Isnin, 23 Mac 2015

ISTERI TAK DI IKTIRAF 8

ASSALAMMUALAIKUM...hai semua..ok hari ni amie tempek lg bab baru ITDI..
sori k kalau tidak menepati ciri2 kesukaan anda semua..maaf jika karya amie belum sempurna...amie cuba buat yang terbaik...jom layan...



Setelah selesai kerjanya Zulaikha terus memecut keretanya pulang ke rumah.Dia tidak sabar untuk pulang ke kampungnya.Sudah dua bulan dia tidak melawat pusara ibu dan ayahnya.Tiba-tiba hatinya jadi sayu bila teringatkan ibu dan ayahnya.Sungguh dia berasa keseorangan setelah pemergian ayah dan ibunya lima tahun dulu.Dia tiada tempat untuk mengadu malah semuanya terpaksa di laluinya sendiri.Mujurlah dia punya abang sepupu yang sentiasa memberinya sokongan dan dorongan.Kerana Sepupunya itulah dia kembali bangun setelah sekian lama dia rebah akibat kelukaan dulu.Sepupu yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk dia terus mengharungi kehidupan walaupun semua orang kampung memulaukannya termasuklah maklongnya,ibu kepada Ikram Hadi.

Lelaki itu juga yang banyak menolongnya untuk kembali bersemangat setelah kematian ibu dan ayahnya.Walau bermacam-macam kata hinaan yang di lemparkan kepadanya namun satu pun Ikram Hadi tidak mempercayainya kerana dia lebih kenal siapa Sufi Zulaikha.Baginya biarlah orang kampung dan termasuk ibunya mencaci Zulaikha,dia sedikit pun tidak akan berganjak dari sisi Zulaikha yang telah di anggapnya seperti adik kandungnya sendiri.Siapa dia untuk menghukum Zulaikha sedangkan salahnya sendiri pun tidak terhitung banyaknya.

Sepanjang lima tahun ini dia banyak melihat Zulaikha bersedih,menangis meratap sendiri tanpa ada siapa untuknya mengadu.Kerana itu dia sebagai abang mengambil tanggungjawab untuk menjaga kebajikan adiknya itu.Hatinya turut terluka dengan penderitaan Zulaikha.Hampir sasau Zulaikha setelah kematian ibu dan ayahnya.Mulanya ibu Zulaikha sakit dan di masukkan hospital setelah sebulan peristiwa yang terjadi.Menurut doctor yang merawat memberitahu ibunya Zulaikha teramat tertekan dan bersedih tanpa dapat di kawal memudaratkan kesihatannya.Ayahnya pula meninggal kerana kemalangan dalam perjalanan ke hospital untuk melihat arwah ibunya yang sedang kritikal ketika itu.Dalam hari dan masa yang sama Zulaikha kehilangan kedua-dua orang tuanya.Sungguh kasihan nasib adik sepupunya itu.Kerana itu dia memikul tanggungjawab untuk menjaga Zulaikha dan dia beruntung kerana isterinya,Amirah sanggup bekerjasama dengannya untuk memuluhkan Zulaikha.

Setelah dua bulan tidak berjumpa,hari ini Zulaikha pulang lagi ke kampungnya.Dia mahu menghilangkan diri sebentar dari bebanan kerja atau dalam erti kata lain dia ingin menjauhkan dirinya dari gangguan Safuan Izzuddin.Sejak kehadiran Safuan kembali dan bekerja di bawah satu bumbung nafas Zulaikha sentiasa sesak dengan perangai Safuan.Seboleh-bolehnya dia mengelak dari bertemu tetapi lelaki itu seakan sengaja menghampirinya.Dia keliru sendiri.Apa yang lelaki itu mahukan darinya.Kenapa baru sekarang lelaki itu bercakap tentang tanggungjawab dan haknya.Kenapa sebelum ini langsung tidak pernah menghantarkan khabar berita.

Zulaikha termenung sendirian di bawah pohon rendang di hadapan rumah arwah ibu bapanya.Jiwanya tenang bila sahaja kakinya melangkah menjejak tanah kampungnya.Teringat zaman kanak-kanaknya bersama ayah dan ibu bersantai di petang hari di atas pangkin depan rumahnya sambil menikmati kuih dan air kopi buatan ibunya.Nyaman sungguh dengan angin yang bertiup,pohon kelapa melambai-lambai di tiup angin,melihat burung-burung berterbangan bebas.Dia rindukan kenangan itu,suasana yang telah lama pergi dari hidupnya.Kenangan yang tak mungkin padam dari ingatannya.Semuanya masih segar dalam mindanya.Ya..kenangan itu.Tapi..

Akhirnya Zulaikha menangis teresak-esak sendirian sambil memeluk lututnya.Dia sangat-sangat rindukan ibu dan ayahnya.Airmatanya tak henti-henti mengalir,kesedihan yang amat sangat dia rasai ketika ini.Sendiri tanpa teman di sisi,tiada tempat untuk meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya.tiada tempat untuk mengadu masalahnya,tiada bahu menjadi sandaran untuk menghilangkan kesedihannya.Sungguh dia merasakan keseorangan ketika ini.

Tiba-tiba sebuah kereta meluncur masuk ke halaman rumahnya.Cepat-cepat Zulaikha menghapuskan airmatanya.Sambil menghadiahkan senyuman manisnya Zulaikha menghampiri kereta abang sepupunya Ikram Hadi dan isterinya kak Amirah.Hanya mereka berdua sahaja yang akan menyambutnya kepulangannya di kampung ini.

“Assalammualaikum...”ceria suara Zulaikha menegur sepupunya suami isteri.Amirah terlabih dahulu menerpa memeluk Zulaikha.

“Waalaikumsalam...rindunya kak Irah kat adik akak sorang ni.”ucap Amirah memeluk kuat tubuh kurus Zulaikha.Terlepas juga rindunya buat Zulaikha.Hari-hari juga dia merungut tentang Zulaikha yang sudah lama tidak pulang ke kampung.Telinga Ikram Hadi dah naik lali mendengarnya.

“Ika sihat?”Tanya Ikram Hadi sambil tersenyum melihat gelagat isteri dan adiknya.Geleng kepala dia melihat perangai isterinya yang keanak-anakan melayan Zulaikha.Dia tahu isterinya merindui Zulaikha kerana itu setiap hari di tanyanya tentang Zulaikha dan akhirnya hari ini kerinduannya terjawab dengan kepulangan Zulaikha.

“Sihat,Alhamdulillah..abang ngan kakak sihat tak ni?macam kurus je Nampak.”Tanya Zulaikha sambil mengusik.Dia senang melihat pasangan suami isteri itu gembira walaupun mereka belum di kurniakan zuriat.

“Alhamdulillah kami sihat je,memanglah kurus tak lalu makan tau rindu kat Ika.”jawab Amirah sambil mencubit pipi Zulaikha geram.Pecah tawa Ikram mendengar bicara isterinya.

“Kurus apa kebendanya,makin tembam ada la kak Irah kamu ni,tak lalu makan konon..padahal berpinggan-pinggan menambah nasi,poyo je.”sindir Ikram sambil melepaskan gelaknya.Akhirnya ketawa mereka bergabung.Zulaikha senang dengan kehadiran pasangan suami isteri itu menceriakan cutinya.

“ooo..abang nak cakap Irah gemuk lah ye,eleh kata orang cuba abang tengok perut abang tu dah kalah perut Irah yang ada isi tau.”balas Amirah.Zulaikha ketawa lepas dengan gaduh-gaduh manja pasangan suami isteri itu.Zulaikha tersedar sesuatu.

“Eh..eh..nanti-nanti,tadi kak Irah cakap perut kak Irah ada isikan?maksudnya....”Zulaikha memuncungkan mulutnya ke arah perut Amirah.Melihat Amirah tersenyum malu Zulaikha sudah mendapat jawapannya.Pantas tubuh Amirah di peluknya dan menghadiahkan kucupan di pipi kakaknya itu.

“Tahniah kak Irah..abang,tak lama lagi Ika dapat anak saudara lah ye...sukanya”teruja Zulaikha mendengar khabar gembira itu.Tak sia-sia dia pulang ke kampungnya kali ini bila mendengar khabar gembira yang baru di dengarnya.

“Baru tiga bulan la Ika,lambat lagi.”Jawab Ikram sambil tersenyum menandakan dia bahagia dengan kehamilan isterinya.Lama mereka menunggu dan akhirnya membuahkan hasil juga.Ramai juga saudara maranya yang menyindir Amirah kerana tidak dapat memberikannya zuriat.Namun kerana kesabaran mereka suami isteri akhirnya Allah kurniakan juga apa yang mereka nantikan selama ini.

“Kakak dengan abang awak ni dah ada khabar gembira untuk di kongsi,Ika pulak bila lagi?”gurau Amirah.Zulaikha tersentap terus sahaj berhenti senyumannya.Ikram perasan perubahan wajah Zulaikha terus menyiku perlahan bahu isterinya.Amirah tersedar yang dia terlanjur berkata-kata.Langsung tidak terniat di hatinya untuk membuatkan Zulaikha terasa.Cuma dia terlalu gembira dengan kepulangan Zulaikha dan juga khabar gembira tentang kehamilannya yang baru seminggu mereka terima.

“Ika..Ika..kak  Irah mintak maaf,akak tak sengaja dik”ucap Amirah dengan rasa bersalah.Zulaikha masih mendiamkan diri.Ikram cuba masuk campur.

“Ika..”

“Safuan dah balik..”ucap Zulaikha sayu.

“Apa?”serentak Amirah dan Ikram Hadi bertanya,bertapa terkejutnya mereka dengan kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut Zulaikha.Mereka ingatkan setelah sekian lama Safuan pergi tak munkin akan kembali lagi.Mereka kasihankan Zulaikha yang baru sahaja pulih.Belum pun sembuh luka yang Safuan tinggalkan kini lelaki itu datang kembali dalam hidup adiknya.Ikram mengepal penumbuh menandakan dia tidak berpuas hati dengan apa yang telah Safuan lakukan pada Zulaikha.

“Khusyairi juga”ucap Zulaikha lagi.
Hampir terduduk Ikram mendengarnya.Ya Allah apa lagi yang kau ingin tunjukkan pada adikku ini ya Allah.Aku berserah padamu ya Allah semoga kau lindungi adikku dari sebarang kecederaan lagi.Doa Ikram Hadi dalam hati.Dia sendiri belum tentu dapat mengharunginya jika perkara itu berlaku padanya.Dia sudah berjanji biar apa pun yang akan terjadi dia akan cuba mempertahankan adiknya itu.

“Ya Allah..betul ke Ika?dia ada cari Ika?dia buat apa kat Ika,cakap ngan akak dik.”bertalu pertanya keluar dari mulut Amirah.Airmatanya sudah mula mengalir melihat Zulaikha mengalirkan airmata.Tubuh Zulaikha di raih dalam pelukkannya.Sungguh dia sayang dengan Zulaikha seperti adiknya sendiri.Dia dan suaminya yang melihat jatuh bangun Zulaikha selama lima tahun ini.Terluka sungguh dia melihat penderitaan Zulaikha selama di tinggalkan suami.Zulaikha hilang segala-galanya.Ibu dan ayahnya pergi menghadap ilahi.Sedih hatinya jika perkara itu berulang kembali.

“D..d..dia satu tempat kerja dengan Ika ,kak.”tersedu-sedu Zulaikha menjawab pertanyaan Amirah.

“Allah...”itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Amirah.Sungguh begitu dekat sekali jurang terpisah antara Zulaikha dan Safuan setelah lima tahun terpisah.Segalanya perancangan Allah.Jauh Safuan pergi meninggalkan Zulaikha akhirnya mereka di takdirkan berada di bawah satu syarikat tempat kerja.Dia tidak mampu berkata apa-apa.Di tolehnya pada suami yang setia menanti di sisi.Wajah suaminya itu juga keruh.Dia tahu Ikram juga buntu untuk menyelesaikan masalah adik mereka itu.Mereka sedaya upaya berusaha menceriakan hidup Zulaikha setelah makngah dan pak ngahnya pergi menghadap ilahi.

Zulaikha bangun tiba-tiba sambil mengesat sisa airmata di pipinya.Dia harus kuat dan tidak sekali-kali dia menunjukkan kelemahannya sekali lagi.

“Abang Hadi dengan Kak Irah jangan risau,adik kakak ngan abang ni kuat tau.Semuanya Ika boleh hadapilah.”ucap Zulaikha bersemangat.Dia tak mahu membuatkan abang dan kakaknya itu susah hati di sebabkan masalahnya.Mereka juga punya kehidupan sendiri,tambahan pula mereka akan menimang cahayamata tak lama lagi.Dengan keadaan Amirah yang sedang berbadan dua,dia tidak mahu membebankan Amirah untuk sentiasa memikirkan masalahnya.Dia yakin boleh menyelesaikannya sendiri.

============================================================

Kereta milik Zulaikha membelok masuk ke halaman rumah satu-satunya ibu saudaranya yang juga merupakan ibu kepada Ikram Hadi.Lama sungguh dia tidak berjumpa dengan mak longnya sejak pemergian ayah dan ibunya.

“Assalamualaikum..”kedengaran salamnya di sambut dari dalam.Muncul Mak longnya bersama penyapu di tangan.Serta-merta wajahnya berubah bengis melihat Zulaikha berdiri dihadapan tangga rumahnya.Baginya Zulaikha bukan lagi anak saudaranya semenjak adiknya iaitu ibu Zulaikha meninggal dunia.Mak long menyalahkannya atas apa yang terjadi.Bagi mak long Zulaikha penyebab ibunya meninggal dunia.Kerana itu dia terlalu membenci Zulaikha.

“Mak long apa khabar?lama Ika tak jumpa mak long.”ramah Zulaikha menegur Mak longnya.Salamnya langsung tidak bersambut.

“Aku sihat je tak payahlah kau nak tunjuk baik depan aku,aku takkan percaya dengan helah kau.”Marah maklong Hasnah.Rasa sakit hatinya masih bersisa lagi.Sanggup Zulaikha menconteng arang ke muka keluarganya.Membuat onar dengan orang lain tetapi kahwin dengan orang lain.Kerana kesalahan yang telah di buat Zulaikha,ibu dan ayahnya mendapat tempias di hina dan di keji orang kampung.Malu mukanya bila berhadapan dengan orang kampung.

“Kau balik sini buat apa?mak bapak kau dah lama mati di bunuh kau.Buat apa kau balik lagi ke kampung ni?”marah mak long Hasnah lagi.Dia tak mahu lagi menerima caci maki orang kampung.Cukuplah segalanya yang berlaku lima tahun dulu.Hatinya sakit akibat fitnah yang tersebar adiknya iaitu ibu Zulaikha merana menanggung malu lalu jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.Kerana itu dia membenci Zulaikha.Baginya Zulaikha lah punca adiknya itu meninggal.

Zulaikha hanya diam mendengar amarah mak longnya.Biarlah jika itu dapat melepaskan apa yang tersimpan di hati mak longnya.Airmatanya mengalir halus di pipinya.Sedih hatinya tiada siapa yang tahu.Mereka hanya mahu menuduhnya tanpa memberikan peluang untuknya berterus terang.

“Kalau kau balik kampung ni nak malukan muka aku lagi baik kau jangan balik.”marah mak longnya lagi.

“Mak Long!Ika datang ni nak mintak maaf,Ika tahu Ika salah...”

“Tak..aku takkan maafkan kau sampai bila-bila,kau yang menyebabkan mak dan ayah kau mati,kau yang menyebabkan satu-satunya adik yang aku ada mati.”potong mak longnya geram.

“Baik kau berambus dari rumah aku ni..berambusssss...aku tak nak tengok muka kau lagi.”jerit mak longnya.Zulaikha tanpa menunggu lama terus masuk ke dalam kereta.Airmatanya mengalir lagi,terasa hati dengan kata-kata mak longnya itu.Sanggup mak longnya menggelarkannya pembunuh.Dia ingatkan selama dia tidak pulang ke kampung mak longnya akan berlembut hati dengannya,tapi lain pula yang jadi malah makin marah ibu saudaranya itu dengan kehadirannya.

“Mak Long!Ika bukan pembunuh,bukan Ika yang nak semua ini,Ika pun mangsa keadaan.Ika tak pernah harap semua ini jadi pada Ika,Mak Long.”rintih Zulaikha sendiri sambil menangis tersedu-sedu.Hatinya betul-betul terluka dengan kata-kata mak longnya itu.Di gelar pembunuh bukan suatu yang boleh di buat main walaupun bukan dirinya yang melakukan.Dia sudah cukup rasa bersalah menyebabkan ibu dan ayahnya malu dengan hal perkahwinannya.Bertambah bersalah di sebabkan peristiwa itu ibunya tertekan dan menyebabkan ibunya terlantar sakit dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di katil hospital.Lebih malang lagi ayahnya juga pergi meninggalkannya pada hari yang sama ibunya pergi.Dia terpaksa menerima kehilangan kedua-dua orang tuanya pada hari yang sama.Belum cukupkah semua yang dia tanggung hingga mak long menggelarnya pembunuh?hati Zulaikha merintih sendiri.Jika orang lain bercakap tentang itu mungkin dia masih boleh bertahan.tetapi bla darah dagingnya sendiri mengecamnya begitu,langsung membuatkan jiwanya yang luka semakin terluka.

Selama lima tahun dia hidup jauh dari satu-satunya keluarga yang dia punya.Pada mak longnya dia harap boleh menumpang kasih,mengadu nasibnya.tapi semua itu hanya tinggal angan-angan sahaja bila dia di buang jauh dari hati mak longnya.Akhirnya Zulaikha pasrah,terus pulang ke rumah peninggalan orang tuanya.Biarlah..biarkan dia menanggung sendiri jika saudara sendiri pun tidak sudi.Dia harus kuatkan dirinya,cekalkan hatinya menempuh semuanya.Dia redha andai ini yang harus di terimanya.



#dah bacakan...harap2 berpuashati ye..amie akan cuba perbaiki lagi..terima kasih pada yang sudi baca..kalau rajin meh tinggalkan komen...

***PEACE***






8 ulasan:

  1. mabeles amie.. nice work, tapi ada ulangan 2 kali ttg cara ibubapa zulaika meninggal, tak perlu rasanya ulang byk kali ....

    BalasPadam
  2. Tq kak Mayang komen....hehe...btl lh...terlepas pndng amie...tq sgt2...insyaallah akn di perbaiki lg....tq sudi bc karya amie...

    BalasPadam
  3. Cerita menarik..tak sabar nak baca yang seterusnya K.Amie...cepat2 post kan...heeee

    BalasPadam
  4. Tq Nurul sudi bc karya akak....insyaallah nnt akak cepat2 update ye....tungguuuuuu....kihkihkih....

    BalasPadam
  5. Amie bila nak update.. rindu dah kat zulaika ni

    BalasPadam
  6. dah lama akak x update citer baru

    BalasPadam
  7. Maaf lama xupdate...insyaallah akan di update secepat mungkin..harap sabar menanti...

    BalasPadam
  8. Baru smpai bab 7 tp air mata dh leleh. Sebak rasanya...

    BalasPadam