Rabu, 7 Januari 2015

ISTERI TAK DI IKTIRAF 2

BAB 2

     Dalam hati membara rasa marah terhadap lelaki itu.Tidak pernah termimpi apatah lagi berharap untuk bertemu lagi lelaki itu.Namun takdir Allah siapa yang dapat menghalang.Manusia hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.Sejauh mana pun dia lari akhirnya Allah tetap temukan dia dengan lelaki itu.
     
     Semua kerjanya serba tidak kena.Betullah kata orang bila hati tak tenang semua kerja jadi tunggang-langgang.Dari pagi sampailah sekarang satu kerja pun belum di siapkan.Semuanya kerana’ lelaki’ itu yang tiba-tiba muncul kembali setelah lama menhilangkan diri.

    “Kan bagus kalau terus lenyap je dari muka bumi ni..”bebel Zulaikha sendiri.Penat otaknya bekerja seharian,namun satu kerja pun tidak dapat di siapkan.Dengan langkah yang lemah dia menuju ke bilik pantry.Moga-moga mood untuk bekerja kembali ok .Itulah niat Zulaikha.Namun belum pun kakinya melangkah ke bilik pantry.Kelibat ‘lelaki’itu muncul di depannya.

    “Lepas kerja nanti aku nak jumpa kau”ucap Safuan perlahan hanya di dengari mereka berdua.Belum sempat Zulaikha membalas dia terus melangkah pergi.Dengan langkah yang laju Zulaikha berpusing kembali ke tempatnya.Hilang segala rasa buatnya ketika ini.Cuma yang tinggal rasa geram yang teramat sangat.

     “aaaaah....”jerit Zulaikha kegeraman.
     
     “Hoi gilo apo kau ni”tegur Hanis terkejut dengan jeritan Zulaikha sebentar tadi.Zulaikha memusing kepalanya melihat sekeliling sambil mengangkat tangan sebagai tanda maaf.Macam mana boleh terlupa dirinya sekarang berada di tempat umum.hahaha..tempat umum la sangat.

     “Eh kalau dah kawasan terbuka macam ni kira umum lah kan”omel Zulaikha sendiri.akhirnya dia tergelak sendiri sambil kepalanya tergeleng-geleng.Memang dah parah dah tahap tekanan Zulaikha ni.

      “Ikaa..kau kenapa yang tersengeh-sengeh,tenggeleng-geleng dah tu siap cakap sorang-sorang pulak tu,seram aku tengok kau ni,teruk sangat ke masalah kau ni?tanya Hanis bila saja melihat Zulaikha yang kelihatan aneh sikapnya.Sedangkan sebelum ini tidak pernah sekali pun Zulaikha berkeadaan begitu.Dia juga perasan sejak dua menjak ni Zulaikha kurang ceria dan tidak kelihatan normal seperti biasa.Dia juga perasan Arkitek baru syarikatnya itu asyik mengekori Zulaikha.

       “Ikaaa...kalau kau ada masalah kau ceritalah kat aku mana tahu aku boleh tolong ke?Aku tengok kau sejak dua tiga hari ni dah lain tau,dah tak macam Sufi Zulaikha yang aku kenal.asyik menung je memanjang,ni sekarang tersenyum,tergeleng dan paling teruk kau jerit tadi tu,semua orang pandang pelik tau,ucap Hanis meluahkan apa yang dia rasa dengan perubahan Zulaikha sahabatnya itu merangkap teman serumah.Zulaikha hanya membalas pertanyaan Hanis dengan senyuman.Buaat masa sekarang dia belum bersedia untuk membuka kisah hidupnya.Biarlah semua pahit manis dia sendiri yang menanggungnya.

       Bagi Zulaikha saat Safuan meninggalkannya lima tahun dulu,Hubungan mereka ternoktah di situ.Tiada lagi yang di harapkan pada hubungan itu.Dan untuk apa dia mengharap jika maruahnya dan juga keluarganya habis tercela.Segalanya telah berakhir sehari selepas pernikahan mereka lima tahun dulu.

       Zulaikha tergesa-gesa menuruni tangga menuju ke lobi.Sengaja dia melalui tangga bila saja matanya terlihat pemandangan yang menyakitkan.Sebelum sesiapa perasan dengan kehadirannya lebih baik dia meloloskan diri melalui tangga.Sekurang-kurangnya boleh juga dia melakukan senaman mengenangkan sudah lama dirinya tidak bersenam.Pantas Zulaikha  melangkah,tiba-tiba.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan