Ahad, 12 April 2015

ISTERI TAK DI IKTIRAF 10

Assalamualaikum..hai semua..harapnya smeua sihat ye..jaga kesihatan masing-masing ye...
akhirnya dapat juga amie tempek bab baru ITDI...jom semua layan..
maaf andai ada kekurangan...insyaallah ada beberapa bab lagi akan amie tempek di sini..selebihnya akan kita tunggu apa pengakhirannya...
jom layan...


BAB 10

Hari minggu seperti ini Zulaikha lebih suka melepak sahaja di rumah begitu juga dengan Hanis.Masa cuti selalunya mereka habiskan dengan menonton tv atau berbual-bual kosong.Banyak Aktiviti yang mereka lakukan bersama.

"Ika cuba kau tengok kat depan pagar umah kita tu.Tu bukan ke kereta Encik Safuan ke?Dia buat apa ye kat umah kita ni?"tanya Hanis pelik.Zulaikha cuba mengintai memang benar itu kereta Safuan.

"Eh buat ape pulak lah dia ni kat depan umah aku pagi-pagi ni?macam mana dia tahu aku tinggal kat sini?"tertanya Zulaikha sendiri.Dia pasti tentunya Safuan menunggunya.

"Ahh....lantaklah bukan kena mengena dengan aku pun.Dia nak jadi tugu pun apa aku kisah."ngomel Zulaikha sendiri.Dia meneruskan kerja mengemasnya.Hari minggu begini memang inilah aktiviti yang di lakukan bila tidak keluar ke mana-mana.

Zulaikha langsung tidak menyedari temannya itu telah pun keluar menemui Safuan.Dia langsung tidak peduli tentang kedatangan Safuan.Hatinya belum cukup kuat untuk berdepan dengan lelaki itu.Jika dia berdepan dengan lelaki itu bermakna dia sekali lagi membiarkan hatinya di sakiti.Dia sudah cukup merana dengan perbuatan lelaki itu,malah bukan seorang tetapi dua orang lelaki yang menghancurkan hati dan perasaannya malah maruahn keluarganya hancur pada hari dan waktu yang sama lima tahun dulu.

“Ika!Encik Safuan tunggu kau kat luar tu.cepatlah perginya.”arah Hanis tanpa perasaan.Zulaikha masih lagi tercengang dengan arahan Hanis.Otaknya masih belum boleh berfungsi dengan betul.

“Masa bila pulak mak cik ni keluar?sedar-sedar cakap pak cik tu nak jumpa aku?ishh..ilmu apa mak cik ni pakai.”bebel Zulaikha sendiri.

“Oi!kau dah kenapa?termenung sambil membebel sorang-sorang?tu ha..ada orang tengah tunggu kau.”sergah Hanis pelik dengan sikap Zulaikha yang tiba-tiba termenung.Padahal dia cuma menyampaikan pesanan orang.

“Em..em..dia nak apa datang sini?aku bukan ada apa-apa urusan pun dengan dia.kau je lah jumpa dia.”tolak Zulaikha.dia cukup malas untuk berdepan dengan Safuan tika ini.Dia tahu hatinya belum cukup kuat untuk menyingkap kembali kenangan lima tahun yang lalu yang menyebabkan terjalinnya ikatan antara mereka berdua.

“Ish kau ni,dia nak jumpa kau bukan aku,pergi je lah.Mana tahu kot dia nak ajak kau dating ke,pergilah cepat sian dia tunggu dari pagi tadi lagi.”pujuk Hanis.Dia dapat rasakan ada masalah yang perlu mereka berdua itu selesaikan.Dia risau jika Zulaikha terus mengelak, Safuan akan bertindak drastik.Dengan langkah yang malas akhirnya Zulaikha keluar juga menemui Safuan.

“Emm...Encik Safuan nak apa ni,pagi-pagi lagi dah sampai ke sini?dan macam mana Encik tahu saya tinggal kat sini?”Tanya Zulaikha tanpa memandang wajah tetamu tak di undangnya.

“Amboi banyaknya soalan,tak sempat saya nak jawab.”gurau Safuan namun tidak mendatangkan lucu pada Zulaikha.betullah kata orang bila hati dah benci segala kebaikan akan tertutup dengan sendirinya.Tapi ada ke kebaikan yang Safuan lakukan padanya?terfikir sendiri Zulaikha.

“Saya tak ada masalah nak dengar lawak Encik Safuan.cakaplah cepat nak apa datang sini?”marah Zulaikha mula panashati bila Safuan mengusiknya.Safuan hanya merenung wajah Zulaikha tanpa menjawab pertanyaannya.Zulaikha mula rasa gelisah bila wajahnya di tenung sebegitu.

“Ish..kalau tak nak cakap apa-apa sudahlah.saya nak masuk..”

“Siap cepat!saya tunggu kat sini dan kalau awak tak keluar saya bunyikan hon kuat-kuat biar semua jiran awak keluar.Masa tu saya boleh bagi tahu mereka semua termasuk Hanis siapa saya pada awak.”ugut Safuan perlahan.Zulaikha mengigit bibirnya menahan marah.Dia tidak menyangka Safuan sanggup mengugutnya seperti itu.

Dengan langkah yang berat Zulaikha kembali ke dalam rumah.Hanis yang sejak tadi mengintai terus duduk di sofa berpura-pura seperti dia tidak mengetahui apa-apa.Zulaikha terus memanjat tangga menuju biliknya di tingkat atas.Setelah bersiap ala kadar Zulaikha menuruni tangga.

“Nis!aku keluar kejap,sori tau tak dapat temankan kau.Entah apa yang pak cik tu nak,mimpi agaknya ajak aku keluar siap ugut-ugut lagi.”terang Zulaikha serba salah.Dia telah berjanji dengan Hanis untuk menemani temannya itu keluar membeli barangan dapur.Di sebabkan Safuan,dia terpaksa membatalkan aktiviti mereka hari ini.

“Takpelah lain kali kita boleh keluar,yang penting urusan korang berdua tu selesaikan dulu.”ucap Hanis sambil tersenyum.Zulaikha kepelikkan melihat senyuman teman baiknya itu.tentunya Hanis salah sangka dengan hubungannya dan Safuan.

“Yang kau tersengeh-sengeh ni kenapa?kau jangan fikir bukan-bukan ye.”marah Zulaikha sambil membalingkan bantal kusyen ke muka Hanis.

“Ala..kalau ada apa-apa pun apa salahnya kan dua-dua solo lagikan.Tak sangka masin jugak mulut aku,Encik Safuan ajak kau dating hari ni.happy..happy..”ujar Hanis sambil ketawa lepas.Sekurang-kurangnya dia gembira temannya itu”berdating” juga akhirnya.Selama dia kenal Zulaikha sekali pun tidak pernah dia melihat Zulaikha keluar bersosial dengan orang lain kecuali dirinya.Dia sedar Zulaikha tidak punya ramai kawan kerana itu dia gembira bila ada seseorang mengajak temannya itu keluar.Tiba-tiba...

Ponn..ponn..ponn..ponn...

Hon kereta di bunyikan Safuan seperti yang telah di beritahu pada Zulaikha tadi.Muka Zulaikha sudah cuak dengan situasi itu.Betulkah rahsianya akan pecah?tergopoh-gapah Zulaikha keluar dari rumahnya.Hanis yang melihatnya hanya mampu menggelengkan kepala.Sambil berjengkit-jengkit Zulaikha mengenakan kasut di kakinya.Safuan yang melihat tersenyum megah.Akhirnya rancangannya untuk keluar bersama Zulaikha hari ini berhasil.Tanpa banyak soal Zulaikha terus menghempaskan tubuhnya di kerusi sebelah pemandu.Safuan yang melihatnya hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

“Marahkan akulah tu,ada aku kisah,yang penting misi aku hari ni Berjaya.”ngomel Safuan dalam hati.Dia sudah bertekad jika cara lembut Zulaikha tidak menurut,dengan cara tegas begini pun dia sanggup buat asalkan Zulaikha mahu berbincang denganya tentang hubungan mereka.
Zulaikha hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.Dia tidak tahu apa yang hendak di bualkan.Dia hanya menunggu jika Safuan membuka mulut.kereta milik Safuan terus meredah jalan,Zulaikha hanya mendiamkan diri tanpa bertanya ke mana Safuan ingin membawanya.

“Awak dah makan belum?”Tanya Safuan akhirnya.Dia lemas dengan kebisuan Zulaikha.Keras sungguh hati gadis yang berada di sebelahnya ini,Fikir Safuan sendiri.Tapi dia tidak menyalahkan Zulaikha jika gadis itu berubah begitu.Dialah punca gadis itu berubah menjadi dingin beku seperti itu.Bukan dia tidak pernah mendengar cerita-cerita tentang Zulaikha di tempat kerja.Ramai juga yang cuba masuk jarum,akhirnya mereka semua berputus asa bila pelawaan mereka di tolak mentah-mentah oleh Zulaikha.Ramai yang berkata Zulaikha ini anti sosial.

“Belum.”jawab Zulaikha ringkas.Dia masih geram dan marah dengan sikap memaksa Safuan.Baginya Safuan tidak ada hak untuk memaksanya menuruti arahannya.Dia langsung tidak boleh menerima perangai Safuan yang satu ini.
Akhirnya kereta milik safuan berhenti di salah sebuah kedai untuk mengisi perut.Zulaikha hanya menurut dari belakang.Setelah itu mereka meneruskan perjalanan.Zulaikha mulai gelisah bila dia merasakan telah jauh Safuan membawanya.

“Encik Safuan nak bawak saya pergi mana ni?”Tanya Zulaikha cuak bila kereta milik Safuan membelok masuk ke sebuah resort di tepi pantai.Safuan masih lagi mendiamkan diri.Dia sengaja mendera perasaan Zulaikha.Dia geram dengan kebisuan Zulaikha yang memprotes tindakannya memaksa Zulaikha mengikutnya.kesabarannya pun ada batasnya.

“Encik Safuan nak buat apa bawak saya kat sini?”Tanya Zulaikha lagi bila Safuan sudah pun keluar dari kereta.Safuan mengeluarkan beg dari bonet kereta terus menuju ke dalam resort.Zulaikha yang melihatnya kebingungan dengan sikap Safuan yang membuatnya seperti tidak wujud.Pantas Zulaikha keluar dari kereta mengejar jejak Safuan.

“Encik Safuan Izzuddin!”jerit Zulaikha geram.Buat pertama kalinya dia memanggil nama penuh lelaki itu.Safuan yang mendengar terhenti langkahnya.Namun senyuman tersungging di bibirnya.Sudi juga mulut kecil itu memanggil namanya walaupun di depannya tetap dengan gelaran “Encik”.Pantas dia menoleh ke arah Zulaikha.Muka Zulaikha sudah merah menyala menahan marah.Safuan mendekati Zulaikha.

“Awak boleh tak bertenang sikit.Ramai orang kat sini,tak malu ke?”tegas Safuan namun masih lagi lembut di pendengaran Zulaikha.

“Saya takde masa nak bersabar dengan orang macam Encik Safuan ni.”balas Zulaikha.
Dan saya bukan anak patung boleh di bawa ke sana ke mari ikut suka hati je.Saya ada harga diri perlu di jaga walaupun lima tahun dulu maruah saya di pijak-pijak,diri saya di hina atas kesalahan yang saya sendiri tidak tahu.Saya tak nak sekali lagi saya si gelar sundal hanya kerana saya mengikut Encik Safuan ke sini tanpa saya tahu tujuan sebenar.”sambung Zulaikha geram.Hatinya sakit,jiwanya kembali parah.Safuan merendah-rendahkan maruahnya dengan membawanya ke sini tanpa persetujuannya.Jika di lihat rakan-rakan pejabatnya tentunya menimbulkan fitnah dan tentunya dia di anggap perempuan murah.

“Bertenang ok,Saya tak buat apa-apa pun saya cuma nak berbincang hal kita,saya nak kita selesaikan masalah kita.”pujuk Safuan.Dia juga terkejut dengan reaksi yang di berikan oleh Zulaikha.Dia tidak menyangka Zulaikha yang di anggap pendiam boleh meluahkan apa yang di pendamkan.

“Saya dah cakap berapa kali antara kita memang takde apa yang nak di bincangkan dan semuanya dah selesai.Encik Safuan dengan hidup Encik Safuan dan saya dengan hidup saya,kita takde kena mengena.”ucap Zulaikha memulangkan semula kata-kata yang pernah di lontarkan kepadanya dulu.Puashatinya,sekurang-kurangnya Safuan ingat apa yang telah di luahkan kepadanya dulu tentang hidup mereka.Safuan tersentap sendiri.

“Ok..ok..saya....”

“Zu..Zulaikha!”namanya di panggil seseorang,suara itu sebati di telinganya.Zulaikha menoleh melihat gerangan yang memanggilnya.Ya..Khusyairi..betul telinganya tidak pernah tersilap dengan suara lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya dan lelaki yang telah menghancurkan impian indahnya.Kerana lelaki itulah semua ini terjadi.Mereka berdua sepupu,itulah yang di beritahu oleh keluarga pihak lelaki kepadanya dulu.

“Zu..u buat apa kat sini?I ada hal nak bincang dengan u ni,kebetulan dah jumpa u ni,jom ikut i sekejap”ajak Khusyairi sambil mencapai tangan Zulaikha.Safuan yang melihatnya mendidih marah.Sepupunya itu seperti tidak menyedari kehadirannya di situ.Tangan Zulaikha yang di genggam Khusyairi di rentapnya kasar.

“Ary!,she my wife.”marah Safuan.Khusyairi hanya melemparkan senyum sinis pada sepupunya itu.Zulaikha tergamam dengan kelakuan dua lelaki itu.Dia bagaikan berada di dalam sebuah drama tv.

“Huh..isteri!pernah ke kau anggap dia isteri kau?kau pernah iktiraf dia isteri kau macam mana kau iktiraf Marina?”Tanya Khusyairi kasar.Dia tahu kesalahannya membiarkan Zulaikha menanggung semua ini sendiri tanpa mengetahui cerita sebenar.Tapi dia terpaksa kerana mahu menyelamatkan maruah seorang gadis yang pernah dia rosakkan.Dalam masa yang sama dia terpaksa korbankan hati orang yang dia sayang.Hati tunangnya,Sufi Zulaikha.Hati ibu dan ayahnya.Lebih malang lagi dia korbankan perasaan ibu dan ayah Zulaikha tanpa sempat dia memohon keampunan dari mereka.
Marina?Siapa Marina?Zulaikha tertanya sendiri.

“Walau aku tak pernah iktiraf dia isteri aku,tapi dia masih lagi isteri aku,masih lagi tanggungjawab aku dan kau tak perlu masuk campur urusan aku dengan Zulaikha sebab kau tak layak untuk semua itu setelah kau biarkan dia pada hari perkahwinan kau dulu.”balas Safuan geram.

“Lebih baik kau jaga rumahtangga kau dan anak kau.”sambung Safuan lagi.Zulaikha yang mendengarnya terkejut dan tergamam.Sungguh dia tak sangka yang Khusyairi sudah pun berkahwin.Matanya tepat merenung ke muka Khusyairi meminta penjelasan.Dia perlukan penjelasan di atas kata-kata yang terkeluarkan dari mulut Safuan itu.Makin lama hatinya makin terluka.Berapa banyak lagi rahsia yang cuba mereka selindung darinya.Sehingga ke hari ini dia juga tidak faham mengapa tempat yang sepatutnya Khusyairi ada di ganti dengan Safuan yang merupakan sepupu kepada Khusyairi menjadi pengantin lelaki di hari pernikahannya.Lebih-lebih lagi dia langsung tidak mengenali Safuan Izzuddin.

“Ap..ap..apa semua ni?Rumahtangga?anak?”Tanya Zulaikha tergagap-gagap akibat terkejut dengan apa yang baru di dengarinya.Airmatanya sudah lama mengalir.Dia betul-betul terluka dengan apa yang di dengarinya.Memang antara mereka tiada hubungan tetapi kerana antara mereka pernah ada hubungan perasaan menyebabkan hatinya turut rasa tertipu.Betulkah selama mereka kenal Khusyairi mencintainya?betulkah Khusyairi ingin mengahwininya?atau sememangnya hanya memainkan hati dan perasaanya?Hati Zulaikha tertanya sendiri.Dia tertekan dengan situasi ini.

“Zu..Zu..dengar dulu apa yang i nak jelaskan.Semua ni bukan..”

“Cukup..cukup..”jerit Zulaikha sambil menutup telinganya tanpa sempat Khusyairi memberi penjelasan.Bagi Zulaikha semuanya sudah berakhir dan tak mungkin akan di buka semula kamus hidup yang sudah dia benamkan di ruang paling dalam dalam hidupnya.

“Aku tak nak dengar lagi penjelasan kau.Kau boleh berambus dari hidup aku.Aku tak perlukan kau lagi.Macam mana kau pernah tinggalkan aku macam tu jugak aku nak kau berambus dari hidup aku.”tegas Zulaikha sambil melangkah pergi.Hilang sudah sopan dan santunnya.

“Zulaikha..”

“Sufi..”

Serentak Khusyairi dan Safuan menjerit memanggil nama Zulaikha namun langsung tidak dihiraukan Zulaikha.Nasibnya baik bila saja keluar dari resort itu,kebetulan sebuah teksi sedang melalui jalan itu.Dia terus melolos masuk ke perut teksi tanpa sempat Safuan menahannya.Airmatanya mengalir laju menuruni pipinya.Dia langsung tidak menyangka Khusyairi yang pernah dia sayang sanggup membuatnya begitu.Sanggup membiarkannya menanggung semua kesakitan sendiri setelah dia menaburkan janji setia.

Akhirnya teksi yang di naikinya berhenti betul-betul di hadapan rumah sewanya.Tanpa menunggu lama Zulaikha terus masuk ke rumah menuju ke bilik tidurnya.Segala kesedihannya di lepaskan.Hatinya marah,geram,terluka dengan apa yang terjadi.

“Selama ini dia tipu aku rupanya,dia..dia langsung takde perasaan pada aku,dia..dia hanya anggap aku mainan.”raung Zulaikha sambil tersedu-sedu.Mukanya di tekup pada bantal supaya sesiapa tidak mendengari raungannya.

“Sanggup dia buat aku macam ni,memalukan keluarga aku,mempersendakan maruah aku.Aku takkan maafkan kau Khusyairi..aku benci kau..aku benci kau...aku takkan maafkan kau...”jerit Zulaikha sekuat hati melepaskan sakit yang bersarang di dadanya.Tersedu-sedu Zulaikha menangis melepaskan geram yang bersarang di hati dan akhirnya dia tertidur sendiri.Bila terjaga dari tidur kelilingnya gelap.Tahulah dia hari sudah pun malam.Mujurlah waktu ini dia sedang ABC.Bingkas Zulaikha bangun dari tidur menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.Terasa ringan sedikit kepalanya setelah melelapkan mata tadi.Jiwanya sedikit tenang setelah siap membersihkan diri.
Kakinya melangkah ke tingkat bawah menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang kian berkeroncong kelaparan.Sambil menatang segelas milo dan sepeket roti dia menuju ke ruang tamu rumahnya.Kelihatan Hanis sedang bersembang di telefon sambil tergelak-gelak.Dia tahu dengan siapa Hanis berbual kalau bukan dengan tunangnya,Hakimi.Tanpa pedulikan Hanis yang sedang bersembang di telefon tangannya ligat menekan remote control mencari siaran kegemarannya.
Hanis yang melihat Zulaikha kusyuk menonton tv terus sahaja melemparkan dirinya di sebelah Zulaikha.Tanpa meminta izin cawan milo Zulaikha di hirupnya.

“Woi..agak-agak la kalau ye pun kering tekak sembang ngan tunang tu,air aku kot kau rembat.”marah Zulaikha sekadar mengusik Hanis.Hanis hanya tersengih dengan teguran Zulaikha.Dia tahu Zulaikha sekadar bergurau dengannya.Memang kebiasaan begitulah rutin mereka di rumah.Masing-masing menumpukan mata ke kaca tv yang sedang menayangkan drama kegemaran mereka.

#harap semua terhibur,jika ada kekurangan maafkan lah hamba ye..hehehe..terima kasih sudi baca karya yang tak seberapa dari amie..

***PEACE***





Rabu, 8 April 2015

Assalamualaikum.....hai semua....harap semua sihat ye....

Psssstttt......nk mtk tlg ni..hehehe....
Amie nk tulis rencana..tp xde idealah...agak2 rencana mcm mn agak2 blh menarik minat untuk org membaca dan menghayati di samping memberi kesedaran...

(Perhhhh...mmg biul betul si amie ni...sengaja menyemakkan otak yg baru nk sihat...)

Nk tulis cerpen dh terkandas dek idea...hahaha...
Tp don't worry yerk....insyaallah bila jari amie tersentuh laptop tu...maknanya adalah tuuuuuuu...
buat masa sekarang xblh tgk lg...pening2...
Semuanya di tulis tgn by amie ahmad...pendekatan zaman dolu2...(macam bdk sklh buat rumusan kehkehkeh)tu en bos yg ckp..hahaha...
Kite tak kisah pn sbb kite suke....(en bos jgn marah tau kite degil)
Tp en bos tau ke amie tulis ni?dh sah2 die tahu...pandai erk...skodeng blog kite...


Emmm.....byk pulak amie mengarut......huhuhu...tp betul tau amie mtk tlg idea korang nk bt rencana psl ape2 sajelh.....janji rencana....
Akhir kata...(perhhh mcm nk bg ucapan je munyiknyeeee)
Harap korang2 tak jemu melawat ruang kecil amie ye...en bos dh2 lh skodeng tu malu kite....hahaha


#tq sudi bc coretan org sakit....

***PEACE***
LE BIU KORANG SEMUA BE COZ OF ALLAH....♡♡

Jumaat, 3 April 2015

ISTERI TAK DI IKTIRAF 9

Assalamualaikum..hai semua maaf lambat update....harap ada yang sudi baca karya tak seberapa dari amie..kalau sudi komenlah sikit ye..hehe
enjoy k...


BAB 9

Seminggu Zulaikha pulang ke kampung menenangkan fikiran dari gangguan Safuan.Namun lain pula yang terjadi di kampungnya.Masih ramai lagi yang menunding jari ke arahnya di atas apa yang terjadi lama dulu.Zulaikha hanya redha mendengar kata-kata yang di hamburkan orang kampung terhadapnya.Mujurlah masih ada abang sepupunya suami isteri tempat dia bergurau senda selama tinggal di sana.

Hari ini Zulaikha memulakan tugasnya setelah seminggu bercuti.Ramai teman-teman pejabatnya mengusiknya mengatakan dia cuti kahwin.Zulaikha hanya tersenyum tanpa memberi apa-apa jawapan.Dia lebih senang mendiamkan diri dari berkata-kata kerana dia tidak mahu menjawab soalan yang akan keluar dari mereka semua.Hanya pada Hanim dia katakan sebab dia pulang ke kampung untuk melawat pusara ibu dan ayahnya juga untuk melepaskan rindu buat mak longnya.

“Uitt...Cik Ika kita ni cuti kahwin langsung tak bagi tahu Kak Tikah ye,sampai hati tau.”rajuk Atikah selaku penyambut tetamu di tempatnya bekerja.Zulaikha hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat rajuk mengada Atikah.

“A’ah,Ika ni kahwin tak ajak kami pun tau,sape lah kita ni kan...kan Kak Tikah.”tambah Suraya salah seorang dari temannya juga.Zulaikha menampar bahu Suraya tanda dia geram dnegan usikkan mereka.

“Ehh..saya dengar ada orang baru berkahwin,betul ke?siapa tu?”tiba-tiba muncul Safuan dan Megat menyampuk perbualan mereka.Masing-masing terdiam dan akhirnya sama-sama mereka menghamburkan ketawa.Muka Zulaikha sudah kemerah-merahan menahan malu.Geram sama dengan kawan-kawannya yang memandai-mandai mereka cerita.

“Ni lah orangnya.”kenal Suraya teruja sambil menarik bahu Zulaikha bila Safuan yang merupakan lelaki pujaan ramai di syarikat mereka bekerja menegurnya.

“Zulaikha!”serentak Safuan dan Megat bersuara.Mereka yang berada di situ semuanya tergamam dengan reaksi terkejut melampau kedua-dua lelaki itu.

“Ehh...jangan salah faham dia orang ni main-main je Encik Safuan,Megat.”terang Zulaikha.Namun wajah Safuan masih belum menunjukkan dia berpuashati dengan penjelasan Zulaikha.Megat hanya menganguk faham.Zulaikha terus meminta diri untuk meneruskan kerjanya.Safuan mengekorinya dari belakang terus masuk ke bilik Zulaikha.Dia perlukan penjelasan dari Zulaikha.Selama seminggu ini dia mencari Zulaikha macam orang gila tanpa khabar berita tiba-tiba datang ke pejabat hari ini dia di hidangkan dengan cerita perkahwinan Zulaikha.Mahu hatinya tidak meletup.Egonya tercabar.

“Sufi!mana awak pergi seminggu ni?saya cari awak macam orang gila tau tak?”tempelak Safuan tiba-tiba.Zulaikha masih berdiam diri,malas melayan.Baginya ikut suka hatinya ke mana dia hendak pergi tanpa perlu orang lain ambil tahu.Sekarang dia mula rasa ada yang cuba menyekat kebebasannya.

“Saya cakap dengan awak ni Sufi.”jerkah Safuan sambil menghentak meja.Zulaikha yang tadinya hanya mendiamkan diri tersentak dengan tindakan Safuan.Jelingan tajam di hadiahkan pada Safuan.

“Apa Encik Safuan ni main hentak-hentak meja pulak.”marah Zulaikha tapi masih dengan nada yang perlahan.

“Saya nak awak explain kat saya sekarang jugak,ke mana awak pergi seminggu ni dan cerita yang saya dengar tadi.”tegas Safuan dengan nada yang sedikit rendah.Dia tahu Zulaikha terkejut dengan sikap barannya tadi.Dia tidak dapat mengawal amarahnya,egonya sebagai suami tercabar bila mendengar khabar perkahwinan Zulaikha tadi sedangkan Zulaikha masih isterinya.

“Uhh...kenapa pulak Encik Safuan sibuk nak tahu hal saya?selama ini saya bebas je nak pergi mana tak payah nak update kat sapa-sapa pun.”jawab Zulaikha sinis.Safuan yang mendengarnya menjadi semakin panas hati.

“Awak sedar tak dengan siapa yang sedang awak bercakap sekarang?Saya Cuma nak tahu ke mana awak pergi..”

“Encik Safuan tak perlu tahu ke mana saya pergi dan apa yang saya nak buat.”potong Zulaikha geram.Sambil kakinya melangkah ke pintu.

“Awak bagi saya sebab kenapa saya tak perlu tahu.”cabar Safuan geram.

“Sebabnya lima tahun dulu saya tak pernah tanya ke mana Encik pergi dan apa yang Encik buat.”jawab Zulaikha menahan sebak terus melangkah keluar dari bilik itu.Safuan tergamam dan hampir rebah dia mendengarnya.Airmata Zulaikha mengalir di pipi.Cepat-cepat kakinya melangkah menuju ke tandas.Dia tidak mahu kawan-kawan pejabatnya melihat situasinya ketika ini.Tapi sayang Hanis lebih pantas melihat airmata yang mengalir di pipi temannya itu.

“Ika!kau kenapa ni?Encik Safuan buat apa kat kau sampai nangi-nangis ni?”Tanya Hanis risau.Bukan dia tidak nampak Safuan mengekori Zulaikha masuk ke pejabatnya tadi.Dan bukannya dia tidak dengar jerkahan Safuan tadi.Namun dia langsung tidak tahu apa yang mereka bicarakan sehinggalah dia melihat Zulaikha yang keluar dari pejabatnya sambil mengalirkan airmata.Kerana itu dia sekarang berada di tandas bersama Zulaikha.Dia tak mahu sesuatu terjadi pada temannya itu.belum pernah lagi dia melihat Zulaikha menitiskan airmata semasa di pejabat walaupun dia pernah di herdik oleh pihak atasan.

“Emm...takde apa-apa la Hanis,pasal kerja je.”jawab Zulaikha mengelak.Dia belum bersedia berkongsi kisah sedihnya bersam orang lain.Dia tak mahu ada orang yang bersimpati dengan nasibnya.

“Betul ke ni?habis tu dengan nangis bagai takkan pasal kerja,selama ni kau ok je bila kena bambu dengan bos,lagi teruk kot dari ini.”Tanya Hanis lagi tidak puas hati dengan jawapan yang di beri Zulaikha.Dia tahu ada rahsia yang cuba di sembunyikan oleh Zulaikha dari pengetahuannya.Dia juga dapat merasakan perkara ini tentunya ada kena mengena dengan Safuan,Arkitek baru syarikatnya itu.Bukan dia tidak perasan sejak kemunculan Safuan Izzuddin ke syarikat ini telah banyak perangai Zulaikha yang berubah.Dulu Zulaikha selalu bergurau senda dengan rakan-rakan sekerja tapi sekarang Zulaikha nampak murung sahaja walaupun dia cuba berlagak gembira.

“Oklah kalau takde apa-apa,nanti kalau dia buat macam-macam kat kau bagitahu aku tau,tahulah aku nak ajar dia.”Pesan Hanis sambil menayangkan muka garangnya.Terhambur ketawa Zulaikha melihat memik muka yang di buat Hanis.Lega sikit perasannya.Hanis memang seorang teman yang memahaminya tetapi dia belum cukup kuat untuk berkongsi cerita dengan satu-satunya teman baiknya itu.

Hanis dan Zulaikha beriringian pulang ke tempat masing-masing sambil bergurau senda.Dari jauh Safuan melihat Zulaikha menuju ke bilik kerjanya.Dia lega sekurang-kurangnya Zulaikha tidak lagi bersedih seperti tadi.Sungguh dia menyesal memarahi Zulaikha tadi.Perasan marahnya tiba-tiba muncul bila hal perkahwinan Zulaikha di perkatakan.Hatinya memberontak ingin mengetahui kebenaran cerita itu dan dalam masa yang sama dia marah dengan kehilangan Zulaikha selama seminggu tanpa memberitahunya.

“Sufi!saya nak bincang sikit dengan awak.”pinta Safuan lembut.Dia tidak mahu Zulaikha terus mengelak darinya.bukan dia tidak tahu semenjak dia menengking Zulaikha tempoh hari Zulaikha cuba mengelak dari bertemunya,jika dia ke kiri Zulaikha akan ke kanan.begtu jugalah juga sebaliknya.

“Maaf saya tak ada apa-apa pun yang nak bincangkan dengan Encik Safuan dan tolonglah jangan ganggu saya.Kalau Encik Safuan rasa perlukan seorang isteri Encik boleh cari orang lain ataupun pilih je yang ada kat ofis ni” luah Zulaikha pula.

“Please Sufi!sampai bila masalah kita nak selesai kalau awak asyik mengelak saja,dan saya tak perlukan perempuan lain untuk di jadikan isteri sebab saya dah ada  isteri.”balas Safuan masih lagi bersabar dengan karenah Zulaikha.Kalau tidak memikirkan Zulaikha itu isterinya sudah lama dia tidak ambil peduli.Kerana mengenangkan tanggungjawabnya pada Zulaikha dia berusaha untuk berbaik dengan Zulaikha.

“Encik Safuan berapa kali saya cakap,antara kita memang tak ada hubungan apa-apa dan tolonglah berhenti ganggu saya,saya nak hidup tenang tak nak serabutkan kepala saya dengan hal-hal yang tak ada kena mengena dengan saya ni,so please lah Encik Safuan.”ucap Zulaikha separuh merayu.Dia tak mahu Safuan terus mengganggunya.Hidupnya sudah cukup tertekan dengan kemunculan semula Safuan,kini dia terpaksa berdepan dengan Safuan setiap hari atas tuntutan kerja.

Zulaikha berlalu pergi meninggalkan Safuan termanggu sendiri.Banyak mata yang memerhati kelakuan mereka,namun Zulaikha buat seperti tiada apa yang berlaku.Hanis hanya memandang dari jauh.Dia dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku antara Zulaikha dan Safuan.Tetapi dia tetap tidak mahu mencampuri urusan mereka berdua.Baginya jika Zulaikha bersedia berkongsi dengannya tentu sahaja Zulaikha cerita padanya.

Akhirnya Safuan berlalu dari bilik Zulaikha.Dia tahu Zulaikha perlukan masa.Tetapi dia harus cepat bertindak.Dia tak mahu lagi kesilapan yang sama berulang kembali.


 #terima kasih sudi baca karya amie..harap berpuashati ye..insyallah akan di perbaiki lagi..

***PEACE***