Ahad, 4 Oktober 2015

Assalammualaikum...maaf sgt2 lmbt update..amie tgh pening dgn blog ni..langsung xblh reply komen anda2 semua..jgn kecil hati ye..tgh berusaha ke arah kebaikan...hehe..
agak2 ape ye masalahnye...adoiii ting tong jap..

insyaallah nnt ada update terbaru ye...maaf sgt2 kalau ada yg tertunggu2..

***PEACE***

Sabtu, 12 September 2015

Rasa yg tertinggal..

"Dah enam bulan dia menghilang,masih lagi aku mencari tapi tetap juga tidakku temui..sedangkan dia ada di depan mata..kemana mengilangnya dia???"

"Rasa itu mengungkap segalanya,luka?dah puas terasa pedihnya...kecewa? sudah puas aku merasa..bahagia?entah bila datang menjelma.."


dinihari yangku rasa paling sepi di sudut hati ini..kembalilah rasa yang tertinggal itu..

***PEACE***

Selasa, 8 September 2015

PEREMPUAN ITU AKU 3

Assalammualaikum...hai semua..jom layan karya tak seberapa dari amie..

BAB 3

Akhirnya  dengan  rasa  terpaksa  Humairah  melangkah  masuk  ke  bangunan  itu. Kalau  ikutkan  hatinya  tidak  akan  sesekali  dia  menjejakkan  lagi  kakinya  di  situ  selagi  manusia-manusia  itu  ada. 

Tapi  bila  peguam  arwah  papanya  memintanya  hadir  untuk  pembacaan  wasiat, dalam  terpaksa  dia  harus  menghadirkan  diri  sendirian  tanpa  teman.
Humairah  melangkah  laju  menuju  bilik  mesyuarat. Dia  tidak  perlu  tercari-cari  kerana  setiap  sudut  bangunan  pejabat  itu  dia  mengetahuinya.

Sesampai  di  hadapan  bilik  yang  di  janjikan, Humairah  menarik  nafas  panjang  mengumpul  segala  kekuatan  untuk  berhadapan  dengan  orang  yang  paling  tidak  ingin  di  temuinya. 

Selepas  mengetuk  pintu  dia  melangkah  masuk. Humairah  melemparkan  senyum  ke  arah  Encik  Halil  yang  merupakan  peguam  syarikat  merangkap  peguam  untuk  keluarganya.

Langkahnya  menuju  tempat  yang  paling  hujung  tanpa  menoleh  sedikit  pun  pada  tetamu  yang  lain.

"Assalamualaikum  semua... seperti  yang  semua  ketahui  hari  ini  genap  lima  bulan  Dato' meninggalkan  kita  dan  sebagai  pemegang  amanah  saya  akan  membaca  wasiat  Dato'  Azman  bin  Arshad  pada  hari  ini  seperti  yang  telah  di  persetujui  dalam  perjanjian." ucap  Encik  Halil  memulakan  bicara.

"Baiklah... seperti  yang  semua  kita  ketahui  Humairah  Azreen  Binti  Azman  adalah  satu-satunya  pewaris  tunggal  arwah Dato'  Azman  dan  Datin  Harlina.Dengan  itu  segala  Harta  benda  dan  aset  arwah  Dato'  dan  Datin  akan  di serahkan  kepada  Humairah  Azreen..."

"Mana  boleh  macam  ni  Encik  Halil.. saya  isteri  Dato'  Azman  sepatutnya  saya  jugak  berhak  ke  atas  semua  hartanya" bangkang  Datin  Shafiza  sambil  mengetuk  meja  tanda  geram. Taufik  Hidayat  di  sebelahnya  turut  menganggukkan  kepala  mengiakan  kata  mamanya. 

"Kau  sengajakan  berpakat  dengan  peguam  ni  nak  rampas  semuanya  dari  aku." tuduh  Datin  shafiza  sambil  jarinya  menunding  tepat  ke  muka  Humairah.

Humairah  diam  tanpa  bicara  melihat  wajah  garang  ibu  tirinya  itu. Dia  langsung  tidak  takut  dengan  mereka  dua  beranak.Humairah  sengaja  mendiamkan  diri  membiarkan  ibu  tirinya  melepaskan  marah. Kerana  dia  tahu  sekejap  lagi  pasti  mereka  akan  terdiam  sendiri.

"Sabar-sabar  Datin, saya  belum  habis  terangkan  lagi  pasal  wasiat  ini." pujuk  Encik  Halil.Mungkin  dia  sudah  terbiasa  dengan  situasi  ini. Kerana  itu  dia  kelihatan  tenang  menerima  amarah  Datin  Shafiza.

"Ok  kita  teruskan  ye" sambung  Encik  Halil  bila  melihat  Datin  Shafiza  sudah  bertenang.

"Seperti  yang  semua  ketahui  Dato'  Azman  adalah  peneraju  utama  dalam  syarikat  Megah  Bakti  Sdn  Bhd  dan  merupakan  seorang  yang  bertanggungjawab  dan  jujur. Tapi  untuk  pengetahuan  semua  segala  Harta  dan  eset  yang  Dato' azman  usahakan  ini  adalah  milik  Datin  Harlina  Binti  Tan  sri  Qushairi  Ahmad." terang  Encik  Halil  sambil  matanya  memandang  ke  arah  Humairah  yang  tenang  di  hujung  sana  dan  beralih  pula  kepada  Datin  Shafiza  yang  kelihatan  tergamam  begitu  juga  Taufik  Hidayat.

Datin  Shafiza  terdiam, terkelu  dan  terkejut  bila  saja  peguam  keluarga  menerangkan  tentang  harta  yang  selama  ini  di  idamkan  rupanya  milik  Harlina  sahabat  baiknya  yang  dia  khianati.Terasa  semua  usahanya  selama  ini  adalah  sia-sia.

"Habis  tu  apa  je  yang  tinggal  untuk  kami?" tanya  Taufik  Hidayat  setelah  melihat  mamanya  diam, terkejut  dengan  kenyataan  yang  baru  sahaja  di  beritahu.

"Datin  Shafiza  dan  Encik  Taufik  Hidayat  masing-masing  di  beri  saguhati  sebanyak  seratus  ribu  ringgit  malaysia  setiap  seorang  sebagai  penghargaan  terhadap  budi  yang  dicurahkan." ucap  Encik  Halil.

"Dan.... Encik  Taufik  Hidayat  dan  Datin  Shafiza  di  arahkan  meninggalkan  Megah  Bakti  berkuat  kuasa  serta  merta" tambah  Encik  Halil.

Humairah  terkejut  mendengarnya  dan  satu  kejutan  besar  juga  buat  Datin  shafiza  dan  Taufik  Hidayat. Masing-masing  kelihatan  tidak  berpuas  hati  dengan  keputusan  yang  baru  sahaja  di  dengarnya.

"Apa  hak  Encik  Halil  nak  halau  kami  dari  sini, kami  boleh  saman  syarikat  ni  tau  halau  kami  tanpa  alasan  kukuh." marah  Datin  Shafiza.

"Puan  pilihlah  antara  dua, sama  ada  keluar  dari  syarikat  ini  dengan  berbekalkan  seratus  ribu  ringgit  atau  masuk  penjara." tegas  Encik  Halil.

Humairah  makin  terkejut  dengan  ucapan  Encik  Halil, menjadikan  dia  semakin  ingin  mengetahui  apa  yang  telah  terjadi  tanpa  pengetahuannya.

"Nonsense..gila ke apa tiba-tiba nak sumbat mama i ke penjara,kalau sebab kami tak nak berlalu dari syarikat ini Encik Halil tak boleh nak sumbat kami ke penjara."tegas Taufik Hidayat.

"Buat pengetahuan semua segala bukti tentang kejahatan yang telah Datin shafiza lakukan berada di tangan saya,bila-bila masa sahaja saya boleh serahkan pada pihak polis,dan buat pengetahuan semua banglo yang sekarang di duduki oleh Datin dan juga Encik Taufik telah di pasang dengan beberapa set cctv,dan segala yang berlaku dalam banglo itu semuanya dalam pengetahuan arwah Dato dan juga pejabat saya."terang En Halil lengkap.

Mereka masing-masing melopong mendengar penerangan En Halil.Begitu juga Humairah.Bermakna selama ini apa yang terjadi pada mamanya juga telah walidnya ketahui.Dalam hati dia memanjatkan syukur kepada Allah akhirnya kebenaran terjawab juga.

Terasa sedikit lapang dadanya bila segalanya telah selesai.Dan bermula saat ini Humairah harus mempersiapkan diri untuk mengemudi sendiri syarikat Megah Bakti sebagai penaung merangkap pemilik mutlak syarikat itu.Dia tahu dirinya tidak kuat untuk memikul sendiri tanggungjawab ini,namun dia tahu tiada siapa lagi dapat diharapkan.

#terima kasih sudi baca...maaf jika belum sempurna...harap puashati ye..

***PEACE***

Isnin, 7 September 2015

Assalammualaikum...hai semua...maaf lama tak mengupdate disini..rindunya hanya dia yang tahu..sedihnya hanya amie yang rasa..maaf jika ada yang tertunggu-tunggu...jom layan cerpen tak seberapa dari amie..

DENDAM TERINDAH

Moon!minggu depan kau nikah tau.”ucap mak cik Ani tiba-tiba muncul dari laman rumah.Munirah yang mendengar melopong mulutnya.Mak aku ni dah kenapa?ribut tak ada,angin tak ada,tiba-tiba cakap pasal nikah kahwin.Pelik munirah dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut emaknya.Nak kata emaknya tidur tapi sedang berhadapan dengannya sekarang.Elok sahaja orang tua itu menekan remote tv untuk menonton drama kegemarannya.

“Mak dah kenapa?tiba-tiba je,angin tak ada rebut tak ada keluar pasal nikah minggu depan.”akhirnya terluah juga dari mulutnya.

“Setahu Moon la kan,minggu depan bukan ke majlis akad nikah si beruang gemuk depan rumah kita ni?tanya Munirah lagi.Setahunya mak dan abahnya ada memberitahunya,minggu depan mak cik Hasnah mengadakan kenduri semperna pernikahan beruang gemuk a.k.a Hasrul Naim,iaitu anak bongsu mak cik Hasnah.

“Emm..tak jadi pengantin perempuan tu masih status bini orang,tapi dah gatal nak cari jantan lain.”jawab mak cik Ani selamba sambil matanya kusyuk melihat drama tv kegemarannya.

“Sebab tu lah kau yang kena ganti jadi pengantin perem...”

“Apa?mak !apa ni mak,dah dia tak jadi kawin.batal je lah yang libatkan Moon buat apa.”belum pun habis mak cik Ani bercakap Munirah sudah pun memotong. Terkejut sungguh dengan apa yang baru emaknya cakapkan.

“Dah si Naim tu yang pilih kau,mula-mula mak pun tak setuju jugak,habis dah bincang-bincang abah bagi persetujuan dia sebagai wali,mak nak cakap apa lagi.”luah mak cik Ani akhirnya.Bukanlah dia tidak setuju atau menentang keputusan suaminya itu.Tetapi dia memikirkan masa hadapan anaknya.Mereka sudahlah bertahun-tahun tidak berjumpa walaupun rumah mereka berdepan sahaja.Malah anaknya itu langsung tidak pernah menunjukkan untuk berbaik dengan anak mak cik Hasnah sejak anaknya  di tingkatan tiga dan Naim tingkatan lima.Dia sendiri tidak mengambil tahu perihal budak-budak berdua itu.

“Mak!Moon tak nak,mak tolonglah cakap kat abah.Apa dia ingat Moon ni barang sparepart ke boleh tukar ganti.Mak tolonglah mak,Moon nak hidup bahagia macam orang lain jugak.Moon nak juga rasa di sayangi bukan jadi barang ganti.”menggogoi Munirah menangis sambil memeluk lutut mak cik Ani merayu supaya emaknya itu memujuk abahnya supaya membatalkan perjanjian yang baru sahaja abahnya putuskan.Mak cik Ani juga kelihatan menitiskan airmata mengenangkan nasib anaknya kelak.Bukan dia tidak kisah masa mula-mula dia memberitahu hal ini kepada Munirah.Tetapi kerana ingin menyembunyikan perasaan sendiri dia sengaja buat-buat kusyuk menonton drama.Padahal satu apa pun tidak masuk ke kepalanya.

Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia?Dia juga berimpian untuk membuat sendiri segala persiapan majlis perkahwinan Munirah.Dia juga impikan senyuman manis Munirah di hari pernikahan bersama pilihan hatinya.Tapi kini semua impiannya bakal terkubur.Kerana marahkan keputusan suaminya dia segera angkat kaki pulang ke rumah tanpa menunggu suaminya.Semudah itu suaminya membuat keputusan untuk menerima permintaan anak jirannya itu.Bukan dia tidak tahu hubungan antara anaknya dan juga Naim anak jirannya itu bagaimana.

Sejak dari tingkatan tiga lagi Munirah langsung tidak pernah bersua muka dengan Hasrul Naim.Dia sendiri tidak mengetahui sebab sebenar hubungan mereka menjadi dingin seperti itu.tetapi sekarang apa yang dia risaukan masa depan anaknya.Mampukah anaknya itu hidup bahagia bersama Naim.Memang dia tidak nafikan Naim seorang pemuda yang baik,malah bekerjaya.Namun semua itu bukan ukuran kebahagiaan baginya.Dalam perkahwinan sefahaman amat penting untuk menjayakan rumahtangga itu.Kini hanya satu doanya semoga anaknya dan Naim dapat hidup dalam rukun dan damai.

“Moon!mak bukan tak nak tolong,tapi kata sepakat sudah di ambil.Lagipun Moon sekarang dah 25 tahun.Dah layak jadi mak orang dah.Terima ye Moon.”pujuk mak Cik ani.Munirah yang mendengar pujukan emaknya berlari masuk ke biliknya.Tangisan di hamburkan sambil mukanya di tekup pada bantal supaya tiada siapa pun yang mendengar tangisannya.Dia betul-betul kecil hati dengan keputusan yang emak dan abahnya putuskan tanpa meminta persetujuan darinya.

Di meja makan masing-masing mendiamkan diri.Pak cik Hadri tahu isterinya itu kurang setuju dengan keputusan yang dia ambil siang tadi.Hampir 30 tahun dia mengahwini mak cik Ani,dia faham sangat bila isterinya itu marah.Namun walau marah macam mana pun mak cik ani tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.Makan pakai pak Cik Hadri semuanya terjaga rapi.Kerana itulah dia tidak kisah sangat dengan rajuk isterinya ketika ini.Kalau kena caranya ,cepatlah dia sejuk.

“Mana Moon tak nak makan ke?”Tanya pak cik Hadri memecah kesunyian antara mereka.

“Dah panggil tak di jawabnya,siap berkunci lagi pintu biliknya.”jawab Mak Cik Ani sambil menyumbat nasi ke mulutnya.Sengaja dia tidak memberitahu suaminya tentang anaknya itu sedang merajuk.Dia tahu seorang bapa tentunya memahami keadaan anaknya ketika ini.Malah jika di bandingkan dirinya Munirah lebih manja dengan abahnya.Segala apa yang dia mahu akan abahnya turuti.

“Bang!betul ke keputusan yang abang buat tu?”

“Keputusan apa?”

“Ishh abang ni macam la banyak sangat keputusan yang abang buat hari ni,tu keputusan abang untuk menerima permintaan Naim anak kak Hasnah tu lah.”muncung mulut mak cik Ani bila Pak cik Hadri hanya menayang muka tanpa perasaannya.Tersenyum Pak cik Hadri melihat muncung isterinya itu.Dia juga sebenarnya risau dengan keputusan yang di buatnya.Namun dia yakin Naim mampu menjaga puteri kesayangannya itu.

“Abang dah buat keputusan Ani oi,tak boleh nak tarik balik bila dah kata setuju,tu maknanya kita dah berjanji dengan oranglah.Awak tahu tak apa hukumnya jika kita berjanji tapi kita tidak tunaikannya?samalah kita dengan orang-orang munafik.”lembut bicara Pak Cik Hadri membalas pertanyaan isterinya itu.

“Ani tahulah bang,tapi Moon tu macam mana?abang langsung tak tanya dia setuju ke tidak,kesian dia tau bang,”

“Masa Ani bagitahu dia tadi bukan main merayu lagi dia,di suruhnya Ani pujuk abang batalkan perjanjian abang dengan keluarga Kak Hasnah.”sambung mak cik Ani sebak mengenangkan anaknya itu.

“Ani!abang yakin Naim pilihan terbaik untuk Munirah.Lagipun selama ni budak  berdua tu mana pernah bercakap selepas bergaduh dulu,dah berapa tahun tak bertegur sapa.Inilah masanya kita jernihkan kembali hubungan mereka.Insyaallah abang yakin jodoh mereka kuat,kita sama-sama doakan kebahagiaan mereka.”terang Pak cik Hadri bersungguh dengan apa yang di bimbangkan oleh isterinya.Mak cik Ani mulai diam,dia juga berfikir ada betulnya apa yang di beritahu suaminya itu.Dalam hatinya berdoa semoga apa yang mereka fikirkan menjadi kenyataan.


Seminggu yang di beritahu akhirnya tiba juga.Munirah sudahpun di hias cantik bak puteri.Tubuhnya mengigil kedinginan,perasaan takut,risau,geram,marah semua bersatu dalam dirinya.Kerana kasih pada orang tuanya dia bersetuju akhirnya menerima pernikahan ini.Debaran di dadanya hanya Allah sahaja yang tahu.Kalau di ikutkan rasa hatinya mahu sahaja dia melarikan diri,namun dia masih ada rasa hormat dan sayang pada kedua orang tuanya.Dia tidak mahu nasib yang sama menimpa mak cik Hasnah kembali terkena pada emak dan abahnya.Kerana perasaan itu dia sanggup menerima keputusan abahnya untuk menjodohkannya dengan Hasrul Naim.

Kedengaran riuh rendah di halaman rumahnya menandakan pihak lelaki telah pun sampai.Debaran di hati Munirah makin kuat.Sambil berselawat di dalam hati Munirah menghembuskan nafasnya perlahan-lahan menghilangkan rasa gemuruhnya.

“Ya Allah!jika dia jodoh yang telah kau tetapkan untukku sejak azali lagi,aku mohon kepadamu ya Allah!kau lembutkanlah hatiku,kau lembutkanlah hati dia untuk menerima satu sama lain seadanya.Dan jika benar dia jodohku kau panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurga.”doa Munirah di dalam hatinya.Walaupun saat ini hatinya masih belum ikhlas menerima namun dia mencuba untuk mengikhlaskanya.

“Moon!dah ready ke?tuan kadi nak teruskan majlis dah ni?”Tanya Suhaila,kakak iparnya.Munirah hanya mengangguk menandakan dia sudah pun bersedia.Airmatanya yang bergenang cepat-cepat di sapu oleh sepupunya di sebelah.Dari awal lagi Azila sepupunya itu setia menemaninya walaupun dia langsung tidak mengetahui apa yang bergelodak dalam hati Munirah.

“Moon!kak Ila tak tahu apa yang ada dalam hati Moon,tapi kak Ila harap Moon redha dengan pernikahan ini.Kalau Moon tak redha macam mana Moon nak capai bahagia dengan suami Moon nanti.Banyak-banyak istifar ye Moon.”nasihat Azila bila melihat airmata Munirah tidak henti-henti menitis.Dia juga tahu Munirah adalah pengantin ganti kerana Mak dan abah Munirah telah pun menceritakan kepada kaum keluarganya untuk bertanyakan pendapat setelah beberapa hari Munirah tidak mahu berbincang mengenai majlisnya ini.

“Kak Ila..Moon..Moon tak pasti kak,Moon bencikan Naim.Tapi Moon sayangkan mak ngan Abah.Moon tak nak mak ngan abah lalui apa yang keluarga Naim lalui.Tapi hati Moon sakit kak.Moon tak boleh lupa apa yang Naim buat kat Moon dulu.”terang Munirah tersedu-sedu.Azila yang melihat adik sepupunya sudah mulai emosi cepat-cepat dia meraih tubuh Munirah ke dalam pelukannya.

“Moon!siap-siap pengantin lelaki dah nak masuk.”muncul suhaila tiba-tibasambil tersenyum manis.Walaupun dia terperasan airmata Munirah yang masih lagi bersisa.Cepat-cepat tanganya mencapai tisu dan mengemaskan kembali solekkan Munirah.Debaran di dada Munirah semakin kencang,kini dia tahu dia sudah pun bergelar isteri kepada Hasrul Naim.
Pengantin lelaki masuk untuk upacara pembatalan air sembahyang.Terketar-ketar tangan Muniarah saat Naim a.k.a suaminya mencapai tanganya untuk menyarungkan cincin lambang terikatnya ikatan antara mereka.Flash kamera dari pelbagai sudut memancarkan cahaya merakam saat manis mereka.

“Sejuknya tangan.”tegur Naim bila tangan isterinya berada dalam genggamannya.Munirah cepat-cepat menarik tanganya.tiba giliran tangan suaminya di kucup lembut penuh syahdu.Hatinya sekali lagi bergetar hebat bila Naim membisikkan sesuatu di teliganya.

“Terima kasih sudi terima abang dalam hidup Irah,maafkan abang atas dosa yang telah abang lakukan.”

“Oii..sudah-sudahlah tu,tunggu malam nanti pulak”terdengar suara tetamu mengusik bila Naim lama lekapkan mulutnya di pipi isterinya.Padahal Naim hanya berbisik sesuatu langsung tidak menyentuh pipi Munirah.Kedua-dua mereka tersenyum malu bila di usik begitu.Merah padam muka Munirah,cepat-cepat dia membetulkan kedudukannya.


Seharian mereka di raikan dalam majlis yang sangat meriah walaupun dalam masa yang singkat.Namun kedua-dua keluarga bersyukur majlis mereka berjalan lancar.Cuma yang membimbangkan mereka tingkahlaku kedua-dua pengantin seperti orang asing.Masing-masing buat hal sendiri tidak seperti pengantin baru yang lain sentisa bersama ke mana sahaja mereka pergi.

“Moon!sudah-sudahlah tu.kamu tu pengantin pergilah layan suami kamu tu ,bawak-bawak berehat.Yang ni biarkan kak su ngan kak Ila yang bereskan.”tegur Suhaila bila melihat Munirah masih lagi bertungkus lumus membersihkan segala pinggan mangkuk di dapur bersam mereka.Padahal jam sudah pun menunjukkan pukul sebelas malam.

“Tak pe lah kak su,sikit je lagi ni,kejap lagi Moon rehatlah.”jawab Munirah tanpa menghiraukan teguran kakak iparnya.Dia sengaja menyibukkan diri di dapur supaya dia tidak perlu bersua dengan Naim buat masa ini.Dia juga berharap bila dia naik sahaja ke bilik nanti Naim sudah pun dia buai mimpi.Masa tu perasaannya tidaklah seperti sekarang.semuanya serba tidak kena.

“Ke takut?”usik Suhaila lagi sambil ketawa kecil.Azila di sebelahnya turut ketawa walau dia tahu bukan itu penyebabnya Munirah tidak mahu masuk berehat.

“Ishh...kak su ni ke situ pulak,ni ha kerja-kerja ni sape yang nak tolong buatkan?”sengaja Munirah mencari alasann.Dalam hatinya juga ada perasaan takut tapi takkan dia nak pamirkan pada kak ipar dan sepupunya ini.

“Moon!Ya Allah budak bertuah ni.yang Kau masih kat sini buat apa,dah..dah pergi naik atas,kesian Naim sorang-sorang tu.”arah mak cikAni yang tiba-tiba muncul di dapur.Dari tadi dia tidak melihat kelibat Munirah,dia ingatkan anaknya itu sudah pun berada di dalam bilik.Terkejut dia melihat Munirah masih lagi sibuk membersih barang-barang yang mereka gunakan siang tadi.Dia faham dengan situasi Munirah tetapi dia mahu Munirah belajar menerima ketentuan Allah yang jodohnya sudah sampai.

Dengan langkah yang malas Munirah mendaki tangga menuju ke biliknya.Keran tidak tahan di bebel emaknya dia mengalah akhirnya.Sambil dia melangkah,hatinya berdoa semoga Naim sudah pundi ulik mimpi.Bila sahaja pintu bilik di buka Munirah tergamam tubuh Naim berdiri tegak di hadapan pintu.Darahnya sepertinya berhenti mengalir.Jenuh air liur di telannya.

“Dah kenapa berdiri kat situ?jom masuk.”ajak Naim sambil memimpin tangan isterinya.unirah seperti di pukau hanya menurut sahaja langkah Naim.Tubuh isterinya di dudukkan di birai katil.Dia tahu isterinya itu cuba mengelakkan diri darinya.Dia tidak mahu situasi itu berlarutan dalam rumahtangganya.Dia harus menjernihkan semula hubungan mereka yang telah bertahun di selaputi awan mendung.Tangan isterinya di capai dan di genggam kemas.

“Irah!abang tahu Irah sengajakan elakkan diri dari abang.”ujar Naim sambil merenung mata bundar milik isterinya.Dia telah pun jatuh cinta pada Munirah sejak di bangku sekolah lagi.Tetapi kerana kesilapannya Munirah menjauhkan diri darinya.Sungguh dia terseksa dengan sikap Munirah itu.Hatinya sakit menanggung seksa rindukan Munirah yang dulu.Jiwanya luka bila mengetahui Munirah langsung tidak mahu bertemu dengannya.Bukannya dia langsung tidak mengambil tahu perihal Munirah,malah segala-gala tentang Munirah di ambil tahu tanpa pengetahuan Munirah.

“Abang mintak maaf dengan apa yang pernah abang buat kat Irah dulu.Abang menyesal sangat-sangat.Maafkan abang ye sayang.”ucap Naim lagi sambil menyentuh lembut pipi isterinya.Tiba-tiba Munirah menepis kasar.

“Awak jatuhkan maruah saya lepas tu sekarang senang je awak mintak maafkan.”marah Munirah namun suaranya masih lagi perlahan.Dia tidak kaum keluarganya mendengar pergaduhan mereka,tambahan lagi baru sahaja bergelar suami isteri.Air matanya mengalir perlahan.Teringat kisah sepuluh tahun yang lepas.Saat dirinya di malukan di depan kawan-kawan Naim.

“Awek lu ke tu bro?”Tanya Ikmal salah seorang kawan kepada Naim.Naim yang sedang bersembang dengan teman-temannya yang lain menoleh ke arah yang di tunjuk Ikmal.Berderau darahnya melihat Munirah dan kawan-kawannya sedang bergelak ketawa dengan beberapa orang pelajar lelaki sebelah kelasnya.Angin cemburu mula melanda hatinya bila melihat Munirah yang tersenyum manis di sebelah khairul azwar yang merupakan musuh ketatnya ketika itu.

“Takkan lu nak tengok je awek lu dok asmaradana dengan musuh lu bro.”cucuk Ikmal lagi.Dia sengaja mengapi-apikan hati Naim yang sedang panas.Dia tahu Naim sudah lama menyimpan perasaan terhadap Munirah,Junior mereka yang juga merupakan jiran kepada Naim.Dengan cara ini sahaja dia dapat menolong Naim meluahkan perasaannya.

“Tengok tu bro,siap bertepuk tampar lagi.”hasut Ikmal lagi.Dia sengaja membakar hati cemburu temannya itu.Dia tahu Naim cemburu bila melihat muka Naim yang merah umpama udang kena bakar.Tanpa berfikir panjang Naim terus meluru ke arah Munirah dan teman-temannya yang sedang rancak berbual.Ikmal tersenyum melihat keberanian Naim mendekati geng- geng Khairul yang sedang rancak berbual dengan gadis kesukaan temannya itu.Dari jauh kelihatan Naim menarik tangan Munirah untuk mengekorinya,Namun Munirah berkeras dan menarik kembali tangannya dari genggaman Naim.Berlaku sedikit pertengkaran antara Munirah dan Naim.Dan akhirnya di akhiri ciuman Naim di bibir Munirah dan tamparan Munirah ke pipi Naim.Mereka yang berada di situ semuanya tergamam dengan situasi itu.Malah bukan mereka sahaja yang menyaksikan peristiwa itu tetapi guru displin sekolah mereka juga kebetulan melalui taman itu.

Munirah tersentak bila ada tangan yang menyentuh kedua-dua bahunya.Peristiwa itu melayang pergi entah ke mana.Yang ada di depannya kini lelaki yang satu ketika dulu mengucup bibirnya dan menyebabkannya menjadi penghuni bilik displin.Atas tindakan bodoh lelaki itu namanya tercemar.Malah ada yang mengejeknya.

“Abang tak nak Irah ingat lagi peristiwa dulu,sekarang abang nak kita bina rumahtangga kita sama-sama dan abang nak Irah belajar mencintai abang seperti sepatutnya seorang isteri buat pada suaminya.Abang mengaku salah abang dulu,abang jahil dan dalam tak sedar abang jatuhkan maruah seorang gadis.Abang mohon Irah maafkan abang ye sayang.”pinta Naim setulus hatinya.Munirah hanya tunduk sambil tersedu-sedu.Hatinya tersentuh dengan ungkapan maaf dari suaminya,namun separuh hatinya masih lagi marah dengan tindakan Naim yang dulu.
Naim memegang lembut pipi isterinya,sebuah kucupan kudus di hadiahkan ke dahi isterinya yang licin tanpa sebarang cela.Munirah memejam matanya rapat.Terasa tangan kasar suaminya mengesat lembut airmata yang masih bersisa di pipinya.Hatinya tersentuh dengan layanan Naim dan dia juga dengan rela memaafkan kesalahan suaminya dulu.


“Hai awal pengantin bangun.Puas tidur?”usik mukhriz abang sulung Munirah yang juga teman baik Naim.Merah padam muka Munirah di usik abangnya.Naim di sebelahnya hanya mempamerkan riak selamba.
“Gila tak puas,dulu tidur sorang-sorang,sekarang dah ada teman,memang puaslah tidur.”jawab Naim selamba.Riuh rendah rumah mak cik Ani dengan gelak ketawa mendengar celoteh Naim yang selamba.Tangan Munirah di sebelah cepat sahaja mencubit peha suaminya.Dah gatal sangat agaknya,suka-suka cakap macam tu buat orang salah faham.getus hati Munirah.

Memandangkan mereka masih lagi dalam cuti kahwin.Masing-masing tiada rancangan untuk ke mana-mana.Munirah masih lagi menyibukkan dirinya di dapur membantu menyediakan makanan tengahari.Naim pulak beristirehat di halaman rumah sambil melayan ikan koi kesayangan bapak mentuanya.

“Awak!jom makan,makanan dah siap,abah panggil makan.”panggil Munirah.Dia masih belum biasa dengan situasi sekarang,dia masih belajar untuk menerima Naim dalam hidupnya walaupun hatinya telah memaafkan segala perbuatan Naim terhadapnya dulu.Namun perasaan kekok itu masih ada.

“Sayang panggil wak mana ajak makan?”Tanya Naim sambil menoleh ke arah isterinya.

“Wak mana pulak?saya panggil awaklah,jomlah cepat abah dengan yang lain dah tunggu tu.”ajak Munirah lagi.Munirah melangkah untuk pergi tetapi tanagn Naim cepat meraih pinggang ramping isterinya.Munirah berusaha melepaskan rangkulan di pinggangnya.Dadanya berdegup kencang setiap berdekatan dengan Naim.Naim pula bila melihat wajah kalut isterinya,sengaja dia meletakkan dagunya di bahu Munirah.

“Ishh..lepaslah,tak malu ke orang nampak.”marah Munirah sambil tangannya cuba meleraikan tangan Naim yang melilit pinggangnya.Lagi kuat Naim merangkul isterinya.Geram dengan Munirah yang masih lagi cuba mengelak darinya.Bila dia di dalam bilik,cepat-cepat munirah membolos keluar dari bilik.Bila dia cuba mendekati,Munirah akan melencong ke arah lain.Namun dia tetap berusaha untuk mengambil hati isterinya itu.Dia tahu salahnya bukan sedikit.

“Irah masih tak nak maafkan abang lagi ke?Irah tak kesian ke kat abang tanggung rasa bersalah selama ini?”sayu suara Naim kedengaran di telinga Munirah.Hatinya turut sedih mendengar luahan suaminya.Dia sudah memaafkan suaminya namun dia tidak tahu untuk menyatakannya.Airmatanya mengalir,tersedu dia menahan tangisan.Naim dapat merasakan gegaran pada tubuh isterinya.

“Irah!abang tak marahkan Irah kalau Irah belum memaafkan abang,ambillah banyak mana pun masa yang Irah nak,abang sanggup tunggu.”luah Naim sambil memegang lembut pipi isterinya.

“Ab..ab..aba..ng,Irah dah maafkan abang.”tergagap-gagap Munirah ingin memanggil Naim abang.Kaku rasa lidahnya.Namun dia berusaha untuk kedamaian rumahtangga yang baru di binanya.Dia seikhlas hati memaafkan suaminya itu.Naim yang mendengarnya terkaku seketika.Semudah itu lafaz maaf keluar dari mulut isterinya.Namun yang paling mengembirakan panggilan Munirah padanya.

“Betul Irah dah maafkan abang?Irah ikhlas ni maafkan abang?”Tanya Naim bagaikan tidak percaya.Munirah hanya mampu mengangukkan kepala sambil tersenyum malu.Sebuah kucupan hinggap di pipi Munirah.Merah padam Wajahnya.

“Oii..pengantin baru oii..kalau ya pun nak bercinta tunggulah kenyang perut dulu,dah berkeroncong perut kita orang tunggu pengantin berdua ni.”laung mukhriz dari sebalik langsir rumah.Dari tadi mereka sekeluarga melihat adegan romantik pasangan itu.Mereka bersyukur akhirnya setelah sepuluh tahun permusuhan antara Munirah dan Hasrul Naim akhirnya terlerai dengan sebuah perkahwinan.

“Emm..jomlah kita masuk,tu pak cik murai dah berbunyi.”ajak Munirah.Naim ketawa sambil mengekori isterinya dari belakang.Sampai sahaja di muka pintu mereka di kejutkan dengan kehadiran kaum keluarga Munirah termasuklah ibu dan ayah Naim.Merah muka Munirah menanggung malu.Dia tahu mereka semua melihat dan mendengar perbualan antaranya dengan Naim.Munirah terus masuk menuju ke ruang makan tanpa memperdulikan mereka yang sedang mentertawakannya termasuk suaminya Naim.

“Kau gelaklah kuat-kuat,kang ada yang kena tidur luar malam ni.”ejek Mukhriz kepada adik iparnya merangkap teman baiknya.

“Ishh..janganlah,kesian aku nanti tidur tak ada bantal peluk.”sampuk Naim pula.Munirah di sebelah terbakar hati bila dirinya di perli oleh abang dengan suaminya.Habis dirinya di ketawakan pagi ini.Namun dia bersyukur segala rasa marah yang di simpanya selama ini terlerai.Terasa ringan bebanan perasaannya.

“Abang perlilah Irah lagi,kang betul ada orang kena tidur luar.”ugut Munirah geram.Terburai ketawa semua orang yang ada di situ.Makcik Ani dan Pak Cik Hadri mampu tersenyum kini,tidak sia-sia mereka berpakat untuk menyatukan keduanya.


“Sayang!sayang nak dengar satu cerita tak?”Tanya Naim tiba-tiba.

“Cerita apanya abang?esok je lah,Irah ngantuk ni.”rungut Munirah sambil matanya terpejam.

“Sayang tahu tak yang sayang bukan pengantin ganti?”Tanya Naim lagi.Tubuh Munirah yang tadinya mengantuk terasa kembali segar.Dia cuba memahami apa yang di perkatakan Naim.

“Maksud abang?”Tanya Munirah blur.Naim hanya tersenyum melihat telatah isterinya yang tidak mengerti.

“Semua yang terjadi antara kita ni,semuanya orang tua kita yang rancang.Abang dengan senang hati menerimanya.”jawab Naim sambil tergelak kecil.

“Jadi selama ini hanya lakonanlah.”sergah Munirah.Naim yang melihat wajah sedih isterinya cepat mengadap tubuh isterinya.

“Bukan..bukan yang macam Irah sangkakan.Abang betul-betul sayangkan Irah tapi Irah je yang selalu mengelak dari abang.”luah Naim sedih

“Perasaan abang pada Irah tak pernah berubah sejak dulu lagi.Kerana kesiankan abang mak,abah,ayah dan ibu berpakat untuk satukan kita.Abang Mukhriz yang memainkan peranan penting dalam cerita ni.Sehinggalah tiga hari sebelum kita nikah,Abah tanya sekali lagi pada abang,betul ke tindakan yang kami orang buat ni.”sambung Naim lagi.

“Abang takut jika Irah betul-betul tak nak maafkan abang,nasiblah si pak cik murai bagi tip.”luah Naim sambil tergelak kecil.Dia bersyukur mendapat abang ipar seperti mukhriz yang banyak membantunya.Munirah yang mendegar hanya tersenyum.

“Pandaikan semua main-mainkan Irah,sampai hati.”rajuk Munirah.Naim meraih tubuh isterinya di dalam pelukkannya.

“Kami bukan permainkan Irah,tapi kami nak mengeratkan silaturahim yang terputus.”gelak Naim sambil bibirnya tak henti-henti mencium pipi isterinya.

“Terima kasih abang atas semuanya,Irah hargai usaha abang dan semua.Irah janji tak akan ada lagi sengketa antara kita.”ucap Munirah sambil tersenyum manis.

“Insyaallah dan semoga jodoh kita hingga ke syurga.”

“Sekarang kalau buat macam ni tak kena sepak dah kan...”

Munirah hanya ketawa dengan telatah suaminya.Dia bersyukur mempunyai suami yang penyabar menantinya juga keluarga dan keluarga mentua yang memahami.Semoga ikatan antara mereka kekal abadi hingga ke akhir hayat.
Jika ingin mencari bahagia.kita harus berusaha untuk melupakan segala sengketa.Bahagia akan datang dengan sendirinya jika kita lapangkan dada dengan kemaafan.Sesungguhnya kemaafan adalah “dendam yang terindah.”

Munirah merelakan bahagia hadir dalam dirinya bersama lelaki yang suatu ketika dulu di bencinya.Segala sengketa antara mereka di lepaskan bebas bersama udara yang berterbangan.Biarlah segala kesilapan dulu berlalu pergi kerana dia mahu terus bahagia dan bahagia.


#harap puashati ye...maaf jika belum sempurna..terima kasih sudi baca..

***PEACE***

Sabtu, 11 Julai 2015

Assalammualaikum... salam ramadhan semua.. harap2 semua masih lg tabah menempuh ramadhan yg semakin tiba di penghujungnya..

Amie mintak maaf lambat menghupdate n3 kat ruang ini.. kerana ada sedikit masalah yg tidak dpt dielakkan kerana kecuaian sndr.. file2 karangan (dh mcm bdk sklh la plak) tak seberapa amie semuanya hilang.. sekarang sedang berperang dgn perasaan yg xth nk luahkan bagaimana.. separuh semangat hilang.. huhu..

**doakan amie ye semoga di permudahkan segala urusan.. buat yg menunggu cerita2 amie utk di nilai.. maaf sgt2 jika membuat anda menunggu.. segala kelemahan semuanya dtg dari amie sndr..

#feelinghatisayusesangat
#kenapakaulalaiamie..
#kelalaianmemakandiri

***PEACE***

Ahad, 28 Jun 2015

ISTERI TAK DI IKTIRAF 12

Assalammualaikum... salam ramadhan buat semua.. di harap semua tabah menghadapinya.. maaf lambat update.. harap2 masih ada yg sudi singgah di ruang kecil amie ni.. jom layan.. hehe


Hanis keluar dari bilik tidurnya setelah Zulaikha tertidur.Dia memandang sayu wajah Zulaikha yang sedang tidur sebelum menutup pintu bilik.Airmatanya bergenang,cepat-cepat dia mengesatnya supaya tiada orang yang nampak.Hatinya masih lagi sakit dengan perbuatan kakak iparnya terhadap Zulaikha.Walau apapun terjadi Zulaikha itu tetamunya dan patut di hormati.Jika di ikutkan hatinya mahu sahaja dia membalas perbuatan Diana terhadap Zulaikha tadi,tetapi dia tidak mahu maruah ibu dan bapanya tercela kerana perbuatannya.Cukuplah apa yang telah terjadi tadi sudah pun mengundang mulut tetamu yang hadir.

Baru sahaja Hanis melangkah,muncul Safuan di depannya.Walaupun dia kekok dengan keadaan mereka waktu ini dia harus menerimanya kerana Safuan adalah abang sepupunya dan juga suami kepada teman baiknya itu.

“Macam mana Zulaikha?”Tanya Safuan.Ada riak bimbang di wajahnya.Dia sempat melihat bagaimana isteri Khusyairi membelasah tubuh Zulaikha tadi.Namun dia terlewat.Sampai sahaja di situ tubuh Zulaikha telah pun rebah akibat di pukul dengan teruk di bahagian muka.

“Emm..masuklah tengok,dia tengah tidur tu.”jawab 

Hanis sambil melangkah pergi.Dia tak mahu terus berada di situ.Perasaan marah pada Safuan dengan apa yang terjadi tetap ada.Dia tahu dia tidak berhak tetapi Zulaikha itu teman baiknya,meski pun dia tidak melalui tetapi dia dapat  merasa apa yang Zulaikha rasa kerana dia juga seorang perempuan.Bertapa terlukanya hati Zulaikha di tinggalkan lelaki yang sepatutnya bergelar suami padanya dalam masa yang sama lebih terluka lagi lelaki yang  menjadi suaminya telah meninggalkan dia terkontang-kanting sendirian menanggung penghinaan dan cacian dari orang-orang kampung dan saudara maranya.

Safuan masuk perlahan-lahan menuju ke katil yang sedang di duduki Zulaikha.Melihat luka yang terdapat di pipi Zulaikha dia tahu kuat juga tamparan yang di hadiahkan oleh Diana,isteri Khusyairi itu.Safuan mengambil tempat di sisi Zulaikha.Lebam di muka Zulaikha di telitinya sambil meletakkan sedikit ubat sapu yang di bawanya.Hatinya tidak senang melihat keadaan Zulaikha sekarang dan dalam masa yang sama dia turut rasa bersalah kerana sedikit sebanyak dia juga terlibat dalam permasalahan ini.

Tubuh Zulaikha bergerak-gerak bila merasakan ada sesuatu menyentuh dan luka di mukanya terasa pedih.Tanpa membuka mata Zulaikha mencapai tangan yang di sangkanya milik Hanis.Sambil menggelengkan kepala tanda tidak mahu di sentuh mukanya.Safuan menelan liur melihat aksi manja yang di tunjuk Zulaikha.Tanpa menghiraukan gelenggan Zulaikha tangannya pantas mengubati luka Zulaikha.Bila sahaja terasa pedih Zulaikha terus membuka matanya dan...

“En...Encik Safuan buat apa kat sini?Ma..mana Hanis?tergagap-gagap tutur Zulaikha terkejut dengan kehadiran Safuan disisinya.Tangannya pantas menepis bila sahaja Safuan masih lagi ingin merawat lukanya.

“Jangan sentuh saya.”tegas Zulaikha bila melihat Safuan tetap berdegil dengan tolakkannya.Dia rimas dalam masa yang sama dia tidak mahu sesiapa pun simpati kepadanya termasuk Safuan orang terlibat sama dalam penderitaan yang di alaminya.

“Sufi!saya cuma tolong letakkan ubat je.”balas Safuan masih berdegil ingin membantu menyapu ubat di muka Zulaikha.Tangannya masih lagi cuba mencapai ke muka Zulaikha tetapi Zulaikha mengelak.

“Saya dah cakap kan ..jangan sentuh saya,Encik Safuan tak faham ke?”marah Zulaikha.Mukanya merah menahan marah dengan sikap memaksa Safuan.Tidak sudi menerima bantuan dari Safuan.Dia juga rimas berdua-duaan dengan Safuan tanpa kehadiran Hanis.Zulaikha cepat-cepat melangkah keluar dari bilik itu mencari kelibat Hanis.Namun kelibat yang di cari tidak juga di temui.Zulaikha melintasai bilik ibu bapa Hanis bila sahaja dia mendengar suara seseorang sedang berbual.Langkahnya mati tiba-tiba..

“Mama!Hanis tak sangka betui,Encik Safuan yang Hanis kenai tu sepupu Hanis,lagi tak sangka suami kepada teman serumah Hanis.”ucap Hanis.

“Abg Izzu hang lepas ja kawin dengan Ika,esok tu terus dia tinggalkan Ika dan terbang pi luaq Negara.Kat sana la dia kawin sekali lagi.Kalau tak silap mama,bini dia nama Marina.”cerita puan Habsah lagi.Tanpa mereka sedari ada telinga sedang mendengar perbualan mereka.Airmata Zulaikha mengalir deras membasahi pipi.Kini tahulah dia mengapa dan kenapa dirinya di tinggalkan suami lima tahun dulu.

“Apa ma?Dia pernah kawin kat luaq Negara?Ika tau dak pasai ni mama?”terperanjat Hanis mendengar cerita yang baru sahaja di ketahuinya.Apakah perasaan Zulaikha jika tahu dirinya pernah di madukan?fikir Hanis sendiri.Dia langsung tidak menyedari kehadiran Zulaikha di sebalik dinding bilik mamanya itu.

Zulaikha terus melangkah pergi dengan hati yang keliru.Airmatanya mengalir laju.Dia terkejut dengan khabar yang baru di dengarinya.Rupanya selama ini Safuan meninggalkannya dan berkahwin lain di luar Negara.Membiarkan dirinya sendiri menanggung semuanya.Kejam sungguh Safuan memperlakukannya seperti itu.Hatinya makin terluka,kepalanya serabut,hatinya sakit,semuanya bersatu saat ini.Akhirnya kaki Zulaikha melangkah keluar dari rumah keluarga Hamis menuju ke halaman rumah duduk sendirian di bawah khemah-khemah yang telah sedia terpasang untuk hari majlis esok.

Zulaikha menyembamkan wajahnya di atas meja di situ sambil menangis tersedu-sedu.Sungguh dia tidak kuat lagi untuk menanggung semua ini.Hatinya sakit.Semuanya terpaksa di lalui tanpa mengetahui sebab sebenar.Mungkin Allah mengujinya.Mungkin Allah ingin menegurnya atas kesilapan yang tidak di sedarinya.Fikir Zulaikha sendiri.

“Zu...i nak cakap sikit dengan u,i tahu i salah tinggalkan u masa majlis kita lima tahun lepas.I terpaksa Zu.I mintak maaf sangat-sangat,semuanya salah i.”mohon Khusyairi tiba-tiba.Zulaikha tersentak terus memanggungkan kepalanya.

Moodnya untuk mengambil angin luar terus terbatal bila sahaja memandang muka Khusyairi.Dia malas untuk mendengar segala penjelasan dari lelaki itu.Dan yang paling dia malas untuk berdepan dengan Diana,isteri Khusyairi.Kerana perempuan itu orang kampung Hanis akan bercakap perihal dia bergaduh hanya  di sebabkan suami orang.Zulaikha masih lagi mendiamkan diri.

Dari jauh Diana melihat Khusyairi bersembang dengan Zulaikha.Hatinya yang kian sejuk kembali panas bila melihat pasangan itu sedang berdua-duaan.Bukan dia tidak tahu Khusyairi yang sepatutnya menikahi Zulaikha lima tahun dulu.Tetapi kerana kesilapan Khusyairi perlu bertanggungjawab atas perbuatannya.Walaupun sebenarnya kesalahan itu bukan datang dari Khusyairi.Hatinya masih sakit bila Khusyairi menyatakan bahawa hanya Zulaikha yang ada dalam hatinya.Itu yang menyebabkan hati Diana sakit.Dia menyintai Khusyairi sepenuh hatinya tetapi cintanya tidak di balas oleh suaminya itu.Siapa yang berada di tempatnya pasti merasa apa yang dia rasai ketika ini.Hatinya lagi sakit bila Zulaikha muncul kembali setelah lima tahun mereka berdua tidak bertemu.Darahnya menyirap bila melihat suami sendiri memegang tangan perempuan lain.

Laju langkahnya di atur menuju ke arah pasangan itu.Hatinya sakit selagi melihat Zulaikha berada di sini.Khusyairi yang terpandang langkah isterinya menuju ke arah mereka,cepat-cepat mendapatkan isterinya.Dia tahu apa yang akan di lakukan oleh isterinya itu.Dia tidak mahu peristiwa tadi berulang kembali.Cepat-cepat tangan isterinya di tarik menjauhi Zulaikha.

“Dee...Dee..jangan macam ni,malulah orang nampak.Abang dengan Zulaikha bukan macam yang Dee sangka..”belum pun habis Khusyairi menerangkannya langkah Diana pantas menuju ke arah Zulaikha.

“Kau ni perempuan jenis apa hah?rumahtangga sendiri tak nak jaga tapi sibuk mengacau suami orang.”Marah Diana berapi-rapi.Zulaikha hanya mendiamkan diri.Dia malas untuk berbalas mulut dengan Diana memandangkan hari sudah jauh malam.Malu jika di dengari jiran-jiran kampung.Tiba-tiba tangannya di rentap Diana.

“Aku cakap dengan kaulah..”marah Diana bila Zulaikha tidak menghendahkannya.Zulaikha masih lagi tenang.Khusyairi cuba menarik Diana menjauhi Zulaikha,namun Diana tetap berkeras.

“Maaflah rasanya kita tak ada urusan apa-apa kot,lagi pun kita bukan kenal antara satu sama lain.”jawab Zulaikha ringkas lalu mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah.

“Perempuan tak guna!kau nak pergi mana aku belum habis lagi dengan kau.”jerit Diana sambil berlari mendapatkan Zulaikha yang sudah pun sampai depan pintu rumah.Sekali lagi pipi Zulaikha menjadi sasarannya.Tapi kali ini dia tersilap,Zulaikha membalas balik apa yang Diana buat padanya.Hampir terduduk Diana menerima penangan dari Zulaikha.

“Kau jangan ingat aku diam bererti aku tak peduli apa yang kau buat kat aku tadi.Aku masih bagi peluang dan cuba maafkan kau,sebab aku fikir kau hilang pertimbangan waktu itu.Tapi kau nak juga menguji kesabaran aku kan.Sekarang terimalah..”ucap Zulaikha dengan muka yang garang.Khusyairi yang turut berada di situ terkejut dengan tindakan Zulaikha.Selama dia kenal Zulaikha belum pernah dia melihat Zulaikha segarang ini.Diana yang masih dalam pelukkan Khusyairi masih lagi tidak berpuashati.

“Kau ingat aku takut dengan kau,perempuan perampas,perempuan jalang.”jerit Diana geram.

“Siapa yang kau panggil perempuan perampas?siapa yang kau panggil perempuan jalang?siapa?”Tanya Zulaikha berani.Telinganya panas mendengar gelaran yang di hadiahkan padanya.Dia cuba bersabar,tapi bila mulut itu sentiasa melemparkan kata-kata yang menyakitkan membuatkan Zulaikha hilang sabar.

“Kau sepatutnya tanya diri kau sendiri siapa perempuan perampas tu dan siapa yang kau panggil jalang...”

“Aku tak pernah rampas hak kau dan aku tak pernah teringin pun nak ambil balik apa yang telah kau ambil dari aku dulu malah aku bersyukur ada hikmahnya semua ni terjadi,Allah nak tunjukkan pada aku apa yang aku tak nampak.”sambung Zulaikha tenang walaupun sisa kemarahan masih ada.Dia cuba menahan airmatanya dari mengalir di depan pasangan suami isteri itu.

“Sejalang-jalang perempuan yang kau panggil jalang ni belum pernah aku serahkan tubuh aku pada sesiapa..kau?”tegas Zulaikha menunjuk dadanya menandakan dia geram dengan ucapan Diana yang tidak matang.Hancur hatinya bila di gelar jalang.

Kepala Diana bagaikan di hempap batu mendengar kata-kata yang keluar  dari mulut Zulaikha.Khusyairi terpempam sendiri.Kini dia tahu Zulaikha betul-betul terluka dengan perbuatannya.Dia kenal Zulaikha macam mana,bukan macam Zulaikha yang di hadapannya kini.Zulaikha yang dia kenal tidak pernah merendahkan maruah orang lain walaupun maruahnya sendiri di perlekehkan.

“Kalau kau tak jalang kau takkan melayan laki orang.”marah Diana masih lagi tidak berpuashati.Zulaikha yang mendengar hanya mengeleng kepala sambil tersenyum sinis.

“Kau tanya laki kau,apa yang dia buat kat sini?ada aku panggil dia ajak duduk berdua-duaan dengan aku kat sini?”jawab Zulaikha geram sambil menjeling Khusyairi namun suaranya masih lagi perlahan kerana dia tidak mahu mengundang ramai penonton untuk melihat drama mereka.Nanti tak pasal-pasal heboh satu kampung.

“Diana!Zulaikha!hang juga Khusyairi..tak habis-habis lagi ka masalah hangpa ni,malam-malam duk bising malu kat orang aih.”bebel Encik Hashim.

“Maafkan Ika pakcik timbulkan masalah,Ika janji esok tak kan ada lagi masalah,maaf sangat-sangat pak cik.”pinta Zulaikha tanpa di suruh.
Encik Hashim hanya tersenyum melihat sikap Zulaikha.Dia tahu bukan Zulaikha puncanya tetapi Diana menantunya.Dia suka dengan sikap Zulaikha yang cuba meredakan keadaan.

“Ika masuk dulu pak cik,maaf sekali lagi.”ucap Zulaikha sambil melangkah masuk ke rumah.Hanis hanya memandng dari tingkap biliknnya.Dia tidak mahu mencampuri urusan mereka.Baginya biarlah mereka menyelesaikan masalah mereka sendiri supaya mereka bersikap lebih matang.Bukan dia tidak dengar apa yang telah di bahasakan Zulaikha pada kak iparnya Diana.Memang tepat dan padat.Dia juga tidak bersetuju dengan sikap Diana dan abangnya Khusyairi tidak tegas melarang isterinya dari membuat kecoh.

Zulaikha terus menuju ke bilik yang telah di sediakan untuknya.Masuk sahaja ke dalam bilik dia terkejut dengan kehadiran Safuan yang sedang berbaring di atas katilnya.

“Ap..apa Encik Safuan buat kat bilik saya ni?”tergagap-gagap Zulaikha bertanya.

“Buat apa lagi tidurlah.”jawab Safuan selamba tanpa memandang wajah Zulaikha.

“Oooo...maaflah saya tersalah bilik.”ucap Zulaikha perlahan.Sambil melangkah keluar,namun Safuan pantas menghalang.

“Memang bilik ni pun mak teh sediakan untuk kita berdua.”jelas Safuan sambil menutup pintu bilik.

“Hah?”ternganga Zulaikha dengan penjelasan Safuan.

“Tak payah nak terkejut sangat,selagi awak isteri saya tak salah kalau kita tinggal satu bilik.”ucap Safuan selamba.Zulaikha berpusing untuk keluar dari bilik itu.Dia tidak selesa untuk berkongsi dengan Safuan.

“Dan lagi satu tak payahlah awak nak susahkan Mak Teh lagi nak sediakan bilik bagai untuk awak.Jangan nak tambah lagi masalah.”sambung Safuan tegas.

“Apa?tambahkan masalah?bila masa pulak saya buat masalah?cakap jangan ikut sedap mulut je.”marah Zulaikha tetapi suaranya masih lagi di kawal supaya tidak di dengari oleh penghuni yang lain.

“Yang awak pergi jumpa Khusyairi malam-malam buta,tu bukan mencari masalah?awak tak boleh fikir ke?sekarang kita kat tempat orang.”Luah Safuan geram.Mukanya yang putih menampakkan kemerah-merahan menahan marah.Zulaikha tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya.Lagi seorang makhluk Allah yang suka menuduh tanpa usul periksa.Fikir Zulaikha.

“Kalau ya pun nak mengatal,jangan buat kat sini.Jaga sikit kelakuan tu,Saya masih suami awak,mana awak letak maruah saya?”marah Safuan membara.namun suaranya masih lagi di kawal.

“Encik Safuan jangan menuduh saya ikut suka..”

“Tuduh apanya kalau depan mata saya sendiri nampak awak berdua-duaan dengan Ary tadi.Lagi awak nak nafikan.”potong Safuan belum pun Zulaikha habis bercakap.

“Apa yang Encik Safuan nampak tak seperti Encik Safuan fikirkan,jangan cepat menuduh kalau tak tahu cerita sebenar.”marah Zulaikha.Hatinya panas dengan tuduhan melulu Safuan.Belum pun reda masalah dengan Diana,timbul pula masalah dengan Safuan.Zulaikha memicit-micit kepalanya yang pening.Dia cukup letih dengan semua ini.Dari pagi lagi dia belum merehatkan badannya,habis sahaja urusan kerjanya tadi dia terus bergegas ke terminal bas untuk sampai ke sini.Belum pun panas punggungnya duduk,dirinya di serang oleh Diana,Isteri kepada Khusyairi.sekarang lagi satu masalah menimpanya.Masalah yang tak pernah sudah dengan Safuan Izzuddin.Tanpa mempedulikan Safuan,Zulaikha terus keluar dari bilik itu menuju ke bilik sebelah iaitu bilik Hanis.

“Hanis aku nak tumpang bilik kau malam ni,boleh?”pinta Zulaikha bila sahaja pintu bilik Hanis terbuka.Hanis yang terdengar terkejut dengan kehadiran Zulaikha hanya menggangguk lemah.Dia kasihankan Zulaikha,kalau dia di tempat Zulaikha tentu dia juga bertindak seperti itu.

“Sufi!masuk sekarang.”arah Safuan tiba-tiba.Dia geram dengan Zulaikha yang tidak menghormatinya sebagai seorang suami.Langsung Zulaikha tidak menghiraukan apa yang di katakannya.

“Emm...Ika!aku rasa ada baiknya kau balik bilik kau,nanti saudara mara yang lain dengar pulak bising-bising kat sini.”pujuk Hanis lembut.Dia merasa serba salah,hendak di ajak Zulaikha bermalam bersamanya nanti tak pasal-pasal mengamuk pulak Safuan yang anginnya lain macam sahaja.

Zulaikha masuk kembali ke dalam bilik yang di sediakan untuk mereka.Walaupun geram air mukanya juga harus di jaga.Zulaikha hanya berdiam diri duduk di tepi katil untuk menenangkan hati dan fikirannya.Jika dia tahu begini jadinya takkan sekali dia menjejakkan kaki ke kampung Hanis.Tiba-tiba pintu bilik mereka di ketuk.Muncul Diana dengan wajah yang marah tercari-cari kelibat Zulaikha.

"Kau perempuan tak guna..."serang Diana bila sahaja melihat Zulaikha yang berada di atas katil.Dia marah bila Khusyairi tak habis-habis menangkan Zulaikha sedangkan dia isteri Khusyairi.

"Kau apa hal hah perempuan,aku tak ada kena mengena dengan laki kaulah."marah Zulaikha.Safuan cuba meleraikan pertengkaran mereka.

"Ni awak tanya sepupu awak ni.."ucap Zulaikha cuba membela diri.

“Kalau awak tak menggatal dengan Khusyairi takkanlah si Diana nak serang awak."balas Safuan tiba-tiba membuatkan Zulaikha tergamam.Hatinya sakit bila di tuduh seperti itu.Dia tak menyangka Safuan sanggup memalukannya di depan Diana dan juga Khusyairi.

"Izzu!bukan salah Zulaikha,aku yang pergi jumpa dia tadi."terang Khusyairi.
Safuan  tiba-tiba berang lalu menumbuk muka Khusyairi dan berlaku pergaduhan antara mereka berdua.Zulaikha terus masuk ke biliknya tanpa peduli dengan apa yang terjadi.Dia terasa dengan kata-kata Safuan tadi.Sanggup Safuan menuduhnya begitu.

Sedang Zulaikha melayan perasannya Safuan masuk sambil menutup kasar pintu biliknya.Matanya merenung tajam ke arah Zulaikha dengan dada yang berombak kasar,menandakan dia tengah marah.

“Kau memang perempuan jenis apa tah,orang dah tak nak kau tetap terhegeh-hegeh lagi.kau tolak aku sebab jantan dayus tu kan.."tuduh Safuan tiba-tiba.

“Awak tak payah cakap dia jantan dayus sedangkan awak pun sama jugak dengan dia.”balas Zulaikha geram.Hatinya baru sahaja tenang tiba-tiba datang Safuan meributkan kembali perasaannya.

"Kau cakap apa yang aku dayus?sebab aku tak pernah bagi hak kau.kalau sekarang kau nak pun aku boleh bagi.”marah Safuan berapi-rapi.
Zulaikha menelan liur dengan tindakan Safuan.Gentar hatinya bila Safuan makin menghampirinya.Dan akhirnya.....

Semuanya berlaku dalam sekelip mata tanpa sempat di elak lagi.Zulaikha tersedu sendiri.Apa yang di pertahankan selama ini musnah juga akhirnya.Hatinya betul-betul sakit dengan perbuatan Safuan.Kenapa harus dirinya di sakiti dengan cara begini.

“Sufi!saya mintak maaf,saya tak sedar apa yang saya buat tadi.Saya tak dapat tahan kemarahan saya...”jelas Safuan dengan rasa bersalah atas apa yang telah dia lakukan kepada Zulaikha.Dia menyesal kerana terlalu mengukit nafsu marahnya tadi.

"Cukup!lepas apa yang awak buat tadi ,senang je awak lafazkan kata maaf.Awak jangan ingat saya perempuan murah, senang-senang awak kutip bila perlu dan awak buang bila dah benci.Jangan jadi pengecut hanya kerana kesilapan sendiri."ucap Zulaikha sayu.Hatinya makin terluka dengan perbuatan Safuan.Terus sahaja dirinya melangkah ke bilik air.

Zulaikha melepaskan tangis sepuas-puasnya di bilik air.Hancur hatinya dengan perbuatan Safuan tanpa kerelaanya.Semudah itu dirinya di perlakukan,di tinggal tanpa khabar berita.Bila muncul satu-satu miliknya di rampas tanpa kerelaan.Mudahnya menjadi Safuan,setelah apa yang berlaku senang sahaja melafazkan kata maaf.Airmatanya tidak henti-henti mengalir,hanya dengan cara ini dapat melepaskan kemarahan,kesakitan yang beraja dalam hatinya.

Zulaikha mencapai bantal dan selimut lalu merebahkan diri di atas permaidani yang terbentang di dalam bilik itu.Tanpa berlapik hanya berbekalkan bantal dan selimut Zulaikha melelapkan matanya.Dia tidak sudi lagi berkongsi katil dengan Safuan setelah apa yang berlaku.Dia mahu lupakan semuanya dan tidak mahu lagi memikirkannya.Cuma yang dia harapkan dapat melelapkan mata supaya bangun pagi esok dia dapat melupakan segalanya.

Safuan pula merasa bersalah melihat Zulaikha tidur tanpa beralas.Rasa bersalah atas perbuatannya tadi di tambah pula bila Zulaikha menjauhkan diri darinya sanggup tidur di atas lantai hanya untuk menjauhinya.Safuan tidak meyangka tuduhannya selama ini terhadap Zulaikha meleset sama sekali.Zulaikha bukan seperti perempuan-perempuan yang selama ini di bawa ke hulu ke hilir oleh Khusyairi.Zulaikha masih suci.Rasa bersalah dalam dirinya bertimpa-timpa.

Safuan hanya melihat tubuh Zulaikha yang membelakanginya.Dia tahu Zulaikha sedang menahan sedu kerana matanya melihat tubuh Zulaikha bergoyang menahan tangis.Hatinya turut merasa sakit melihat Zulaikha dalam keadaan begitu.Hendak di pujuk Zulaikha langsung tidak mahu bercakap denganya,malah langsung tidak memalingkan muka kepadanya.Keadaan ini membuatkan hati Safuan tidak tenteram.Kepalanya berserabut.Tangannya mencengkam kuat rambutnya untuk menghilangkan rasa tertekan yang di tanggungnya ketika ini.

Safuan sekali lagi terasa dirinya tidak berguna.Jiwaperempuan yang bergelar isteri padanya seklai lagi di lukainya.Dia langsung tidak dapat menahan rasa marahnya.Dalam masa yang sama hatinya mahu memiliki.Kerana perasaan pentingkan dirinya itu membuatkan jiwa Zulaikha kembali terluka atas perbuatannya.


#terima kasih sudi baca karya amie.... harap berpuas hati.. maaf jika belum sempurna..

***PEACE*** 

Rabu, 17 Jun 2015

PEREMPUAN ITU AKU 2

Bab 2

      Enam  tahun  dulu  dia  kehilangan  bonda  tersayang. Selepas  beberapa  tahun  dia  kehilangan  walidnya  pula. Kini  maruahnya  hilang  di  tangan  abang  tirinya  Taufik  Hidayat. Selepas  kejadian  itu  dia  membawa  dirinya  ke  kampung  ini.
Bersembunyi  dari  ibu  tiri  dan  juga  abang  tiri  yang  menjahanamkan  masa  depannya. Dalam  usianya  baru  mencecah  dua  puluh  tiga  tahun  semua  kegembiraan  miliknya  telah  di  rampas.

 Bukan  itu  saja  harta  peninggalan  arwah  bondanya  juga  mahu  di  rampas  oleh  ibu  tirinya, Datin  Safiza  yang  juga  merupakan  sahabat  baik  bondanya  satu  ketika  dulu.
Humairah  cepat-cepat  beristifar  bila  terasa  dirinya  hanyut  dalam  menangisi  nasibnya.

"Allah  selalu  memberi  ujian  kepada  hambanya  yang  dia  sayang" itulah  kata-kata  yang  selalu  bondanya  pesan. Sehingga  ke  hari  ini  pesanan  itu  masih  kukuh  dalam  ingatannya.
Umairah  tenggelam  dalam  kesedihan.

Tiba-tiba............

Handsetnya  berbunyi  menandakan  ada  pesanan masuk.

"Kau  kat  mana? baik  kau  balik  sebelum  aku  jumpa  kau!!"
Berkali-kali  Humairah  ulang  baca  masej  ugutan  yang  di  hantar  oleh  Taufik. Namun  sedikit  pun  hatinya  tidak  berasa  takut. Kerana  dia  tahu  apa  mahunya  lelaki  itu  juga  mamanya  a.k.a  ibu  tirinya.

"Aku  takkan  balik  lagi  kat  rumah  jahanam  tu, dan  kau  jangan  cari  aku!!!" balas  Humairah  dengan  rasa  hati  yang  geram.

Bukan  sahaja  berjumpa  dengan  lelaki  itu  malah  mendengar  nama  lelaki  itu  pun  sudah  membuatkan  jiwanya  panas. Dalam  masa  yang  sama  dia  kecewa  dengan perbuatan  Taufik  terhadapnya.Sungguh dia tidak menyangka Taufik Hidayat sanggup merosakkan maruahnya.Anakkepada orang yang selama ini memberinya makan dan keselesaan.

Jika  masa  boleh  di  undur  kembali  tidak  akan  sesekali  membenarkan  kedua-dua  manusia  itu  rapat  dengan  keluarganya. Semuanya  terjadi  kerana  kegagalan  rumahtangga  Datin  Safiza. Masih  dia  ingat  lagi....

"Tokk.. tokk...."pintu rumahnya diketuk.

 Cepat-cepat  Humairah  berlari  membuka  pintu  rumahnya. Kelihatan  Safiza  dan  anaknya  Taufik  Hidayat. Di  sisi  mereka  kelihatan  dua  biji  beg  besar.

"Ehh... Fiza.. ma..."

Belum  sempat  Datin  Haslina  habis  bertanya  tubuhnya  di  peluk  erat  oleh  sahabatnya  itu. Tanpa  banyak  bicara  Tubuh  sahabat  baiknya itu  di  tarik  masuk  ke  rumahnya  bersama  anak  lelakinya  sekali.

"Fiza! kenapa  ni, cuba  kau  cerita  kat  aku, apa  yang  terjadi  sebenarnya? Dengan  beg-beg  besar  segala." tanya  Datin  Haslina  lembut. Luluh  hatinya  melihat  sahabatnya  itu  dalam  kesedihan. Malah  makin  sedih  melihat  anak  lelaki  Safiza  yang  turut  menangis  bila  melihat  mamanya  menangis.

"Basri  dah  ceraikan  aku.." ucap  Safiza  sambil  tersedu -sedu. Segala  yang  terjadi  habis  di  ceritakan. Sehinggalah  Bondanya  menawarkan  tempat  tinggal  kepada  Safiza.
 Kerana  sikap  iri  hati  yang  tinggi  kepada  Datin  Haslina, rancangan  kotor  dibuatnya.

Safiza  memerangkap  walidnya  dalam  satu  kejadian  yang  memalukan. Akhirnya  Safiza  di  jadikan  isteri  oleh  Dato' azman. Semuanya  dia  ketahui  setelah  Bondanya  meninggal  dunia. Kalau  bukan  kerana  Pak  Mod  sampai  mati  dia  dan  keluarganya  di  perbodohkan  Datin  Safiza.

"Aahh.... semua  tu  dah  berlalu  aku  tak  nak  ingat  lagi, aku  benci  bila  ingat  manusia  dua  orang  tu  benciiiiii!!" jerit Humairah  tiba-tiba.

"Oi... gila  ke? yang  kau  jerit-jerit  macam  orang  gila  ni  kenapa? dah  buang  tabiat  nak  mampus  ke? jerkah  Sofian.

 Ini  lagi  sorang  manusia  yang  membuatkan  jiwa  Humairah  semakin  terluka. Adik  kepada  Solihin, anak  bongsu  makngah.
 Selama  Humairah  tinggal  di  sini  ada  saja  yang  tidak  kena  pada  mata  Sofian. Usia  mereka  hanya  beza  dua  tahun. Sofian  berusia  26  tahun  manakala  Humairah   24  tahun.

"Yang  kau  sibuk  sangat kenapa? ada  aku  kacau  kau? menyibuk  je.." bebel  Humairah  perlahan  namun  masih  lagi  boleh  di  dengari  telinga  Sofian.

"Kau  tu  yang  bongok, kalau  menjerit  macam  orang  gila tu mengganggu la woi....tu  lah  ada  otak  tak  nak fikir, asyik  termenung  lepas  tu  menangis  je  kerja  kau, haa.. lagi  satu  menjerit  macam  orang  kena  sampuk  hantu, macam  tak  ada  kerja  lain  nak  buat  dan  lagi  satu  kau  sedar  tak  dengan  siapa  kau  bercakap?"  balas   Sofian.

Entah  kenapa  dia  cukup  menyampah  dengan  kehadiran  sepupunya  itu. Baginya  kehadiran  Humairah  hanya  mengganggu  ketenangannya. Dia  bukanlah  seorang  yang  kurang  ajar, tapi  kalau  di  ikutkan  hatinya  mahu  saja  di  halaunya  Humairah  pergi  dari  sini.
Mengenangkan  Humairah  tidak  punya  siapa-siapa  dia  sanggup  diamkan  diri. Segala  rasa  tidak  puashatinya  di  simpan  kemas  dalam  hati.
Dia  benci  bila  melihat  abangnya  Salim  Solihin  bergurau  senda  dengan  gadis  itu.

"Ehh... layak  lagikah  dia  tu  di  panggil  gadis?" tanya  Sofian  sendiri. Dia  telah  mendengar  semua  cerita  tentang  gadis  itu  dari  awal  lagi.

Petang  itu  Sofian  balik  dari  kerja  awal  dari  biasa. Sengaja  dia  melalui  pintu  dapur. Hajatnya  ingin  mengejutkan  ibunya  tapi  lain  pula  yang  terjadi. Kedengaran  seseorang  sedang  menangis.

"Makngah  tolong  Umai  makngah.. Umai  dah  tak  ada  sapa-sapa  dah." rintih  gadis  itu  sambil  memeluk  erat  tubuh  ibunya.

"Umai  kenapa  ni, cuba  cerita  dengan  makngah." pujuk  ibunya  Puan  Hashimah  sambil  membelai-belai  belakang  gadis  itu.

"U...u.. umai  kena  rogol." tersekat-sekat  bicara  Humairah  dan  semakin  kuat  tangisan  gadis  itu.

"Ya  Allah  Humairahhh.. siapa  yang  buat  kamu  macam  ni? cakap  nak... cakap." suara  Puan  Hashimah  meninggi, geram  dan  terkejut  dengan  apa  yang  menimpa  anak  saudara  kesayangannya.

Humairah  menggelengkan  kepalanya. Bukan  kerana  takut  tapi  dia  tak  sanggup  untuk  menyebutnya. Mendengar  nama  lelaki  itu  pun  dia  tak  sanggup  apatah  lagi  untuk  menyebutnya.
Dia  benci  bila  mengenangkan  dirinya  yang  kotor. Dia  takut  memikirkan  masa  depannya  yang  kelam. Dia  juga  takut  andai  sesuatu  yang  tidak  di  ingini  berada  dalam  dirinya.


Di  sebalik  dinding  rumah  ada  dua  pasang  telinga  yang  sedang  mendengarnya. Bukan  sahaja  Sofian  tapi  juga  Salim  Solihin. Sofian  menggenggam  penumbuhnya. Geram  menunggu  jawapan  dari  Humairah.

"Cakap  nak, cakap  kat  makngah.. siapa  yang  buat  Umai  macam  ni? Jom  kita  report  polis.. jom." paksa  Puan  Hashimah. Dia  geram  dengan  kebisuan  Humairah. Dalam  masa  yang  sama  dia  kasihankan  anak  itu. Sudahlah  yatim  piatu. Sekarang  di  timpa  malang  pula. Akhirnya  Puan  Hashimah  mengogoi   menangis  bersama  anak  saudaranya  itu.

"Ya... Allah... ya  Allah... Umai  cakap  nak  siapa  yang  buat  Umai  macam  ni.." pujuk  Puan  Hashimah  bersama  tangisan. Terluka  sungguh  hati  seorang ibu. Dia  sendiri  terasa  kesedihan  anak  saudaranya  itu. Tubuh  gadis  itu  dipeluk  erat  menyalurkan  sedikit  semangat  pada  jiwa  yang  kian  rapuh  itu.

Dia tidak mahu anak itu merasa lemah dengan apa yang terjadi.Sungguh dia sendiri tidak dapat menerima semua ini.Tapi dia harus kuat untuk memujuk jiwa yang sedang luka itu.
Jika dirinya juga lemah pasti semangat anak itu terus lemah.Hanya kepada dia anak itu menumpang kasih dan kerana itu juga dia harus memikul amanah yang di tinggalkan adiknya itu.



Selasa, 9 Jun 2015

PEREMPUAN ITU AKU 1

Assalamualaikum... hai semua.. ni amie  belanja lg cerita terbaru.. hehe... harap boleh Le komen2 cam mn agaknya jln cerita ni.. hehe...

BAB 1



Dari  bawah  pohon  rendang itu berdiri  seorang  gadis  sedang  asyik  merenung  ke  langit  yang  kelam. Bila-bila  sahaja  hujan  akan  turun membasahi  bumi  tapi  hati  gadis  itu  telah  basah  dibanjiri  hujan  airmata. Masih  layakkah  dia  digelar gadis? Sedangkan  dirinya  bukan  lagi  seperti  gadis-gadis  yang  lain.semuanya  musnah  dalam  sekelip  mata.

"Ya  Allah  jangan  kau  munculkan  dia  didepan  mataku  ya  Allah ." doa gadis  malang  itu  di  dalam  hati.

"Oit... minah  kau  tengok  apa  kat  situ, tak  nampak  ke  langit  dah  nak  runtuh  tu " tegur   Solihin  sepupunya.
Gadis  itu  menjeling  geram  mendengar  teguran  Solihin.

"Langit  tak  runtuh.. kejap  lagi  tu  kereta  kesayangan  kau  yang  runtuh.." ucap  Humairah  geram  sambil  menunding  jari  ke  arah kereta  Honda  milik  sepupunya  itu.

"Sesedap  mi  maggie  je  kau  panggil  aku  minah  ye.. " sambungnya  lagi  sambil  tayang  muka  marah. Padahal  saja  di  buat-buat. Mengenakan  Solihin  yang  selalu  mengusiknya.

"Relax  la  Umai.. gurau  je  kot  itu  pun  nak  sentap, tak  bujanglah  macam  ni" ucap  Solihin  sambil   ketawa. Humairah  masih  menahan  tawanya. Sengaja  dia  mendera  perasaan  sepupunya  itu.

Akhirnya  tawa  Humairah  terburai  juga  melihat  wajah  Solihin  yang  menahan  rasa  bersalah. Solihin  terpinga-pinga  mendengar  sepupunya  itu. Dalam  hati  rasa  geram  namun  akhirnya  tawa  mereka  bergabung. Gembira  hati  Solihin  melihat  sepupunya  itu  kembali  ceria.

Biarpun  tersenyum  namun  dalam  hati  Humairah  tiada  siapa  pun  tahu. Hatinya  hancur, jiwanya  luka  dengan  sikap -sikap  manusia  di  sekelilingnya. Kerana  itu  dia  membawa  diri  ke  kampung  tinggal  bersama  satu-satunya  ibu  saudara  yang  dia  ada. Di  sini  jiwanya  tenang  walaupun  kadang-kadang  jiwanya  terganggu  dengan  kisah  pahitnya.

Kalau  boleh  dia  tak  mahu  lagi  mengingatinya. Tapi  terlalu  payah  untuk  dia  melupakan  semua  itu. Kenangan  pahit  tu  sentiasa  membelit  dirinya. Dalam  tidurnya  kadang-kadang  bayangan  itu  muncul  juga. Dia  takut  andai sesuatu  yang  tidak  di  duga  berlaku. Waktu  itu  dia  tak  tahu  ke  mana  harus  membawa  diri.

Tidak  mungkin  dia  berdiam  di  sini.Dia  tak  mahu  makngahnya  mendapat  malu. Jika  jiran-jiran  kampung   bertanya  tentangnya. Apa  yang  akan  di  jawabnya. Tidak mungkin  dia  membuka  pekung  di  dada. Cukuplah  makngah  menjadi  tempat  dia  meluah  perasaan  dan  menumpang  kasih. Tidak  tergamak  dirinya  membiarkan  makngah  menanggung  malu.


============================

"Tension  betullah  kalau  selalu  macam  ni, nak  kerja  buatlah  cara  nak  kerja, ni  memanjang  cuti, semua  kerja  dia  aku  yang  kena  buat." gumam  Tina  sendiri. Tanpa  disedarinya  ada  telinga  yang  sedang  mendengar  bebelannya.

Taufik  hanya  mampu  menggelengkan  kepala  sambil  tersenyum  melihat  telatah  Tina. Satu-satunya  pekerja  yang  kuat  membebel  sendirian. Namun  sekuat  mana  pun  Tina  merungut  tangannya  tetap  meneruskan  tugasnya  hingga  selesai. Itu  yang  paling  dia  pasti  dengan  Sutinasari  salah  seorang  staffnya.

"Taufik.... kamu  dah  dapat  cari  perempuan  tu  belum?" tanya  Datin  Safiza  yang  tiba-tiba  muncul  dalam  pejabatnya. Taufik  menggelengkan  kepalanya. Datin  Safiza  mendengus  marah  berlalu  pergi  meninggalkan  Taufik  sendiri.

Taufik  langsung  tidak  peduli  dengan  rengusan  mamanya. Dia sudah  biasa  dengan  sikap  mamanya  itu  yang  menganggap  dirinya  sentiasa  betul. Kadang-kadang  dia  sendiri  tidak  faham  dengan  mamanya  itu.

Tiba-tiba  Taufik  teringatkan  kisah  tiga  bulan  yang  lepas...
Dalam  keadaan  terhuyung- hayang  dia  memanjat  tangga menuju  ke  biliknya. Tubuhnya  yang  keletihan  dihempas  ke  atas  katilnya. Tanpa  disedarinya dia  telah  tersalah  bilik.
Umairah  terasa  seperti  sesuatu. Tangannya  meraba-raba  disebelahnya. Pantas  tubuhnya  berdiri  bila  terasa  tubuh  seseorang  terbaring  disebelahnya.
Taufik  yang masih  dalam  pengaruh  alkohol  juga  terbangun  dari  pembaringan.

 Tersenyum  taufik  melihat  gadis  seksi  di  depan  matanya. Humairah  cuba  berlari  menuju  ke  pintu  tapi  tangan  Taufik  pantas  menangkap  pinggangnya. Tubuhnya  di  tolak  kasar  jatuh  terlentang  atas  katil. Puas  Humairah  menepis  bila  bibirnya  cuba  di  sentuh  oleh  Taufik. Dan  akhirnya  dirinya  terdampar  sendiri  di  sisi  katil  menangisi  nasib  yang  menimpanya.

Akhirnya  Taufik  tersedar  dari  lamunannya. Dia  sedar  dia  tersilap  langkah  bila  Humairah  pergi  meninggalkan  rumah  tanpa  khabar  berita. Sekarang  mamanya  sibuk  menyuruhnya  mencari  di  mana  gadis  itu  berada. Dan  dia  juga  sedar  segala  harta  yang  sedang  dia  nikmati  sekarang  bukan  miliknya.

Sekarang  dia  kena  berusaha  lebih  untuk  mencari  Humairah. Hanya  Humairah  sahaja  boleh  membuatkan  impiannya  dan  mama  tercapai. Segala  hak  milik  dan  harta  arwah  Dato' Azman  mesti  di  serahkan  pada  mamanya  Datin  Safiza.

Kasihan  mamanya, Dato' Azman  langsung  tidak  meninggalkan  wasiat  kepadanya. Kerana  itu  mereka  harus  memaksa  Humairah  menyerahkan  segala-galanya  kepada  mereka.

"Hahahaha...." gelak  jahat  Taufik  kedengaran . Dia akan pastikan apa yang di nikmatnya sekarang akan menjadi miliknya.

#terima kasih sudi bc karya amie yg tak seberapa.. kalau rajin tgglkn komen ye..

***PEACE**

ISTERI TAK DI IKTIRAF 11

Assalamualaikum... hai semua.. maaf lama sggh kan amie  xupdate Kat sini.. maaf kalau ada yg tertunggu2...nah terimalah Dr amie.. harap enjoy k

BAB 11

Hari ini Zulaikha dan Hanis bercuti untuk menghadiri majlis perkahwinan abang sulung Hanis yang akan berlangsung pada lusa.Sengaja mereka pulang awal untuk membantu keluarga Hanis untuk menyiapkan persiapan menjelang hari besar berlangsung.Zulaikha gembira kerana ini adalah pertama kali dia menjejakkan kaki ke kampung Hanis.Setelah lama mereka berkenalan inilah buat pertama kalinya Zulaikha menjejakkan kaki ke kampung Hanis.Bukannya Hanis tidak pernah mengajaknya,tetapi dia yang selalu mengelak dengan alasan mahu pulang ke kampungnya.

Sedang Zulaikha mengemas barang-barang yang hendak di bawa pulang ke kampung Hanis telefonnya berbunyi minta di angkat.Pantas tangannya mencapai telefon di sisi melihat pemamggilnya.

“Hello!haa..oh..ooo..ok-ok..takde masalah saya boleh tunda esok.Tunggu kejap lagi saya sampai.”jawab Zulaikha pada pemanggilnya.

Dengan langkah yang lemah Zulaikha menuju ke bilik Hanis untuk menyampaikan khabar yang dia tidak dapat menurut serta pulang ke kampung Hanis pada hari ini.

“Nis!Emm..aku ada hal nak bagi tahu kau ni.”tutur Zulaikha sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia sebenarnya serba-salah takut temannya itu berkecil hati.

“Lah..cakap je lah,muka kau takut macam nak jumpa mak mentua ni kenapa?”Balas Hanis sambil tergelak kecil melihat wajah Zulaikha yang serba-salah.

“Emm..kalau aku tak ikut kau balik kampung..”

“Ika!bencilah macam ni,kau dah janjikan nak ikut aku balik kampung kan?Nak tolong aku buat persiapan.Lagi pun aku dah bagi tahu mak aku,kau ikut aku balik.Mak aku nak sangat jumpa kau.Kau jangan..kang aku..”Marah Hanis belum pun habis Zulaikha bercakap.

“Kang aku apa?apa?”

“Aku nak bagi tahu kau,aku tak jadi ikut kau balik hari ni,tapi aku pergi esok ke kampung kau.ada faham adik manis?”potong Zulaikha pula.Dia tahu Hanis memang akan membebel entah apa-apa.Sebelum Hanis membebel lebih baik dia berterus-terang.Bukan dia tak tahu perangai temannnya itu.

“oooo...”

“Oooo..tu lah orang belum habis bercakap dah sibuk nak menyampuk.Orang tua cakap lain kali jangan menyampuk.”balas Zulaikha geram.

“Baik orang tuaaaa,orang muda mintak maaf ye.”usik Hanis.Sebijik bantal di baling ke muka Hanis.Mujur Hanis sempat mengelak dan bantal tergolek elok jatuh dari katil.

“Cehh...mudalah sangat kau tu,dah separuh expired dah pun.”balas Zulaikha.

“Kalau aku separuh expired kau pun samalah sebab kita sebaya.”jawab Hanis dan akhirnya tawa mereka bergabung.

“Ika!kau janjikan esok kau datang kampung aku?”Tanya Hanis risau jika Zulaikha mungkir janjinya.Dia hanya ingin kenalkan Zulaikha pada ibunya puan Habsah yang seringkali bertanyakan teman serumahnya itu tiap kali dia pulang ke kampung.

“Ye..aku janji.Aku bukan orang munafik ok,esok sesudah subuh aku sampai rumah kau.”jawab Zulaikha sambil ketawa lepas menuju ke biliknya.Hanis yang mendengar lawak Zulaikha turut ketawa kecil.

Itulah Zulaikha yang dikenalinya sejak 3 tahun lalu.Orangnya sentiasa ceria,pandai mengusik dan bergurau dengan kawan-kawannya.Semua orang menyenanginya.Zulaikha cukup payah untuk berkawan rapat dengan lelaki.Bukanlah dia mengatakan Zulaikha anti lelaki,bukan.Tetapi Zulaikha cukup payah untuk di dekati oleh kaum lelaki di tempat kerjanya.Bukan dia tidak tahu ada beberapa rakan lelaki di tempat kerjanya berkenankan Zulaikha tetapi bila di dekati cepat-cepat Zulaikha akan lari.

Kadang-kadang dia sendiri tidak memahami sikap Zulaikha kerana lebih suka menyimpan masalahnya sendiri dari berkongsi.Walau apapun dia menghormati pendirian Zulaikha itu.Dia tidak berhak mencampuri urusan peribadi temannya itu.
Hanis hanya berdoa supaya satu hari nanti ada insan yang berjaya membuka pintu hati temannya itu.


=======================================


Setelah menyiapkan laporan tentang tapak projek yang di berikan kepadanya Zulaikha bergegas menuju ke keretanya.Dia tidak mahu terlepas bas untuk sampai ke kampung Hanis.Kepada Hanis telah di khabarkan tentang kepulangannya menaiki bas dan menyuruh Hanis mengambilnya di stesen .Masih terdengar lagi teriakkan gembira Hanis bila dia mengatakan dia akan sampai ke kampung Hanis malam nanti.

Sepanjang perjalanan Zulaikha hanya memerhati pemandangan luar.Dia belum pernah menaiki bas menuju perjalanan jauh seperti ini yang memakan masa hampir sepuluh jam.Sambil menghayati permandangan luar mulutnya tidak henti-henti mengunyah kacang yang di belinya sebelum menaiki bas tadi.Tersenyum Zulaikha melihat bukit bukau di sekeliling jalan.Tenang seketika perasaannya yang sedari tadi asyik berdebar-debar sahaja.Mungkin dia belum pernah menempuh perjalanan yang jauh sebab itulah dadanya berdebar-debar.Pujuk hati Zulaikha sendiri.

Pukul 8.00 malam akhirnya Zulaikha sampai di perhentian bas Butterworth.Telefon di dalam beg dicapainya mencari nombor Hanis.Belum pun sempat telefon di dail seseorang sudah pun memeluknya dari belakang.Siapa lagi kalau bukan teman kanak-kanak rebinanya,Hanis.

“Rindunya kat kau,rasa macam setahun tak jumpa.”ucap Hanis sambil memeluk tubuh temannya itu.Dia bersyukur akhirnya temannya iu sampai juga ke kampung halamannya.

“Cehh..poyo je kan kau,padahal takut aku ubah fikiran tak datang majlis kau kan?”balas Zulaikha sambil mencubit pipi Hanis.Akhirnya mereka sama-sama ketawa.

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Hanis,Zulaikha hanya mendiamkan diri sambil melihat lampu-lampu yang indah tergantung di setiap batang pokok sepanjang jalan.Hanya Hanis yang bercerita itu ini,Zulaikha hanya mendengarnya dan sesekali sahaja dia menyampuk.Semakin dekat dengan rumah keluarga Hanis hati Zulaikha semakin kuat berdebar.
Gelisah semacam sahaja dirinya,dia sendiri tidak memahaminya.Akhirnya kereta yang di pandu Hanis membelok masuk ke halaman sebuah rumah yang sudah pun siap di pasang khemah kenduri.

Ya Allah perasaan apakah ini yang aku rasa?kenapa aku dapat rasakan sesuatu akan terjadi?ternyata debaran di dadanya semakin kuat.Zulaikha mengekori Hanis masuk ke dalam rumahnya menuju ke dapur.

“Mama!mama!nilah kawan yang Hanis dok cerita tu,Sufi Zulaikha nama dia.”ujar Hanis memperkenalkan Zulaikha pada mamanya.Puan Habsah yang sedang membancuh air menoleh.

Tergamam seketika Zulaikha dan Puan Habsah.Zulaikha masih ingat wajah mama kepada Hanis.Ya..itulah ibu saudara kepada Safuan Izzuddin yang menyampaikan khabar tentang pertukaran pengantin lelaki.Ya Allah apa yang engkau ingin tunjukkan kepada hambamu ini?Doa Zulaikha di dalam hati.

“Allahuakhbar!Allahuakhabar!Akhirnya doa Mak Teh Allah perkenan jugak.Zulaikha!apa habaq nak?lama Mak teh tunggu Ika nak jumpa Ika,Awatnya Ika tak mai jumpa Mak Teh?”Luah hati Puan Habsah sayu.Tubuh Zulaikah di raih erat dalam pelukkannya.Zulaikha yang mendengar turut bergenang airmatanya.Hanis pula keliru dengan reaksi mamanya dan juga Zulaikha yang sepertinya sudah lama kenal.Apakah dia sudah ketinggalan sesuatu?fikirnya sendiri.

“Sat...sat..macam pelik ja ni,mama macam kenai lama dengan kawan Hanis ni.Bila mama kenai kawan Hanis ni?kat mana?awat mama tak dak cerita pun kat Hanis?”bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Hanis.Zulaikha yang mendengarnya hanya melemparkan senyum tawar.Dia tahu rahsia yang di sembunyikan selama lima tahun ini dari pengetahuan Hanis bakal terbongkar.

Kedengaran kereta memasuki halaman rumah keluarga Hanis.Untung kalau tinggal di kampung yang punya halaman yang luas ni.Berapa banyak kereta pun boleh masuk tak perlu di tinggalkan di luar.

“Assalamualaikum...”kedengaran suara orang memberi salam.Zulaikha mulai cuak.Suara itu seperti dia mengetahui pemiliknya.Muncul Safuan bersama senyuman di bibir.Tiba-tiba senyumannya mati melihat dua gadis yang di kenalinya.Terkejut dan tergamam tambahan lagi dengan kehadiran Zulaikha di situ.

“Haa....dah balik pun Izzu.”tegur Puan Habsah sambil mendekati anak saudara kesayangannya itu.Dia gembira akhirnya apa yang di doakan selama ini di makbulkan Allah S.W.T.Walaupun masih lagi bersisa rasa bersalahnya namun dia juga berharap mereka berdua akan terus bersama.

“Encik Safuan!!!”jerit Hanis dan Zulaikha terkejut.Puan Habsah tercengang mendengar jeritan kedua-duanya.

“Ishh hang pa ni pasai pa hat duk jerit-jerit ni,pening mama tau.”marah Puan Habsah

“Hanis ni lah abang Izzu,sepupu hang yang mama cerita tu,yang ni pulak isteri dia.”ujar Puan Habsah memperkenalkan Zulaikha pada Hanis.Melopong mulut Hanis, Zulaikha dan Safuan mendengar penerangan Puan Habsah.

“Sepupu?isteri?” ujar Hanis dan Zulaikha serentak.Safuan cuma kelihatan tenang walaupun dia juga terkejut dengan apa yang baru sahaja dia dengari.Rupanya selama ini dia tidak mengetahui yang Hanis adalah sepupunya.Hanis memicit kepalanya yang tiba-tiba rasa pening.Sungguh dia terkejut,rupanya Zulaikha dan Safuan merupakan pasangan suami isteri.Patutlah mereka seperti bermasalah.Dia juga mengetahui hal salah seorang sepupunya yang terpaksa menggantikan tempat abangnya sebagai pengantin lelaki dan dia tidak menyangka lelaki itu adalah Safuan dan kakak ipar tak jadinya itu Zulaikha.

“Assalamualaikum...”kedengaran lagi orang memberi salam.Muncul seorang lelaki mendukung anak kecil sambil diikuti seorang wanita di belakangnya.Zulaikha yang melihatnya hampir pitam.

“Ya Allah dugaan apa yang kau berikan kepadaku ini Ya Allah,sesungguhnya aku tak kuat.”doa Zulaikha sendiri.Terasa lututnya lemah untuk berdiri.Mujurlah Safuan sempat menyambar tubuhnya.Cepat-cepat Zulaikha membetulkan dirinya dan menolak tangan Safuan dari menyentuhnya..Dia tak mahu di pandang lemah.

“Abang aku yang ke 2,kau tentu kenalkan..”ujar Hanis sayu.Dia kasihan dengan Zulaikha,bukan dia tidak nampak bertapa terkejutnya Zulaikha saat Khusyairi,abangnya itu muncul.Dia faham perasaan Zulaikha tika ini.Kini barulah dia tahu mengapa dan kenapa Zulaikha selalu mengelak dari Safuan.

“Eloklah semua ada kat sini,bolehlah kita selesaikan semua masalah yang sekian lama...”

“Maafkan saya,saya keluar kejap.”pinta Zulaikha terus berlalu dari situ.Dia langsung tidak boleh memikirkan apa-apa ketika ini.Dadanya sebak menahan airmata.Dia tak menyangka kedatanganya ke kampung Hanis menyebabkan penemuan yang tidak di jangka.Patutlah hatinya rasa tidak sedap,rupa-rupanya ini yang bakal berlaku.Dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Hanis dan keluarganya.Dia buntu,sakithati,malu semuanya bersatu dalam dirinya.

“Sufi..Sufi..tunggu dulu.”lengannya di capai Safuan.

“Tolong..tolong bagi saya ruang untuk tenangkan diri saya.Saya tak mintak semua ni terjadi pada saya.Encik Safuan tak rasa apa yang saya rasa.”rayu Zulaikha sambil menarik tangannya yang masih di genggaman Safuan.Zulaikha terus berlalu keluar dari rumah keluarga Hanis dengan linangan airmata.

Hanis yang melihat keadaan Zulaikha turut mengalirkan airmata.Dia tak sangka abang kandung dan sepupunya sendiri yang menyebabkan teman baiknya itu merana.Bukan sedikit kelukaan yang perlu Zulaikha tanggung.Dia sebagai seorang perempuan dan juga kawan baik Zulaikha merasa marah dengan apa yang terjadi pada diri Zulaikha.Sungguh dia tidak megetahui cerita sebenar kerana pada ketika itu dia sedang melanjutkan pelajaran di luar Negara.Cuma dia menerima khabar yang abangnya tidak jadi berkahwin.Masa itu dia bersyukur kerana abangnya itu masih belum layak memikul tanggungawab kerana sifat kasanova yang ada pada abangnya ketika itu.

Khusyairi juga cuba mendapatkan Zulaikha tetapi di tahan oleh Safuan.Mata Safuan memandang tajam muka Khusyairi menandakan dia marah dengan lelaki itu.Dia tidak mahu Khusyairi merapati Zulaikha lagi setelah lelaki itu melepaskannya lima tahun dulu.

“Abang Ary!Encik Safuan!sudah lah tu.kita ada kenduri ni,ramai orang tu malulah sikit.”tegur Hanis.Dia rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan mereka berdua di mana mereka berada.Dia tak mahu nanti mereka berdua menimbulkan kekecohan dan menyebabkan mama dan ayahnya mendapat malu.

Khusyairi berlalu bersama isterinya menuju ke bilik mereka.Safuan menjengah ke luar mencari kelibat isterinya,Zulaikha.Datang Puan Habsah dari belakang menepuk bahunya memberi semangat.Dia kasihan dengan anak saudaranya itu dan dalam masa yang sama dia geram dengan tindakan Safuan lima tahun dulu lari meninggalkan Zulaikha menyebabkan keluarga Zulaikha menanggung malu.

Masing-masing bersurai meneruskan kerja-kerja yang masih belum siap untuk majlis keesokkan harinya.Walaupun tangan ligat membantu kerja-kerja itu,otak Safuan langsung tidak lari dari memikirkan Zulaikha.Sejak tadi lagi isterinya itu langsung tidak menunjukkan batang hidungnya.Dia risau jika apa-apa terjadi pada Zulaikha kerana belum biasa dengan tempat ini.

“Sabaq Izzu..tak pi mana pun bini hang tu.”tegur Encik Hashim.Dia bukan tidak tahu apa yang di cari anak saudaranya itu terjeguk-jeguk dari tadi.Dia juga Nampak dan dengar apa yang berlaku tadi,sengaja dia tidak mahu masuk campur.Hatinya masih belum habis marahkan perangai kasanova anak keduanya itu.Kerana anaknya itulah semua ini terjadi.Puas di marah anaknya itu tapi langsung tiada tanda-tanda mahu berubah.Tetapi dia juga perasan sejak kebelangkangan ini Khusyairi selalu sahaja pulang ke kampung tanpa di temani anak dan isterinya.Mata tuanya dapat melihat apa yang terjadi dalam rumahtangga anaknya itu,tetapi apa yang boleh dia lakukan kerana Khusyairi sendiri yang mencari masalah.

“Ishh Pak Teh ni..mana ada Izzu cari dia,saja je dok tengok- tengok suasana kampung ni,tenang je.”dalih Safuan.Malu mukanya jika Pak Tehnya perasan apa yang di lakukannya.”Mulut cakap lain tapi hati cakap lain,ikut suka hangpa lah budak-budak oi”ngomel Encik Hashim dalam hatinya.

Lebih kurang pukul sepuluh malam barulah Zulaikha menunjuk diri.Dia cuba menenangkan hati dan perasaannya.Sungguh dia tidak menyangka dalam satu hari dia menerima kejutan yang amat sangat.Kepalanya tiba-tiba menjadi pening dan kerana itu dia mencari ruang untuk dirinya sendiri.Bukan ke mana pun hanya pergi ke hujung jalan rumah Hanis sahaja kerana dia masih belum biasa dengan kawasan kampung itu.Kebetulan masa sampai tadi dia terpandang pangkin yang berada di tepi arus sungai yang menarik perhatiannya.Kerana itu dia menuju ke tempat itu memandangkan tiada tempat yang dia ingin tuju.

“Zu..Zulaikha..”namanya di panggil,muncul khusyairi mendekatinya.Dari jauh Hanis hanya memandang kelakuan mereka tanpa mereka sedari.Zulaikha berdiri tegak tanpa berpusing menghadap Khusyairi.Dia takut dirinya tidak mampu menahan sabar.Dia tidak mahu di gelar pengacau rumahtangga orang.

“Zu!i tahu i salah tapi janganlah buat i macam ni,i sayang dan cintakan u sepenuh hati i,kita kahwin Zu.”cadang Khusyairi tiba-tiba sambil mencapai tangan Zulaikha.Cepat Zulaikha merentap tangannya dari genggaman Khusyairi.Mukanya yang tadinya beriak tenang sudah kemerah-merahan menahan marah.

“Pergi mampus cinta dengan sayang kau tu Khusyairi,aku tak pernah perlukan cinta dari mana-mana lelaki pun selepas kau perdagangkan maruah aku dan keluarga aku dulu,aku belum mati tanpa cinta lelaki,macam yang sedang berdiri di depan kau sekarang ni,aku masih hidup dan tak perlu kau nak rayu-rayu aku lagi.”tegas Zulaikha ingin berlalu dari situ tetapi pantas Khusyairi menghalangnya.

“Tak Zu,i tahu u tipu..cinta u masih ada untuk i kan,please sayang..kita kahwin.”rayu Khusyairi lagi.Tiba-tiba datang seorang perempuan.

Panggg...

Elok tangan perempuan itu mendarat di pipi Zulaikha.Ada beberapa orang kampung yang sedang menolong membuat persediaan untuk esok tercengang dengan perbuatan perempuan itu.

“Ooo..kaulah ye betina sundal yang merosakkan rumahtangga aku.””tuduh perempuan itu yang merupakan isteri Khusyairi.Tangannya pantas menarik tudung yang tersarung di kepala Zulaikha.Tudung yang hampir tertanggal di pegang kuat oleh Zulaikha menahan auratnya dari di lihat orang.Waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa malunya Zulaikha dengan orang-orang sekeliling yang mendengar jeritan perempuan itu.Sekali lagi maruahnya tercela,juga bukan kehendaknya.Airmata laju membasahi pipinya.

Tubuh badan Zulaikha teruk di pukul Diana,isteri kepada Khusyairi.Zulaikha langsung tidak melawan.Tiada guna dia mempertahankan dirinya lagi jika itu membuatkan mereka puas melihat kesengsaraannya.Khusyairi hanya memandang bagaikan orang bodoh.Langsung tidak menghalang perbuatan isterinya itu yang bagaikan orang di serang histeria.Menjerit,memaki hamun sambil tangannya memukul tubuh Zulaikha.

Hanis yang melihat berlari laju mendapatkan tubuh Zulaikha yang teruk di serang kakak iparnya itu.Safuan yang baru menyedari kejadian itu cuba meleraikan masalah itu,namun Diana bagaikan di rasuk terusan memukul-mukul tubuh Zulaikha.Hanis sudah meraung melihat wajah Zulaikha berdarah.Akhirnya Diana berhenti bila mendengar tempikkan dari Encik Hashim.

Safuan mendekati Zulaikha cuba membantu tetapi di tepis keras oleh Zulaikha.Hati Safuan belas melihat tubuh lemah isterinya yang di papah Hanis masuk ke rumah.Saudara mara mereka yang berada di dalam rumah terkejut melihat keadaan Zulaikha yang separuh sedar di papah Hanis.Puan Habsah yang tidak mengetahui apa-apa tergamam melihat wajah Zulaikha yang berdarah.

“Ya Allah anak aku,Nis!pasai pa ni?awat jadi lagu ni?sapa yang buat Ika jadi lagu ni?”bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Puan Habsah sambil membantu Hanis memapah Zulaikha menuju ke biliknya.Tubuh Zulaikha yang lemah di baring elok di atas katil.Puan Habsah berlalu pergi.Hanis membantu membersihkan luka di muka Zulaikha.Airmatanya masih lagi belum berhenti menitis,hatinya pilu melihat keadaan Zulaikha.

“Ika!aku mintak maaf sebab keluarga aku,kau terpaksa melalui semua ni,di hina,di caci.Aku mintak maaf sangat-sangat.Kalau aku tahu semua ni nak jadi aku rela kau tak datang sini,aku tak sanggup tengok kau macam ni.”luah Hanis sambil tersedu-sedu.Dia sedih melihat keadaan diri Zulaikha sekarang.

“Emm..tak pe Nis,aku ok lagi.Aku dah biasa Nis di caci,di hina.Lima tahun Nis..lima tahun..aku dah cukup kuat kot untuk mengharungi semua ni.”luah Zulaikha sayu mulutnya sahaja yang berbicara begitu sedangkan hatinya parah.Airmatanya makin laju menuruni pipinya.Hanis yang mendengar terus memeluk kemas teman baiknya itu.Dia cukup terluka mendengar luahan Zulaikha itu.Dia langsung tidak sangka Zulaikha cukup menderita selama ini,dan lebih menyedihkan keluarganya sendiri menjadi penyebabnya .


#terima kasih pada yg sudi membaca dan menunggu karya amie... tu sgt2..harap berpuas hati...

***PEACE***