Ahad, 1 Mac 2015

SEPARUH HATI 7 FULL



Assalamualaikum...sori lambat update..nah dari Amie..terimalah bonus utk semua..harap puas hati k...kalau rajin tinggalkanlah komen...
PART 7

Pangg...sekali lagi tamparan dari tangan Danial Iskandar singgah ke pipinya.Tangannya memegang pipinya yang pijar.Danial Iskandar merapatkan mukanya dekat pada wajah Ain Syuhada.

“Aku takkan sesekali lepaskan kau....kalau kau nak bebas, kau cari sendiri”bisik Danial Iskandar di telinga isterinya itu.Lalu terus melangkah meninggalkan Ain Syuhada sendirian.

“Arrrr....aku benci kau..”jerit Ain Syuhada geram,habis barang- barang di atas meja di tepisnya melepaskan geram.Sakit hatinya dengan kata-kata Danial Iskandar.Pantas tangannya mencapai handbeg melangkah keluar dari pejabatnya.Pekerja-pekerjanya tergamam melihat situasi itu.

Tanpa mengetahui arah tujuan kereta di pandu Ain Syuhada terus meluncur laju.Hatinya sakit dengan sikap Danial Iskandar yang sering menyakiti hatinya.Buat apa ada ikatan jika hanya membuatkan saling membenci.Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia toreh-toreh muka Danial Iskandar biar puas rasa hatinya.Harapkan muka sahaja yang manis tapi hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Akhirnya kereta di pandu Syuhada membelok masuk ke rumah abangnya,Nasrul.Dia tahu di sini sahaja hatinya akan tenang dan tiada gangguan dari Iskandar.Namun sangkaannya meleset bila sahaja terpandang kereta milik Iskandar tersusun elok di dalam garaj.

“Haa.. balik pun Ada,ingatkan Is je yang balik sini,Rindu tau lama tak jumpa,mentang-mentang dah ada suami,lupa terus kat akak ye.”ngomel Salmi.Nasrul dan Iskandar hanya tersenyum melihat rajuk Salmi.Nasrul tahu bertapa rindunya isterinya itu pada Syuhada.Sering kali Salmi mengadu padanya sunyi tanpa kehadiran Syuhada di rumah ini.Tapi siapalah dia untuk menghalang kerana tempat isteri adalah di sisi suami.

Betapa tulusnya hati Nasrul mempercayai adik ipar segeranya itu.Langsung dia tidak menyedari kepahitan yang di rasai oleh adiknya itu.Di layan bagaikan sampah oleh suami sendiri.Dia juga tidak tahu akan hal rumahtangga adiknya itu tidak seprti yang di fikirknya.Baginya Ain Syuhada amat bertuah mempunyai suami sebaik Danial Iskandar.

Tanpa pengetahuan Ain Syuhada setiap minggu Danial Iskandar akan  meluangkan masa bersama abang dan kakak iparnya itu.Kerana itu Abangnya langsung tidak menghidu masalah mereka.Bagi abangnya Danial Iskandar seorang adik yang bertanggungjawab walaupun tanpa kehadiran Isterinya dia tetap meluangkan masa untuk melawat mereka suami isteri.Kerana itu seluruh kepercayaan di letakkan pada DanialIskandar.

Dan tanpa pengetahuan mereka juga ada sesuatu yang di rancang oleh Danial Iskandar.Kerana itu dia kerap mengunjungi keluarga abang iparnya.Dia mahu seluruh kepercayaan lelaki itu terletak padanya,supaya rancangannya berjalan lancar.Dia harus meraih kepercayaan penuh dari Nasrul untuk melaksanakan rancangannya.Dalam hatinya sudah tersenyum lebar kerana kepercayaan suami isteri itu berjaya di raihnya.

“Jemput minum Is..”pelawa Salmi.Hilang terus angan-angannya tadi bila di tegur Salmi.Kelihatan Syuhada datang smbil menantang sepinggan kuih karipap menjadi menu minum petang mereka hari ini.Ain Syuhada melemparkan senyum sinis buat suaminya.Dia tahu Iskandar sedang merancang sesuatu,dia bukan bodoh untuk menilai lelaki seperti Danial Iskandar.Dia akan cuba sedaya upayanya mencari puncanya.Dia tidak akan mengalah hanya kerana Danial Iskandar itu adalah suaminya.

“Korang tidur sini ke malam ni?”Tanya Salmi tiba-tiba.Dia sebenarnya mengharapkan adik-adiknya tu bermalam di rumah mereka.Terasa sunyi tinggal berdua sejak Syuhada berpindah keluar dari rumah itu.

“Emmm..tak kot kak,lagi pun ada  banyak kerja yang belum siap lagi.Nanti bila-bila free Ada tidur sini ye.”pujuk Syuhada.Dia tahu kakaknya itu sunyi,kalau ikutkan hatinya memang dia mahu bermalam di situ.Tapi bila mengenangkan Iskandar juga akan turut bermalam di situ jika dia bermalam di situ.Lebih baik dia mengambil jalan selamat.Iskandar menjeling sahaja Syuhada bila dia menjawab pertanyaan Salmi tadi.Dia tahu Syuhada cuba mengelak dari bertemunya.

“Alaa..dik  bermalam la kat sini dah lama kita tak sembang sama-sama macam dulu,rindulah.”pujuk Salmi tanpa memahami apa yang Syuhada rasai.

“Bolehkan Is...tidur sinilah lagipun pakaiankan semua ada kat sini,selalunya Is ok je tidur sini kalau Ada takde.”pujuk Salmi pada Iskandar pula.Syuhada yang mendengar hampir tersembur air yang sedang di minumnya.Selama ini dia langsung tidak mengetahui bahawa Iskandar selalu bermalam di rumah keluarganya.Iskandar dan abangnya hanya tersenyum melihat telatah Syuhada yang hamper tersembur.

“Ishh..adik ni minumlah elok-elok,dah jadi isteri orang pun perangai tetap sama.”bebel Salmi.

“Emm...emm..”Syuhada membetulkan suaranya.

“Alaa akak ni buat ape nak berubah,adik akak ni tetap macam ni takdenya nak berubah bagai,baik jadi diri sendiri daripada jadi hikpokrit,depan lain belakang lain.”balas Syuhada selamber menyindir Danial Iskandar dalam diam.Sempat lagi dia melihat wajah Iskandar yang menahan geram akibat di sindirnya tadi.

Salmi dan abangnya tersenyum sambil menggelengkan kepala dengan telatah Syuhada.Begitulah Syuhada dalam keluarga mereka.Tidak hairanlah kalau mereka berasa sunyi tanpa kehadiran Syuhada di rumah itu.Bagi mereka Syuhada adalah penyeri dalam rumah itu.Sejak Syuhada sudah mendirikan rumahtangga,kesunyian mereka bertambah,tambahan pula mereka tidak di kurniakan zuriat,hanya kepada Syuhada tempat mereka menumpang kasih.

Iskandar tiba-tiba datang merapati Syuhada lalu meletakkan tangannya di bahu Syuhada.Walaupun terkejut dengan kelakuan Iskandar Syuhada berusaha berlakon seolah-olah dia langsung tidak kisah dengan kelakuan Iskandar itu.

“Ooo..sayang merajuk lah ni,sampai perli-perli abang ni depan kakak ngan abang ni ye.”Tanya Iskandar tiba-tiba,sengaja dia bermain wayang dengan isterinya.Sambil tersenyum manis Iskandar memandang wajah isterinya meminta jawapan.Dalam hatinya sudah ketawa melihat wajah kelat Syuhada.Dia ingat dia sorang je boleh sakitkan hati aku,aku pun bolehlah.Lebih dari ini pun aku boleh buat.Hati Iskandar berkata sendiri.Laju sahaja bibirnya menyentuh pipi Syuhada.

“Ishh...tak reti malu agaknya.”marah Syuhada sambil menolok tubuh Iskandar yang menempel di sebelahnya.Laju sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.Panas hatinya dengan perangai Iskandar yang sesuka hati mengambil kesempatan terhadapnya.Kedengaran suara mereka bertiga bergabung ketawa.

“Ketawalah puas-puas,bila tembelang kau dah pecah nanti aku nak tengok kau boleh tak ketawa macam sekarang.”ngomel Syuhada sendiri.Sambil mencapai tuala menuju ke bilik air.Sambil mandi Syuhada bernyanyi-nyanyi kecil langsung tidak sedar kehadiran Iskandar di dalam bilik itu.Iskandar hanya tersenyum mendengar nyanyian sumbang dari dalam bilik air sambil membaringkan diri di atas katil.Dia semakin selesa berada di rumah ini,malah dia semakin kerap bermalam di rumah ini bila hujung minggu daripada rumah ibubapanya.Hampir-hampir saja matanya terlelap pintu bilik air terbuka muncul Syuhada dengan berkemban.

“Hoi...kau buat apa kat bilik aku ha?baik kau keluar.”marah Syuhada sambil tangannya di silangkan ke dada.Menyesal kerana terlupa kunci pintu tak pasal-pasal buat free show depan suami sendiri.Kalau suami jenis perangai manusia takpe jugak ni spesis apa pun tak tahu.bebel Syuhada dalam hati.Pantas tangan Iskandar menutup mulut Syuhada yang hampir menjerit kerana terkejut dengan kehadiran nya di situ.

“Kau apa hal yang terjerit-jerit,kau nak kakak dengan abang kau dengar ke suara kau yang tak berapa nak merdu tu”bebel Iskandar membahasakan isterinya.Dengan perasaan marah Syuhada menyiku perut Iskandar,hamper-hampir terduduk juga Iskandar menerima penangan dari Syuhada.

“Kau keluar sekarang,aku tak kira sapa nak dengar pun dengarlah,kau ingat cerita kita macam novel cinta aku nak biar je kau buat sesuka hati kau kat aku.Sorry! wrong person lah Encik Danial Iskandar,sebelum semua orang dalam rumah ni dengar suara aku yang tak berapa nak merdu ni baik kau keluar...keluar...”jerit Syuhada.

“Ok..ok..aku keluar,kau ni kan...ishh..”tanpa menghabiskan ayatnya Iskandar berlalu keluar dengan hati yang sebal.Dia tidak menyangka Ain Syuhada menjadi sekasar itu melayannya.Sedangkan dia berharap Ain Syuhada akan lebih menghormatinya bila berada di rumah keluarganya.Tadi sengaja dia mengambil kesempatan di hadapan kakak dan abnag iparnya.Dia perlukan Ain Syuhada yang mula-mula di kenalinya.Bukan Ain Syuhada yang sekarang ini yang penuh dengan amarah.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi,tengok sahaja nama pemanggil membuatkannya hilang mood.Sejak peristiwa dia di tangkap khalwat dengan Tania tempoh hari membuatkan dia semakin tawar hati untuk bertemu dengan perempuan itu.Selama ini semua gadis-gadis yang mendampinginya hanyalah kerana hartanya.Apa sahaja yang mereka ingini semuanya dia turutkan.Tidak pernah sekali pun dia menolak malah ada yang sanggup membuat pertukaran dengan body masing-masing.Dia tidak pernah meminta atau memaksa semuanya di berikan kepadanya dengan rela hati.

“Is...kenapa yang duduk luarnya.tak tidur lagi ke?Ada mana?”tegur Nasrul bila melihat adik iparnya sedang bersendirian di ruang tamu.Sambil tersenyum Iskandar  menunjukkan jari ke tingkat atas.Fahamlah Nasrul yang adiknya Syuhada berada di tingkat atas.Dia terus melangkah meninggalkan Danial Iskandar sendirian.

#maaf jika ada kekurangan..amie cuba baiki lagi..enjoy k..tq sudi baca..

***PEACE***

9 ulasan:

  1. Ni cerpen ke novel kak? Saya tunggu bab 8....

    BalasPadam
  2. Tq Nurul Nazaha sudi bc karya kak amie...SEPARUH HATI ni novel....nnt kak amie tempek yerk bab 8..tggu ye...

    BalasPadam
  3. Kak bla nak kluarkn novel ni x sabar nak bc smpi hbs

    BalasPadam
  4. Kak blh ke klu sya bli ngan akak novel ni

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Tq Affandi Rais sudi bc karya akk yg xseberape ni...novel ni belum di bukukn lg dik....masih dlm proses menyiapkan menuskrip lengkap....insyaallah kalau ada rezeki akn di terbitkn...

    BalasPadam
  7. Xde sambungan bab 8 ke kak. Sedihnya nak tau cite strusnya mcm mn

    BalasPadam
  8. Sampai hati tak update bab 8 dan seterusnya dahhhhhhhhhhhhhhhhhhšŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­

    BalasPadam
  9. Mana bab seterusnyer....penulis sihat? Please smbung lg..

    BalasPadam