Sabtu, 8 November 2014

ISTERI TAK DI IKHTIRAF


BAB 1

“Jangan kau harap nak hidup dengan aku,kau tak layak untuk itu dan selepas ini kau dengan hal kau aku dengan hal aku.Hidup kau tak ada kena mengena dengan aku”ucap lelaki itu dengan angkuh.Hanya airmata yang menemani zulaikha ketika ini.

“Zulaikha.......”namaku di seru hilang semua kenangan lima tahun yang lalu.Kenangan yang semahunya untuk di lupakan.Hanis mendekatiku sambil menghadiahkan senyuman manis di bibir.Bahuku di gosok lembut menyedarkan aku dari terkejut.

“Menung apa lagi tu Ika..”

“Ni ha..aku nak bagi tahu kau,Dato’ mintak kau ke bilik dia “sambung Hanis terus berlalu ke mejanya.

“Sekarang ke?”Tanya Zulaikha.

“Tak lah tahun depan..”jawab Hanis sambil ketawa lucu.Zulaikhamembalas dengan jelingansambil mencapai buku catatannya  terus melangkah menuju ke bilik Dato’Hisyam.Pintu diketuk sebelum menerima arahan untuk masuk.

“Ya Dato’nak jumpa saya ke?”Tanya Zulaikha dengan senyuman.Dia perasan ada tetamu lain di bilik itu.Namun wajah tetamu itu masih tak dapat di lihat.

“Duduk lah dulu..saya nak kenalkan awak dengan arkitek baru kita ni dan juga rakan setugas awak yang baru menggantikan Mohsin”ujar Dato’Hisyam panjang lebar.Sambil tersenyum Zulaikha mengambil  tempat di hadapan Dato’Hisyam dan di sebelah tetamu itu.

“Kenalkan Safuan Izzuddin arkitek baru kita..”ucap Dato’Hisyam sambil tersenyum.Lain pula dengan Zulaikha bila mendengar nama itu.Air liur yang di telannya umpama duri.Zulaikha menarik nafas dan melepaskan nafasnya perlahan-lahan.Wajahnya mengukir senyum lalu menoleh pada tetamu itu yang merupakan rakan setugasnya.

“Sufi Zulaikha..”ucap Zulaikha memperkenalkan diri.Senyuman sehabis manis terukir di wajahnya.Lain pula tetamu itu seakan ternampak kalibat hantu.hahaha..

“Safuan Izzuddin..emm kita pernah jumpa ke sebelum ni?”Tanya Safuan

“Ish..tak kot Encik Safuan mungkin pelanduk dua serupa.Ni first time saya jumpa Encik”jawab Zulaikha bersahaja.Namun dalam hati macam nak pecah.Melihat Safuan menanggukkan kepala senyuman manis di lemparkan.

“Emm ada apa-apa lagi ke Dato’,kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu?”Tanya Zulaikha,melihat anggukan dari Dato’Hisyam, Zulaikha terus melangkah keluar  menuju kearah meja kerjanya.Dadanya di urut menahan debar.Hanis melihat sambil mengangkat kening.Faham lah dia maksud Hanis.kenapa?lantas kepalanya di geleng laju.

Seminggu telah berlalu namun debar di hati Zulaikha masih belum surut.Saat ini baru dia rasa betapa untungnya kalau ada bilik pejabat sendiri.Di megah jaya milik Dato’Hisyam ni mengamalkan konsep terbuka.Jadi siapa saja yang bekerja di pejabat ini boleh di lihat dengan mata kasar tidak perlu menggunakan microskop.Tanpa mempedulikan ruang waktu Zulaikha tekun menyiapkan kertas kerjanya.Dia juga merupakan arkitek di megah jaya.Selama dia bekerja di sini,semua kerjanya di selesaikan dengan baik tanpa ada cacat cela.Namun sejak kehadiran hamba allah itu hidupnya bagaikan mimpi ngeri.Memang hamba allah itutidak mengganggunya tapi kehadiran hamba allah itu mengganggu perasaannya.Masih jelas di kotak fikirannya segala apa yanghamba allah itu katakan kepadanya.Malam dimana dirinya bergelar seorang isteri.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul lima setengah.Waktu kerjanya sudah tamat.Zulaikha mengemas segala kertas kerja yang berselerakkan  atas mejanya.Dengan pantas menarik beg tangannya menuju pintu keluar

“ikaaaa....”namanya di laung seseorang.Cepat dia mencari arah datangnya suara itu.Kelihatan Hanis melangkah laju ke arahnya sambil tersenyum manis.

“Aku ingat kau dah balik,tak Nampak pun kat meja kau tadi”ucap Zulaikha sambil menggeleng kepala melihat tingkah laku kalut temannya merangkap teman serumahnya.Mereka  beriringan menuju kereta masing masing.Walaupun mereka serumah namun kerana tuntutan kerja yang tidak menentu terpaksalah mereka memandu kereta masing masing.Kalau di ikutkan hati mahu saja berkongsi lebih jimat.Kereta milik Hanis berlalu meninggalkan Zulaikha yang sedang mengemas barang barangnya.Zulaikha hanya melihat Hanis berlalu pergi.Setelah siap memasukkan barang barangnya Zulaikha menuju ke tempat pemanduan.Baru sahaja pintu kereta hendak di tutup ada tangan yang sedang menahannya.

“Eh Encik Safuan tak balik lagi”Tanya Zulaikha buat buat ramah,padahal dalam dada macam nak pecah terkejut dengan kehadiran makhluk allah itu.

“Kita kena berbincang...”

“about what??..”

“we...”

“we???Sorry Encik saya tak faham....”

“Come on Sufi  Zulaikha...jangan buat buat tak kenal,aku tahu kau kenal siapa aku..”tegas Safuan sambil merenung tajam wajah Zulaikha.Zulaikha tergamam mendengar kata-kata safuan.Rupanya lelaki itu hanya berlakon seakan tidak mengenalinya.

“Ok..cakaplah apa yang encik nak cakap,saya nak balik pulak”jawab Zulaikha tanpa perasaan.Dia tahu tentunya lelaki itu mahu berbincang pasal hubungan lepas.Bagi Zulaikha kamus hidupnya terhenti buat lelaki itu sejak lima tahun lalu.Malam dimana dirinya di adili tanpa pembelaan.Dirinya di tinggalkan tanpa khabar berita.Hari di mana keesokkan keluarganya mendapat malu gara-gara tindakan lelaki itu.Kerana lelaki itu maruah keluarganya tercalar.kerana lelaki itu juga dirinya dihina.


“Kau...huhh..kau ni memang menyakitkan hati betullah,perempuan macam kau ni berlambak kat mana-mana”ucap Safuan geram dengan sikap selamber Zulaikha.
Egonya tercabar dengan kedinginan Zulaikha.Lalu dia terus melangkah pergi tanpa ucapan.hati Zulaikha sekali lagi di robek teruk dengan kata-kata safuan.Terasa terhina dirinya dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.Airmata yang di tahan akhirnya mengalir sekali lagi kerana lelaki itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan