Nah ni utk semua,tak sehebat mana namun ini saja yang mampu amie berikan..cerpen pertamaku...
BAHAGIAKAH AKU?
“Aku terima nikahnya Nur Aila
Nabila binti Ahmad
Syukri
dengan mas kahwinnya tiga ratus
ringgit tunai....” air mata Aila
mengalir laju mendengar lafaz akad yang baru terlontar dari mulut lelaki itu.
Dunianya terhenti seketika,di usia
belum mencapai dua puluh tahun dia kini sah bergelar isteri kepada Mohd Amirul Danial a.k.a
abang sepupunya sendiri. Kerana peristiwa itu dia
kini bergelar isteri dalam
usia yang masih muda.
”Ehh.. abang ngah, bila sampai? Abang ngah datang dengan siapa? Sorang
je ke?” berasak pertanyaan Aila namun langsung tidak di jawab oleh lelaki.
Lelaki itu masih merenung tajam wajah Aila
yang masih terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba.
Aila mengaru kepalanya yang tidak
gatal.
“Nasib baik aku bertudung” gumam Aila sendiri. Tiba-tiba Amirul Danial merapati Aila yang masih berdiri
di hadapan pintu biliknya. Aila gugup dengan tingkah laku abang sepupunya itu. Dia berundur selangkah masuk ke dalam biliknya, senang jika apa-apa
dia akan terus berkurung dalam biliknya.
“Eh.. eh abang ngah ni
kenapa, dah tak betul agaknya?” Tanya Aila dengan sedikit terketar. Belum pernah lagi dia melihat kelakuan abang ngahnya
seperti hari ini. Setapak lagi dia berundur ke dalam
biliknya sambil tangan mencapai tombol pintu.
Melihat Amirul Danial semakin
menghampiri pantas pintu biliknya
di tutup namun tangan Amirul Danial lagi pantas
menahan. Dia melangkah masuk ke bilik Aila
lalu menutup kembali pintu.
“Aa... ab.. abang ngah buat apa ni?” tergagap-gagap Aila bertanya Amirul Danial yang semakin menghampirinya. Air matanya laju mengalir di pipi. Dia tidak tahu apa
mahunya abang sepupunya
itu. Di Tanya tidak menjawab, tapi dengan beraninya lelaki itu masuk ke kamar tidurnya tanpa izin. Kakinya Aila terus berundur ke belakang
dan akhirnya dia terperangkap pada dinding biliknya ,Sementara itu Amirul Danial
merapati Aila dan terus mengepung Aila dengan kedua belah
tangannya di lekapkan pada dinding. Aila terperangkap. Jantungnya bagaikan mahu tercabut bila wajah mereka berjarak beberapa inci sahaja.
“Abang ngah buat ap....” belum sempat Aila bertanya bibirnya menjadi habuan bibir Amirul
Danial. Aila terpana Amirul merapatkan tubuhnya lalu tangan kirinya memeluk pinggang ramping milik Aila
manakala tangan kanannya memegang belakang tengkuk Aila. Aila yang tersedar menolak keras dada
Amirul. Namun Amirul makin kuat memeluk tubuh Aila. Berpusing-pusing tubuh mereka
dengan rontaan kuat dari Aila
dan akhirnya tubuh kedua-duanya terlontar jatuh ke katil
dengan tubuh Amirul menindih tubuh Aila. Aila menolak kasar tubuh Amirul, belum pun sempat Aila bangun Amirul merangkul kasar pinggannya dan Aila kembali rebah di sisi
Amirul. Sekali lagi bibir Aila
menjadi sasaranya namun kali
ini Aila
Berjaya mengelak, bibir Amirul mendarat di pipinya.
“Abang ngah ni kenapa dah gila ke? Abang ingat Aila ini apa? senang-senang untuk abang sentuh.” Marah Aila bersama
airmata sambil menolak kasar tubuh Amirul
untuk melepaskan diri. Sungguh dia tidak
menyangka sanggup Amirul memperlakukannya begitu.
Pintu bilik di buka
dari luar.
”Astafirullahalazimmmmmmm..... Mirulllll... Ailaaaaa.....
apa yang korang berdua buat ni” jerit Puan Shamsiah iaitu ibu Aila.
Sambil tangannya lembut
mengurut dada terkejut
dengan kejadian yang
mengaibkan itu.
Pantas Amirul
melepaskan pelukkannya lalu bangun
berdiri di ikuti
dengan Aila sambil mengesat air matanya sambil menjeling
geram pada Amirul
di sebelahnya.
“Abah nak minggu depan Amirul dengan
Aila di nikahkan...”tegas Encik Syukri.Tiba-tiba dunia Aila berpusing. Tanpa sempat dia membela dirinya telah di jatuhkan hukum.
“Nur Aila Nabila... hulurkan tangan tu, suami kamu nak sarung cincin
tu...”
“Hah?” Aila baru tersedar, peristiwa seminggu lalu berlalu pergi. kini di hadapanya berdiri Mohd Amirul Danial a.k.a suaminya a.k.a abang sepupu. Terketar-ketar tangan Aila
saat Amirul menyarung
cincin di jari
manisnya. Airmatanya gugur lagi saat bibir lelaki
itu mendarat di dahinya. Kini Nur Aila Nabila binti Ahmad Syukri sah menjadi milik mutlak Mohd Amirul Danial bin Khairuddin.
Amirul tersenyum, akhirnya apa yang di
rancang menjadi. Kini Aila menjadi isterinya yang sah. Tiada lagi rasa
sakit yang mencengkam dadanya. Pinggang gadis di
sebelahnya di rangkul kemas. Aila yang menyedari
tangan Amirul yang berada
di pinggangnya cepat-cepat
melepaskan diri. Amirul yang terasa dengan perbuatan Aila merenung tajam muka isterinya. Namun Aila buat tidak peduli lalu melangkah pergi meninggalkan
Amirul dan tetamu yang lain.
Di dalam kamar pengantin Aila cepat-cepat membersihkan diri sebelum Amirul masuk. Dia belum bersedia lagi untuk berkongsi
miliknya dengan suaminya itu. Sedang Aila duduk
menghadap cermin di biliknya. Pintu bilik di tolak dari luar. Dia tahu tentu sahaja Amirul Danial yang
kini adalah suaminya yang masuk.
“Aila..” panggil Amirul Danial lembut. Aila masih mendiamkan
diri tanpa memalingkan mukanya. Amirul merapati Aila lalu menyentuh
lembut bahu isterinya.
“Abang tahu Aila tak setujukan dengan pernikahan
kita, abang tahu abang salah.” ucap Amirul memulakan bicara. Aila masih mendiamkan diri. Dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya. Dalam umur baru mencapai
Sembilan belas tahun dia telah bergelar isteri. Paling dia sakit hati, dia menjadi isteri tanpa rela atas kesilapan lelaki itu yang
langsung tidak hormatkan maruahnya sebagai wanita. Tanpa sedar airmatanya mengalir membasahi di pipi. Aila menundukkan wajahnya. walau apapun terjadi dia kini telah sah menjadi
isteri kepada lelaki itu.
Tiba-tiba Aila
memusingkan badannya lalu bangun
menuju ke jendela.
“Apa yang abang ngah fikir sebenarnya? Kenapa buat Aila
macam ni? Abang ngah letakkan
maruah Aila di
tempat paling rendah sekali di mata
keluarga kita, abang ngah tahu tak?”
luah Aila Nabila geram, Namun masih di tahan suaranya supaya tidak kedengaran oleh orang lain.
Amirul Danial
cuba merapati Aila, namun...
“Stop.. stop.. jangan abang ngah cuba dekat
dengan Aila lagi, selepas apa yang
abang ngah buat ni
ingat senang-senang Aila nak lupakan
semuanya ni” keras suara Aila
melarang.
“Aila.. abang mintak maaf.. tapi sekarangkan kita dah
nikah. Abang tetap suami Aila walaupun Aila menidakkan semua ni” luah Amirul sambil merapati isterinya. Bahu isterinya di paut
lembut. Aila menepis kasar tangan suaminya. Rasa geram masih lagi menghuni
hatinya. Dia geram dengan sikap Amirul
yang menyebabkan dia kini berada dengan lelaki itu dalam bilik ini. Dia geram dengan lelaki itu yang
merosakkan zaman remajanya. Dia geram dengan lelaki itu yang mencampakkan dirinya ke alam
perkahwinan tanpa kerelaannya. Dia geram bila cita-citanya mungkin terpaksa di kuburkan kerana kini dia terikat dengan seorang lelaki bergelar
suami. Dia geram dengan segala-segalanya tentang semua
ini.
Nur Aila Nabila tersentak namanya di panggil
seseorang,Hilang semua kenangan masa lalunya.Kenangan yang menjadi rahsia
hidupnya hingga ke hari ini.Tiada siapa pun antara teman-teman serumahnya
mengetahui tentang status sebenarnya .
“Kau ni kenapa Aila?Dari tadi aku panggil tak dengar
ke?ke telinga kau tu dah tersumbat ye..”luah Syakila kepada teman baiknya itu.Dalam
hatinya masih lagi tertanya-tanya segalanya tentang Aila Nabila.Baginya gadis
itu terlalu penuh misteri.Kadang-kadang dia sendiri tidak faham dengan perangai
sahabatnya itu.Tapi baginya sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu
mengembirakan hati sahabatnya.Kerana itu dia tidak mahu mencampuri hal gadis
itu.
Aila hanya tersenyum mendengar bebelan
syakila.baginya apalah sangat bebelan temannya itu.
“Aila..tu kat luar ada orang cari kau”ucap Syakila
kembali ke tujuan asalnya.
“Hah?sapa yang cari aku malam-malam buta ni?”Tanya Aila pelik.Tak pernah-pernah selama dia tinggal di sini ada orang datang mencarinya.Nak kata mak ayahnya tak mungkin sebab ayahnya tidak boleh memandu di waktu malam.Ngomel Aila sendiri.
“Ehemm”dehem Aila memberitahu tetamu itu tentang
kehadirannya di situ.Bila sahaja lelaki itu berpaling,tubuh Aila terasa lemah
dan dunia kelam tiba-tiba.
Hampir setengah jam Aila tidak sedarkan diri.
“Haa..dah sedar dah pun kau.kenapa yang sampai
pengsan,teruk betul la kau ni,terkejut aku tau tak”ucap Syakila sambil membelai
rambut temannya itu.Jantungnya bagai nak tercabut bila sahaja lelaki itu
tiba-tiba memanggilnya tadi.Aila yang menyedari bukan hanya dia dan Syakila di
situ terus bangun membetulkan duduknya.Syakila terus menghilangkan dirinya ke
dalam bilik,tidak mahu mencampuri urusan temannya itu.
“Aila macam mana dah ok ke?kenapa buruk sangat ke
muka abang ni?sampai tengok muka suami sendiri pun boleh pengsan?”usik Amirul
Danial sambil tersenyum melihat Aila yang kelihatan tidak selesa berdua
dengannya.
“ Buat apa datang?macam mana pulak tahu tempat
ni?”Tanya Aila setelah lama membisu.Amirul Danial tersenyum manis mendengar
pertanyaan isterinya itu.
“Kenapa abang tak boleh datang ke kalau nak jumpa
isteri abang sendiri?dan jangan ingat Aila jauh dari abang,Aila hilang terus
dari pandangan abang.Aila tetap tanggungjawab abang.”jawab Amirul Danial lembut
tapi tegas.
“Isteri?Sejak bila pulak Aila masih jadi isteri
orang ni?Lima tahun rasanya cukup dah waktu untuk putuskan hubungan itu,takkan
itu pun tak tahu kot”jawab Aila sedikit geram.Amirul masih lagi bersabar dan
tersenyum mendengar kenyataan isterinya itu.Memang tempoh itu cukup untuk
merungkaikan sebuah ikatan perkahwinan tetapi tidak perkahwinannya dan Nur Aila
Nabila.baginya sekali dia lafazkan akad biar selamanya perempuan itu akan tetap
menjadi isterinya.
“Apa Aila ingat semudah tu ke abang nak lepaskan
Aila.Walaupun Aila tak pernah jalankan tanggungjawab Aila tapi abang masih lagi
suami Aila yang sah.Abang tak penah lari dari tanggungjawab abang dan jangan
ingat dengan tempoh lima tahun ni Aila hilang dari pandangan abang.”ucap Amirul
sedikit tegas.hatinya terasa di cucuk mendengar kata-kata yang lahir dari mulut
isterinya itu.
Aila terkejut dengan pengakuan Amirul.Bererti
sepanjang lima tahun ni,Segalanya tentang dia berada dalam pengetahuan suaminya
itu.Demi melindungi perasaannya Aila buat muka selamba sahaja.
“Datang sini nak buat apa?”Tanya Aila tanpa
memandang wajah Amirul.
“Abang datang nak ambil isteri dan hak abang
balik...”
“Abang rasa dah cukup tempoh lima tahun yang abang
bagi pada Aila,sekarang abang nak hak abang sebagai suami,abang nak Aila
tinggal dengan abang dan kita akan jalani hidup seperti suami isteri yang
sebenar”luah Amirul sambil merenung lembut wajah isterinya.
“Gila..Aila tak nak”ucap Aila hampir terjerit kerana
terkejut dengan permintaan Amirul Danial.Selama lima tahun dia ambil masa untuk
melupakan perbuatan lelaki itu padanya.Selama itu juga dia cuba mencari kembali
maruah dirinya yang di pijak-pijak Amirul sehingga dia terikat dengan
perkahwinan tanpa rela.Semudah itu Amirul datang menuntut hak sebagai suami
setelah maruah dirinya di letakkan di tempat paling bawah dimata keluarganya.Kerana
lelaki itu seisi keluarga memandang serong kepadanya.kerana lelaki itu ibu dan
ayahnya hilang kepercayaan terhadapnya.Kerana lelaki itu dirinya terpaksa
menelan perit dan kata cacian dari abang dan kakaknya.
Setelah semua itu dia harungi,sekarang lelaki itu
datang untuk menuntut hak dia sebagai suami.Setelah pengkhianatan yang di
terima,semudah itu untuk dia lupakan segalanya.tidakkkk....
“Tak..tak..Aila tak nakkkk...”jerit Aila lantas
berlari menuju ke biliknya.Pintu bilik di hempas kuat dan di kunci dari dalam.Syakila yang mendengar jeritan Aila terkejut dan
berlari keluar dari biliknya.Melihat pintu bilik Aila yang tertutup rapat,dia
mengatur langkah mendekati Amirul di
ruang tamu.
“Maaf.. boleh
saya tahu encik ni siapa dan kena....”
“Saya Amirul Danial suami Nur Aila Nabila”potong
Amirul belum pun sempat Syakila habis bertanya.Syakila terkejut dengan
kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu.hampir ternganga
mulutnya.menyedari situasi yang berlaku.Syakila menyuruh Amirul pulang dahulu
dan kembali semula bila sahaja marah Aila sudah reda.
Nur Aila tersedar dari tidurnya.melihat sekeliling
biliknya gelap hanya di terangi lampu jalan.Tahulah dia malam sudah
menjelma.bingkas Aila bangun mencapai tuala menuju ke bilik air.Setelah siap
dia turun menuju ke dapur bila perutnya terasa lapar.
Tiba di ruangtamu kelihatan satu tubuh manusia
sedang duduk bersandar di atas sofa.Aila melangkah merapati tubuh itu,belum pun
sampai dia terkejut bila tubuh itu berpaling.Cepat-cepat Aila memanjat tangga
menuju ke biliknya.Belum pun sempat pintu biliknya di tutup ada tangan yang
sedang menahannya.
Tubuh Aila terpelanting jatuh ke lantai bila saja
Amirul menolah kuat pintu bilik isterinya itu.Cepat-cepat tubuh Aila di
dekatinya sambil menolong Aila bangun.
“Maaf sayang,abang tak sengaja.”ucap Amirul sambil
mengosok belakang Aila,tapi tangannya di tepis.
“Baik abang keluar sekarang,”marah Aila sambil
mencapai tombol pintu tapi tangan Amirul lebih pantas menghalangnya lalu pintu
di kunci dari dalam.Aila yang melihatnya berdebar-debar bila Amirul semakin
menghampirinya.Semakin Aila mengundur semakin rapat Amirul mendekatinya.Akhinya
tubuh Aila terperangkap di dinding.Amirul menghadiahkan senyuman paling manis
buat isterinya.Dia tahu Aila tidak akan dapat melepaskan diri darinya bila
tangannya mengepung tubuh isterinya yang terperangkap di dinding.
Jantung Aila berdegup kuat bila saja wajah Amirul
semakin dekat hanya beberapa inci sahaja boleh menyentuh wajahnya.Tanganya
cepat-cepat menahan dada suaminya.
“Abang..ap..ap..apa yang abang nak..”bibirnya di
pagut lembut oleh bibir Amirul.Aila tergamam.Terasa melayang-layang tubuhnya
ketika ini seperti terbang di udara.Tangan Amirul mengusap lembut tubuh
isterinya.Dalam tidak sedar Aila membalas semua perlakuan suaminya.Akhirnya
mereka rebah di katil hempuk milik Aila.Malam menjadi saksi cerita mereka.
Amirul
terjaga bila terdengar esakkan halus di sebelahnya.Sah itu esakan dari Aila
bila melihat tubuh yang hanya di tutupi dengan blanket itu terhinjut-hinjut
menahan tangis.Cepat-cepat tubuh Aila di raih dalam pelukkannya.Walaupun Aila
menolaknya dia tetap merangkul kejap tubuh isterinya itu.
“Shuuut..shuut..kenapa ni sayang,janganlah
menangis,Aila buat abang rasa bersalah.Salahkah abang ambil hak abang?Hak abang
yang Aila nafikan sejak lima tahun dulu,salahkah abang tuntut hak abang
sekarang?”Tanya Amirul sedikit terkilan jika dengan perbuatannya membuatkan
isterinya terus membenci.Tapi masa mereka melakukannya isterinya langsung tidak
menolak malah membalas segala perbuatannya.Aila masih lagi tersedu dalam
pelukkan Amirul walaupun tiada lagi rontaan.
“Cuba Aila cakap kat mana salah abang?Aila hak
abang,segala yang ada pada Aila semua hak abang,suami Aila yang sah.Jadi abang
rasa tak salah dengan apa yang telah berlaku tadi.”ucap Amirul tenang sambil
mencari wajah isterinya yang masih tersedu.
“Aila benci abang..”ucap Aila bersama sedunya.
“ok..ok..abang mintak maaf sebab tak dapat kawal
perasaan abang tadi tapi..kalau Aila tak setuju kenapa Aila tak halang
abang?malah Aila membalas semua perbuatan abang membuatkan abang terus
hanyut.”soal Amirul bersama senyuman nakal.Merah padam muka Aila mendengar
tutur kata suaminya.Dia akui dia turut menikmatinya.
Amirul menarik tubuh Aila memusing
mengadapnya.Mencari sepasang mata milik isterinya itu.Dahi isterinya dicium
lembut.Aila tidak menolak walau airmatanya masih lagi mengalir perlahan.
“Abang sangat-sangat sayangkan Aila,Demi Allah abang
cintakan Aila.Abang sanggup tunggu lima tahun untuk mendapatkan kasih sayang
dari isteri abang ni.Berilah sikit kasih sayang Aila buat abang yang kekurangan
kasih sayang ni..please sayangg..”rayu Amirul mengedipkan matanya sambil
merenung wajah isterinya.Aila menahan senyum melihat gelagat Amirul.Dia tidak
mahu Amirul tahu yang hatinya kian cair.Dia tahu Amirul berhak ke atasnya.Tiada
sebab dia menafikan hak Amirul yang satu itu.Aku redha kerana dia suamiku.Ucap
Aila dalam hati.
“Abang janji akan bertanggungjawab dengan perbuatan
abang tadi”ucap Amirul sambil mengusap lembut perut kempis milik isterinya.Aila
mencapai tangan Amirul lalu dicium lembut bersama linangan airmata.Amirul
terkaku melihat perbuatan isterinya.
“Abang..Aila mintak maaf..mintak ampun,Aila tahu
banyak menyusahkan abang,Aila tahu Aila tak tunaikan tanggungjawab Aila sebagai
isteri,Aila pergi tanpa izin abang,Aila....”ucap Aila beremosi.
“Dah..dah..abang sentiasa ampunkan kesalahan Aila,Abang
izinkan pemergian Aila lima tahun dulu,abang redhakan setiap langkah Aila
meninggalkan abang dulu,tapi sekarang abang haramkan selangkah pun Aila pergi
dari abang,sebab abang nak hidup dengan di temani Aila sampai akhir hayat
abang,dan abang mintak maaf dengan apa yang telah abang lakukan terhadap Aila
dulu sehinggakan kita terpaksa di nikahkan.”luah Amirul sunguh-sungguh.
“Abang hutang satu penjelasan dengan Aila.”komen
Aila sambil memandang tajam wajah suaminya.Amirul mula berasa tidak sedap
hati.Hubungan mereka baru sahaja kembali jernih dan dia tidak mahu lagi
berantakan.Terasa sangat tersiksa berjauhan dari insan tersayang.Mandi tak
basah,makan tak kenyang,tidur tak lena.
“Emm..ke..kenapa abang buat Aila macam tu,jatuhkan
maruah Aila pada pandangan orang sampaikan semua kaum keluarga kita pandang
hina pada Aila?”Tanya Aila sebak.Amirul merangkul tubuh isterinya.Dia tahu satu
hari Aila akan minta penjelasan darinya.Hari itu akhirnya tiba.
“Maafkan abang sayang..abang terlampau ikut sangat
perasaan cemburu abang waktu itu,abang tak mahu ada orang lain yang rampas Aila
dari abang.Di sebab perasaan itu abang bertindak keterlaluan tapi mujurlah ayah
dengan ibu sampai waktu itu kalau tak..abang tak tahulah apa yang akan
terjadi.”terang Amirul sayu.Dia betul-betul menyesal dengan perbuatannya itu
yang hampir meragut maruah Aila.
“Abang cemburukan siapa?”Tanya Aila.Perasaan ingin
tahunya membuak-buak waktu ini.Amirul masih mendiamkan diri seperti tidak mahu
berkongsi dengannya.
“Abanggg...”panggil Aila manja.Merayu jawapan dari
suaminya.Amirul tersenyum melihat kemanjaan isterinya.Tubuh isterinya sekali
lagi di raih dalam pelukkannya.Wajah isterinya di cium penuh perasaan.Bertapa
sayangnya dia pada insan yang bernama Nur Aila Nabila.Perasaan itu hadir sejak
dia masih di bangku sekolah lagi.Dia cukup pantang jika terdengar ada
budak-budak lelaki yang bercerita tentang sepupunya itu,mulalah hatinya menjadi
panas.Dan kerana geram akan kata-kata seorang temannya,Aila hampir menjadi
korbannya.Mujurlah Allah utuskan bapak dan emak mentuanya muncul ketika itu,dan
akhirnya gadis yang di idamkan menjadi miliknya.
Namun sayang bila gadis itu menjadi miliknya,dirinya
di benci isteri sendiri malah paling membuatkan hidupnya terseksa bila Aila
pergi membawa diri dan dia hanya mampu melihat isterinya itu dari jauh.Tapi
kini dia tidak akan mengizinkan lagi Aila berlalu dari hidupnya.Itu janjinya
dan kepada Allah dia bermohon peristiwa itu membuahkan hasil.
Wajah isterinya di renung penuh kasih,bibir merah
Aila dikucup.Dia kegelian bila nafas Amirul mendesah di telinganya, lalu
matanya di kucup lembut dan berakhir pada bibir merahnya.Aila merelakan segala
perbuatan suaminya.Biarkan mereka menikmati saat indah mereka dengan kasih
sayang yang kian bersemi.Tiada lagi perasaan benci yang ada hanyalah kasih
sayang yang akan di curahkan sepenuhnya buat suaminya.
Dalam hatinya berdoa semoga kasih sayang mereka
kekal hingga ke akhir hayat.Dia akan cuba melupakan segala kesakitan yang
pernah berlaku padanya.Biarkan segala kenangan itu pergi bersama angin yang
bertiup.
pssst,,pssst...dah abis baca kan cer bagi komen cikit...hehe
***PEACE***
Cite cerpen ni best... Tp mcm tergantung laaa... Tidak tahu sebab2 suami Alia buat begitu..
BalasPadamTq fina...sori bt suspen ckit...pnjg lg ceritanya...amie usaha perbaiki lg...hehe..tq sbb sudi baca n komen...
BalasPadamKawen sepupu ni berat jugak melihat kan saudara mara suka gak sepupu seorang tu tp tu lah .,
BalasPadam