Ahad, 1 Mac 2015

ISTERI TAK DI IKTIRAF 5

BONUS..untuk anda yang sudi baca karya tak seberape dari Amie..harap puashati,Amie cub algi untuk perbaiki...tinggalkan komen ye jika sudi..

BAB 5     

 Pagi itu sampai sahaja Zulaikha di hadapan meja penyambut tetamu dia di hadiahkan senyum manis Kak Atikah yang merupakan penyambut tetamu di syarikatnya.Walaupun mereka berbeza department tapi itu tidak menghalang mereka untuk menjalinkan silatulrahim.

“Hai manis senyuman kak Tikah,banyak ambil gula ke pagi ni?’usik Zulaikha.Dia memang seorang yang suka bergurau dan peramah,sebab itu lah ramai yang senang bila berurusan dengannya termasuklah mak cik-mak cik cleaner dan pegawal-pengawal keselamatan di sini.

“Ala manis-manis akak pun tak dapat bunga pagi-pagi hari,tapi orang tu yang sentiasa manis lagi manis pagi ni dapat bunga dari buah hati.”balas Atikah sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah buatnya.Zulaikha memandang pelik bunga yang di hulurkan kepadanya.Namun dia tetap menyambutnya.

“Untuk saya ke ni kak Tikah?”Tanya Zulaikha.Selama dia bekerja di sini belum pernah dia menerima hadiah bunga dari sesiapa.otaknya ligat berfikir siapa gerangan yang member bunga kepadanya.

“Emm..kak siapa yang bagi ni,bukan saya punya kot,salah orang ni,tak pernah-pernah saya terima bunga selama saya bekerja di sini.”Tanya Zulaikha meminta kepastian takut-takut tersalah orang.

“Betullah kamu yang punya,siapa lagi Sufi Zulaikha yang bekerja di sini,kamu sorang je guna nama tu.”terang Atikah.Zulaikha mengambil bunga itu dan berlalu pergi.Otaknya laju memikirkan gerangan manusia yang memberikannya bunga.Semua orang yang pernah berurusan dengannya memang sudah tahu syarat berurusan dengannya.Tiada hubungan peribadi,hanya hubungan kerja.

Bunga yang di terimanya di letakkan di atas meja kerjanya.Malas untuk memikirkan dia meneruskan tugasannya.Fail-fail yang tersusun di atas mejanya di semak satu persatu,segala kerjanya haruslah di buat dengan teliti supaya kemudian hari tidak menimbulkan masalah.Zulaikha memang seorang simple sahaja.Baginya kerja tidak perlu di tangguh-tangguh,jika ditangguh kemudian hari akan menjadi malas.Kerana itu dia lebih selesa menyiapkan kerjanya seboleh yang mungkin supaya bila pulang sahaja ke rumah dia tidak mahu memikirkan terus hal kerja di pejabat.

“Hai pagi-pagi dapat bunga,siapa bagi buah hati ke?”Tanya Hanis yang tiba-tiba muncul di meja kerjanya.Zulaikha mengurut dadanya menandakan dia terkejut dengan kehadiran Hanis.Kadang-kadang dia tidak berapa setuju juga dengan idea majikannya itu yang kononnya membuat konsep terbuka supaya tiada jurang antara para pekerja,tapi majikan tak tahu kadang-kadang konsep terbuka ni menyusahkan sesetengah pekerja.Sekarang contoh terdekat sudah terjadi padanya.Bukan dia tidak malu dengan sikapnya yang secara spontan tadi tapi semua itu tindakan tanpa sedar.Zulaikha meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

“Ika!sapa yang bagi bunga kat kau ni?wah..dah ada secret admire sekarang ye..”usik Hanis lagi langsung tidak di hiraukan jelingan temannya itu.Dia tahu Zulaikha takkan marahkannya.Sebab itulah dia selalu mengusik Zulaikha.Cuma sejak kebelakangan ini sahaja Zulaikha seperti tidak ceria dan kelihatan suka termenung seperti menanggung masalah yang berat.

“Entah aku tak tahulah,tadi kak Tikah yang kasi kat aku,bila aku tanya siapa yang bagi dia pun tak tahu,dia cakap ada budak penghantar bunga yang hantar kepada dia untuk bagi pada aku.”jawab Zulaikha bersahaja tanpa perasaan.

“KAT..ni ada kad lah Ika.”ucap Hanis teruja menunjukkan kad yang di ambil di celahan bunga tadi.

“Emm..siapa yang bagi?”Tanya Zulaikha tanpa melihat kad yang di tunjuk kepadanya.

“K.A.T tulisan yang tertera pada kad ni.”jelas Hanis.
Jantung Zulaikha bagai nak pecah bila saja mendengar apa yang di baca oleh temannya Hanis.Dia tahu siapa pengirimnya namun dia tidak tahu apa tujuan lelaki itu mengirimkan bunga untuknya.Sedangkan lelaki itu tahu siapa dia dan dengan siapa dia bekerja.Bukan lelaki itu tidak tahu status dirinya tetapi mengapa lelaki itu sekali lagi cuba membuat onar.

Cepat-cepat Zulaikha capai bunga itu lalu di buang ke dalam bangkul sampah.Hanis yang meihatnya tercengang dengan reaksi Zulaikha,namun bibirnya kelu untuk bertanya.Dalam hatinya berkata mungkin Zulaikha ada sebab tersendiri.Melihat mood temannya itu kurang menyenangkan,Hanis terus menuju ke tempatnya.Zulaikha pula meneruskan kerjanya tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.

Dari jauh ada mata yang sedang memerhati gelagat Zulaikha.Safuan sendiri tertanya-tanya siapa yang menghantar bunga kepada Zulaikha.Di hatinya ada sedikit rasa yang bertandang.Pantas kakinya melangkah mendekati meja Zulaikha.Lalu di hempas fail yang menimbun di depan Zulaikha.

“Semak balik semua ni,buat kerja elok-elok jangan sampai hilang focus.”perli Safuan.Terbakar hati Zulaikha mendengar ucapan yang baru sahaja keluar dari mulut Safuan.Namun dia masih bertahan kerana tidak mahu mendatangkan syak di kalangan teman-teman pejabatnya yang sememangnya terdiri daripada reporter tak bergaji.Perlahan Zulaikha menarik salah satu Fail yang di hempas ke mejanya tadi.Di semak satu persatu namun tiada kesalahan yang di temuinya.Mulalah hatinya menjadi radang.Tak pasal-pasal kena buat dua kali kerja.Radang Zulaikha sendiri.Kakinya laju di hayun menuju ke meja Safuan.Dengan cara yang paling sopan sekali dia menghempas kesemua fail tadi kembali kepada Safuan.

“Kau takde adab ke ha?main campak-campak je.”tegur Safuan keras.Zulaikha hanya menghadiahkan senyum sinis.Dalam hatinya berkata”tadi kau bagi aku cara paling beradab sangatlah”.Zulaikha berlalu meninggalkan Safuan sendirian.

Zulaikha dan Safuan di tugaskan ke tapak projek kerana berlaku sedikit kemalangan yang mengakibatkan kecederaan.Zulaikha pantas menuju ke keretanya,namun belum pun sempat masuk tangannya di tarik kasar.Safuan menahan Zulaikha dari masuk ke dalam keretanya.

“Jom naik satu kereta senang sikit,cepat sampai.”ajak Safuan.

“Emm..takpe lah kot Encik Safuan jalan dulu saya ikut dari belakang.”tolak Zulaikha berhemah.Berhemahlah sangat,kalau kena gaya.Safuan tiba-tiba menjadi geram dengan penolakan Zulaikha.

“Jom je lah,lagi pun perempuan ni kalau bawa kereta macam siput,kejap-kejap brek bilanya nak sampai.Kalau satu kereta cepat sikit kerja selesai.”ajak Safuan lagi.

“Takpelah,Encik jalan dulu..”
Kunci kereta Zulaikha di rampasnyalalu tangan Zulaikha di tarik kea rah keretanya.Dalam terpaksa Zulaikha masuk juga ke dalam kereta Honda CRV milik Safuan.

“kau ingat aku hadap sangat dengan kau ke?Sekurang-kurangnya kau boleh juga jimat duit minyak kau.”marah Safuan.

“Encik Safuan!saya pun tak hadaplah dengan encik,dan saya lebih suka keluar duit saya sendiri daripada saya menumpang orang yang saya tak kenal.”marah Zulaikha membuka pintu kereta lalu keluar.Biarlah,dia dah tak peduli lagi dengan kunci kereta yang masih ada pada Safuan.Yang dia tahu sekarang lebih baik dia elakkan diri dari Safuan sebelum dirinya betul-betul hilang sabar.Pantas dia menuju ke arah lift.Kelam kabut Safuan keluar dari kereta mengejar Zulaikha.

“Sufi Zulaikha...”jerit Safuan tapi sayang Zulaikha sudah pun masuk ke perut lift.
Zulaikha berjalan laju menuju ke mejanya,beg tangan di hempas kuat melepaskan geram.Beberapa rakan sekerjanya menoleh terkejut dengan perbuatan Zulaikha.Belum pernah sekali pun mereka melihat Zulaikha melenting seperti itu selama mereka bekerja di sini.Zulaikha yang mereka kenali sentiasa ceria dan sentiasa tenang tak kira apa masalah pun yang datang.Mereka hanya mampu melihat dan tidak berani untuk menegur.

Tiba-tiba...

“Ok..ok..perhatian semua,memandangkan kawasan jajahan saya ni dah semakin penuh,kita akan tempatkan semua arkitek kita di bilik masing-masing,yang lain masih lagi dengan konsep terbuka.”ucap Dato’Hisyam sambil tergelak kecil.Sikap Dato’Hisyam yang sentiasa murah dengan senyuman dan baik hati itulah yang membuatkan ramai orang menghormatinya.Boleh dikatakan mereka mengagumi Dato’Hisyam sebagai ketua yang tidak sombong dan mudah di bawa berbincang.

“Dan lagi satu,lagi dua minggu syarikat akan mengadakan hari keluarga.”ucap Dato’Hisyam ceria.
“Dato’tahun ni buat dekat mana pulak family day?”tanya salah seorang dari mereka.

“Yang tu nanti ketua bahagian akan berbincang dengan department lain.Nanti saya akan bagi tahu kemudian.”Jawab Dato’Hisyam.
"
Ehh..Zulaikha kamu bukan tadi ke tapak projek dengan Safuan?”Tanya Dato’ Hisyam bila sahaja ternampak kelibat Zulaikha yang baru pulang dari tandas.

“Emm..maaf Dato’ saya kurang sihat”jawab Zulaikha perlahan.Sebenarnya dia rasa bersalah melepaskan tanggungjawab kepada Safuan seorang diri.

“Ohh...patut Nampak muka dengan mata merah je”ucap Dato’Hisya lalu meminta diri.Zulaikha semakin rasa bersalah akibat salah faham Dato”tadi.Dia baru melepaskan perasan di tandas kerana terlampau geram dengan sikap Safuan.

“Eh..Ika mana kau campak mamat hansem tu?tanya Maziah wartawan tak bergaji syarikatnya.Kalau boleh semua cerita hendak di koreknya.Sambil mengangkat bahu Zulaikha menuju ke meja kerjanya.
Dia tahu boleh di katakan pekerja perempuan satu bangunan syarikat ni sedang bercerita tentang pekerja baru Dato’Hisyam yang merupakan senior arkitek.Pelbagai jolokan nama yang di beri oleh mereka dan ramai juga mencuba untuk mendekati Safuan namun belum ada seorang pun lagi yang melekat.Zulaikha langsung tidak mengambil kisah tentang semua itu.Dia langsung tidak berminat bila semua pekerja perempuan di departmentnya bercerita tentang ketampanan Safuan.Baginya tak guna jika memiliki wajah sempurna tapi budi hilang entah ke mana.Selagi semua itu tiada kena mengena dengannya dia tak mahu ambil peduli.

“Hanis!aku tumpang kau balik nanti ye.”pinta Zulaikha perlahan hanya di dengari olehnya dan Hanis sahaja.

“Kereta kau mana?”Tanya Hanis pelik kerana sebelum ini mana pernah Zulaikha menumpang keretanya.Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku pada temannya itu.Kalau tidak Dato’Hisyam takkan tegur dengan perubahan muka dan matanya tadi.Akhirnya tanpa bertanya lagi Hanis menganggukkan kepalanya.Dia tidak mahu menambahkan lagi masalah temannya itu.Zulaikha meneruskan kerjanya sebelum banyak soalan di tanya padanya.

#Harap puas hati....terima kasih sudi baca,kalu rajin tinggalkan komen ye...enjoy k...

***PEACE***






1 ulasan:

  1. tak sabar untuk part yg seterusnya!good work!keep it up!

    BalasPadam