syuhada.Sering kali Salmi mengadu padanya sunyi tanpa kehadiran Syuhada di
rumah ini.Tapi siapalah dia untuk menghalang kerana tempat isteri adalah di
sisi suami.
Betapa tulusnya hati
Nasrul mempercayai adik ipar segeranya itu.Langsung dia tidak menyedari
kepahitan yang di rasai oleh adiknya itu.Di layan bagaikan sampah oleh suami
sendiri.Dia juga tidak tahu akan hal rumahtangga adiknya itu tidak seprti yang
di fikirknya.Baginya Ain Syuhada amat bertuah mempunyai suami sebaik Danial
Iskandar.
Tanpa pengetahuan Ain
Syuhada setiap minggu Danial Iskandar akan
meluangkan masa bersama abang dan kakak iparnya itu.Kerana itu Abangnya
langsung tidak menghidu masalah mereka.Bagi abangnya Danial Iskandar seorang
adik yang bertanggungjawab walaupun tanpa kehadiran Isterinya dia tetap meluangkan
masa untuk melawat mereka suami isteri.Kerana itu seluruh kepercayaan di
letakkan pada DanialIskandar.
Dan tanpa pengetahuan
mereka juga ada sesuatu yang di rancang oleh Danial Iskandar.Kerana itu dia
kerap mengunjungi keluarga abang iparnya.Dia mahu seluruh kepercayaan lelaki
itu terletak padanya,supaya rancangannya berjalan lancar.Dia harus meraih
kepercayaan penuh dari Nasrul untuk melaksanakan rancangannya.Dalam hatinya
sudah tersenyum lebar kerana kepercayaan suami isteri itu berjaya di raihnya.
“Jemput minum
Is..”pelawa Salmi.Hilang terus angan-angannya tadi bila di tegur
Salmi.Kelihatan Syuhada datang smbil menantang sepinggan kuih karipap menjadi
menu minum petang mereka hari ini.Ain Syuhada melemparkan senyum sinis buat
suaminya.Dia tahu Iskandar sedang merancang sesuatu,dia bukan bodoh untuk
menilai lelaki seperti Danial Iskandar.Dia akan cuba sedaya upayanya mencari
puncanya.Dia tidak akan mengalah hanya kerana Danial Iskandar itu adalah
suaminya.
“Korang tidur sini ke
malam ni?”Tanya Salmi tiba-tiba.Dia sebenarnya mengharapkan adik-adiknya tu
bermalam di rumah mereka.Terasa sunyi tinggal berdua sejak Syuhada berpindah
keluar dari rumah itu.
“Emmm..tak kot kak,lagi
pun ada banyak kerja yang belum siap
lagi.Nanti bila-bila free Ada tidur sini ye.”pujuk Syuhada.Dia tahu kakaknya
itu sunyi,kalau ikutkan hatinya memang dia mahu bermalam di situ.Tapi bila
mengenangkan Iskandar juga akan turut bermalam di situ jika dia bermalam di
situ.Lebih baik dia mengambil jalan selamat.Iskandar menjeling sahaja Syuhada
bila dia menjawab pertanyaan Salmi tadi.Dia tahu Syuhada cuba mengelak dari
bertemunya.
“Alaa..dik bermalam la kat sini dah lama kita tak
sembang sama-sama macam dulu,rindulah.”pujuk Salmi tanpa memahami apa yang
Syuhada rasai.
“Bolehkan Is...tidur
sinilah lagipun pakaiankan semua ada kat sini,selalunya Is ok je tidur sini
kalau Ada takde.”pujuk Salmi pada Iskandar pula.Syuhada yang mendengar hampir
tersembur air yang sedang di minumnya.Selama ini dia langsung tidak mengetahui
bahawa Iskandar selalu bermalam di rumah keluarganya.Iskandar dan abangnya
hanya tersenyum melihat telatah Syuhada yang hamper tersembur.
“Ishh..adik ni minumlah
elok-elok,dah jadi isteri orang pun perangai tetap sama.”bebel Salmi.
“Emm...emm..”Syuhada
membetulkan suaranya.
“Alaa akak ni buat ape
nak berubah,adik akak ni tetap macam ni takdenya nak berubah bagai,baik jadi
diri sendiri daripada jadi hikpokrit,depan lain belakang lain.”balas Syuhada
selamber menyindir Danial Iskandar dalam diam.Sempat lagi dia melihat wajah
Iskandar yang menahan geram akibat di sindirnya tadi.
Salmi dan abangnya
tersenyum sambil menggelengkan kepala dengan telatah Syuhada.Begitulah Syuhada
dalam keluarga mereka.Tidak hairanlah kalau mereka berasa sunyi tanpa kehadiran
Syuhada di rumah itu.Bagi mereka Syuhada adalah penyeri dalam rumah itu.Sejak
Syuhada sudah mendirikan rumahtangga,kesunyian mereka bertambah,tambahan pula
mereka tidak di kurniakan zuriat,hanya kepada Syuhada tempat mereka menumpang
kasih.
Iskandar tiba-tiba
datang merapati Syuhada lalu meletakkan tangannya di bahu Syuhada.Walaupun
terkejut dengan kelakuan Iskandar Syuhada berusaha berlakon seolah-olah dia
langsung tidak kisah dengan kelakuan Iskandar itu.
“Ooo..sayang merajuk
lah ni,sampai perli-perli abang ni depan kakak ngan abang ni ye.”Tanya Iskandar
tiba-tiba,sengaja dia bermain wayang dengan isterinya.Sambil tersenyum manis
Iskandar memandang wajah isterinya meminta jawapan.Dalam hatinya sudah ketawa
melihat wajah kelat Syuhada.Dia ingat dia sorang je boleh sakitkan hati aku,aku
pun bolehlah.Lebih dari ini pun aku boleh buat.Hati Iskandar berkata sendiri.Laju
sahaja bibirnya menyentuh pipi Syuhada.
“Ishh...tak reti malu
agaknya.”marah Syuhada sambil menolok tubuh Iskandar yang menempel di
sebelahnya.Laju sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.Panas hatinya
dengan perangai Iskandar yang sesuka hati mengambil kesempatan
terhadapnya.Kedengaran suara mereka bertiga bergabung ketawa.
“Ketawalah
puas-puas,bila tembelang kau dah pecah nanti aku nak tengok kau boleh tak ketawa
macam sekarang.”ngomel Syuhada sendiri.Sambil mencapai tuala menuju ke bilik
air.Sambil mandi Syuhada bernyanyi-nyanyi kecil langsung tidak sedar kehadiran
Iskandar di dalam bilik itu.Iskandar hanya tersenyum mendengar nyanyian sumbang
dari dalam bilik air sambil membaringkan diri di atas katil.Dia semakin selesa
berada di rumah ini,malah dia semakin kerap bermalam di rumah ini bila hujung
minggu daripada rumah ibubapanya.Hampir-hampir saja matanya terlelap pintu
bilik air terbuka muncul Syuhada dengan berkemban.
“Hoi...kau buat apa kat
bilik aku ha?baik kau keluar.”marah Syuhada sambil tangannya di silangkan ke
dada.Menyesal kerana terlupa kunci pintu tak pasal-pasal buat free show depan
suami sendiri.Kalau suami jenis perangai manusia takpe jugak ni spesis apa pun
tak tahu.bebel Syuhada dalam hati.Pantas tangan Iskandar menutup mulut Syuhada
yang hampir menjerit kerana terkejut dengan kehadiran nya di situ.
“Kau apa hal yang
terjerit-jerit,kau nak kakak dengan abang kau dengar ke suara kau yang tak
berapa nak merdu tu”bebel Iskandar membahasakan isterinya.Dengan perasaan marah
Syuhada menyiku perut Iskandar,hamper-hampir terduduk juga Iskandar menerima
penangan dari Syuhada.
“Kau keluar
sekarang,aku tak kira sapa nak dengar pun dengarlah,kau ingat cerita kita macam
novel cinta aku nak biar je kau buat sesuka hati kau kat aku.Sorry! wrong
person lah Encik Danial Iskandar,sebelum semua orang dalam rumah ni dengar
suara aku yang tak berapa nak merdu ni baik kau keluar...keluar...”jerit
Syuhada.
“Ok..ok..aku keluar,kau
ni kan...ishh..”tanpa menghabiskan ayatnya Iskandar berlalu keluar dengan hati
yang sebal.Dia tidak menyangka Ain Syuhada menjadi sekasar itu melayannya.Sedangkan
dia berharap Ain Syuhada akan lebih menghormatinya bila berada di rumah
keluarganya.Tadi sengaja dia mengambil kesempatan di hadapan kakak dan abnag
iparnya.Dia perlukan Ain Syuhada yang mula-mula di kenalinya.Bukan Ain Syuhada
yang sekarang ini yang penuh dengan amarah.
Tiba-tiba
telefonnya berbunyi,tengok sahaja nama pemanggil membuatkannya hilang
mood.Sejak peristiwa dia di tangkap khalwat dengan Tania tempoh hari membuatkan
dia semakin tawar hati untuk bertemu dengan perempuan itu.Selama ini semua
gadis-gadis yang mendampinginya hanyalah kerana hartanya.Apa sahaja yang mereka
ingini semuanya dia turutkan.Tidak pernah sekali pun dia menolak malah ada yang
sanggup membuat pertukaran dengan body masing-masing.Dia tidak pernah meminta
atau memaksa semuanya di berikan kepadanya dengan rela hati.
“Is...kenapa yang duduk luarnya.tak tidur lagi ke?Ada mana?”tegur Nasrul bila melihat adik iparnya sedang bersendirian di ruang tamu.Sambil tersenyum Iskandar menunjukkan jari ke tingkat atas.Fahamlah Nasrul yang adiknya Syuhada berada di tingkat atas.Dia terus melangkah meninggalkan Danial Iskandar sendirian.
#maaf jika ada kekurangan..amie cuba baiki lagi..enjoy k..tq sudi baca..
***PEACE***
Ni cerpen ke novel kak? Saya tunggu bab 8....
BalasPadamTq Nurul Nazaha sudi bc karya kak amie...SEPARUH HATI ni novel....nnt kak amie tempek yerk bab 8..tggu ye...
BalasPadamKak bla nak kluarkn novel ni x sabar nak bc smpi hbs
BalasPadamKak blh ke klu sya bli ngan akak novel ni
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTq Affandi Rais sudi bc karya akk yg xseberape ni...novel ni belum di bukukn lg dik....masih dlm proses menyiapkan menuskrip lengkap....insyaallah kalau ada rezeki akn di terbitkn...
BalasPadamXde sambungan bab 8 ke kak. Sedihnya nak tau cite strusnya mcm mn
BalasPadamSampai hati tak update bab 8 dan seterusnya dahhhhhhhhhhhhhhhhhhššš
BalasPadamMana bab seterusnyer....penulis sihat? Please smbung lg..
BalasPadam