Selasa, 10 Mac 2015

ISTERI TAK DI IKTIRAF 6

Hai semua...nie yang sempat amie tempek kat blog ni..harap ada yang sudi membacanya..terima kasih pada yang sudi komen...yg silent2 tu meh lah munculkn diri..kite kwn k..hehe.

BAB 6


“Zulaikha!kita perlu berbincang,tunggu...Zulaikha,Zulaikha..”panggil Safuan keras.Hatinya sakit dengan layanan dingin Zulaikha terhadapnya.Dia berusaha untuk tidak mencampuri urusan peribadi dan urusan kerja,tapi bila jadi begini dia sendiri tidak tahu untuk menanganinya.Dia sakit hati bila melihat wajah tenang Zulaikha,bagaikan langsung tidak pernah berlaku apa-apa terhadapnya.Dia benci melihat wajah ketenangan Zulaikha itu sedangkan hatinya masih lagi sakit akibat peristiwa itu.Dia mahu Zulaikha turut sama merasa apa yang dia rasa.
Pantas langkah Zulaikha di pintasnya.Tangan Zulaikha di capai kasar menandakan dia sedang marah.Safuan hampir lupa sekarang mereka masih berada di kawasan pejabat.

“Aku panggil kau buat pekak je,kau sengaja kan sakitkan hati aku.”marah Safuan.

“Ikut aku kalau kau tak nak semua orang tahu pasal kita,”ugut Safuan.Dengan langkah terpaksa Zulaikha mengekori langkah Safuan.Tangan kanannya masih lagi di genggam Safuan.Masuk sahaja dalam kereta Safuan terus mengunci pintu supaya kejadian semalam tidak berulang kembali.Kesabarannya cukup tipis untuk menangani masalah dengan Zulaikha.

Kereta di pandu Safuan akhirnya berhenti di R&R gambang.Lama masing-masing berdiam diri tanpa sebarang kata.Akhirnya Safuan meloloskan diri keluar dari perut kereta.Pintu bahagian penumpang di buka menyuruh Zulaikha keluar.Zulaikha yakinkan dirinya bahawa Safuan tidak akan melakukan sesuatu terhadapnya kerana Safuan membencinya.Bagi Safuan,perkahwinan  mereka semuanya adalah salah Zulaikha,sedangkan Zulaikha langsung tidak mengetahui apa salah dan silapnya.Apa yang dia tahu di hari perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung dengan meriah dan di raikan dengan rasa gembira bertukar menjadi mimpi buruk dalam hidupnya bila pengantin lelaki yang sepatutnya hadir,tidak menghadirkan diri dan di ganti pula dengan lelaki yang langsung tidak pernah dia kenali dan temui.Lebih malang lagi bila keesokkan harinya dia di tinggalkan pergi bersama kata cacian dari lelaki itu.

“Aku takkan sekali-kali terima kau dan keluarga kau dalam hidup aku,aku tak pernah terniat pun untuk bernikah dengan kau,kau sengaja perangkap aku kan?kau buat onar dengan orang lain aku pulak yang kena terima kau.”marah Safuan.

“Kau tak layak nak hidup dengan aku perempuan sundal,kau dengan keluarga kau semuanya sama..”marah Safuan lagi dan terus melangkah pergi meninggalkan isteri yang baru beberapa jam dinikahi.Dia di paksa untuk menggantikan tempat sepupunya yang ketika itu melarikan diri kerana terpaksa menikahi gadis lain yang telah dia rosakkan.Kerana itu Safuan bertambah marah bila dia sendiri menyangka Zulaikha juga salah seorang mangsa kasanova sepupunya itu.

“Encik Safuan nak bincang apa dengan saya?rasanya takde apa kot yang nak di bincangkan,semuanya dah selesai kot lima tahun dulu.”ucap Zulaikha tenang.Dia tidak mahu berkasar jika nanti dia sendiri yang akan di kasari Safuan.Mengenangkan dia ke mari bersama Safuan lebih elok jika dia mendengar sahaja apa yag mahu di perkatakan oleh Safuan kerana dia tak mahu jika apa-apa terjadi kepadanya tiada siapa dapat menolong.

“Huh..senangkan kau fikir semuanya dah selesai,kau masih tanggungjawab aku.Aku nak kau tinggal dengan aku.Jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri.”jawab Safuan sambil melemparkan senyum sinis pada Zulaikha.Zulaikha yang mendengarnya bagaikan terkena renjatan elektrik.

“Apa?Encik Safuan jangan nak merepeklah,antara kita dah tak ada hubungan lagi sejak kaki Encik Safuan melangkah meninggalkan majlis perkahwinan kita dulu.Dan selama itu juga saya tak pernah terima khabar berita dari Encik Safuan.Malah saya langsung tidak di beri nafkah selama lima tahun.Macam tu Encik Safuan cakap saya masih tanggungjawab Encik Safuan.”radang Zulaikha.Habis semua sifat sabar yang ingin di pupuknya tadi.

“Ya!kau masih di bawah tanggungjawab aku selagi aku tak lafazkan cerai pada kau.Faham!”jawab Safuan tegas.Dia bengang bila soal tanggungjawabnya di persoalkan.Dia makin sakit hati bila Zulaikha menidakkan tentang hubungan mereka.
“Jangan mimpilah saya nak teruskan hubungan ni jika masih ada pun,saya takkan sekali-kali mengadaikan maruah saya sekali lagi untuk itu.”sambung Zulaikha lagi.Safuan yang mendengarnya mengetap bibir menahan geram.
Ada airmata yang bertakung di kelopak matanya,dia berusaha untuk tidak menitiskan airmata di hadapan lelaki itu.Cukuplah sekali maruahnya tercalar dan cukuplah selama lima tahun ini dia hidup dalam caci maki orang kampung dan juga sanak saudaranya sendiri.Malah sampai ke hari ini mak longnya masih lagi membencinya.Bagi mak longnya dia telah menconteng arang ke muka keluarga mereka.Mereka juga tersalah sangka tentang dirinya kerana mendengar tuduhan Safuan.Sekali pun mereka tidak memberikan peluang untuk dia berterus-terang.Sangka mereka Safuan adalah pengantin lelaki yang sebenar dan Zulaikha yang membuat onar dengan orang lain.Kesemua kesalahan di letakkan ke bahu Zulaikha sedangkan zulaikha sendiri tidak tahu akan kesalahannya.

“Kau kenapa degil sangat haa..aku dah cakapkan kau masih di bawah tanggungjawab aku,kau tak faham lagi ke?”marah Safuan.Tercabar egonya dengan kedegilan Zulaikha.Dia hanya mahu mencuba membina keluarga bersama Zulaikha.

“Encik Safuan saya rasa dah takde apa yang nak di bincangkan lagi,dan saya tak nak ungkit kisah lalu.Encik Safuan dah jadi sejarah dalam hidup saya,walaupun saya tak pernah minta Encik hadir dalam hidup saya ia tetap menjadi kenangan buat saya,dan biarlah kisah tu saya tanggung sendiri sebab saya tak pernah perlukan Encik Safuan hadir dalam hidup saya sebagaimana juga Encik tak perlukan saya dalam hidup Encik.”ucap Zulaikha sayu malas untuk bertekak dengan Safuan.Tidak semena-mena airmata yang di tahannya dari keluar akhirnya mengalir juga di pipinya.Hatinya sedih mengenangkan layanan Safuan terhadapnya.Bila di benci dirinya di hina dan di caci,kini Safuan kembali dengan senang hati memaksanya untuk tinggal bersama dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Pernahkah Safuan fikir tentang dirinya,dia langsung tidak mengenali Safuan malah pada hari perkahwinannya itulah kali pertama mereka bertemu dan bertentang mata.Mujurlah matanya sempat mengecam lelaki yang bergelar suami padanya itu.

“Tolong hantar saya balik.”mohon Zulaikha sambil meloloskan diri ke dalam kereta milik Safuan.Dia sudah tidak sanggup berlama di situ.Dia bimbang tidak kuat untuk menahan sabar.Dia geram dengan sikap memaksa Safuan.Kenapa baru sekarang Safuan mengaku dia tanggungjawabnya?kenapa bukan lima tahun dulu?Apa yang membuatkan Safuan berubah untuk menerimanya?Semua itu berlegar-legar di fikiran Zulaikha.Buntu dia memikirkan perubahan mendadak sikap Safuan.Dia juga takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.Mungkinkah kerana kehadiran Khusyairi?Makin perit hati Zulaikha memikirkannya.

Safuan menurut sahaja kemahuan Zulaikha untuk pulang.Dia tergamam melihat Zulaikha mengalirkan airmata.Dia bukan seorang yang pandai memujuk.Tambahan lagi antara dia dan Zulaikha tidak pernah ada perasaan sayang.Dia kekok untuk membuat semua itu.Apa yang dia tahu sekarang dia hanya mahu Zulaikha mengikut cadangannya untuk tinggal bersama.

“Kenapa baru sekarang Encik Safuan nak kita tinggal bersama?kenapa baru sekarang Encik Safuan sedar akan tanggungjawab Encik Safuan ?Kenapa tak lima tahun dulu?Kenapa baru sekarang Encik Safuan muncul semula dalam hidup saya setelah segalanya musnah lima tahun dulu?Kenapa setelah saya dapat melupakan semuanya Encik Safuan muncul semula?kenapa?”Tanya Zulaikha tanpa memandang wajah Safuan yang sedang memandu.

Safuan yang sedang memandu hanya diam mendengar Zulaikha meluahkan apa yang telah sekian 
lama di pendamkannya.Kepalanya pening memikirkan jawapan pada semua soalan yang di tanya Zulaikha.Apa yang ada di kepalanya sekarang hanya satu,kerana dia terpaksa menerima perkahwinan itu dan dia sedang cuba untuk memperbaiki kesilapannya dulu.

Airmata Zulaikha masih lagi mengalir.Perasaan malu langsung hilang bila sakit hatinya datang.Kebisuan Safuan membuatkan hati Zulaikha mendidih panas.Namun dia masih boleh mengawal dirinya.Dia tidak mahu sesuatu terjadi padanya jika Safuan hilang focus pada pemanduan.Akhirnya masing-masing membisu.

Safuan menarik nafas panjang.Sungguh hatinya turut rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku padanya dan juga Zulaikha lebih-lebih lagi pada keluarga Zulaikha yang telah menanggung malu akibat dari perbuatannya.

Safuan juga tahu tentang kematian ibu dan bapa mentuanya tiga bulan selepas dia meninggalkan Sufi Zulaikha.Kerana itu juga dia mahu mencari jalan pernyelesaian antara mereka berdua.Tapi dia tahu mungkin susah untuk memohon kemaafan dari Sufi Zulaikha.Dia tahu Sufi Zulaikha yang paling terluka dengan peristiwa itu.Dengan perkahwinan yang hanya bertahan hanya sehari.

“I’m sorry Sufi Zulaikha..”akhirnya terkeluar juga kata maaf dari mulut Safuan.Terlalu berat untuk dia menuturkan maaf pada isterinya itu.Bukan kerana takut tetapi kerana egonya seorang lelaki.Dadanya berdebar-debar menunggu balasan dari Zulaikha.Namun beberapa minit telah berlalu dia  masih belum menerima balasan dari Zulaikha.Mukanya di toleh ke sebelah memandang Zulaikha.Hampir ternganga mulutnya melihat Zulaikha.

“lah tidur rupanya,patutlah diam je.”ngomel Safuan sendiri sambil menggelengkan kepala.Nafas kasar di lepaskan.Dia ingatkan inilah masanya dia memohon maaf dari Zulaikha,rupanya dia harus mencuba sekali lagi.Akhirnya Safuan membelok masuk ke parking pejabatnya untuk mendapatkan kereta milik Zulaikha.

“Sufi..Sufi..bangunlah.”panggil Safuan sambil menepuk lembut bahu Zulaikha.Akhirnya Zulaikha tersedar sambil mengosok matanya pedih akibat banyak sangat menangis tadi.

“Kita kat mana ni?”Tanya Zulaikha separuh sedar.Safuan tersenyum melihat gelagat Zulaikha yang separuh sedar.

“Kat syurga sayanggg....”usik Safuan meleretkan suaranya.Kalut Zulaikha membetulkan duduknya sambil membetulkan blous yang di pakainya.

“Encik Safuan nak buat apa dengan saya?nanti saya jerit karang.”ugut Zulaikha kalut.Badannya di sengetkan ke tepi tingkap menjauh dari Safuan.

“Kau ni kan...ish..cuba kau tengok sekeliling tu,buka mata luas-luas kalau nak tahu kat mana.”marah Safuan geram tapi masih perlahan suaranya.Mulut Zulaikah membentuk “o” bila menyedari mereka berada di parkingpejabatnya dan di sebelah terletak elok kereta kesayangannya.Cepat-cepat Zulaikha melolos keluar dari kereta Safuan,bila menyedari kunci keretanya pada Safuan dia mengetuk cermin tingkap.

“kunci kereta saya mana?”Tanya Zulaikha sambil menghulurkan tangannya meminta pada Safuan.Sambil melemparkan senyum sinis Safuan menyerahkan kembali kunci kereta milik Zulaikha.

“Kalut”tempelak Safuan pada Zulaikha.Zulaikha hanya menayangkan muka tanpa perasaan terus mencapai kunci keretanya.Kereta Zulaikha meninggalkan bangunan pejabatnya.Safuan pula mengekorinya dari belakang tanpa Zulaikha sedari.Dia bimbang dengan keselamatan Zulaikha pada masa yang sama dia mahu mengetahui di mana Zulaikha tinggal.Akhirnya kereta milik Zulaikha membelok masuk ke dalam salah satu halaman rumah di situ.Safuan memberhentikan keretanya jauh sedikit dari rumah yang di duduki Zulaikha.Dia tidak mahu Zulaikha sedar kehadirannya di situ.
Zulaikha pula perasan seperti seseorang mengekorinya membuatkan dia berasa takut lalu cepat-cepat dia menerpa ke pintu rumah lalu masuk ke dalam.Dia langsung tidak menyedari Safuan mengekorinya dari awal lagi.                                                                                                           

 Melihat Zulaikha selamat memasuki rumah Safuan terus meninggalkan kawasan perumahan itu .Dia puashati sekurang-kurangnya dia telah pun mengetahui di mana Zulaikha tinggal.Dia hanya perlu merancang supaya Zulaikha bersetuju untuk tinggal bersamanya.  Dia hanya perlu memikirkan bagaimana mahu membuatkan supaya Zulaikha bersetuju untuk tinggal bersamanya.Sambil memandu ligat otaknya merencana untuk memohon kemaafan sekali lagi dari Zulaikha.Kecewa sungguh tadi masa dia lafazkan kata maaf tapi Zulaikha pula  tidur.Terpaksa dia menebalkan mukanya sekali lagi memohon kemaafan dari Zulaikha.

Akhirnya kereta di pandunya membelok masuk ke halaman rumahnya.Kepenatan terpancar di mukanya.Bukan kerana penat dengan pekerjaan pejabat tetapi kerana masalah peribadinya sendiri.Kerana itu dia berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan  Zulaikha secepat yang mungkin.Dia juga ingin merasa hidup bahagia punya anak isteri menemaninya sepanjang masa.
Safuan berlalu ke tingkat atas rumah menju ke biliknya.Rumah inilah satu-satunya harta yang dia miliki setelah sekembalinya ke Malaysia.Dia mahu anak dan isterinya bersamanya tinggal di rumah ini,tapi malangnya dia hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukannya.Semua yang di rancangnya hanya tinggal kenangan.Semuanya musnah bila semua kebenaran tersingkap.Hancur lumat hatinya bila orang yang si kasihi mengkhianatinya dalam diam.Paling melukakan hatinya sahabat baiknya sendiri juga mengkhianatinya.

Safuan termenung sendirian.Matanya masih belum mahu lelap walaupun tubuhnya sudah penat seharian bekerja.Fikirannya masih lagi teringat akan Zulaikha.Teringat telatah Zulaikha tersedar dari tidur tadi membuatkannya tersenyum sendiri.Baru dia menyedari posisi comel Zulaikha yang keanak-anakkan.Lama dia berkhayal dan akhirnya tertidur sendirinya.

#TQ sudi baca karya saya...kalau rajin tinggalkan komen ye..harap berpuashati...
***PEACE***
                                                                                                                                      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan