MEH nak belanje lagi...teaser terbaru..kalau rajin komen ckit ye...
TEASER 2
#terima kasih jika ada yang sudi baca karya tak seberapa dari amie...
rajin tgglkn komen ye..
***PEACE***
TEASER 2
"Makngah tolong
Umai makngah.. Umai dah
tak ada sapa-sapa
dah." rintih gadis itu
sambil memeluk erat
tubuh ibunya.
"Umai kenapa
ni, cuba cerita dengan
makngah." pujuk ibunya Puan
Hashimah sambil membelai-belai belakang
gadis itu.
"U...u..
umai kena rogol." tersekat-sekat bicara
Humairah dan semakin
kuat tangisan gadis
itu.
"Ya Allah
Humairahhh.. siapa yang buat
kamu macam ni? cakap
nak... cakappp" suara
Puan Hashimah meninggi, geram dan
terkejut dengan apa
yang menimpa anak
saudara kesayangannya.
Humairah menggelengkan
kepalanya. Bukan kerana takut
tapi dia tak
sanggup untuk menyebutnya. Mendengar nama
lelaki itu pun
dia tak sanggup
apatah lagi untuk
menyebutnya.
Dia benci
bila mengenangkan dirinya
yang kotor. Dia takut
memikirkan masa depannya
yang kelam. Dia juga
takut andai sesuatu
yang tidak di
ingini berada dalam
dirinya.
Di sebalik
dinding rumah ada
dua pasang telinga
yang sedang mendengarnya. Bukan sahaja
Sofian tapi juga
Salim Solihin. Sofian menggenggam
penumbuhnya. Geram menunggu jawapan
dari Humairah.
"Cakap nak, cakap
kat makngah.. siapa yang
buat Umai macam
ni? Jom kita report
polis.. jom." paksa
Puan Hashimah. Dia geram
dengan kebisuan Humairah. Dalam masa
yang sama dia
kasihankan anak itu. Sudahlah
yatim piatu. Sekarang di
timpa malang pula. Akhirnya Puan
Hashimah mengogoi menangis
bersama anak saudaranya
itu.
"Ya...
Allah... ya Allah... Umai cakap
nak siapa yang
buat Umai macam
ni.." pujuk Puan Hashimah
bersama tangisan. Terluka sungguh
hati seorang ibu. Dia sendiri
terasa kesedihan anak
saudaranya itu. Tubuh gadis
itu dipeluk erat
menyalurkan sedikit semangat
pada jiwa yang
kian rapuh itu.
Dia tidak mahu
anak itu merasa lemah dengan apa yang terjadi.Sungguh dia sendiri tidak dapat
menerima semua ini.Tapi dia harus kuat untuk memujuk jiwa yang sedang luka itu.
Jika dirinya
juga lemah pasti semangat anak itu terus lemah.Hanya kepada dia anak itu
menumpang kasih dan kerana itu juga dia harus memikul amanah yang di tinggalkan
adiknya itu.
#terima kasih jika ada yang sudi baca karya tak seberapa dari amie...
rajin tgglkn komen ye..
***PEACE***
ni ke cerpen tu amie.. kebanyakkan cerpen amie berhenti di klimaks, kekadang tgh sedap baca.. tapi tiba2 dah abis plak... cam larik aje mood nak baca yg lain.. ini pendapat akak aje yer amie..
BalasPadamBukan akk... ni teaser utk novel PEREMPUAN ITU AKU....
BalasPadammaaf ye...amie bt kak mayang marah....sori akk..;)
Tq kak bg komen membina,amie hargai.....sayang akk mayang....
uisshhhh Amie jangan mintak maaf le.. itu pendapat akak aje yg suka baca karya orang... tak de maksud ape2 pun cuma kalau boleh jadi panduan.... akak tak marah pun amie.. sayang lagi ada la.... hahah cepat2 update yer ...
Padam