Selasa, 17 Mac 2015

ISTERI TAK DI IKTIRAF 7

Assalamualaikum...
HAI..semua..ok nie yg amie msk kn yg terbaru tapi bukan terhangat k...try lah bc...jika sudi komen lah ye...sori tau amie lambat tempek..hehe



Zulaikha keluar awal dari rumahnya terus menuju ke tapak projek,Pada Hanis telah di tinggalkan pesan supaya mengambil semua pesanan semua urusan yang berkaitan dengannya.Kemungkinan besar hari ini dia tidak dapat masuk ke pejabat kerana dia perlu menguruskan hal pekerjanya yang cedera.

Sedang Zulaikha berbincang dengan kontraktor yang di tugaskan,Safuan muncul bersama Megat yang juga merupakan arkitek di syarikatnya.Zulaikha meneruskan kerjanya tanpa memperdulikan kehadiran Safuan dan Megat.

“Zu kalau buat kerja tak toleh dah kiri kanan.”tegur Megat ramah.Dia memang sudah biasa dengan kerja Zulaikha.Zulaikha yang dia kenal sangat komited dengan kerjanya.Dia sanggup berpanas hujan untuk menyelesaikan kerjanya selagi belum selesai.

“Ala..Megat macam tak biasa pulak,dah tahukan Zu memang kalau boleh nak semua kerja siap cepat-cepat tak nak tangguh-tangguh.”jawab Zulaikha sambil melemparkan senyum pada Megat.Hati Safuan bagaikan terjentik sesuatu bila melihat kemesraan Zulaikha dengan Megat.Sedangkan dia di sebelah Zulaikha langsung buat tidak nampak.Hatinya terasa dengan layanan Zulaikha terhadapnya,namun dia tidak mahu terus melayan perasannya kerana ada banyak lagi yang perlu dia buat untuk berbaik dengan Zulaikha.

“Lepas habis kerja ni aku nak jumpa kau,ada benda aku nak bincang.”ucap Safuan hanya di dengari mereka berdua.Zulaikha hanya mendengar langsung tidak melayan apa yang Safuan bisikkan padanya tadi.Kakinya terus melangkah untuk memastikan segala kerja yang di arahnya tadi mengikut kehendak spec yang telah di tetapkan.Siap sahaja kerjanya Zulaikha terus menuju ke keretanya tanpa mengindahkan ajakan Safuan tadi.Baru sahaja enjin keretanya di hidupkan,pintu di bahagian penumpang di buka.Muncul Safuan dengan wajah menahan geram.

“Ehh..Encik Safuan dah kenapa naik kereta saya,kereta Encik Safuan mana?”tanya Zulaikha terkejut dengan kehadiran Safuan di dalam keretanya.Safuan hanya membekukan dirinya.Geram dengan perangai Zulaikha yang cuba menghindari darinya.Bukan dia tidak perasan Zulaikha selalu megelakkan diri dari dari bertembung dengannya.Sejak peristiwa dia memaksa Zulaikha mengikutnya tempoh hari,sejak itulah Zulaikha cuba mengelakkan diri dari berjumpanya.

“Hello Encik Safuan..saya tanya Encik ni,mana kereta Encik Safuan dan kenapa Encik naik kereta saya?”ulang Zulaikha lagi pelik dengan kebisuan Safuan.Lama jugak masing-masing mendiamkan diri.Zulaikha buntu dengan sikap Safuan yang sengaja menguji kesabarannya.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu berbalah macam dengan Safuan.Baginya perkara yang lepas biarkan lepas dan tidak mahu dia kenang lagi jika hanya menambahkan sakit di hati.

Kesabaran Zulaikha teruji dengan kebisuan Safuan.Sampai bila dia harus berdiam diri dan terus menunggu.Tambahan lagi berdua-duaan di dalam kereta.Tentu sahaja ada mata yang melihatnya.Baru dia teringatkan megat yang tadinya datang bersama Safuan.Baru pintu kereta hendak di buka tanganSafuan cepat menahannya.Renungan tajam Safuan seakan memberi amaran membatalkan niatnya.Cepat-cepat tanganya di tarik dari tanganSafuan.

“Tak payah awak nak cari Megat,dia dah balik dah,saya yang suruh tadi.” Luah Safuan tanpa di pinta.Zulaikha tercengang macam mana Safuan tahu dia mahu mencari Megat.Dan lebih terkejut lagi kata ganti nama yang di guna Safuan,’Kau-aku’ kini dah bertukar ‘awak-saya’.

“Encik Safuan nak apa sampai kena masuk kereta saya bagai?”Tanya Zulaikha masih tidak berpuashati.

“Salah ke kalau saya naik kereta isteri saya sendiri bukan orang lain pun.”jawab Safuan bersahaja.Zulaikha menghadiahkan jelingan tajam tanda amaran kepada Safuan.Dia tidak mahu dan tidak suka Safuan sesuka hati mengelarnya isteri.Setelah apa yang Safuan lakukan padanya masihkah ada hubungan itu.

“Apa yang Encik Safuan mengarut ni?sejak bila saya jadi isteri Encik?jangan nak memandai-mandai mengadakan benda yang tak ada.”marah Zulaikha.Dia geram dengan kata-kata Safuan tadi.Safuan mengatakan dia seorang isteri sedangkan Safuan tidak pernah mengiktirafkannya sebagai isteri sejak lama dulu.Ya dia isteri yang tak di iktiraf.Bergenang airmata Zulaikha setiap kali teringatkan kenangan lima tahun yang lepas.Cepat-cepat di hapuskan airmata itu.Dia tak mahu Safuan melihat kelemahannya.

“Awak nafikan macam mana pun,awak tetap isteri saya yang sah.Selagi lafaz cerai belum keluar dari mulut saya,awak kena juga terima hakikat awak tu isteri saya dan saya masih berhak ke atas awak.”tegas Safuan.Dia mahu Zulaikha tahu dan terima hakikat bahawa hubungan mereka masih wujud.

“Dah..dah..saya tak nak dengar lagi dan saya tak nak ambil tahu.Bagi saya hubungan itu tak pernah wujud dan siapa Encik Safuan untuk paksa saya terima semua keputusan tu.Hak Encik Safuan terhadap saya juga tak pernah ada sejak lima tahun dulu.Saya tak kenal Encik dan tak nak kenal.”putus Zulaikha.Safuan cuba bersabar sehabis mungkin dengan ketegasan Zulaikha walaupun hatinya geram dengan penafian Zulaikha tentang hubungan mereka.

“It’s up to u,apa yang saya tahu i’m your husband and i’ll make sure u have to accept me.”tegas Safuan.

“Huh..what ever..’jawab Zulaikha malas melayan.Sekarang dia tidak tahu bagaimana dia mahu pulang ke rumah sedangkan Safaun masih lagi menjadi penumpang keretanya.

“Sekarang saya nak balik,so Encik Safuan please..”ujar Zulaikha sambil menunjuk kearah pintu kereta menandakan dengan segala hormatnya di persilakan turun.Safuan tanpa banyak soal turun dari kereta.Sangka Zulaikha dia boleh balik dengan aman tapi sangkaannya meleset bila Safuan membuka pintu belah pemandu dan mengarahkannya keluar.Dalam terpaksa Zulaikha turun juga bila tangan Safuan menariknya keluar.Safuan mengambil alih bahagian memandu.Nak tak nak Zulaikha terpaksa juga membiarkan Safuan memandu keretanya.

Kereta di pandu Safuan memasuki laman sebuah rumah dan akhirnya berhenti.Zulaikha gelabah bila tiba-tiba Safuan turun dari kereta.Dia masih lagi membeku bila Safuan memberi isyarat mata menyuruhnya turun dari kereta.Safuan mendekati lalu pintu sebelah penumpang di bukanya.

“Encik Safuan bawa saya kat mana ni?saya nak balik lah,Encik Safuan masuklah sendiri.”tanya Zulaikha gugup.Belum pernah sekali pun dia mengikut lelaki pulang ke rumah.Ini pengalaman pertamanya walaupun bukan dengan rela.

“Rumah saya dan bakal jadi rumah kita.”jawab Safuan sengaja seriuskan wajahnya.

“Tolonglah,berapa kali saya cakap antara kita tak ada apa-apa hubungan.”tegas Zulaikha.Dia tertekan setiap kali Safuan bangkitkan hubungan antara mereka.Zulaikha keluar dari kereta dan terus menuju kebahagian pemandu.Baru sahaja pintu hendak di tutup tangan Safuan pantas menahan.

“Sufi!saya bawak awak kat sini bukan untuk suruh awak balik,saya nak awak temankan saya.”tegas Safuan.Hati Zulaikha mula merasa panas dengan perangai Safuan.

“Opp..opp..saya nak awak temankan saya makan tapi sebelum tu biar saya tukar baju kejap lepas tu kita pergi makan ok.”sambung Safuan lagi bila melihat wajah Zulaikha bertukar merah.Zulaikha menjeling tajam pada Safuan.Geram dengan sikap Safuan yang mempermainkannya.
Zulaikha hanya menunggu Safuan di dalam kereta walaupun di ajak masuk.Langkah selamat untuknya.Setelah Safuan masuk ke rumahnya,Zulaikha terus memecut keretanya meninggalkan Safuan.Dia langsung tiada hati untuk keluar makan bersama Safuan.Tak mungkin dia akan berlembut hati dengan orang yang telah menghancur lumatkan hatinya.

Safuan bergegas keluar bila menyedari kereta Zulaikha berlalu pergi.Ternyata telahannya betul bila melihat kereta Zulaikha tiada.Safuan meramas rambutnya tanda geram dengan dengan sikap Zulaikha lalu masuk kembali ke dalam rumah.Hilang selera makannya dengan sikap Zulaikha yang langsung tidak mengendahkan permintaannya.

Badannya di hempas geram ke atas katil menandakan rasa marah yang bersarang terhadap sikap Zulaikha.Dia hanya mahu cuba berbaik dan rapat dengan Zulaikha tetapi hati gadis itu terlalu keras.Dia hampir putus asa pada awalnya tetapi mengenangkan banyak salah yang pernah di lakukan terhadap Zulaikha dia cuba juga merapatkan dirinya dengan gadis itu walaupun beberapa kali dirinya di tolak.

#harap puashati ye..maaf jika belum sempurna..insyaallah ada lagi edit mengedit..
kalau sudi tinggalkan komen ye..bukan ape utk memperbaiki lagi segala kekurangan...
harap terhibur..

***PEACE***






Tiada ulasan:

Catat Ulasan