ASSALAMMUALAIKUM...hai semua..ok hari ni amie tempek lg bab baru ITDI..
sori k kalau tidak menepati ciri2 kesukaan anda semua..maaf jika karya amie belum sempurna...amie cuba buat yang terbaik...jom layan...
sori k kalau tidak menepati ciri2 kesukaan anda semua..maaf jika karya amie belum sempurna...amie cuba buat yang terbaik...jom layan...
Setelah selesai
kerjanya Zulaikha terus memecut keretanya pulang ke rumah.Dia tidak sabar untuk
pulang ke kampungnya.Sudah dua bulan dia tidak melawat pusara ibu dan
ayahnya.Tiba-tiba hatinya jadi sayu bila teringatkan ibu dan ayahnya.Sungguh
dia berasa keseorangan setelah pemergian ayah dan ibunya lima tahun dulu.Dia
tiada tempat untuk mengadu malah semuanya terpaksa di laluinya sendiri.Mujurlah
dia punya abang sepupu yang sentiasa memberinya sokongan dan dorongan.Kerana
Sepupunya itulah dia kembali bangun setelah sekian lama dia rebah akibat
kelukaan dulu.Sepupu yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk dia terus
mengharungi kehidupan walaupun semua orang kampung memulaukannya termasuklah
maklongnya,ibu kepada Ikram Hadi.
Lelaki itu juga
yang banyak menolongnya untuk kembali bersemangat setelah kematian ibu dan
ayahnya.Walau bermacam-macam kata hinaan yang di lemparkan kepadanya namun satu
pun Ikram Hadi tidak mempercayainya kerana dia lebih kenal siapa Sufi
Zulaikha.Baginya biarlah orang kampung dan termasuk ibunya mencaci Zulaikha,dia
sedikit pun tidak akan berganjak dari sisi Zulaikha yang telah di anggapnya
seperti adik kandungnya sendiri.Siapa dia untuk menghukum Zulaikha sedangkan
salahnya sendiri pun tidak terhitung banyaknya.
Sepanjang lima
tahun ini dia banyak melihat Zulaikha bersedih,menangis meratap sendiri tanpa
ada siapa untuknya mengadu.Kerana itu dia sebagai abang mengambil tanggungjawab
untuk menjaga kebajikan adiknya itu.Hatinya turut terluka dengan penderitaan
Zulaikha.Hampir sasau Zulaikha setelah kematian ibu dan ayahnya.Mulanya ibu
Zulaikha sakit dan di masukkan hospital setelah sebulan peristiwa yang
terjadi.Menurut doctor yang merawat memberitahu ibunya Zulaikha teramat
tertekan dan bersedih tanpa dapat di kawal memudaratkan kesihatannya.Ayahnya
pula meninggal kerana kemalangan dalam perjalanan ke hospital untuk melihat
arwah ibunya yang sedang kritikal ketika itu.Dalam hari dan masa yang sama
Zulaikha kehilangan kedua-dua orang tuanya.Sungguh kasihan nasib adik sepupunya
itu.Kerana itu dia memikul tanggungjawab untuk menjaga Zulaikha dan dia
beruntung kerana isterinya,Amirah sanggup bekerjasama dengannya untuk
memuluhkan Zulaikha.
Setelah dua
bulan tidak berjumpa,hari ini Zulaikha pulang lagi ke kampungnya.Dia mahu
menghilangkan diri sebentar dari bebanan kerja atau dalam erti kata lain dia
ingin menjauhkan dirinya dari gangguan Safuan Izzuddin.Sejak kehadiran Safuan
kembali dan bekerja di bawah satu bumbung nafas Zulaikha sentiasa sesak dengan
perangai Safuan.Seboleh-bolehnya dia mengelak dari bertemu tetapi lelaki itu
seakan sengaja menghampirinya.Dia keliru sendiri.Apa yang lelaki itu mahukan
darinya.Kenapa baru sekarang lelaki itu bercakap tentang tanggungjawab dan
haknya.Kenapa sebelum ini langsung tidak pernah menghantarkan khabar berita.
Zulaikha
termenung sendirian di bawah pohon rendang di hadapan rumah arwah ibu
bapanya.Jiwanya tenang bila sahaja kakinya melangkah menjejak tanah kampungnya.Teringat
zaman kanak-kanaknya bersama ayah dan ibu bersantai di petang hari di atas
pangkin depan rumahnya sambil menikmati kuih dan air kopi buatan ibunya.Nyaman
sungguh dengan angin yang bertiup,pohon kelapa melambai-lambai di tiup
angin,melihat burung-burung berterbangan bebas.Dia rindukan kenangan
itu,suasana yang telah lama pergi dari hidupnya.Kenangan yang tak mungkin padam
dari ingatannya.Semuanya masih segar dalam mindanya.Ya..kenangan itu.Tapi..
Akhirnya
Zulaikha menangis teresak-esak sendirian sambil memeluk lututnya.Dia
sangat-sangat rindukan ibu dan ayahnya.Airmatanya tak henti-henti
mengalir,kesedihan yang amat sangat dia rasai ketika ini.Sendiri tanpa teman di
sisi,tiada tempat untuk meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya.tiada tempat
untuk mengadu masalahnya,tiada bahu menjadi sandaran untuk menghilangkan
kesedihannya.Sungguh dia merasakan keseorangan ketika ini.
Tiba-tiba sebuah
kereta meluncur masuk ke halaman rumahnya.Cepat-cepat Zulaikha menghapuskan
airmatanya.Sambil menghadiahkan senyuman manisnya Zulaikha menghampiri kereta
abang sepupunya Ikram Hadi dan isterinya kak Amirah.Hanya mereka berdua sahaja
yang akan menyambutnya kepulangannya di kampung ini.
“Assalammualaikum...”ceria
suara Zulaikha menegur sepupunya suami isteri.Amirah terlabih dahulu menerpa
memeluk Zulaikha.
“Waalaikumsalam...rindunya
kak Irah kat adik akak sorang ni.”ucap Amirah memeluk kuat tubuh kurus
Zulaikha.Terlepas juga rindunya buat Zulaikha.Hari-hari juga dia merungut
tentang Zulaikha yang sudah lama tidak pulang ke kampung.Telinga Ikram Hadi dah
naik lali mendengarnya.
“Ika
sihat?”Tanya Ikram Hadi sambil tersenyum melihat gelagat isteri dan
adiknya.Geleng kepala dia melihat perangai isterinya yang keanak-anakan melayan
Zulaikha.Dia tahu isterinya merindui Zulaikha kerana itu setiap hari di
tanyanya tentang Zulaikha dan akhirnya hari ini kerinduannya terjawab dengan
kepulangan Zulaikha.
“Sihat,Alhamdulillah..abang
ngan kakak sihat tak ni?macam kurus je Nampak.”Tanya Zulaikha sambil
mengusik.Dia senang melihat pasangan suami isteri itu gembira walaupun mereka
belum di kurniakan zuriat.
“Alhamdulillah
kami sihat je,memanglah kurus tak lalu makan tau rindu kat Ika.”jawab Amirah
sambil mencubit pipi Zulaikha geram.Pecah tawa Ikram mendengar bicara isterinya.
“Kurus apa
kebendanya,makin tembam ada la kak Irah kamu ni,tak lalu makan konon..padahal
berpinggan-pinggan menambah nasi,poyo je.”sindir Ikram sambil melepaskan
gelaknya.Akhirnya ketawa mereka bergabung.Zulaikha senang dengan kehadiran
pasangan suami isteri itu menceriakan cutinya.
“ooo..abang nak
cakap Irah gemuk lah ye,eleh kata orang cuba abang tengok perut abang tu dah
kalah perut Irah yang ada isi tau.”balas Amirah.Zulaikha ketawa lepas dengan
gaduh-gaduh manja pasangan suami isteri itu.Zulaikha tersedar sesuatu.
“Eh..eh..nanti-nanti,tadi
kak Irah cakap perut kak Irah ada isikan?maksudnya....”Zulaikha memuncungkan
mulutnya ke arah perut Amirah.Melihat Amirah tersenyum malu Zulaikha sudah
mendapat jawapannya.Pantas tubuh Amirah di peluknya dan menghadiahkan kucupan
di pipi kakaknya itu.
“Tahniah kak
Irah..abang,tak lama lagi Ika dapat anak saudara lah ye...sukanya”teruja
Zulaikha mendengar khabar gembira itu.Tak sia-sia dia pulang ke kampungnya kali
ini bila mendengar khabar gembira yang baru di dengarnya.
“Baru tiga bulan
la Ika,lambat lagi.”Jawab Ikram sambil tersenyum menandakan dia bahagia dengan
kehamilan isterinya.Lama mereka menunggu dan akhirnya membuahkan hasil
juga.Ramai juga saudara maranya yang menyindir Amirah kerana tidak dapat
memberikannya zuriat.Namun kerana kesabaran mereka suami isteri akhirnya Allah
kurniakan juga apa yang mereka nantikan selama ini.
“Kakak dengan
abang awak ni dah ada khabar gembira untuk di kongsi,Ika pulak bila lagi?”gurau
Amirah.Zulaikha tersentap terus sahaj berhenti senyumannya.Ikram perasan
perubahan wajah Zulaikha terus menyiku perlahan bahu isterinya.Amirah tersedar
yang dia terlanjur berkata-kata.Langsung tidak terniat di hatinya untuk
membuatkan Zulaikha terasa.Cuma dia terlalu gembira dengan kepulangan Zulaikha
dan juga khabar gembira tentang kehamilannya yang baru seminggu mereka terima.
“Ika..Ika..kak Irah mintak maaf,akak tak sengaja dik”ucap
Amirah dengan rasa bersalah.Zulaikha masih mendiamkan diri.Ikram cuba masuk
campur.
“Ika..”
“Safuan dah
balik..”ucap Zulaikha sayu.
“Apa?”serentak
Amirah dan Ikram Hadi bertanya,bertapa terkejutnya mereka dengan kenyataan yang
baru sahaja keluar dari mulut Zulaikha.Mereka ingatkan setelah sekian lama
Safuan pergi tak munkin akan kembali lagi.Mereka kasihankan Zulaikha yang baru
sahaja pulih.Belum pun sembuh luka yang Safuan tinggalkan kini lelaki itu
datang kembali dalam hidup adiknya.Ikram mengepal penumbuh menandakan dia tidak
berpuas hati dengan apa yang telah Safuan lakukan pada Zulaikha.
“Khusyairi
juga”ucap Zulaikha lagi.
Hampir terduduk
Ikram mendengarnya.Ya Allah apa lagi yang kau ingin tunjukkan pada adikku ini
ya Allah.Aku berserah padamu ya Allah semoga kau lindungi adikku dari sebarang
kecederaan lagi.Doa Ikram Hadi dalam hati.Dia sendiri belum tentu dapat mengharunginya
jika perkara itu berlaku padanya.Dia sudah berjanji biar apa pun yang akan
terjadi dia akan cuba mempertahankan adiknya itu.
“Ya Allah..betul
ke Ika?dia ada cari Ika?dia buat apa kat Ika,cakap ngan akak dik.”bertalu
pertanya keluar dari mulut Amirah.Airmatanya sudah mula mengalir melihat
Zulaikha mengalirkan airmata.Tubuh Zulaikha di raih dalam pelukkannya.Sungguh
dia sayang dengan Zulaikha seperti adiknya sendiri.Dia dan suaminya yang
melihat jatuh bangun Zulaikha selama lima tahun ini.Terluka sungguh dia melihat
penderitaan Zulaikha selama di tinggalkan suami.Zulaikha hilang
segala-galanya.Ibu dan ayahnya pergi menghadap ilahi.Sedih hatinya jika perkara
itu berulang kembali.
“D..d..dia satu
tempat kerja dengan Ika ,kak.”tersedu-sedu Zulaikha menjawab pertanyaan Amirah.
“Allah...”itu
sahaja yang mampu keluar dari mulut Amirah.Sungguh begitu dekat sekali jurang
terpisah antara Zulaikha dan Safuan setelah lima tahun terpisah.Segalanya
perancangan Allah.Jauh Safuan pergi meninggalkan Zulaikha akhirnya mereka di
takdirkan berada di bawah satu syarikat tempat kerja.Dia tidak mampu berkata
apa-apa.Di tolehnya pada suami yang setia menanti di sisi.Wajah suaminya itu
juga keruh.Dia tahu Ikram juga buntu untuk menyelesaikan masalah adik mereka
itu.Mereka sedaya upaya berusaha menceriakan hidup Zulaikha setelah makngah dan
pak ngahnya pergi menghadap ilahi.
Zulaikha bangun
tiba-tiba sambil mengesat sisa airmata di pipinya.Dia harus kuat dan tidak
sekali-kali dia menunjukkan kelemahannya sekali lagi.
“Abang Hadi
dengan Kak Irah jangan risau,adik kakak ngan abang ni kuat tau.Semuanya Ika
boleh hadapilah.”ucap Zulaikha bersemangat.Dia tak mahu membuatkan abang dan
kakaknya itu susah hati di sebabkan masalahnya.Mereka juga punya kehidupan
sendiri,tambahan pula mereka akan menimang cahayamata tak lama lagi.Dengan
keadaan Amirah yang sedang berbadan dua,dia tidak mahu membebankan Amirah untuk
sentiasa memikirkan masalahnya.Dia yakin boleh menyelesaikannya sendiri.
============================================================
Kereta milik
Zulaikha membelok masuk ke halaman rumah satu-satunya ibu saudaranya yang juga
merupakan ibu kepada Ikram Hadi.Lama sungguh dia tidak berjumpa dengan mak
longnya sejak pemergian ayah dan ibunya.
“Assalamualaikum..”kedengaran
salamnya di sambut dari dalam.Muncul Mak longnya bersama penyapu di
tangan.Serta-merta wajahnya berubah bengis melihat Zulaikha berdiri dihadapan
tangga rumahnya.Baginya Zulaikha bukan lagi anak saudaranya semenjak adiknya
iaitu ibu Zulaikha meninggal dunia.Mak long menyalahkannya atas apa yang
terjadi.Bagi mak long Zulaikha penyebab ibunya meninggal dunia.Kerana itu dia
terlalu membenci Zulaikha.
“Mak long apa
khabar?lama Ika tak jumpa mak long.”ramah Zulaikha menegur Mak longnya.Salamnya
langsung tidak bersambut.
“Aku sihat je
tak payahlah kau nak tunjuk baik depan aku,aku takkan percaya dengan helah
kau.”Marah maklong Hasnah.Rasa sakit hatinya masih bersisa lagi.Sanggup
Zulaikha menconteng arang ke muka keluarganya.Membuat onar dengan orang lain
tetapi kahwin dengan orang lain.Kerana kesalahan yang telah di buat
Zulaikha,ibu dan ayahnya mendapat tempias di hina dan di keji orang
kampung.Malu mukanya bila berhadapan dengan orang kampung.
“Kau balik sini
buat apa?mak bapak kau dah lama mati di bunuh kau.Buat apa kau balik lagi ke
kampung ni?”marah mak long Hasnah lagi.Dia tak mahu lagi menerima caci maki
orang kampung.Cukuplah segalanya yang berlaku lima tahun dulu.Hatinya sakit
akibat fitnah yang tersebar adiknya iaitu ibu Zulaikha merana menanggung malu
lalu jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.Kerana itu dia membenci
Zulaikha.Baginya Zulaikha lah punca adiknya itu meninggal.
Zulaikha hanya
diam mendengar amarah mak longnya.Biarlah jika itu dapat melepaskan apa yang
tersimpan di hati mak longnya.Airmatanya mengalir halus di pipinya.Sedih
hatinya tiada siapa yang tahu.Mereka hanya mahu menuduhnya tanpa memberikan
peluang untuknya berterus terang.
“Kalau kau balik
kampung ni nak malukan muka aku lagi baik kau jangan balik.”marah mak longnya
lagi.
“Mak Long!Ika
datang ni nak mintak maaf,Ika tahu Ika salah...”
“Tak..aku takkan
maafkan kau sampai bila-bila,kau yang menyebabkan mak dan ayah kau mati,kau
yang menyebabkan satu-satunya adik yang aku ada mati.”potong mak longnya geram.
“Baik kau
berambus dari rumah aku ni..berambusssss...aku tak nak tengok muka kau lagi.”jerit
mak longnya.Zulaikha tanpa menunggu lama terus masuk ke dalam kereta.Airmatanya
mengalir lagi,terasa hati dengan kata-kata mak longnya itu.Sanggup mak longnya
menggelarkannya pembunuh.Dia ingatkan selama dia tidak pulang ke kampung mak
longnya akan berlembut hati dengannya,tapi lain pula yang jadi malah makin
marah ibu saudaranya itu dengan kehadirannya.
“Mak Long!Ika
bukan pembunuh,bukan Ika yang nak semua ini,Ika pun mangsa keadaan.Ika tak
pernah harap semua ini jadi pada Ika,Mak Long.”rintih Zulaikha sendiri sambil
menangis tersedu-sedu.Hatinya betul-betul terluka dengan kata-kata mak longnya
itu.Di gelar pembunuh bukan suatu yang boleh di buat main walaupun bukan
dirinya yang melakukan.Dia sudah cukup rasa bersalah menyebabkan ibu dan
ayahnya malu dengan hal perkahwinannya.Bertambah bersalah di sebabkan peristiwa
itu ibunya tertekan dan menyebabkan ibunya terlantar sakit dan akhirnya
menghembuskan nafas terakhirnya di katil hospital.Lebih malang lagi ayahnya
juga pergi meninggalkannya pada hari yang sama ibunya pergi.Dia terpaksa
menerima kehilangan kedua-dua orang tuanya pada hari yang sama.Belum cukupkah
semua yang dia tanggung hingga mak long menggelarnya pembunuh?hati Zulaikha
merintih sendiri.Jika orang lain bercakap tentang itu mungkin dia masih boleh
bertahan.tetapi bla darah dagingnya sendiri mengecamnya begitu,langsung
membuatkan jiwanya yang luka semakin terluka.
Selama lima
tahun dia hidup jauh dari satu-satunya keluarga yang dia punya.Pada mak longnya
dia harap boleh menumpang kasih,mengadu nasibnya.tapi semua itu hanya tinggal
angan-angan sahaja bila dia di buang jauh dari hati mak longnya.Akhirnya
Zulaikha pasrah,terus pulang ke rumah peninggalan orang tuanya.Biarlah..biarkan
dia menanggung sendiri jika saudara sendiri pun tidak sudi.Dia harus kuatkan
dirinya,cekalkan hatinya menempuh semuanya.Dia redha andai ini yang harus di
terimanya.
#dah bacakan...harap2 berpuashati ye..amie akan cuba perbaiki lagi..terima kasih pada yang sudi baca..kalau rajin meh tinggalkan komen...
***PEACE***