Sabtu, 8 November 2014

SEPARUH HATI 2

  PART 2

“Tolong lepaskan tangan saya...saya belum bersedia untuk semua ni,saya harap awak faham”rayu Syuhada sambil menahan suaranya.

“Sampai bila awak nak tangguhkan semua ni,setahun?dua tahun?ke awak nak tunggu putera kayangan datang”Tanya Iskandar geram.Bagi Iskandar dia tidak mahu terus menerus di persalahkan dalam hal ini.Egonya mengatakan Ain Syuhada adalah miliknya dan patut mengikut segala kehendak dan arahannya.Siapa yang tak kenal Danial Iskandar Dato’ Mokhtar.Seorang lelaki yang tegas dalam masa yang sama ego.Tidak mustahillah jika dia menganggap Ain Syuhada itu adalah miliknya setelah dia melafazkan akadnya pada malam itu.Memang pada mulanya dia sendiri terkaku dan terkejut bila di minta bernikah pada saat itu juga.Tapi kerana egonya dia ikut juga kemahuan keluarga sedangkan mereka langsung tidak kenal antara satu sama lain.

Ain Syuhada terpaksa menurut.Mereka menuju ke arah kereta milik Danial Iskandar.Pintu kereta di buka lalu tubuh kecil Syuhada di tolak masuk,manakala beg pakaian di tangan Syuhada di ambil dan di lemparkan ke tempat duduk belakang.Dia terus menghidupkan enjin kereta dan terus berlalu.Ain Syuhada gelisah,sesekali menjeling geram ke arah Iskandar.Dalam hatinya mengerutu marah dengan tindakan Iskandar  tadi.Geram,malu dengan perangai Iskandar menarik tangannya kasar di ruang legar hotel tadi.Dia sempat melihat beberapa orang pelanggan hotel melihat kelakuan mereka tadi.

“Awak nak bawa saya ke mana ni?”Tanya Ain Syuhada.Danial Iskandar masih lagi membisu tanpa mempedulikan pertanyaan Ain Syuhada.Pada mulanya dia tidak mahu berkeras dengan Ain Syuhada,tapi lain jadinya bila isterinya itu memberontak.Seminggu dia menunggu Syuhada pulang ke rumah abang iparnya,seminggu jugalah dia tidak dapat focus terhadap kerjanya.Dia menebalkan muka bertanya pada abang iparnya di mana Ain Syuhada berada.Kerana itu dia di sini.Sangkanya Ain Syuhada akan menerima baik kedatangannya,namun sangkaannya meleset.Malah isterinya itu masih mahu melarikan diri darinya.Dia perlu menggunakan kuasanya sebagai suami walaupun Ain Syuhada berkeras.Akhirnya kereta Iskandar membelok lalu berhenti di sebuah resort.

Iskandar keluar tanpa memperdulikan isterinya lalu menuju ke dalam.Sebentar kemudian kelihatan Iskandar keluar menuju ke arah kereta lalu membuka bonet belakang.Syuhada berlagak seperti tidak peduli dengan apa yang iskandar lakukan.Padahal dalam hatinya hanya allah sahaja yang tahu.

“Jom..”ajak Iskandar sambil membukakan pintu untuk isterinya.Syuhada masih berdiam diri tanpa memperdulikan Iskandar.Tangan Syuhada di tarik kasar Tanpa sengaja Syuhada jatuh terduduk ke tanah.

Geramnya hati Syuhada hanya tuhan saja yang tahu,malu kerana ada beberapa orang yang lalu di situ melihat dia jatuh.Sakit punggung tak payah cerita la.Geram dengan perbuatan Iskandar buat kali kedua memalukannya.

“Saya nak balik,kalau awak nak masuk..awak masuk sorang-sorang..saya tak de masa nak bercuti lagi.Esok saya kerja”jawab Syuhada geram.Iskandar hanya tersengih dengan jawapan isterinya.Tanpa pengetahuan Syuhada,Iskandar terlebih dahulu memberitahu bos kepada isterinya yang juga merangkap abang iparnya,Nasrul.Kali ini dengan lembut Iskandar menggenggam tangan Syuhada supaya mengekorinya.Walaupun Syuhada menarik tangan untuk di lepaskan dia tetap tidak peduli.Baginya apalah sangat kekuatan seorang wanita itu.Egonya tetap mahu Syuhada tunduk pada kehendaknya.

Sampai di bilik 103 Iskandar terus masuk ke dalam.Lalu merebahkan diri di atas tilam.Dengan badan yang kepenatan dia tertidur tanpa menyedari isterinya telah pergi meninggalkannya.
Dalam masa yang sama Ain Syuhada sudah selamat sampai di rumahnya.Salmi terkejut dengan kepulangan Syuhada tanpa kehadiran Iskandar.Suaminya ada memberitahunya yang Danial Iskandar ke terangganu menemui adiknya tapi apa yang di lihat lain pula.Namun dia tidak bertanyakan kekeliruannya pada Ain Syuhada,dia tahu hati adiknya itu masih bersedih atas kejadian yang menimpa dirinya.

Danial iskandar baru tersedar dari tidurnya bingkas bangun bila menyedari tiada ketiadaan isterinya.Namun sudah terlambat,isterinya itu telah selamat sampai ke rumah Nasrul.Danial Iskandar mengetap bibir geram dengan perbuatan Ain Syuhada,hatinya membara marahkan gadis itu.Bersusah payah dia datang ke terengganu semata-mata untuk menemui Ain Syuhada,tapi isterinya pula melarikan.
Sedang Syuhada bermalas-malasan di atas katil,muncul Salmi terburu-buru....

“Ada..Ada..cepat siap tu Is dah tunggu kat luar tu..”arah Salmi.

“Hah..kenapa pulak ni..tetiba je suruh orang siap,malas lah Ada nak layan dia tu kak.”jawab Syuhada selamba

“Dah..dah..Ada jangan degil cepat siap,apa-apa pun bincang elok-elok jangan lah lari-lari macam ni,Is tetap suami Ada yang sah walau macam mana sekali pun ada nafikan,dia berhak ke atas Ada”pujuk Salmi walaupun lembut namun ada nada tegas.Syuhada mendiamkan diri.Jarang kakak iparnya berkeadaan seperti itu.Antara abangnya Nasrul dan Salmi,dia lebih rapat dengan Salmi,baginya Salmi bagaikan ibu kepadanya dan dia juga tahu Salmi amat menyayanginya,kerana itulah Salmi cepat melatah bila sesuatu terjadi kepadanya.

Masih segar di ingatannya waktu dia di tahun tiga sekolah menengah.Suatu hari dia pulang lewat kerana menghadiri latihan kawad tapi dia lupa memberitahu Nasrul.Pulangnya dari sekolah abangnya itu sudah menanti depan pintu bersama rotan di tangan.Tanpa banyak soal rotan di tangan Nasrul hinggap di betisnya.Mendengar raungannya,Salmi yang sedang berada di dapur berlari keluar.Kerana peristiwa itu Salmi bergaduh besar dengan abangnya.Sejak itu abangnya Nasrul tidak lagi memukul atau menghukum dengan setiap kesalahan yang di buatnya.Semuanya di serahkan bulat-bulat kepada Salmi.


Tiba-tiba muncul Nasrul bersama Iskandar.Syuhada terus bingkas menuju ke bilik mandi.Lama dia berada di bilik mandi.Tanpa menghiraukan keadaan di luar.Setelah puas dia keluar sambil tuala dililit atas kepala.Syuhada memerhati biliknya kosong mungkin mereka berada di ruang tamu fikirnya.Namun sangkaannya meleset bila melihat Iskandar yang tertidurdi atas katilnya.Perlahan-lahan Syuhada menuju ke pintu untuk keluar,baru saja tangannya mencapai pintu tiba-tiba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan