Jumaat, 3 April 2015

ISTERI TAK DI IKTIRAF 9

Assalamualaikum..hai semua maaf lambat update....harap ada yang sudi baca karya tak seberapa dari amie..kalau sudi komenlah sikit ye..hehe
enjoy k...


BAB 9

Seminggu Zulaikha pulang ke kampung menenangkan fikiran dari gangguan Safuan.Namun lain pula yang terjadi di kampungnya.Masih ramai lagi yang menunding jari ke arahnya di atas apa yang terjadi lama dulu.Zulaikha hanya redha mendengar kata-kata yang di hamburkan orang kampung terhadapnya.Mujurlah masih ada abang sepupunya suami isteri tempat dia bergurau senda selama tinggal di sana.

Hari ini Zulaikha memulakan tugasnya setelah seminggu bercuti.Ramai teman-teman pejabatnya mengusiknya mengatakan dia cuti kahwin.Zulaikha hanya tersenyum tanpa memberi apa-apa jawapan.Dia lebih senang mendiamkan diri dari berkata-kata kerana dia tidak mahu menjawab soalan yang akan keluar dari mereka semua.Hanya pada Hanim dia katakan sebab dia pulang ke kampung untuk melawat pusara ibu dan ayahnya juga untuk melepaskan rindu buat mak longnya.

“Uitt...Cik Ika kita ni cuti kahwin langsung tak bagi tahu Kak Tikah ye,sampai hati tau.”rajuk Atikah selaku penyambut tetamu di tempatnya bekerja.Zulaikha hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat rajuk mengada Atikah.

“A’ah,Ika ni kahwin tak ajak kami pun tau,sape lah kita ni kan...kan Kak Tikah.”tambah Suraya salah seorang dari temannya juga.Zulaikha menampar bahu Suraya tanda dia geram dnegan usikkan mereka.

“Ehh..saya dengar ada orang baru berkahwin,betul ke?siapa tu?”tiba-tiba muncul Safuan dan Megat menyampuk perbualan mereka.Masing-masing terdiam dan akhirnya sama-sama mereka menghamburkan ketawa.Muka Zulaikha sudah kemerah-merahan menahan malu.Geram sama dengan kawan-kawannya yang memandai-mandai mereka cerita.

“Ni lah orangnya.”kenal Suraya teruja sambil menarik bahu Zulaikha bila Safuan yang merupakan lelaki pujaan ramai di syarikat mereka bekerja menegurnya.

“Zulaikha!”serentak Safuan dan Megat bersuara.Mereka yang berada di situ semuanya tergamam dengan reaksi terkejut melampau kedua-dua lelaki itu.

“Ehh...jangan salah faham dia orang ni main-main je Encik Safuan,Megat.”terang Zulaikha.Namun wajah Safuan masih belum menunjukkan dia berpuashati dengan penjelasan Zulaikha.Megat hanya menganguk faham.Zulaikha terus meminta diri untuk meneruskan kerjanya.Safuan mengekorinya dari belakang terus masuk ke bilik Zulaikha.Dia perlukan penjelasan dari Zulaikha.Selama seminggu ini dia mencari Zulaikha macam orang gila tanpa khabar berita tiba-tiba datang ke pejabat hari ini dia di hidangkan dengan cerita perkahwinan Zulaikha.Mahu hatinya tidak meletup.Egonya tercabar.

“Sufi!mana awak pergi seminggu ni?saya cari awak macam orang gila tau tak?”tempelak Safuan tiba-tiba.Zulaikha masih berdiam diri,malas melayan.Baginya ikut suka hatinya ke mana dia hendak pergi tanpa perlu orang lain ambil tahu.Sekarang dia mula rasa ada yang cuba menyekat kebebasannya.

“Saya cakap dengan awak ni Sufi.”jerkah Safuan sambil menghentak meja.Zulaikha yang tadinya hanya mendiamkan diri tersentak dengan tindakan Safuan.Jelingan tajam di hadiahkan pada Safuan.

“Apa Encik Safuan ni main hentak-hentak meja pulak.”marah Zulaikha tapi masih dengan nada yang perlahan.

“Saya nak awak explain kat saya sekarang jugak,ke mana awak pergi seminggu ni dan cerita yang saya dengar tadi.”tegas Safuan dengan nada yang sedikit rendah.Dia tahu Zulaikha terkejut dengan sikap barannya tadi.Dia tidak dapat mengawal amarahnya,egonya sebagai suami tercabar bila mendengar khabar perkahwinan Zulaikha tadi sedangkan Zulaikha masih isterinya.

“Uhh...kenapa pulak Encik Safuan sibuk nak tahu hal saya?selama ini saya bebas je nak pergi mana tak payah nak update kat sapa-sapa pun.”jawab Zulaikha sinis.Safuan yang mendengarnya menjadi semakin panas hati.

“Awak sedar tak dengan siapa yang sedang awak bercakap sekarang?Saya Cuma nak tahu ke mana awak pergi..”

“Encik Safuan tak perlu tahu ke mana saya pergi dan apa yang saya nak buat.”potong Zulaikha geram.Sambil kakinya melangkah ke pintu.

“Awak bagi saya sebab kenapa saya tak perlu tahu.”cabar Safuan geram.

“Sebabnya lima tahun dulu saya tak pernah tanya ke mana Encik pergi dan apa yang Encik buat.”jawab Zulaikha menahan sebak terus melangkah keluar dari bilik itu.Safuan tergamam dan hampir rebah dia mendengarnya.Airmata Zulaikha mengalir di pipi.Cepat-cepat kakinya melangkah menuju ke tandas.Dia tidak mahu kawan-kawan pejabatnya melihat situasinya ketika ini.Tapi sayang Hanis lebih pantas melihat airmata yang mengalir di pipi temannya itu.

“Ika!kau kenapa ni?Encik Safuan buat apa kat kau sampai nangi-nangis ni?”Tanya Hanis risau.Bukan dia tidak nampak Safuan mengekori Zulaikha masuk ke pejabatnya tadi.Dan bukannya dia tidak dengar jerkahan Safuan tadi.Namun dia langsung tidak tahu apa yang mereka bicarakan sehinggalah dia melihat Zulaikha yang keluar dari pejabatnya sambil mengalirkan airmata.Kerana itu dia sekarang berada di tandas bersama Zulaikha.Dia tak mahu sesuatu terjadi pada temannya itu.belum pernah lagi dia melihat Zulaikha menitiskan airmata semasa di pejabat walaupun dia pernah di herdik oleh pihak atasan.

“Emm...takde apa-apa la Hanis,pasal kerja je.”jawab Zulaikha mengelak.Dia belum bersedia berkongsi kisah sedihnya bersam orang lain.Dia tak mahu ada orang yang bersimpati dengan nasibnya.

“Betul ke ni?habis tu dengan nangis bagai takkan pasal kerja,selama ni kau ok je bila kena bambu dengan bos,lagi teruk kot dari ini.”Tanya Hanis lagi tidak puas hati dengan jawapan yang di beri Zulaikha.Dia tahu ada rahsia yang cuba di sembunyikan oleh Zulaikha dari pengetahuannya.Dia juga dapat merasakan perkara ini tentunya ada kena mengena dengan Safuan,Arkitek baru syarikatnya itu.Bukan dia tidak perasan sejak kemunculan Safuan Izzuddin ke syarikat ini telah banyak perangai Zulaikha yang berubah.Dulu Zulaikha selalu bergurau senda dengan rakan-rakan sekerja tapi sekarang Zulaikha nampak murung sahaja walaupun dia cuba berlagak gembira.

“Oklah kalau takde apa-apa,nanti kalau dia buat macam-macam kat kau bagitahu aku tau,tahulah aku nak ajar dia.”Pesan Hanis sambil menayangkan muka garangnya.Terhambur ketawa Zulaikha melihat memik muka yang di buat Hanis.Lega sikit perasannya.Hanis memang seorang teman yang memahaminya tetapi dia belum cukup kuat untuk berkongsi cerita dengan satu-satunya teman baiknya itu.

Hanis dan Zulaikha beriringian pulang ke tempat masing-masing sambil bergurau senda.Dari jauh Safuan melihat Zulaikha menuju ke bilik kerjanya.Dia lega sekurang-kurangnya Zulaikha tidak lagi bersedih seperti tadi.Sungguh dia menyesal memarahi Zulaikha tadi.Perasan marahnya tiba-tiba muncul bila hal perkahwinan Zulaikha di perkatakan.Hatinya memberontak ingin mengetahui kebenaran cerita itu dan dalam masa yang sama dia marah dengan kehilangan Zulaikha selama seminggu tanpa memberitahunya.

“Sufi!saya nak bincang sikit dengan awak.”pinta Safuan lembut.Dia tidak mahu Zulaikha terus mengelak darinya.bukan dia tidak tahu semenjak dia menengking Zulaikha tempoh hari Zulaikha cuba mengelak dari bertemunya,jika dia ke kiri Zulaikha akan ke kanan.begtu jugalah juga sebaliknya.

“Maaf saya tak ada apa-apa pun yang nak bincangkan dengan Encik Safuan dan tolonglah jangan ganggu saya.Kalau Encik Safuan rasa perlukan seorang isteri Encik boleh cari orang lain ataupun pilih je yang ada kat ofis ni” luah Zulaikha pula.

“Please Sufi!sampai bila masalah kita nak selesai kalau awak asyik mengelak saja,dan saya tak perlukan perempuan lain untuk di jadikan isteri sebab saya dah ada  isteri.”balas Safuan masih lagi bersabar dengan karenah Zulaikha.Kalau tidak memikirkan Zulaikha itu isterinya sudah lama dia tidak ambil peduli.Kerana mengenangkan tanggungjawabnya pada Zulaikha dia berusaha untuk berbaik dengan Zulaikha.

“Encik Safuan berapa kali saya cakap,antara kita memang tak ada hubungan apa-apa dan tolonglah berhenti ganggu saya,saya nak hidup tenang tak nak serabutkan kepala saya dengan hal-hal yang tak ada kena mengena dengan saya ni,so please lah Encik Safuan.”ucap Zulaikha separuh merayu.Dia tak mahu Safuan terus mengganggunya.Hidupnya sudah cukup tertekan dengan kemunculan semula Safuan,kini dia terpaksa berdepan dengan Safuan setiap hari atas tuntutan kerja.

Zulaikha berlalu pergi meninggalkan Safuan termanggu sendiri.Banyak mata yang memerhati kelakuan mereka,namun Zulaikha buat seperti tiada apa yang berlaku.Hanis hanya memandang dari jauh.Dia dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku antara Zulaikha dan Safuan.Tetapi dia tetap tidak mahu mencampuri urusan mereka berdua.Baginya jika Zulaikha bersedia berkongsi dengannya tentu sahaja Zulaikha cerita padanya.

Akhirnya Safuan berlalu dari bilik Zulaikha.Dia tahu Zulaikha perlukan masa.Tetapi dia harus cepat bertindak.Dia tak mahu lagi kesilapan yang sama berulang kembali.


 #terima kasih sudi baca karya amie..harap berpuashati ye..insyallah akan di perbaiki lagi..

***PEACE***

3 ulasan:

  1. puas hati tapi tak puas baca nak lagi

    BalasPadam
  2. nak n3 lagi..heheheh

    BalasPadam
  3. Hihihi....sori la bt SARIZAI tak puas baca....nasib bkn tak puas hati kn...tkt amie...tq sudi bc karya amie....

    Roza Ahmad....tq sudi bc..insyaallah ada lg n3..hehe

    BalasPadam