Sabtu, 21 Februari 2015

ISTERI TAK DI IKTIRAF 4

Assalamualaikum...
maafkan Amie ye lmbt update..
nah ini khas buat yang tertunggu-tunggu..
maaflah kalau ada yang kurang...
psttt....kalau rajin bagilah komen ckit nak buat pembakar semangat...hehe
enjoy k...

BAB 4

            Kerana itu dia tekad untuk terus menghilang.Selangkah lelaki-lelaki itu mendekatinya,Seribu langkah akan dia berlalu pergi.Itu janji Zulaikha pada dirinya sendiri.Tanpa mengetahui arah tujuan Zulaikha terus meluncur keretanya pergi membawa hatinya yang kini makin terluka.Sungguh dia tidak kuat untuk bertahan dalam situasi ini.

Namun kerana salahnya sendiri membiarkan terus dirinya di gantung tidak bertali.Sepatutnya lima tahun dulu dia sudah menyelesaikan semua ini dengan pejabat agama,biar dia bergelar janda dari menjadi mangsa kekejaman suami sendiri.

Akhirnya kereta milik Zulaikha berhenti di hadapan pintu pagar rumah sewanya.Tanpa sedar sejauh itu zulaikha memandu dengan fikiran yang masih di awangan.Dengan rasa yang amat malas Zulaikha memasuki rumahnya.

“Hai lambat kau sampai hari ni,ada beli makanan tak?”Tegur Hanis satu-satunya teman yang dia ada untuk kongsikan masalahnya ketika ini.Zulaikha menghempaskan tubuhnya di atas sofa di sebelah temannya itu sambil menggelengkan kepala menjawab pertanyaan Hanis tadi.

Hanis yang pelik dengan reaksi temannya itu menoleh kearah Zulaikha.Terkejut melihat airmata yang mengalir halus di pipi Zulaikha.Cepat-Cepat di raih tubuh temannya itu ke dalam dakapannya.Baginya seorang teman yang baik bukan bertanya kenapa?mengapa?tetapi seelok-eloknya dakaplah teman itu kedalam pelukan untuk  mengalirkan sedikit kekuatan supaya menghilangkan kesedihan temannya itu,walau hakikatnya kita tidak mengetahui cerita sebenar.Begitulah sepatutnya seorang sahabat perlu lakukan sekiranya sahabatnya di dalam masalah.

Hampir dua puluh minit Hanis mendakap erat tubuh temannnya itu.Namun satu patah perkataan pun tidak keluar dari mulut Zulaikha.Malah esak tangisnya yang kedengaran tadinya sedikit langsung tidak berbunyi lagi.Hanis menjenguk melihat wajah temannya itu.

“Lah dah tidur rupanya,Ika...Ika..penat sangat agaknya.Kesian kau Ika,aku tak tahu apa masalah kau,tapi aku sedih bila tengok kau sedih macam ni,aku harap kau tabah Ika.Aku sayangkan kau kerana Allah.Aku doakan kau sentiasa dalam lindunganya.”luah Hanis sedih sambil menatap wajah bersih Zulaikha.Sungguh dia teramat sayang dengan Zulaikha walaupun mereka baru sahaja tiga tahun duduk bersama.Baginya Zulaikha seorang yang misteri tetapi sangat baik pada matanya,sentiasa merendah diri,seorang yang suka ketawa.Oleh kerana itu dia turut sedih melihat airmata Zulaikha mengalir,bagaikan dia turut merasai kesedihan itu.

Akhirnya kedua-dua mereka tertidur di ruang tamu rumah.Mujurlah awal-awal lagi Hanis sudah membentangkan tilam di situ.Jadi tidak perlulah bersusah payah dia mengejutkan Zulaikha untuk masuk ke bilik masing-masing.zulaikha langsung tidak sedarkan diri.Mungkin teras terlalu penat sehinggakan tubuhnya menjadi selemah itu.

Bila saja tersedar Zulaikha menoleh ke sebelahnya kelihatan Hanis masih lagi nyenyak tidur.Mungkin Hanis kasihankan dia sebab itulah dia juga turut tidur di ruangtamu.

“Aku sayang kau dunia akhirat Hanis,terima kasih sebab jadi kawan aku.”ucap Zulaikha terus merangkul tubuh temannya yang masih enak di ulik mimpi.Tersenyum Zulaikha dengan perangainya sendiri.Akhirnya dia melangkah kaki naik ke bilik membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa.

Hujung minggu pastinya bergembira dengan keluarga masing-masing.Safuan Izzuddin tersenyum melihat kegembiraan anak-anak kecil bersama beberapa keluarga yang beriadah di situ.Tiga tahun dulu dia pernah mengecapi kebahagian itu,tapi semuanya musnah akibat kecurangan isterinya,Marina.Kerana itu dia meninggalkan bumi Uncle john itu dan kembali ke Malaysia.

Sekembalinya dia ke Malaysia untuk mencari ketenangan tetapi lain pula yang jadi.kisah lima tahun dulu kembali menghantuinya.Isteri tak di iktirafnya muncul kembali.Dalam erti kata sebenar isteri yang di kahwini tanpa kerelaannya.Semuanya gara-gara satu fitnah,dirinya terikat dengan perkahwinan yang langsung tidak di jangka.Kerana Perkahwinan itu dia lari membawa diri ke Negara uncle John untuk bersama kekasihnya,Marina.

Setahun di sana setelah kerjayanya stabil dia mengambil keputusan menikahi Marina dan mereka di kurniakan seorang anak perempuan.Namun bangkai gajah mana boleh di tutup.Satu kejadian yang merungkai segalanya.Anak yang di lahirkan Marina bukanlah anak dari benihnya tetapi dari benih kekasih isterinya,Tony yang merupakan sahabat baik mereka di sana.Segalanya telah berakhir setelah mereka berdua mengaku saling mencintai.Dengan senang hati dia melepaskan Marina kerana tidak mahu di anggap suami yang dayus berkongsi isteri dengan temannya sendiri.

Kerana kejadian itu dia membawa diri pulang ke Malaysia.Kini masalah lampau perlu dia tangani.Dia tahu dia bersalah pada Sufi Zulaikha.Dia juga tahu Sufi Zulaikha tidak bersalah dalam masalah yang terjadi,tetapi kerana ego,dengan rasa dendam,segala kemarahan di hamburkan pada Sufi Zulaikha.Segala kata-kata nista di hamburkan kepada Zulaikha malah dia juga tahu keluarga mentuanya menerima malu pada hari yang sama dia meninggalkan kampung itu.Dia tahu orang kampung bercerita tentang peristiwa itu.Semuanya kerana kesalahan dan kata-kata yang keluar dari mulutnya yang ketika itu sedang marah.

Kalau dulu dia tidak bertindak mengikut perasaan mungkin rasa cinta dapat dipupuk buat Sufi Zulaikha.Mungkin juga dia akan bahagia hidup bersama dan punya anak seperti keluarga yang sedang bergelak-ketawa di hapadannya kini.Tiba-tiba sebijik bola mendarat mengenai bahunya.Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki takut-takut untuk mendekatinya.Safuan mengambil bola lalu di berikan kepada kanak-kanak lelaki tersebut sambil ringan sahaja tangannya mengusap kepala anak kecil itu.

Sungguh dia teringin untuk mempunyai keluarga bahagia seperti itu.
Safuan meneruskan langkahnya sambil berjalan perlahan-lahan di tepi tasik itu.Di sinilah dia membuang masanya setiap kali cuti bekerja.Sebetulnya dia masih baru dengan Negara sendiri setelah lama berada di luar Negara.Negara tanah tumpah darahnya yang terlalu cepat pembangunannya setaraf dengan dunia luar.Sebagai anak jati Malaysia,sedikit sebanyak Safuan merasa bangga dengan pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia ini.Semasa mula-mula dia menjejakkan kaki di sini setelah lima tahun berada di Negara asing,dia kagum dengan pembaharuan yang telah kerajaan buat untuk rakyatnya.Dan dia juga bersyukur kerana di lahirkan di Negara yang jauh dari peperangan.

Tanpa sengaja bahunya terlanggar seseorang yang sedang berjoging,hilang segala menunggannya.

“Maaf Encik saya tak sengaja..”ucap gadis itu sambil sambil menyapu seluarnya yang sedikit kotor akibat terjatuh tadi.

“Ehh..Encik Safuan kan..buat apa sorang-sorang kat sini?”Tanya Hanis ramah terkejut berjumpa dengan Arkitek baru di syarikat tempatnya bekerja.Ramai staf-staf perempuan yang memuji-muji ketampanan lelaki itu,tapi bagi Hanis biasa sahaja kerana dia bukan mencari teman hidup yang pada rupa tapi pada agamanya.Baginya buat apa kalau rupa sahaja menarik  tapi perangai mengalahkan mengalahkan jin.

“Emm..saja saya ambil angin sambil-sambil cuci mata”jawab Safuan sambil menghadiahkan senyuman manis buat rakan sekerjanya itu.

“Maaf saya tak sengaja langgar awak tadi,awak sorang je ke jogging?”Tanya Safuan lagi sekadar berbasi-basi.Lagipun dia belum ramai kawan di sini apalah salahnya berbaik dengan orang.

“ohh..takpe salah saya juga tak tengok depan.mujur langgar orang baik kalau yang garang habislah tadi kena marah”jawab Hanis sambil ketawa kecil.Sengaja menceriakan keadaan yang sedikit kekok kerana mereka pertama kali bersembang berdepan begini.

“Oklah Encik Safuan saya jalan dulu”pinta Hanis terus memulakan semula lariannya.Memang setiap hujung minggu di akan ke sini bersama Zulaikha.Entah kenapa hari ini temannya itu member alasan tiada mood untuk berjoging.Jarang sekali Zulaikha malas untuk bersenam bersamanya.

Pernah dulu Zulaikha memberi ceramah padanya bila saja dia malas untuk berjoging.Katanya walaupun seminggu sekali kita harus bersenam untuk hidup sihat yang lebih sempurna.Di samping itu riadah seperti berjoging ni baik untuk untuk kesihatan dan menghilangkan masalah.Itulah yang pernah Zulaikha bebelkan padanya dulu.Sambil tersenyum Hanis meneruskan lariannya.Hatinya cuku gembira bila temannya itu berada di sampingnya.


Malam mereka tidur di ruang tamu rumah bukan dia tidak sedar subuh itu waktu Zulaikha memeluk sambil bercakap padanya.Hampir menitis airmatanya mendengar luahan Zulaikha waktu ituDia tahu banyak rahsia tentang diri Zulaikha tidak di ketahuinya,namun sebagai teman dia hanya mampu berdoa supaya temannya itu sentiasa di lindungi Allah s.w.t.


*maaf ye jika belum cukup memuaskan hati ...insyaallah akan di perbaiki lagi...
terima kasih sudi baca..sedekahlah komen ckit..hehe

***PEACE***

Rabu, 18 Februari 2015

Assalamualaikum semua kesayangan Amie.....

Selamat pagi semua.....nntkn sambungan kisah2 fantasi amie ye..ni gn fon je tu pn di sudut dapur...hehe
Mlm nnt amie post ye...syg2 semua..tq semua jgn pernah jemu menunggu ye..