Rabu, 7 Januari 2015

SEPARUH HATI 6

PART 6

     Setelah Seminggu Nasrul outstation bersama Salmi akhirnya mereka pulang ke rumah.Mereka langsung tidak mengetahui kejadian yang menimpa Ain Syuhada.Pada mereka Danial Iskandar seorang lelaki yang baik.Sesiapa pun tidak akan mengesyakinya termasuklah mama dan papa mentuanya.Memang Danial Iskandar seorang pelakon yang hebat.

    “Ada minggu ni Ada ada meeting dengan Is kan”Tanya Nasrul.Ain Syuhada hanya menganggukan kepalanya.Bila nama itu di sebut seluruh urat sendinya menjadi lemah.Bukan kerana dia takut berdepan dengan Iskandar,tetapi tahap sabarnya mungkin hilang bila sering bertemu dengan makhluk Allah itu.Akhirnya hari yang di janji pun sampai...
   
“Maaf Encik Danial kami lewat”ucap shamsul meminta maaf atas kelewatan mereka.kali ini Ain Syuhada bukan bersendirian tapi di temani rakan sekerjanya Shamsul.Orang yang bertanggungjawab keatas projek usahasama mereka ini.walauapapun dia lega kerana tidak bersendirian bersama Danial Iskandar.Habis sahaja perbincangan Ain Syuhada meminda diri untuk ke tandas.Tanpa di sedarinya Danial Iskandar mengekorinya.

    Tangannya di sambar seseorang,tangan itu terus meraih pinggang ramping milik Ain syuhada.Tangannya berusaha melepaskan tangan yang melilit di pinggangnya.
   
“Lepaslah..kau nak apa lagi”Tanya Ain Syuhada keras.Kata ganti diri pun sudah bertukar dari saya-awak kepada kau-aku.Danial Iskandar tersenyum sinis.Matanya merenung tajam wajah Ain syuhada.Makin kuat pelukkan pada tubuh itu.Masih terbayang wajah merayu isterinya.Dia puas dapat menakluki tubuh Ain Syuhada dan menjadi orang pertama.Dalam hati ada terdetik rasa bangga kerana dia menjadi yang pertama.Sedangkan selama ini gadis-gadis yang mendampinginya semuanya sudah pernah di sentuh.
   
   Akhirnya rontaan kuat Syuhada meleraikan pelukan Iskandar di pinggangnya.Cepat-cepat Syuhada melarikan dirinya jauh dari Iskandar.Dari jauh kelihatan Shamsul,laju kakinya melangkah merapati shamsul kerana dia pasti Iskandar tidak akan berani menghampirinya.Mungkin orang salah anggap dengan situasi mereka,namun yang pasti tiada siapa pun yang tahu akan hubungan suami isteri mereka kecuali kaum keluarga terdekat.
   
   “Oklah Encik Daniel ,kami minta diri dulu”ucap shamsul tanpa berlengah bila melihat isyarat mata dari Syuhada.Dia juga tidak tahu akan hubungan sebenar antara bos kecilnya itu dengan Daniel Iskandar.Tapi dia dapat melihat akan sikap Daniel Iskandar yang cuba merapati Ain Syuhada.Dalam pada masa yang sama Ain Syuhada seakan mengelak dari lelaki tersebut.Begitu juga terjadi masa mereka baru tiba di Menara Holding.Ain Syuhada seakan keberatan untuk turun dari kenderaan yang mereka naiki.Boleh pula bos kecilnya itu menyuruhnya pergi sendirian dan dia menunggu di dalam kereta.
    
Akhirnya Ain Syuhada menghembus nafas lega bila saja kakinya melangkah meninggalkan Menara Holding.Sesak nafasnya selagi lelaki itu ada di hadapan matanya.Terasa seperti ada tali yang menjerut lehernya.Ain Syuhada tersenyum sendiri.Tanpa di sedarinya ada mata yang sedang memerhati langkahnyadari tingkat 17 Menara Holding.Walaupun Ain Syuhada tahu ada dia kisah semua itu.tidak di pedulinya pun.


Tukk....tukkk...

“Masuk...”arah Ain Syuhada.

   “Cik Ain ada tetamu nak jumpa cik Ain....tapi dia tak ada buat temujanji...Cik Ain nak jumpa ke?”Tanya pembantunya.Dia kenal sangat dengan perangai ketuanya itu yang merupakan bos kedua dalam syarikat ini.Ketuanya tidak sekali-kali melayan tetamu tanpa temujanji.

“Berapa lama awak kerja kat sini Mai dan berapa kali saya nak ingatkan awak yang saya takkan berjumpa sesiapapun tanpa temujanji?”tegas Ain Syuhada.

“Tapi...”

“I say no..dah awak boleh keluar Mai..”tegas Ain Syuhada.Belum pun Maisarah keluar dari bilik ketuanya,pintu dibuka dari luar.TergamamAin Syuhada melihat gerangan tetamu itu.

“Errr Cik Ain saya...”

“Takpe awak boleh keluar Mai”potong Ain Syuhada.Daniel Iskandar sempat melemparkan senyuman buat Maisarah.Berbulu mata Ain Syuhada melihat senyuman itu.Bukan kerana cemburu,marah jauh sekali.Tetapi meluat dengan perangai tuan punya senyuman.

“Kau nak apa?”Tanya Ain Syuhada garang.

“woo...woo...macam ni ke cara kau layan tetamu,atau lebih tepat lagi suami?”Tanya Danial Iskandar sambil melembarkan senyuman sinis buat Ain Syuhada.

“emmmm...”sambil menghadiahkan jelingan tajam buat tetamu tak di undangnya.Inilah saat yang paling dia tak mahu laluinya.Berhadapan dengan lelaki yang bergelar suami padanya tetapi dalam masa yang sama bergelar musuh.Segala rasa yang lelaki itu hadiahkan kepadanya masih lagi segar dalam ingatannya.Segala kata-kata yang di lemparkan padanya juga masih jelas terngiang-ngiang di teliganya.Siapa pun tak mungkin menyangka lelaki yang murah dengan senyuman di hadapannya ketika ini adalah suaminya.Suami yang menganggap dirinya tak ubah seperti seorang pelacur.
Terasa air hangat mengalir,cepat-cepat tangan mengesat tanpa mahu Danial Iskandar melihatnya.Tidak sesekali dia akan menunjukkan kelemahannya pada lelaki itu.Kalau pun lelaki itu melihatnya tak mungkin akan simpati pada dirinya.

“Aku ada hal nak bagitahu kau...”

“Kau nak kahwin lagi satu?”potong Ain Syuhada.

“Go head..aku  tak peduli walau kau nak kahwin sepuluh sekali pun,aku nak kau lepaskan aku dulu.Aku tak nak jadi isteri kau”sambung Ain Syuhada

“hoo..hooo...kau ni memang perempuan tak gu...”

“So what...kalau aku perempuan tak guna kau lepaskan aku sekarang,aku pun tak ingin ada suami dayus macam..”potong Ain Syuhada.


2 ulasan: