Isnin, 15 Disember 2014

SEPARUH HATI 5

PART 5

Lain pula dengan Danial Iskandar.Geram masih berbuku di hatinya dengan sikap endah tak endah isterinya itu.Walaupun separuh hatinya menerima perkahwinan itu,namun dalam masa yang sama perangai buayanya masih belum boleh di buang.Hati memikirkan sang isteri tangan sedang membelai lembut rambut sang kekasih di sisinya.

“Dinggg...donggg...”loceng rumah berbunyi,menghalau pergi lamunan Danial Iskandar.Pantas seluar pendek di hujung katil si capainya.Tanpa memakai baju pintu rumahnya di buka...tergamam dan kelu lidahnya.
Rambutnya di ramas kasar,giginya di ketap kuat menahan geram.Teringat peristiwa yang baru terjadi.

“kami dari jabatan agama islam..kami terima aduan yang..”

“Sayanggg...sapa yang datang pagi-pagi hari ni”Renggek Tania mamai memotong cakap tetamu itu sambil menuruni tangga.Tanpa banyak soal mereka berdua di bawa pergi setelah tiada bukti yang di minta.

Terdengar dengusan keras dari Iskandar.Tangannya mengepal penumbuk.Hatinya panas bila teringatkan peristiwa itu.Hati jahatnya memberitahu yang semua ini angkara Ain Syuhada untuk membalas dendam padanya.Masih teringat lagi senyuman sinis yang di lemparkan Ain Syuhada kepadanya sebelum gadis itu melangkah pergi.Pantas Iskandar bangun terus mencapai kasar kunci kereta yang berada di atas meja dihadapanya.

“Is...Is..nak ke mana pulak tu,tak habis-habis lagi ke kamu nak buat masalah?baru je lepas dengan Ain sekarang Tania pulak,apa nak jadi kamu ni Danial Iskandarrrrrrr..”jerit Datin zaiton lantang memarahi anaknya.Geram hatinya mengenangkan sikap anaknya itu,ingatkan bila sudah  berkahwin perangai boleh berubah.Namun semua sangkaannya meleset.Malah bertambah lagi masalah.Dalam sebulan dua kali anaknya di tangkap khalwat.Mana hendak di letak mukanya.

”Malunya aku ya Allah...”rintih Datin Zaiton sendiri.
Danial Iskandar melangkah pergi tanpa menghiraukan pekikan mamanya.Hatinya panas selagi tidak bersemuka dengan Ain Syuhada.Hatinya tidak akan puas.Perempuan itu akan terima balasanya.Marah Danial Iskandar berapi-rapi.Keretanya laju membelah dinihari menuju ke rumah Nasrul,abang iparnya.

Tangannya menggenggam kuat stereng keretanya menggambarkan bertapa marahnya dia ketika ini.Selama ini tidak pernah sekali pun kegiatannya di hidu.Tapi bila hadirnya gadis itu hidupnya menjadi huru-hara.Belum pun sampai  sebulan dirinya di tangkap khalwat bersama Ain Syuhada,kini sekali Lagi dia di tangkap Khalwat bersama Tania pula.

 Ain Syuhada terjaga bila pintu biliknya di rempuh kasar.Tiba tiba tangan kasar Danial Iskandar hinggap di pipinya.Sakitnya hanya Allah yang tahu.

“Dah gila ke tiba-tiba datang penampar muka orang”marah Ain Syuhada geram sambil tangan memegang pipi kanannya.Terasa pijar pipinya menerima hadiah dari Danial Iskandar.Airmatanya mengalir menahan sakit.

“Memang aku dah gila,kau punya pasal aku yang tanggung malu.”jerkah Danial Iskandar.

“Apa yang saya dah bu..”

“kau jangan buat-buat tak tahu,kau yang report pejabat agama pasal aku dengan Tania kan.”potong Iskandar kasar sambil kaki melangkah mendekati  Syuhada.

“Dah gila ke apa..buat apa saya nak report pejabat agama..”

“Ahhh..kau jangan nak berdalih lagi,kalau bukan kau siapa lagi yang tahu aku dengan Tania semalam”potong Iskandar lagi.Kali ini rambut Syuhada di cengkam kuat.Membuatkan Syuhada menjerit kecil.Belum habis kebas pipinya di tampar kini rambutnya pula di jadikan mangsa.

“Sakit..lepaslah..”jerit Syuhada sambil memukul-mukul tangan Iskandar.Iskandar yang seperti kerasukan mengheret kasar tubuh Syuhada lalu di lemparkan ke atas katil.

“Aa..awak  nak buat apa ni..tolong..tolong  jangan..jangan..jangan...”terketar-ketar Syuhada bertanya.Namun apalah dayanya untuk melawan Iskandar yang seperti kerasukan.Akhirnya malam berlalu pergi.Syuhada menarik selimut membalut dirinya.Mengalir airmata darah sekali pun haknya telahdi rampas dengan kejam oleh suami sendiri.Airmatanya tak henti-henti mengalir mengenangkan kezaliman Danial Iskandar pada dirinya.Masih terngiang-ngiang di teliganya..

“Ini balasan untuk perempuan tak guna macam kau”ucap Danial Iskandar sambil mengenakan pakaian ke tubuhnya.

“Dan ini bayaran untuk perempuan murahan macam kau atas layanan kau tadi”sambung Danial Iskandar melempar kasar beberapa keping wang kertas seratus ke muka Ain Syuhada sambil tersenyum sinis dan terus melangkah pergi.
Didalam bilik mandi Ain Syuhada menyental tubuhnya seperti membuang segala kotoran yang di tinggalkan Iskandar ke tubuhnya.Airmatanya tidak berhenti mengalir.Betapa murah harga dirinya di mata Danial Iskandar.Terasa Dirinya sungguh terhina.

“Dah..dah berhenti menangis,kau perempuan yang kuat Ada,jangan sesekali tunjuk kau kalah pada jantan tak guna tu.”ucap Ain Syuhada memberi semangat pada dirinya sendiri.Biarpun hatinya sakit dia tetap harus tabah menghadapi semua ini.Keranayang terjadi tetap terjadi juga.Dengan langkah yang lemah Syuhada melangkah masuk bilik air.Tubuhnya di sental kuat menghilangkan kesan yang telah di tinggalkan oleh Danial Iskandar.


Ain Syuhada bertekad akan melupakan semua kelukaan ini,namun segala kata-kata yang di lemparkan kepadanya masih terngiang-ngiang lagi di teliga.Bertapa rendah maruah dirinya di mata Danial Iskandar walaupun hingga kini dia sendiri tidak mengetahui apa kesalahan yang telah dilakukannya sehigga dirinya di perlakukan sedemikian rupa.Terasa begitu rendahnya maruah dirinya di letakkan oleh seorang lelaki bergelar suami.