Jumaat, 28 November 2014

SEPARUH HATI 4

PART 4


“Hei..sakit la..lepaskan tangan saya”jerit Syuhada geram.Tanpa mempedulikan jeritan Syuhada.Daniel Iskandar terus menarik tubuh isterinya lalu di tolak kasar masuk ke dalam keretanya.Cepat-cepat Iskandar meloloskan dirinya ke dalam kereta.Rahangnya bergerak-gerak menahan geram dan amarah.kalau di ikutkan hati memang perempuan itu akan mendapat habuan darinya tapi bila mengenangkan itu isterinya dia cuba bersabar.Belum pernah sekali pun perempuan menolaknya tetapi dia yang sering menolak mereka tapi kali ini dia di tolak,terasa egonya tercabar.Yang lebih membuatkan hatinya sakit perempuan itu adalah isterinya.kereta itu meluncur laju membelah malam.Masing-masing diam tanpa bicara.Akhirnya kereta milik Iskandar membelok masuk ke sebuah banglo yang tersergam indah bagaikan sebuah resort.Syuhada tersentak bila terdengar bunyi pintu kereta di hempas kuat.

“keluar sekarang..”tengking Iskandar kuat.Hatinya geram dan kesabaranya hilang.Tangan Syuhada di tarik kasar hampir-hampir tersungkur Syuhada bila tubuhnya di tolak kasar masuk ke dalam banglo milik Iskandar.Iskandar menghempas dirinya di atas sofa sambil butang bajunya di tanggalkan.

“kau dengar sini baik-baik..mulai hari ini aku nak kau tinggal sini dengan aku..”tegas Iskandar

“dan... kalau kau ingkar aku tak akan teragak-agak nak jahanamkan hidup kau,aku boleh buat sampai kau tersungkur depan kaki aku..”sambung Iskandar memberi amaran.Ain Syuhada hanya mendiamkan diri.Baru dia kenal perangai tak baik yang Datin a.k.a mama Iskandar.Baran,keras kepala,cakap dia je yang kena betul.

Iskandar terus menapak menaiki tangga menuju ke biliknya tanpa mempedulikan Ain Syuhada.Matanya meliar melihat sekeliling banglo mewah itu.Sungguh dia tidakmenyangka akhirnya dia terperangkap juga dengan lelaki itu.Telefon bimbitnya di capai lalu menghantar mesej kepada seseorang dan akhirnya Syuhada terlelap juga di situ.

Iskandar menuruni tangga menuju ke dapur.Matanya terpandang figura manusia di ruang tamu rumahnya.Dia hampir terlupa yang Ain Syuhada juga berada di situ.Kakinya melangkah menghampiri  isterinya.Wajah ayu isterinya di renung lama sambil tangannya membelai lembut pipi Syuhada yang sedang tidur.Nafasnya mendesah tiba-tiba keinginan itu datang.Cepat-cepat dia menjauhi isterinya yang sedang tidur.Betullah kata orang di antara lelaki dan perempuan pasti ada yang ketiga menghasut.Tambahan pula gadis itu halal untuk di gaulinya.Daniel Iskandar berlalu pergi meninggalkan Syuhada yang sedang tidur.Nafasnya yang mendesah cuba di tenangkan sambil membaringkan diri di atas katil.

Sementara itu di ruang tamu Ain Syuhada baru tersedar dari tidur.Dia langsung tidak menyedari kehadiran Daniel Iskandar datang membelainya tadi.Akhirnya Ain Syuhada memanjat tangga menuju bilik yang di diami Iskandar tadi.

“Iskandar...Iskandar...”panggil Syuhada sambil pintu bilik di ketuk perlahan.Namun masih tiada balasan dari Iskandar.Lama Syuhada berdiri di depan pintu bilik itu.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang sendiri tanpa Iskandar.Pantas kakinya menuruni tangga menuju ke pintu utama.Saat kakinya melangkah keluar dari rumah itu tubuhnya di langgar seseorang.

“Hoi..buta ke?habis baju i...mahal tau i beli,u ingat u mampu ke ganti baju ini..”marah gadis seksi yang berada di depannya itu.Syuhada masih lagi terkejut dengan kemunculan gadis itu.Kepalanya ligat memikirkan tujuan gadis seksi itu ke rumah Danial Iskandar pada waktu begini.

“Hoi perempuan..dah lah buta,pekak pulak tu..”sergah gadis itu bila Syuhada tidak memberikan respon kepadanya.Syuhada tersentak dari lamunannya.

“Maaf Cik saya tak sengaja..”ucap Syuhada lembut sambil menundukkan muka.Bukan kerana dia takutkan perempuan itu,tidak sama sekali.Otaknya ligat memikirkan tujuan kedatangan gadis itu kemari.

“Buat apa u datang rumah Danial malam-malam ni?”Tanya gadis itu dengan wajah yang tidak puashati.Kepala Syuhada ligat memikirkan alasan yang sewajarnya untuk di berikan kepada gadis itu.Tiba-tiba..

“Sayanggggg......”rengek gadis itu manja mengalahkan kucing parsi baru jumpa tuan bilamana ternampak kehadiran Danial Iskandar.Ain Syuhada masih membekukan diri di situ.Dalam otaknya merencanakan satu alasan yang paling kukuh untuk dia tidak terus kekal di rumah itu.Danial Iskandar merapati mereka berdua.Lengan Danial Iskandar di raih lembut.Perempuan itu tanpa malu menghadiahkan kucupan di pipi Iskandar.Syuhada hanya melemparkan senyuman sinis buat Danial Iskandar.Dalam masa beberapa minit sahaja dia telah dapat mengagak tentang cara hidup Danial Iskandar.Lepas laku,lupa agama.

Mata Danial Iskandar merenung tajam pada Syuhada.Dalam masa yang sama Syuhada membalas sambil senyuman tersungging di bibirnya.senyuman sinis buat suami tercinta.

“Sayanggg..”rengek Tania bila kehadirannya tidak di pedulikan Danial.Wajah Danial dipalingkan menghadap mukanya.Senyuman manis di hadiahkan Danial Iskandar buatnya.Ain Syuhada melangkah pergi tanpa berpaling melihat pasangan itu.Danial Iskandar hanya mampu melihat tubuh isterinya berlalu pergi.Entah kenapa mulutnya terkunci untuk menerangkan pada Syuhada maupun Tania tadi.

Nasibnya baik bila sahaja sampai di seberang jalan kelihatan sebuah teksi.Masuk sahaja ke dalam perut teksi,nafas lega di lepaskan.Bibirnya tersenyum sendiri sambil kepalanya digeleng-geleng.Syuhada perasan pak cik teksi tersebutmelihat perbuatannya melalui cermin pandang belakang.Mungkin pak cik teksi fikir dirinya tidak betul,namun tanpa pedulikan pemandu teksi tersebut Syuhada melihat pandangan luar.

Akhirnya teksi berhenti di hadapan rumah yang di diami bersam abang dan kakak iparnya.Tanpa menghiraukan Nasrul Dan Salmi yang sedang menonton Syuhada terus menuju ke biliknya.
Siap mandi tubuhnya di rebahkan ke katil.

“fuhh..leganya dapat baring,heavannyaaaa...”ngomel Syuhada sendiri.Akhirnya dia tertidur sendiri tanpa memikirkan langsung apa yang terjadi pada dirinya tadi.Memang begitulah sikap Syuhada tidak mahu menyaratkan otaknya memikirkan benda yang tidak penting baginya.






4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Simple.. Sis.. You make a good choice to write. But, i think you need to improve more about your plot n language. Don't make it to simple because the readers will get boring easily. Try to eloborate more about a scene. Then i'm sure your novel will be excellent !
    Nice try ! Keep it up ! Chaiyok !

    BalasPadam
  3. sis Wan Nur Afifah tq dengan komen membina itu..sy menghargainya..sy bdk baru belajar..hihihi

    BalasPadam