Rabu, 11 Mac 2015

PEREMPUAN ITU AKU

   Hai semua..meh amie belanje ckit sedutan dari cetusan terbaru amie...
maaflah kalau kurang menarik...sambil2 menyiapkan ITDI sempat pulak amie karang cite ni..hehe..

Teaser 1

  Enam  tahun  dulu  dia  kehilangan  bonda  tersayang. Selepas  beberapa  tahun  dia  kehilangan  walidnya  pula. Kini  maruahnya  hilang  di  tangan  abang  tirinya  Taufik  Hidayat. Selepas  kejadian  itu  dia  membawa  dirinya  ke  kampung  ini.
Bersembunyi  dari  ibu  tiri  dan  juga  abang  tiri  yang  menjahanamkan  masa  depannya. Dalam  usianya  baru  mencecah  dua  puluh  tiga  tahun  semua  kegembiraan  miliknya  telah  di  rampas.

 Bukan  itu  saja  harta  peninggalan  arwah  bondanya  juga  mahu  di  rampas  oleh  ibu  tirinya, Datin  Safiza  yang  juga  merupakan  sahabat  baik  bondanya  satu  ketika  dulu.
Humairah  cepat-cepat  beristifar  bila  terasa  dirinya  hanyut  dalam  menangisi  nasibnya.

"Allah  selalu  memberi  ujian  kepada  hambanya  yang  dia  sayang" itulah  kata-kata  yang  selalu  bondanya  pesan. Sehingga  ke  hari  ini  pesanan  itu  masih  kukuh  dalam  ingatannya.
Umairah  tenggelam  dalam  kesedihan.

Tiba-tiba............

Handsetnya  berbunyi  menandakan  ada  pesanan masuk.

"Kau  kat  mana? baik  kau  balik  sebelum  aku  jumpa  kau!!"
Berkali-kali  Humairah  ulang  baca  masej  ugutan  yang  di  hantar  oleh  Taufik. Namun  sedikit  pun  hatinya  tidak  berasa  takut. Kerana  dia  tahu  apa  mahunya  lelaki  itu  juga  mamanya  a.k.a  ibu  tirinya.

"Aku  takkan  balik  lagi  kat  rumah  jahanam  tu, dan  kau  jangan  cari  aku!!!" balas  Humairah  dengan  rasa  hati  yang  geram.

Bukan  sahaja  berjumpa  dengan  lelaki  itu  malah  mendengar  nama  lelaki  itu  pun  sudah  membuatkan  jiwanya  panas. Dalam  masa  yang  sama  dia  kecewa  dengan perbuatan  Taufik  terhadapnya.Sungguh dia tidak menyangka Taufik Hidayat sanggup merosakkan maruahnya.Anakkepada orang yang selama ini memberinya makan dan keselesaan.

Jika  masa  boleh  di  undur  kembali  tidak  akan  sesekali  membenarkan  kedua-dua  manusia  itu  rapat  dengan  keluarganya. Semuanya  terjadi  kerana  kegagalan  rumahtangga  Datin  Safiza. Masih  dia  ingat  lagi....

"Tokk.. tokk...."pintu rumahnya diketuk.

 Cepat-cepat  Humairah  berlari  membuka  pintu  rumahnya. Kelihatan  Safiza  dan  anaknya  Taufik  Hidayat. Di  sisi  mereka  kelihatan  dua  biji  beg  besar.

"Ehh... Fiza.. ma..."

Belum  sempat  Datin  Haslina  habis  bertanya  tubuhnya  di  peluk  erat  oleh  sahabatnya  itu. Tanpa  banyak  bicara  Tubuh  sahabat  baiknya itu  di  tarik  masuk  ke  rumahnya  bersama  anak  lelakinya  sekali.

"Fiza! kenapa  ni, cuba  kau  cerita  kat  aku, apa  yang  terjadi  sebenarnya? Dengan  beg-beg  besar  segala." tanya  Datin  Haslina  lembut. Luluh  hatinya  melihat  sahabatnya  itu  dalam  kesedihan. Malah  makin  sedih  melihat  anak  lelaki  Safiza  yang  turut  menangis  bila  melihat  mamanya  menangis.

"Basri  dah  ceraikan  aku.." ucap  Safiza  sambil  tersedu -sedu. Segala  yang  terjadi  habis  di  ceritakan. Sehinggalah  Bondanya  menawarkan  tempat  tinggal  kepada  Safiza.
 Kerana  sikap  iri  hati  yang  tinggi  kepada  Datin  Haslina, rancangan  kotor  dibuatnya.

Safiza  memerangkap  walidnya  dalam  satu  kejadian  yang  memalukan. Akhirnya  Safiza  di  jadikan  isteri  oleh  Dato' azman. Semuanya  dia  ketahui  setelah  Bondanya  meninggal  dunia. Kalau  bukan  kerana  Pak  Mod  sampai  mati  dia  dan  keluarganya  di  perbodohkan  Datin  Safiza.

"Aahh.... semua  tu  dah  berlalu  aku  tak  nak  ingat  lagi, aku  benci  bila  ingat  manusia  dua  orang  tu  benciiiiii!!" jerit Humairah  tiba-tiba.

"Oi... gila  ke? yang  kau  jerit-jerit  macam  orang  gila  ni  kenapa? dah  buang  tabiat  nak  mampus  ke? jerkah  Sofian.

 Ini  lagi  sorang  manusia  yang  membuatkan  jiwa  Humairah  semakin  terluka. Adik  kepada  Solihin, anak  bongsu  makngah.
 Selama  Humairah  tinggal  di  sini  ada  saja  yang  tidak  kena  pada  mata  Sofian. Usia  mereka  hanya  beza  dua  tahun. Sofian  berusia  26  tahun  manakala  Humairah   24  tahun.

"Yang  kau  sibuk  sangat kenapa? ada  aku  kacau  kau? menyibuk  je.." bebel  Humairah  perlahan  namun  masih  lagi  boleh  di  dengari  telinga  Sofian.


"Kau  tu  yang  bongok, kalau  menjerit  macam  orang  gila tu mengganggu la woi....tu  lah  ada  otak  tak  nak fikir, asyik  termenung  lepas  tu  menangis  je  kerja  kau, haa.. lagi  satu  menjerit  macam  orang  kena  sampuk  hantu, macam  tak  ada  kerja  lain  nak  buat  dan  lagi  satu  kau  sedar  tak  dengan  siapa  kau  bercakap?"  balas   Sofian.


#meh tinggalkan komen ckit...agak2 korang boleh sambung lagi x?
tq yg sudi baca
***PEACE***

3 ulasan: