Sabtu, 17 Januari 2015

SEPARUH HATI 7

Assalamualaikum semua...
sori kalau ada yang kurang....
kalau rajin tinggalkanlah komen untk amie perbaiki lagi mutu penulisan ..huhu..
p/s tq sudi baca insyaallah ada lagi nanti...
***PEACE***

PART 7


Pangg...sekali lagi tamparan dari tangan Danial Iskandar singgah ke pipinya.Tangannya memegang pipinya yang pijar.Danial Iskandar merapatkan mukanya dekat pada wajah Ain Syuhada.

“Aku takkan sesekali lepaskan kau....kalau kau nak bebas, kau cari sendiri”bisik Danial Iskandar di telinga isterinya itu.Lalu terus melangkah meninggalkan Ain Syuhada sendirian.

“Arrrr....aku benci kau..”jerit Ain Syuhada geram,habis barang- barang di atas meja di tepisnya melepaskan geram.Sakit hatinya dengan kata-kata Danial Iskandar.Pantas tangannya mencapai handbeg melangkah keluar dari pejabatnya.Pekerja-pekerjanya tergamam melihat situasi itu.

Tanpa mengetahui arah tujuan kereta di pandu Ain Syuhada terus meluncur laju.Hatinya sakit dengan sikap Danial Iskandar yang sering menyakiti hatinya.Buat apa ada ikatan jika hanya membuatkan saling membenci.Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia toreh-toreh muka Danial Iskandar biar puas rasa hatinya.Harapkan muka sahaja yang manis tapi hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Akhirnya kereta di pandu Syuhada membelok masuk ke rumah abangnya,Nasrul.Dia tahu di sini sahaja hatinya akan tenang dan tiada gangguan dari Iskandar.Namun sangkaannya meleset bila sahaja terpandang kereta milik Iskandar tersusun elok di dalam garaj.

“Haa.. balik pun Ada,ingatkan Is je yang balik sini,Rindu tau lama tak jumpa,mentang-mentang dah ada suami,lupa terus kat akak ye.”ngomel Salmi.Nasrul dan Iskandar hanya tersenyum melihat rajuk Salmi.Nasrul tahu bertapa rindunya isterinya itu pada Syuhada.Sering kali Salmi mengadu padanya sunyi tanpa kehadiran Syuhada di rumah ini.Tapi siapalah dia untuk menghalang kerana tempat isteri adalah di sisi suami.

Betapa tulusnya hati Nasrul mempercayai adik ipar segeranya itu.Langsung dia tidak menyedari kepahitan yang di rasai oleh adiknya itu.Di layan bagaikan sampah oleh suami sendiri.Dia juga tidak tahu akan hal rumahtangga adiknya itu tidak seprti yang di fikirknya.Baginya Ain Syuhada amat bertuah mempunyai suami sebaik Danial Iskandar.

Tanpa pengetahuan Ain Syuhada setiap minggu Danial Iskandar akan  meluangkan masa bersama abang dan kakak iparnya itu.Kerana itu Abangnya langsung tidak menghidu masalah mereka.Bagi abangnya DAnial Iskandar seorang adik yang bertanggungjawab walaupun tanpa kehadiran Isterinya dia tetap meluangkan masa untuk melawat mereka suami isteri.Kerana itu seluruh kepercayaan di letakkan pada DanialIskandar.

Dan tanpa pengetahuan mereka juga ada sesuatu yang di rancang oleh Danial Iskandar.Kerana itu dia kerap mengunjungi keluarga abang iparnya.Dia mahu seluruh kepercayaan lelaki itu terletak padanya,supaya rancangannya berjalan lancar.Dia harus meraih kepercayaan penuh dari Nasrul untuk melaksanakan rancangannya.Dalam hatinya sudah tersenyum lebar kerana kepercayaan suami isteri itu berjaya di raihnya.

“Jemput minum Is..”pelawa Salmi.Hilang terus angan-angannya tadi bila di tegur Salmi.Kelihatan Syuhada datang smbil menantang sepinggan kuih karipap menjadi menu minum petang mereka hari ini.Ain Syuhada melemparkan senyum sinis buat suaminya.Dia tahu Iskandar sedang merancang sesuatu,dia bukan bodoh untuk menilai lelaki seperti Danial Iskandar

6 ulasan:

  1. ok amie.. jalan cerita clear... xde berulang2... cuma i want more.... hahaha bleh tak gitu ...

    BalasPadam
  2. amie.. tak sabar nak tau cite selanjutnya... update le lelaju...

    BalasPadam
  3. Tq mayang abdul razak....insyaallah nnt amie smbg ye...

    BalasPadam
  4. makin menarik ni citer dy...update le lagi..ye akak..best kisah dy...

    BalasPadam
  5. Tq Nur Izatul Aqilah Aziz..sudi bc karya amie....insyaallah ada lg sambungan....dan maaf jika lambat..amie sdg berusaha menyiapkan manuskrip..

    BalasPadam