Sabtu, 16 Januari 2016

PERAMPUAN ITU AKU 4

Hai..hai Assalmaualaikum semua..nah amie belanje satu bab untuk semua yang sudi menanti..tq jika da yang sudi menanti karya dari amie..harap berpuashati yer...



BAB 4

"Humairah...."namanya di panggil seseorang.Tanpa berpaling Humairah mempercepatkan langkahnya.Dia kenal benar pemilik suara itu.

"Tunggu dulu....."langkahnya di halang Taufik dan juga Datin Syafiza.Jelingan tajam di hadiahkan kepada dua manusia yang telah memporak-parandakan hidupnya.

"Tepilah...aku tak ada urusan dengan korang berdua"balas Humairah kasar.Meneruskan langkahnya,hanya beberapa langkah sahaja tangannya di rentap kasar oleh Taufik.Hampir terpelanting tubuh kecil Humairah namun pantas Taufik menarik Humairah dalam pelukkannya.

Tiba-tiba hati Humairah mendidih dengan perbuatan Taufik.Ringan tangannya melayang menyentuh pipi kanan Taufik.

"Tak guna punya perempuan..kau tampar muka aku.Mama aku pun tak pernah tampar muka aku.Kau memang.."

"Memang apa?kaulah yang tak guna jantan tak sedar diri.Kau dengan mama kau sama-sama tak sedar diri dan tak mengenang budi.kalau ikutkan hati aku dah lama muka korang berdua aku ludah,tapi nasib baiklah ummi ngan walid aku ajar aku dengan baik supaya pandai menghormati orang lain walaupun korang berdua memang tak layak di hormati."luah Humairah geram.

"Sial punya budak.."jerit Datin Syafiza sambil melayangkan tangan ke pipi Humairah.Belum pun tangannya menyentuh pipi Humairah ada tangan lain yang menahannya.Sofian memandang tajam muka Datin Syafiza dan Taufik Hidayat.Humairah juga terkejut dengan kehadiran Sofian yang tiba-tiba muncul.

"Aku tak izinkan sesiapa pun menyentuh Humairah walau menjentik sekali pun."ucap Sofian garang.Kelihatan rahangnya berlaga-laga menahan marah.

"Kau jangan masuk campur urusan kami.semua ni takde kena mengena dengan kaulah.Baik kau berambus.Dan buat pengetahuan kau perempuan yang berlagak suci ni dah takde apa-apa dah,dah kena tebuk tupai."tengking Taufik Hidayat sambil tersenyum sinis, geram dengan tindakan Sofian yang mencampuri urusan mereka.

Airmata Humairah mengalir laju di pipi.Terasa hina dirinya di gelar sebegitu.Sungguh dia malu dengan kata-kata Taufik Hidayat.Bukan kehendaknya semua itu terjadi tetapi kerana manusia bertopengkan syaitan tulah yang telah merosakkan hidupnya.

Sofian yang melihat Humairah tertunduk sambil tersedu menjadi semakin panas.Walau sebenci manapun dia pada gadis itu,Humairah masih lagi di bawah tanggungjawabnya.

"Kau ni memang tak guna..."sebijik penumbuh di layangkan ke muka Taufik.

"Sofiannnn..."jerit Humairah terkejut dengan tindakan Sofian.Dia cukup tahu dengan perangai panas baran Sofian itu.Namun jeritannya langsung tidak dapat membantu bila saja tubuh Taufik terduduk di jalanan menerima tumbukan padu dari Sofian.
Kelihatan darah merah mengalir di bibir mulut Taufik.

"Wei jantan tak guna buat pengetahuan kau dan mama kau ni,ni.."sambil menarik kasar lengan Humairah mendekatinya.

"Ni perempuan ni bini aku lah bodoh..aku boleh je nak dakwa kau.bukan aku tak tahu apa yang kau dah buat pada dia.Nak je aku sumbat korang anak beranak dalam lokap."marah Sofian.

"Dan lagi...korang ingat aku tak tahu apa tujuan korang kacau Umai.Kau nak bertanggungjawab atas perbuatan kau kan?toksah mimpi lah wei.kau langkah mayat aku dulu."sambung Sofian.Dia benar-benar geram dengan muslihat dua beranak itu.Datin Syafiza yang mendengarnya melopong.Semua rancangannya kini musnah.

Tangan Humairah di tarik kasar supaya mengikutnya.Lagi lama dia di situ habis Taufik Hidayat di kerjakannya.Sungguh dia geram dengan tindakan dua beranak itu.Mujurlah tergerak hatinya untuk mengekori Humairah hari ini.Lambat sikit saja tadi tentu-tentunya pipi Humairah menjadi mangsa tangan Datin Syafiza.

"Lepaslah sakit tahu tak,tangan macam gergasi nak patah tangan aku ni."marah Humairah sambil menarik-narik tangannya dari genggaman Sofian.

Sofian masih lagi berjalan sambil menggenggam kasar lengan Humairah.Panas hati dan telinganya mendengar kata-kata yang terucap dari mulut Taufik tadi masih belum boleh di lupakan.Rahangnya bergerak-gerak menahan geram.

"Pian lepaslah....sakit tangan aku ni,yang kau tarik aku ni kenapa?kalau marah sangat baik kau bunuh je terus,tak payah nak lepaskan geram kat tangan aku ni"marah Humairah lagi bila merasakan cengkaman Sofian di lengannya semakin kuat.

"Huhh..."dengus Sofian melepaskan tangan Humairah dengan kasar.Semakin panas hatinya mendengar Ucapan dari mulut Humairah.

"Yang kau nak marah-marah aku ni apehal,salah ape aku buat kat kau?"tanya Humairah geram.

"Salah ape kau tanya aku,kau ni tak reti fikir ke ape?bodoh sangat agaknya otak kau ni tak boleh fikir salah sendiri."tengking Sofian geram langsung tidak menghiraukan orang lalu lalang melihat pertengkatan mereka.

"Kau cakap sekarang apa salah aku,memang otak aku ni dah bodoh tak boleh fikir dah,lagi-lagi tengok muka kau memang tak boleh fikir langsung."balas Humairah geram.Memang sejak dulu lagi Hubungan mereka umpama kucing dengan anjing langsung tidak boleh bertemu,ada saja benda yang hendak di gaduhkan.

"Kau sedar tak kau sekarang bercakap dengan siapa?jangan nak kurang ajar sangat bila bercakap,memang betul lah kau ni perempuan tak..."

"Perempuan tak ape?perempuan tak guna?Memang...memang aku perempuan tak guna.Dah kau tahu aku perempuan tak guna yang kau sibuk masuk campur hal aku tu kenapa?aku tak mintak pun kau tolong aku?aku pun tak hadaplah pertolongan kau."luah Humairah geram dalam masa yang sama hatinya sebak dengan ucapan yang lahir dari mulut Sofian.

"Kalau kau dah tahu aku tak guna,kau..kau lepaskan aku."luah Humairah sebak.Namun masih mampu menahan airmatanya dari mengalir.Dia tak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki itu.Biar semuanya dia tanggung sendiri.Dah bertahun dia belajar menanggung kesakitan dan kesedihan sendiri.

Tanpa menunggu jawapan Humairah melangkah pergi meninggalkan Sofian.Bersama langkah airmatanya mengalir di pipi.Sungguh hatinya terguris dengan tutur kata Sofian.Memang selama ini dia sentiasa kelihatan tabah.Namun hatinya tetap hati perempuan yang mudah tersentuh,mudah terasa bila kata-kata kasar di lemparkan kepadanya.Biarlah hari  ini menjadi hari terakhirnya di sini.

Selepas ini dia berjanji tidak mahu lagi menyusahkan keluarga makngahnya.Dia sangka boleh menumpang kasih pada satu-satunya ibu saudara yang dia ada.Rupanya dia tak sedar ada yang tidak menyukainya.

Dengan langkah yang lemah Humairah mendapatkan kereta kesayangan pemberian arwah walidnya.Kini hanya satu tekadnya,dia harus keluar dari rumah mak ngah dan belajar untuk hidup sendiri.

Sofian terkedu mendengar permintaan Humairah.Dia tidak menyangka sampai ke situ fikiran Humairah.Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melepaskan Humairah pergi,namun hatinya masih berbelah bahagi untuk menerima Humairah dalam hidupnya.

"Tak...tak...aku takkan lepaskan.."Sofian tersedar tapi sayang sudah terlewat.Saat itu Humairah sudah pun berlalu pergi meninggalkannya.

#Harap2 berpuashatilah yer..hehe ..terima lasih sudi baca karya amie...

***PEACE**
Subahanallah..maha suci Allah..
Assalamualaikum..hai semua..maaf lama menyepi..

Ceritaku disini..
Tanggal 1november 2015 bdn terasa lemah,segala sendi menjadi lenguh..seluruh badan tidak bermaya..
2 november 2015 hari sepatutnya aku gembira kerana merupakan ulangtahun kelahiranku..namun buka itu yg aku lalui..tubuhku lumpuh tidak bermaya..hanya pergerakan mata sahaj berfungsi..akhirnya aku terlantar selama beberapa hari..
Akhirnya pagi jumaat 6 november tubuhku kembali bertenaga..kerana rasa yg masih bersisa..aku gagahi jua ke klinik..

Hari bermula segalanya..
8 november 2015 akhirnya aku disahkan denggi berdarah..namun tidak ku hiraukan kerana kudratku yang terhad..
Selama 3hari berturut2 aku terpaksa berulang ke klinik dan Alhamdulillah akhirnya bacaan darahku juga sudah elok..

6.30ptg 8 november..
Kenapa?kenapa?kenapa tiba2 mataku kabur..Subahanallah..maha suci Allah..
Aku tidurkan diri..aku harap bila aku terjaga mataku kembali terang..
Keesokan harinya aku terjaga di subuh hari..
Duniaku sudah kelam..tiada satu pun yang terlihat dihadapanku..

Aku sabarkan diri..mungkin hanya sementara..aku positifkan diri,biarpun hati sudah mula merasa sedih dan bimbang..ku khabarkan pada jantung hatiku bahawa mataku tiada lagi cahaya..tiada satu pun yang aku nampak begitu juga wajahnya..mulanya dia tak percaya..

Satu peristiwa...
Nahhh..dinding batu yang ku cium..bertelorlah ayam di dahi..huhu

Si jantung hati membawaku ke klinik dan refer pada pakar HTAA...khabar yang paling aku takut...
Doktor berganti doktor..akhirnya kesku di serahkan pada yang pakar..

"Maaf puan saya terpaksa katakan..kami tidak tahu punca sebenar namun yang pasti semua ni berpunca dari demam denggi..dan tiada ubat untuk kami beri"


Nahh bermulalah kehidupanku sebagai OKU yang cacat penglihatan..emmm..hari berganti hari..minggu berganti minggu namun penglihatanku masih belum pulih..

Sesekali jiwaku tertekan menghadapinya..mujur aku punya si jantung hati yang penyabar walau kadang2 aku terasa kesedihanya yg di hadapinya..aku menjadi pemurung,pemarah dan segalanya si jantung hatiku lalui dengan sabar..
Begitu juga ibuku yang semakin dimamah usia..tanpa mereka berdua tak mungkin aku setabah ini..
Akhirnya penantianku berakhir walapun dia tak sesempurna dulu..hanya hati dapat merasa,hanya jiwa terasa pedihnya..namun aku redha dengan ujian ini..TERIMA KASIH ALLAH..

SEKIAN..luahan ikhlas hati amie ahmad..

Maaf kiranya aku belum sempurna..maaf andainya aku alpa..terima kasih jika sudi menerima..

#maaf sebab lama menghilang..doakn aie ye..

***PEACE***