P/S Mungkin ada banyak kekurangan di sini,sy mtk maaf kalau menghampakan,kalau rajin tinggalkanlah komen...utk sy terus memperbaikinya...
BAB 3
Tiba-tiba tanpa sengaja kakinya tersalah pijak, bergolek tubuhnya jatuh ke bawah. Dan yang paling malang sekali bila
tubuhnya tergolek betul-betul di hadapan kaki seseorang
yang sedang berdiri
di situ. Zulaikha cuba bangun namun kakinya terasa sangat sakit dan akhirnya ada tangan yang mencapai tubuhnya membantu dia menstabilkan tubuhnya.
Bila saja wajah itu
di pandangnya...
“Khusyairi ?ehh... u buat apa kat
sini?” soal Zulaikha terkejut. Lelaki itu hanya menghadiahkan senyuman manis buatnya.
Zulaikha keliru dengan kehadiran lelaki itu di tempat kerjanya. Lagi membuatkan dia pening bila kedua-dua lelaki itu
muncul serentak dalam hidupnya setelah lama mereka
menghilangkan diri. Adakah semua ini satu
kebetulan atau sememangnya mereka merancang sesuatu tanpa pengetahuannya.
Jantungnya seakan mahu pecah, berdebar dengan apa yang bakal
berlaku dalam hidupnya selepas ini. Dia belum kuat untuk menerima kejutan baru. Sedangkan luka lama
yang mereka tinggalkan untuknya masih lagi belum sembuh. Semuanya menjadi semakin keliru.
“U ok ke ni?
Kalau tak jom i bawa u ke klinik.” Pelawa Khusyairi. Sambil matanya tidak lepas memandang wajah lembut milik Zulaikha.
Wajah lembut itu tidak pernah berubah pada matanya . Sentiasa cantik dan sejuk mata memandang.
Dia akui Zulaikha bukanlah gadis tercantik yang pernah di temuinya tetapi tarikan pada Zulaikha sangat-sangat menarik hatinya.
Dan dia juga
tahu yang gadis di hadapanya ini menanggung derita yang
amat perit atas perbuatannya. Kerana itu dia
kembali ke sini
mencari gadis itu untuk menebus semua kesalahan yang telah dia lakukan yang telah membuatkan maruah gadis itu dan
keluarganya tercalar.
Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang sedang merenung tajam dengan
hati yang membuak-buak marah. Kalau di ikutkan hati memang habis manusia berdua itu di kerjakannya. Tapi otaknya masih waras dan sedar Negara ini masih punya undang-undang yang harus di patuhi. Tanpa mempedulikan pasangan itu kakinya terus melangkah pergi meninggalkan mereka. Dia tidak mahu perkara yang tidak di ingini berlaku jika dia masih berada di situ.
Pantas kakinya melangkah tanpa memperdulikan
sepasang mata yang sedang merenung tajam kearahnya.Biarlah apa pun tanggapan
lelaki itu padanya namun untuk dia terus tunduk mengharapkan belas ihsan lelaki
itu tidak mungkin sama sekali terjadi.Cukuplah sekali luka yang telah lelaki
itu tinggalkan untuknya,tidak mungkin dia menghulurkan sekali lagi hatinya
untuk terus di lukai.Dia tahu lelaki itu ada muslihat tersendiri dan kerana itu
lelaki itu muncul di sini,di pejabat ini.
Zulaikha pantas melontarkan dirinya ke dalam kereta
sambil melepaskan lelah di dada.Sungguh hari ini otaknya terasa sungguh penat
dengan permainan dunia.Penat dengan karenah manusia,lelah dengan nasib yang
menimpanya,risau dengan status dirinya yang sebenar.Segalanya kusut hinggakan
kepalanya berdenyut meminta untuk berehat.Airmata hangat mengalir laju di pipi gebu milik Zulaikha.Hatinya
yang luka kian berdarah dengan kehadiran dua lelaki yang pernah memporak-perandakan
hidupnya.Lelaki-lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung buat dirinya seorang insan
yang lemah.Tetapi lelaki-lelaki itu yang membiarkan dia tersungkur sendiri lalu
rebah,dan kini merangkak mencari kembali harga diri yang pernah dicemari.
*maaf ye kalau ada yang kurang,enjoy ye baca..kalau sudi tinggalkan komen yerk...
***PEACE***
Cite best... Tp sayang pendek sangat jalan Cite chapter by chapter... Hopefully next chapter dpt long story ckit, baru blh layan membaca lama
BalasPadambest laa citer ni...tp peek sangat laa setiap bab yang writer post...harap writer dapat panjangkan lagi setiap bab...good writing and keep it up :D
BalasPadampeek (pendek) ...writing error
BalasPadampermulaan yg menarik...x sabar nk baca ntry seterusnya...
BalasPadamBest.. Pls continue.. Nak lagiiii
BalasPadamTq semua n terima kasih sudi bc...insyaallah amie akn perbaiki lg...
BalasPadamVanitha...tggu nnt amie smbg lg ye...
Sesambil menulis sesambil singgah sini...cerita ni best...buat panjang lagi ya..^^,
BalasPadamTq mirei may sudi singgah...best ke?Alhamdulillah ada yg sudi
BalasPadamBaca tq sgt2...insyaallah amie akan memanjangkn lg..hihihi...tgh berusaha nie...
permulaan crite yg baik..tgh sabar menanti crite seterusnya..
BalasPadamTq Aibah Yusof sudi bc karya amie....tq jgk sbb sudi bersabar..hehe..insyaallah ada sambungan...
BalasPadam