Hai semua..meh amie belanje ckit sedutan dari cetusan terbaru amie...
maaflah kalau kurang menarik...sambil2 menyiapkan ITDI sempat pulak amie karang cite ni..hehe..
Teaser 1
Enam
tahun dulu dia
kehilangan bonda tersayang. Selepas beberapa
tahun dia kehilangan
walidnya pula. Kini maruahnya
hilang di tangan
abang tirinya Taufik
Hidayat. Selepas kejadian itu
dia membawa dirinya
ke kampung ini.
Bersembunyi dari
ibu tiri dan
juga abang tiri
yang menjahanamkan masa
depannya. Dalam usianya baru
mencecah dua puluh
tiga tahun semua
kegembiraan miliknya telah
di rampas.
Bukan
itu saja harta
peninggalan arwah bondanya
juga mahu di rampas oleh
ibu tirinya, Datin Safiza
yang juga merupakan
sahabat baik bondanya
satu ketika dulu.
Humairah cepat-cepat
beristifar bila terasa
dirinya hanyut dalam
menangisi nasibnya.
"Allah selalu
memberi ujian kepada
hambanya yang dia
sayang" itulah
kata-kata yang selalu
bondanya pesan. Sehingga ke
hari ini pesanan
itu masih kukuh
dalam ingatannya.
Umairah tenggelam
dalam kesedihan.
Tiba-tiba............
Handsetnya berbunyi
menandakan ada pesanan masuk.
"Kau kat
mana? baik kau balik
sebelum aku jumpa
kau!!"
Berkali-kali Humairah
ulang baca masej
ugutan yang di
hantar oleh Taufik. Namun
sedikit pun hatinya
tidak berasa takut. Kerana
dia tahu apa
mahunya lelaki itu
juga mamanya a.k.a
ibu tirinya.
"Aku takkan
balik lagi kat
rumah jahanam tu, dan
kau jangan cari
aku!!!" balas Humairah dengan
rasa hati yang
geram.
Bukan sahaja
berjumpa dengan lelaki
itu malah mendengar
nama lelaki itu
pun sudah membuatkan
jiwanya panas. Dalam masa
yang sama dia
kecewa dengan perbuatan Taufik
terhadapnya.Sungguh dia tidak menyangka Taufik Hidayat sanggup
merosakkan maruahnya.Anakkepada orang yang selama ini memberinya makan dan
keselesaan.
Jika masa
boleh di undur
kembali tidak akan
sesekali membenarkan kedua-dua
manusia itu rapat
dengan keluarganya. Semuanya terjadi
kerana kegagalan rumahtangga
Datin Safiza. Masih dia
ingat lagi....
"Tokk.. tokk...."pintu
rumahnya diketuk.
Cepat-cepat
Humairah berlari membuka
pintu rumahnya. Kelihatan Safiza
dan anaknya Taufik
Hidayat. Di sisi mereka
kelihatan dua biji
beg besar.
"Ehh... Fiza..
ma..."
Belum sempat
Datin Haslina habis bertanya tubuhnya
di peluk erat
oleh sahabatnya itu. Tanpa
banyak bicara Tubuh
sahabat baiknya itu di
tarik masuk ke
rumahnya bersama anak
lelakinya sekali.
"Fiza! kenapa ni, cuba
kau cerita kat
aku, apa yang terjadi
sebenarnya? Dengan beg-beg besar
segala." tanya Datin Haslina
lembut. Luluh hatinya melihat
sahabatnya itu dalam
kesedihan. Malah makin sedih
melihat anak lelaki
Safiza yang turut
menangis bila melihat
mamanya menangis.
"Basri dah
ceraikan aku.." ucap Safiza
sambil tersedu -sedu. Segala yang
terjadi habis di
ceritakan. Sehinggalah Bondanya menawarkan
tempat tinggal kepada
Safiza.
Kerana
sikap iri hati
yang tinggi kepada
Datin Haslina, rancangan kotor
dibuatnya.
Safiza memerangkap
walidnya dalam satu
kejadian yang memalukan. Akhirnya Safiza
di jadikan isteri
oleh Dato' azman. Semuanya dia
ketahui setelah Bondanya
meninggal dunia. Kalau bukan
kerana Pak Mod
sampai mati dia
dan keluarganya di
perbodohkan Datin Safiza.
"Aahh....
semua tu
dah berlalu aku
tak nak ingat
lagi, aku benci bila
ingat manusia dua
orang tu benciiiiii!!" jerit Humairah tiba-tiba.
"Oi... gila ke? yang
kau jerit-jerit macam
orang gila ni kenapa?
dah buang tabiat
nak mampus ke? jerkah
Sofian.
Ini
lagi sorang manusia
yang membuatkan jiwa
Humairah semakin terluka. Adik
kepada Solihin, anak bongsu
makngah.
Selama
Humairah tinggal di
sini ada saja
yang tidak kena pada
mata Sofian. Usia mereka
hanya beza dua
tahun. Sofian berusia 26
tahun manakala Humairah
24 tahun.
"Yang kau
sibuk sangat kenapa? ada aku
kacau kau? menyibuk je.." bebel Humairah
perlahan namun masih
lagi boleh di
dengari telinga Sofian.
"Kau tu
yang bongok, kalau menjerit
macam orang gila tu mengganggu la woi....tu lah
ada otak tak
nak fikir, asyik termenung lepas
tu menangis je
kerja kau, haa.. lagi satu
menjerit macam orang
kena sampuk hantu, macam
tak ada kerja
lain nak buat
dan lagi satu
kau sedar tak
dengan siapa kau
bercakap?" balas Sofian.
#meh tinggalkan komen ckit...agak2 korang boleh sambung lagi x?
tq yg sudi baca
***PEACE***
cerita ni lebih mengisahkan tentang apa??cinta
BalasPadamcerita ni ada cinta,dendam...mcm2 lah..
BalasPadamcerita ni ada cinta,dendam...mcm2 lah..
BalasPadam