Rabu, 19 November 2014

SEPARUH HATI 3


PART 3


“Siap cepat,saya nak awak ikut saya sekarang jugak,jangan bagi apa-apa alasan pun”arah Iskandar tegas,dia semakin geram dan sakit hati dengan kerenah Ain Syuhada.Egonya tercabar belum pernah dia di permudahkan seperti itu,ini pertama kali terjadi dalam hidupnya dan yang paling menyakitkan hatinya perempuan itu adalah isteri yang tanpa sengaja dinikahinya.Ain Syuhada masih lagi berdiri tidak bergerak di tepi tingkap.Entah kenapa lelaki di hadapannya ini menengking dan memarahinya sesuka hati.Dia membayangkan bagaimana harus dia berhadapan dengan lelaki yang egonya terlalu tinggi ini.

“Cepat la..tunggu apa lagi”sergah Iskandar geram melihat Syuhada yang langsung tidak menghiraukannya.

“Mintak maaf ye En Daniel Iskandar bin Dato’ Mokhtar,saya rasa tak ada apa yang perlu kita bincangkan,kalau betul encik nak berbincang senang je kita jumpa kat pejabat kadi,kita selesaikan kat situ.senang..saya rasa encik pun faham kan saya tak kenal encik dan encik tak kenal saya,tiba-tiba kita terpaksa kahwin.Encik pun tahukan tujuan asal saya jumpa encik pada hari kejadian tu berlaku.So...saya rasa tak perlu lah kita nak buat semua ni kononnya nak tutup aib keluarga.”ucap Ain Syuhada.

“Dan satu lagi saya nak ingatkan Encik Danial Iskandar,Encik tidak ada hak untuk memaksa saya mengikut kemahuan encik,”sambung Syuhada lagi.

“Cik..Oppp..oppp..oppp silap Puan Ain Syuhada binti Malik buat pengetahuan Puan,saya Daniel Iskandar bin Dato’ Mokhtar adalah suami puan yang sah,jadi saya berhak segalanya keatas Puan Ain Syuhada”balas Iskandar tegas.Ain Syuhada terdiam,sesungguhnya dia terlupa yang lelaki berdiri di hadapannya tika ini adalah suaminya yang sah melalui hukum syarak.Tapi hatinya tetap tidak boleh menerima kehadiran Danial Iskandar dalam hidupnya.Bagaimana dia hendak menerima lelaki itu dalam hidupnya sedangkan dia langsung tidak pernah mengenali lelaki itu,Cuma nama lelaki itu saja yang di ketahuinya,itu pun kerana perjumpaan yang yang sepatutnya di hadiri oleh Syamsul.Atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan dia menjadi pengganti di saat-saat akhir.Dan kerana itu dia kini bergelar isteri pada lelaki yang tidak pernah dia kenali.Siapa saja pun pasti merasa apa yang dia rasa jika berada dalam keadaannya.
Dengan langkah lemah Syuhada akur dengan kemahuan Iskandar.

“So..Encik Iskandar sila keluar dari bilik saya,kalau...”

“Awak siap je ikut suka hati awak nak buat macam mana,saya takkan sekali-kali keluar dari bilik ini sampai awak siap”potong Iskandar tegas.

Setelah berada di dalam kereta mereka masing-masing membisu,Ain Syuhada memandang ke luar melihat lampu-lampu indah yang menyinari sepanjang jalan.Dia merasa tidak selesa berada berdua bersama lelaki itu walaupun hubungan mereka menghalalkannya.Begitu juga Daniel Iskandar.Dalam banyak-banyak perempuan yang dia kenal,perempuan yang berada di sisinya inilah yang paling payah untuk di jinakkan.kalau perempuan lain sudah lama tunduk kepadanya.Tidak hairanlah kalau gelaran playboy berada dalam genggaman tangannya,tetapi dengan Ain Syuhada egonya tercabar.
Kerana itu dia berusaha menundukkan Ain Syuhada.Baginya sekali menjadi miliknya akan terus kekal menjadi miliknya.

Akhirnya kereta Iskandar berhenti di sebuah restoran ikan bakar berdekatan jambatan Tanjung Lumpur.Tanpa bersuara Ain Syuhada mengekori Iskandar dari belakang.Mereka mengambil tempat paling sudut yang sedikit tersorok.Senang untuk perbincangan mereka nanti.Setelah beberapa minit makanan yang di pesan pun sampai.

“Ok..jom kita makan dulu saya dah lapar..silakan”pelawa Iskandar lembut.Syuhada menurut tanpa kata walaupun hakikatnya dia kurang selesa berada di situ tambahan pula bersama lelaki yang asing baginya.Sedang mereka menjamu selera,tiba-tiba datang seorang gadis bersama seorang lelaki.Ain Syuhada  langsung tidak pedulikan mereka berdua,selesai saja menjamu selera Syuhada terus bangun dan berlalu pergi.Iskandar hanya mengekori langkah Syuhada dengan ekor matanya.
Setengah jam kemudian Syuhada kembali ke tempat duduknya.Perempuan yang tadinya bersama Iskandar telah menghilang entah kemana.

“Ke mana tadi?”Tanya Iskandar.Syuhada hanya menunjukkan jari ke arah belakang.Iskandar hanya menggangukkan kepala tanda mengerti.Tadi dia ingatkan Syuhada sudah pergi sekali lagi meninggalkannya,rupanya sangkaannya meleset.Di renungnya wajah lembut milik Syuhada,mencari sesuatu yang dia sendiri tidak tahu.Dalam hati Iskandar  berharap Syuhada akan menerima cadangannya.

“Ada apa yang awak nak bincangkan dengan saya?”Tanya Syuhada setelah lama membisu,sebenarnya dia tidak selesa berada di situ berdua  dengan Iskandar.Dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu.Kalau ikutkan hati dah lama dia tahan teksi untuk pulang ke rumah,tapi bila di fikirkan balik masalahnya dengan Iskandar,dia tetap sabar menunggu.

“Saya nak awak tinggal dengan saya dan kita jalani hidup sebagai suami isteri sebenar”ucap Iskandar memandang tepat muka Syuhada yang terkejut.

“Hah???saya tak nak,saya tak kenal awak tak tahu awak siapa,tiba-tiba kita di nikahkan dan sekarang awak mintak saya tinggal dengan awak pula.awak dah gila ke apa?”jawab Syuhada geram bercampur terkejut mendengar permintaan Iskandar.

Iskandar hanya diam sambil tersenyum.Namun yang pasti senyum sinis bukan senyuman yang boleh membuatkan hati Syuhada tergoda.Dalam hati iskandar membara.Ini adalah kali pertama dia di tolak mentah-mentah oleh seorang perempuan.Paling menyakitkan hati isterinya sendiri yang menolak permintaannya.Egonya tercabar lagi.Selama hari ini tiada seorang perempuan pun yang pernah menolaknya malah mereka makin tersua-sua lagi ada.Rahangnya di ketap kuat menahan geram.Syuhada membisu melihat wajah Iskandar yang merah menahan marah.

“Awak fikir awak boleh lepas dari saya?macam tu?you’a  wrong  Puan Ain Syuhada.I’m your husband dan saya berhak ke atas awak, you are my wife,be my mine forever...titik”tegas Iskandar.


“What ever you say Encik Daniel Iskandar..keputusan saya muktamad,i don’t want stay with u.Ini semua mengarut.”tegas Ain Syuhada dengan nada keras tapi masih mampu mengawal suaranya.Lantas terus bangun melangkah pergi meninggalkan Iskandar.Baru sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam sebuah teksi tangannya di rentap kasar.Hampir terpelanting tubuh Ain Syuhada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan