Selasa, 29 Ogos 2017

Assalamualaikum..salam merdeka untuk semua...maaf lama Amie menghilang..jom layan..harap2 terubat sikit rindu pada yang masih menanti karya amie..


Bab 5


Di rumah Sofian macam cacing kepanasan.Jarum jam menunjukkan hampir sepuluh malam.Namun bayang orang yang di tunggunya masih belum muncul.Hati yang tadinya sedikit sejuk kembali panas bila menanti terlalu lama.Rahangnya turun naik menahan marah.Dalam masa yang sama dia juga takut Humairah sudah pergi meninggalkan rumah ini.Apa yang harus di lakukan jika itu benar-benar terjadi.

Makngah Hashimah memandang pelik kelakuan anak lelaki bongsunya itu.Serba tak kena pada pandangan matanya.Wajah Sofian yang memerah seperti menahan marah dan risau membuatkan makngah Hashimah tertanya-tanya.Marahkah anaknya itu,tapi pada siapa?Dari tadi anaknya seperti menunggu seseorang.

Begitu juga dengannya sedang menunggu kepulangan Humairah.Hatinya bimbang jika terjadi sesuatu kepada anak saudaranya itu.Belum pernah sekali pun Humairah pulang lewat begini selama dia tinggal bersamanya.

Kedengaran bunyi kereta masuk ke halaman rumah.Cepat-cepat makngah Hashimah menjenguk keluar untuk memastikan siapa yang pulang.Lega hatinya bila melihat Humairah tersenyum memandangnya.Bersyukur kehadrat ilahi anak saudaranya pulang dengan selamat.

Belum pun sempat Humairah menapak masuk ke rumah...

"Pangg...."

Elok sahaja tapak tangan Sofian mendarat di pipi kanan Humairah.Mengalir airmatanya menanggung kepedihan hadiah dari Sofian.Makngah Hashimah tergamam melihat drama seminit itu.

"Ya Allah Pian....apa yang Pian buat ni"marah makngah Hashimah sambil mengusap pipi kanan Humairah.Tanpa berkata apa-apa Humairah terus melangkah masuk ke biliknya.

"Kau ingat kau siapa?ikut suka hati kau je nak balik pukul berapa?kau ingat orang dalam rumah ni tunggul kayu?"nak tunggu kau balik."jerkah Sofian kuat.Makngah Hashimah mengurut dada terkejut dengan reaksi Sofian yang sememangnya terkenal dengan sikap panas barannya.Namun belum pernah makngah Hashimah melihat Sofian semarah hari ini.

Baru sahaja pintu bilik hendak di tutup tangan kasar Sofian menolak kuat pintu tersebut membuatkan Humairah hampir terpelanting.Mujurlah dia sempat berpaut pada tiang katil antik makngahnya.

"Kau pergi mana haa..malam-malam buta baru ingat nak balik?cari jantan kat luar?kau jangan nak menyundal tak tentu pasal,aku tak nak tanggung biawak hidup dalam rumah ni"marah Sofian lagi.

"Astarfirullahalazim...Pian.."jerit makngah Hashimah.Sungguh kasar bahasa yang Sofian hamburkan kepada Humairah.Dia sendiri tak sanggup mendengarnya.

"Biar.. biar  dia  sedar  diri  sikit, jangan  ingat  dia  boleh  buat  sesuka  hati  je  kalau  nak  duduk  sini, dia  ingat  orang  dalam  rumah  ni  takde  perasaan  agaknya" jawab  Sofian  kepada  ibunya.

Humairah  masih  lagi  mendiamkan  diri. Dia  langsung  tidak  menjawab  bila  tuduhan  menghina  di  lemparkan  kepadanya  dari  mulut  lelaki yang  sepatutnya  menjadi  pelindungnya.Kebisuan Humairah membuatkan hati Sofian makin panas.

"Kau dah pekak ke ape haa perempuan,aku tanya kau..."

"Dah kau kata aku pergi menyundal,betul lah tu tak payah nak banyak tanya..."jawab Humairah geram.Habis saja Humairah menjawab satu tamparan lagi hinggap di pipinya.Kali ini betul-betul membuatkan Humairah hampir tumbang.

"Kau memang tak gunalah perempuan..."

Pintu bilik Humairah di hempas kasar.Sofian berlalu mencapai kunci keretanya bergegas keluar dari rumah.Lagi lama dia berada di dalam bilik Humairah lagi teruk Humairah di kerjakannya.Dia memang pantang kalau ada yang menjawab kasar dengannya.

Kereta milik Sofian berlari laju membelah malam.Tangannya kuat menggenggam stereng kereta,sesekali tangannya menumbuk stereng melepaskan geram.Sungguh hatinya terbakar dengan kelakuan Humairah.Kalau tidak di fikirkan siapa Humairah padanya,sudah lama perempuan itu di halaunya.

"Aaaaaaa....tensionnnnnnnyaaa..."jerit Sofian sendiri.Pening sungguh Sofian dengan dirinya sendiri.Sampai sekarang tiada siapa pun mengetahui statusnya dengan Humairah.Mereka hanya tahu mereka berdua sepupu yang tak boleh bertemu satu sama lain,kalau berjumpa tentunya bergaduh.Namun hakikatnya hubungan mereka lebih dari itu.

Dulu mereka pernah rapat namun setelah peristiwa itu keakraban mereka terputus begitu sahaja.Humairah lebih senang bergurau senda dengan abangnya Solihin.Kadang-kadang dia cemburu melihat kemesraan abangnya dengan Humairah.Kerana itu dia selalu sahaja mencari pasal dengan Humairah.

Dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri.Mungkin dia rasa kecewa dengan apa yang terjadi pada Humairah.Sungguh sehingga ke saat ini Sofian masih belum boleh melupakan apa yang Taufik Hidayat pernah katakan tentang Humairah.Dia bukan tamak juga bukan pentingkan diri.Tapi sungguh dia rasa maruahnya tercabar bila Taufik bercakap mengenai Humairah.

Kerana rasa yang bermukim dalam hatinya itu membuatkan dia semakin mendendami Humairah walaupun dia tahu semua itu bukan kesalahan Humairah tetapi dia tetap mahu menyalahkan Humairah.

Akhirnya kereta yang di pandu Sofian berhenti di hentian rehat.Lama dirinya menyepi di dalam kereta menenangkan hati.

"Ya Allah...apa yang aku dah buat ni,bukan salah dia semua tu terjadi.Kenapa kau pentingkan diri sangat Sofian."marah Sofian pada dirinya sendiri.

Setelah dirinya kembali tenang Sofian meneruskan perjalanannya pulang ke rumah.Dia tidak mahu ibunya pula risau tentangnya.Walau marah macam mana pun tidak tergamak dirinya membuatkan hati ibunya risau.

Sesampai dihalaman rumah,Sofian terus masuk ke rumah tanpa menyedari Humairah telah pun berlalu pergi.Seisi rumah tidak menyedari kehilangan Humairah.

"Sofiannn...."jerit makngah Hashimah dari atas rumahnya.Sofian yang sedang bersarapan di dapur hampir tersedak mendengar jeritan ibunya.Bergegas dia berlari naik ke tingkat atas.

Kelihatan ibunya memegang sekeping kertas di tangan.Sofian mula merasakan sebentar lagi dia akan di ceramah oleh ibunya.

"Ni apa ni?cuba terangkan pada ibu,selama ini patutlah Pian buat sesuka hati je pada Umai.Sampai hati Pian kan..Humairah tu tanggungjawab Pian tau,Pian tak boleh lah suka hati je buat dia macam tu"marah makngah Hashimah.Dia berasa terkilan dengan sikap anaknya itu.
Tertera dengan jelas di sijil nikah itu tarikh penikahan mereka,bermakna sudah tiga tahun mereka sembunyikan perkara itu dari pengetahuan keluarga.

"Maknanya masa belajar lagilah kamu menikah?"tanya makngah Hashimah dengan wajah yang garang.Namun dalam hatinya memanjatkan rasa bersyukur kerana Humairah tetap ada bersamanya.Walaupun begitu dia masih tertanya-tanya bagaimana anak-anaknya itu boleh bernikah.Tanpa pengetahuan orang tua pulak tu.

Sofian hanya menjawab dengan anggukan kepala,namun masih belum menerangkan sebab mereka di satukan.Satu hari nanti bila dia bersedia,dia sendiri akan menceritakannya.

Makngah Hashimah menuju ke bilik Humairah bersama surat nikah di tangannya untuk meminta kepastian dari anak buahnya itu.Namun alangkah terkejutnya bila dia memeriksa pakaian Humairah tiada satu pun yang tinggal di dalam bilik itu.

"Sofian...Sofian..."jerit makngah Hashimah.
Sofian bergegas mendapatkan ibunya.Tidak semena-mena tamparan hinggap di pipinya.Laju tangannya mengusap pipi yang pijar penangan dari ibunya.Julung-julung kali dia mendapat penampar dari ibunya.Sebelum ini ibunya terkenal dengan kelembutan dalam menanganinya.Dia juga terkaku dengan tindakan ibunya.Melihat airmata ibunya dia juga merasa bersalah.

"Pian tengok apa yang Pian dah buat pada Humairah?dia dah tinggalkan rumah,sepatutnya Pian yang menjadi pelindung Humairah sekarang tengok apa dah jadi?Pian...Pian...ibu kecewa dengan Pian."teresak-esak mak ngah Hashimah memarahi Sofian.Tadi baru ada sedikit bahagia di hatinya bila mengetahui Humairah adalah menantunya.Hatinya lega kerana boleh melihat Humairah di depan matanya.Tapi saat ini dia betul-betul kecewa dengan pemergian Humairah.


Laju kaki mak ngah Hashimah melangkah meninggalkan Sofian yang sedang termanggu sendiri akibat di leteri ibunya.Dia sungguh-sungguh kecewa dengan tindakan Sofian.Pada awalnya dia terasa marah dengan hubungan yang cuba diselindung antara anak dan anak saudaranya,tapi bila di fikirkan balik dia bersyukur kerana dia tahu hala tuju Humairah di masa hadapan terjamin.
Sofian termanggu sendiri.Kepalanya serabut memikirkan kehilangan Humairah.Dia juga berasa bersalah kepada ibunya.Sungguh dia berasa berdosa membuatkan ibunya menitiskan air mata kerananya.Tetapi dia masih membisu tanpa mempertahankan dirinya.Dia masih belum bersedia untuk berterus-terang tentang halnya dengan Humairah.

Sekarang kepalanya makin serabut dengan kehilangan Humairah.Walau benci macam mana pun Humairah masih di bawah tanggungjawabnya.Cukuplah selama tiga tahun ini dia menafikan hak Humairah.Kemarahan ibunya pula membuatkan dia semakin tertekan.Itu belum lagi hal itu di ketahui oleh abangnya,Salim Solihin.

"Pian!apa yang kau dah buat ha?kau cakap dengan aku apa yang kau dah buat dengan Humairah?"tanya Salim pada adiknya.Hatinya panas bila sampai sahaja di pintu rumah ibunya menangis sambil memberitahu hal Humairah larikan diri dari rumah.Dan lebih menyakitkan hatinya bila adiknya sendiri menyebabkan Humairah pergi.

Sofian yang terkejut dengan sergahan abangnya terus bangun.Sambil menayangkan muka tak bersalah.Salim Solihin mendidih melihat riak muka adiknya itu.

"Apa yang kau dah buat dengan Humairah sampai dia keluar dari rumah?"tanya solihin geram.Sampai-sampai sahaja dia di muka pintu rumah,ibunya sedang bersedih mengalirkan air mata.Bila di tanya ibunya memberitahu yang Humairah sudah keluar dari rumah.Bila di tanya apa sebabnya?ibu  menyuruhnya bertanya Sofian,adiknya.Dia tahu pasti kena mengena dengan adiknya itu sebab mereka berdua tidak pernah aman bila bertemu,ada sahaja yang akan di gaduhnya.Namun Solihin masih lagi tidak mengetahui akan perihal hubungan adiknya dengan Humairah.Dia menyangka Sofian telah menghalau Humairah keluar dari rumah.

"Manalah aku tahu,dah dia nak keluar,biar je lah"jawab Sofian.Lain pula kata hatinya.Dia betul-betul runsing memikirkan keselamatan Humairah.Semarah mana pun dia pada Humairah masih ada lagi sifat berperikemanusian dalam hatinya.Lagi pula Humairah itu adalah sepupunya atau lebih tepat lagi isterinya. Perasan bimbang tetap berputik di hatinya.



=================================
Humairah sendirian di sini.Sudah dua minggu berlalu.Ketenangan yang di cari belum di temuinya.Kepalanya hampir mahu pecah memikirkan tentang hari-hari depan dalam kehidupannya.Kalau boleh dia mahu hidupnya tenang tanpa gangguan.Dia sudah penat memikirkan orang lain.Biarlah dia sendiri alang-alang dia tidak punya sesiapa lagi.

"Tawakallah Humairah..semoga dihari depanmu nanti ada bahagia yang menanti"bisi Humairah sendiri memberi semngat untuk dirinya.

Humairah melepaskan keluhan maha berat di dalam dirinya.Biarlah hari ni menjadi hari terakhirnya setelah sekian lama dia menanggungnya.Dia berjanji akan teruskan langkahnya tanpa menoleh mahupun mengenangkan kisah silamnya.Bohonglah jika dia mampu melupakan semua itu.Itu hanyalah harapannya untuk terus maju ke hadapan.Dia tidak mahu lagi memikirkan semua itu,baginya apa yang brlaku biarkanlah berlalu pergi dan tak usah kembali lagi.Sekarang dia mahu mengorak langkah baru dan menjadi Humairah yang baru.Walaupun dia tahu hakikatnya dia tidak mungkin boleh lari dari hubungan itu kerana ada yang menjadi penghubungnya.Namun dia berharap semua rahsia itu tersimpan rapat dan tidak mungkin akan keluar dari mulutnya.

"Aku kena bangkit dan terus berjuang untuk hidup aku sendiri.Walid..ummi..insyaallah Maira akan berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan orang lain,maafkan Maira tak dapat nak uruskan Megah Bakti.Walid dan ummi doakan Maira ye."omel Humairah sendiri.

Harap berpuashati..maaf andai ada yang terkurang..
 ***PEACE***


Sabtu, 1 Julai 2017

Assalammualaikum...selamat hari raya semua..maaf zahir dan batin..Alhamdulillah dh raya ke 8 kita semua menyambut Aidilfitri..harap2 raya ni bukan yang terakhir untuk kita semua..

Maaf kerana Amie lama menyepi..insyaallah tgh perbaiki diri ke arah yang lebih baik..
Mohon maaf zahir dan batin buat semua follower pokok hijau depan rumah..

Peace..