Assalamualaikum..hai semua..harapnya smeua sihat ye..jaga kesihatan masing-masing ye...
akhirnya dapat juga amie tempek bab baru ITDI...jom semua layan..
maaf andai ada kekurangan...insyaallah ada beberapa bab lagi akan amie tempek di sini..selebihnya akan kita tunggu apa pengakhirannya...
jom layan...
akhirnya dapat juga amie tempek bab baru ITDI...jom semua layan..
maaf andai ada kekurangan...insyaallah ada beberapa bab lagi akan amie tempek di sini..selebihnya akan kita tunggu apa pengakhirannya...
jom layan...
BAB 10
Hari minggu seperti ini Zulaikha lebih
suka melepak sahaja di rumah begitu juga dengan Hanis.Masa cuti selalunya
mereka habiskan dengan menonton tv atau berbual-bual kosong.Banyak Aktiviti
yang mereka lakukan bersama.
"Ika cuba kau tengok kat depan
pagar umah kita tu.Tu bukan ke kereta Encik Safuan ke?Dia buat apa ye kat umah
kita ni?"tanya Hanis pelik.Zulaikha cuba mengintai memang benar itu kereta
Safuan.
"Eh buat ape pulak lah dia ni kat
depan umah aku pagi-pagi ni?macam mana dia tahu aku tinggal kat
sini?"tertanya Zulaikha sendiri.Dia pasti tentunya Safuan menunggunya.
"Ahh....lantaklah bukan kena
mengena dengan aku pun.Dia nak jadi tugu pun apa aku kisah."ngomel
Zulaikha sendiri.Dia meneruskan kerja mengemasnya.Hari minggu begini memang
inilah aktiviti yang di lakukan bila tidak keluar ke mana-mana.
Zulaikha langsung tidak menyedari
temannya itu telah pun keluar menemui Safuan.Dia langsung tidak peduli tentang
kedatangan Safuan.Hatinya belum cukup kuat untuk berdepan dengan lelaki
itu.Jika dia berdepan dengan lelaki itu bermakna dia sekali lagi membiarkan
hatinya di sakiti.Dia sudah cukup merana dengan perbuatan lelaki itu,malah
bukan seorang tetapi dua orang lelaki yang menghancurkan hati dan perasaannya
malah maruahn keluarganya hancur pada hari dan waktu yang sama lima tahun dulu.
“Ika!Encik Safuan tunggu kau kat luar
tu.cepatlah perginya.”arah Hanis tanpa perasaan.Zulaikha masih lagi tercengang
dengan arahan Hanis.Otaknya masih belum boleh berfungsi dengan betul.
“Masa bila pulak mak cik ni
keluar?sedar-sedar cakap pak cik tu nak jumpa aku?ishh..ilmu apa mak cik ni
pakai.”bebel Zulaikha sendiri.
“Oi!kau dah kenapa?termenung sambil
membebel sorang-sorang?tu ha..ada orang tengah tunggu kau.”sergah Hanis pelik
dengan sikap Zulaikha yang tiba-tiba termenung.Padahal dia cuma menyampaikan
pesanan orang.
“Em..em..dia nak
apa datang sini?aku bukan ada apa-apa urusan pun dengan dia.kau je lah jumpa
dia.”tolak Zulaikha.dia cukup malas untuk berdepan dengan Safuan tika ini.Dia
tahu hatinya belum cukup kuat untuk menyingkap kembali kenangan lima tahun yang
lalu yang menyebabkan terjalinnya ikatan antara mereka berdua.
“Ish kau ni,dia
nak jumpa kau bukan aku,pergi je lah.Mana tahu kot dia nak ajak kau dating
ke,pergilah cepat sian dia tunggu dari pagi tadi lagi.”pujuk Hanis.Dia dapat
rasakan ada masalah yang perlu mereka berdua itu selesaikan.Dia risau jika
Zulaikha terus mengelak, Safuan akan bertindak drastik.Dengan langkah yang
malas akhirnya Zulaikha keluar juga menemui Safuan.
“Emm...Encik
Safuan nak apa ni,pagi-pagi lagi dah sampai ke sini?dan macam mana Encik tahu
saya tinggal kat sini?”Tanya Zulaikha tanpa memandang wajah tetamu tak di
undangnya.
“Amboi banyaknya
soalan,tak sempat saya nak jawab.”gurau Safuan namun tidak mendatangkan lucu
pada Zulaikha.betullah kata orang bila hati dah benci segala kebaikan akan
tertutup dengan sendirinya.Tapi ada ke kebaikan yang Safuan lakukan
padanya?terfikir sendiri Zulaikha.
“Saya tak ada
masalah nak dengar lawak Encik Safuan.cakaplah cepat nak apa datang sini?”marah
Zulaikha mula panashati bila Safuan mengusiknya.Safuan hanya merenung wajah
Zulaikha tanpa menjawab pertanyaannya.Zulaikha mula rasa gelisah bila wajahnya
di tenung sebegitu.
“Ish..kalau tak
nak cakap apa-apa sudahlah.saya nak masuk..”
“Siap cepat!saya
tunggu kat sini dan kalau awak tak keluar saya bunyikan hon kuat-kuat biar
semua jiran awak keluar.Masa tu saya boleh bagi tahu mereka semua termasuk
Hanis siapa saya pada awak.”ugut Safuan perlahan.Zulaikha mengigit bibirnya
menahan marah.Dia tidak menyangka Safuan sanggup mengugutnya seperti itu.
Dengan langkah
yang berat Zulaikha kembali ke dalam rumah.Hanis yang sejak tadi mengintai
terus duduk di sofa berpura-pura seperti dia tidak mengetahui apa-apa.Zulaikha
terus memanjat tangga menuju biliknya di tingkat atas.Setelah bersiap ala kadar
Zulaikha menuruni tangga.
“Nis!aku keluar
kejap,sori tau tak dapat temankan kau.Entah apa yang pak cik tu nak,mimpi
agaknya ajak aku keluar siap ugut-ugut lagi.”terang Zulaikha serba salah.Dia
telah berjanji dengan Hanis untuk menemani temannya itu keluar membeli barangan
dapur.Di sebabkan Safuan,dia terpaksa membatalkan aktiviti mereka hari ini.
“Takpelah lain
kali kita boleh keluar,yang penting urusan korang berdua tu selesaikan
dulu.”ucap Hanis sambil tersenyum.Zulaikha kepelikkan melihat senyuman teman
baiknya itu.tentunya Hanis salah sangka dengan hubungannya dan Safuan.
“Yang kau
tersengeh-sengeh ni kenapa?kau jangan fikir bukan-bukan ye.”marah Zulaikha
sambil membalingkan bantal kusyen ke muka Hanis.
“Ala..kalau ada
apa-apa pun apa salahnya kan dua-dua solo lagikan.Tak sangka masin jugak mulut
aku,Encik Safuan ajak kau dating hari ni.happy..happy..”ujar Hanis sambil
ketawa lepas.Sekurang-kurangnya dia gembira temannya itu”berdating” juga
akhirnya.Selama dia kenal Zulaikha sekali pun tidak pernah dia melihat Zulaikha
keluar bersosial dengan orang lain kecuali dirinya.Dia sedar Zulaikha tidak
punya ramai kawan kerana itu dia gembira bila ada seseorang mengajak temannya
itu keluar.Tiba-tiba...
Ponn..ponn..ponn..ponn...
Hon kereta di
bunyikan Safuan seperti yang telah di beritahu pada Zulaikha tadi.Muka Zulaikha
sudah cuak dengan situasi itu.Betulkah rahsianya akan pecah?tergopoh-gapah
Zulaikha keluar dari rumahnya.Hanis yang melihatnya hanya mampu menggelengkan
kepala.Sambil berjengkit-jengkit Zulaikha mengenakan kasut di kakinya.Safuan
yang melihat tersenyum megah.Akhirnya rancangannya untuk keluar bersama
Zulaikha hari ini berhasil.Tanpa banyak soal Zulaikha terus menghempaskan
tubuhnya di kerusi sebelah pemandu.Safuan yang melihatnya hanya tersenyum
sambil menggelengkan kepala.
“Marahkan akulah
tu,ada aku kisah,yang penting misi aku hari ni Berjaya.”ngomel Safuan dalam
hati.Dia sudah bertekad jika cara lembut Zulaikha tidak menurut,dengan cara
tegas begini pun dia sanggup buat asalkan Zulaikha mahu berbincang denganya
tentang hubungan mereka.
Zulaikha hanya
mendiamkan diri sepanjang perjalanan.Dia tidak tahu apa yang hendak di
bualkan.Dia hanya menunggu jika Safuan membuka mulut.kereta milik Safuan terus
meredah jalan,Zulaikha hanya mendiamkan diri tanpa bertanya ke mana Safuan
ingin membawanya.
“Awak dah makan
belum?”Tanya Safuan akhirnya.Dia lemas dengan kebisuan Zulaikha.Keras sungguh
hati gadis yang berada di sebelahnya ini,Fikir Safuan sendiri.Tapi dia tidak
menyalahkan Zulaikha jika gadis itu berubah begitu.Dialah punca gadis itu berubah
menjadi dingin beku seperti itu.Bukan dia tidak pernah mendengar cerita-cerita
tentang Zulaikha di tempat kerja.Ramai juga yang cuba masuk jarum,akhirnya
mereka semua berputus asa bila pelawaan mereka di tolak mentah-mentah oleh
Zulaikha.Ramai yang berkata Zulaikha ini anti sosial.
“Belum.”jawab
Zulaikha ringkas.Dia masih geram dan marah dengan sikap memaksa Safuan.Baginya
Safuan tidak ada hak untuk memaksanya menuruti arahannya.Dia langsung tidak
boleh menerima perangai Safuan yang satu ini.
Akhirnya kereta
milik safuan berhenti di salah sebuah kedai untuk mengisi perut.Zulaikha hanya
menurut dari belakang.Setelah itu mereka meneruskan perjalanan.Zulaikha mulai
gelisah bila dia merasakan telah jauh Safuan membawanya.
“Encik Safuan
nak bawak saya pergi mana ni?”Tanya Zulaikha cuak bila kereta milik Safuan
membelok masuk ke sebuah resort di tepi pantai.Safuan masih lagi mendiamkan
diri.Dia sengaja mendera perasaan Zulaikha.Dia geram dengan kebisuan Zulaikha
yang memprotes tindakannya memaksa Zulaikha mengikutnya.kesabarannya pun ada
batasnya.
“Encik Safuan
nak buat apa bawak saya kat sini?”Tanya Zulaikha lagi bila Safuan sudah pun
keluar dari kereta.Safuan mengeluarkan beg dari bonet kereta terus menuju ke
dalam resort.Zulaikha yang melihatnya kebingungan dengan sikap Safuan yang
membuatnya seperti tidak wujud.Pantas Zulaikha keluar dari kereta mengejar
jejak Safuan.
“Encik Safuan
Izzuddin!”jerit Zulaikha geram.Buat pertama kalinya dia memanggil nama penuh
lelaki itu.Safuan yang mendengar terhenti langkahnya.Namun senyuman tersungging
di bibirnya.Sudi juga mulut kecil itu memanggil namanya walaupun di depannya
tetap dengan gelaran “Encik”.Pantas dia menoleh ke arah Zulaikha.Muka Zulaikha
sudah merah menyala menahan marah.Safuan mendekati Zulaikha.
“Awak boleh tak
bertenang sikit.Ramai orang kat sini,tak malu ke?”tegas Safuan namun masih lagi
lembut di pendengaran Zulaikha.
“Saya takde masa
nak bersabar dengan orang macam Encik Safuan ni.”balas Zulaikha.
Dan saya bukan
anak patung boleh di bawa ke sana ke mari ikut suka hati je.Saya ada harga diri
perlu di jaga walaupun lima tahun dulu maruah saya di pijak-pijak,diri saya di
hina atas kesalahan yang saya sendiri tidak tahu.Saya tak nak sekali lagi saya
si gelar sundal hanya kerana saya mengikut Encik Safuan ke sini tanpa saya tahu
tujuan sebenar.”sambung Zulaikha geram.Hatinya sakit,jiwanya kembali
parah.Safuan merendah-rendahkan maruahnya dengan membawanya ke sini tanpa
persetujuannya.Jika di lihat rakan-rakan pejabatnya tentunya menimbulkan fitnah
dan tentunya dia di anggap perempuan murah.
“Bertenang
ok,Saya tak buat apa-apa pun saya cuma nak berbincang hal kita,saya nak kita
selesaikan masalah kita.”pujuk Safuan.Dia juga terkejut dengan reaksi yang di
berikan oleh Zulaikha.Dia tidak menyangka Zulaikha yang di anggap pendiam boleh
meluahkan apa yang di pendamkan.
“Saya dah cakap
berapa kali antara kita memang takde apa yang nak di bincangkan dan semuanya
dah selesai.Encik Safuan dengan hidup Encik Safuan dan saya dengan hidup
saya,kita takde kena mengena.”ucap Zulaikha memulangkan semula kata-kata yang
pernah di lontarkan kepadanya dulu.Puashatinya,sekurang-kurangnya Safuan ingat
apa yang telah di luahkan kepadanya dulu tentang hidup mereka.Safuan tersentap
sendiri.
“Ok..ok..saya....”
“Zu..Zulaikha!”namanya
di panggil seseorang,suara itu sebati di telinganya.Zulaikha menoleh melihat
gerangan yang memanggilnya.Ya..Khusyairi..betul telinganya tidak pernah
tersilap dengan suara lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya dan lelaki yang
telah menghancurkan impian indahnya.Kerana lelaki itulah semua ini
terjadi.Mereka berdua sepupu,itulah yang di beritahu oleh keluarga pihak lelaki
kepadanya dulu.
“Zu..u buat apa
kat sini?I ada hal nak bincang dengan u ni,kebetulan dah jumpa u ni,jom ikut i
sekejap”ajak Khusyairi sambil mencapai tangan Zulaikha.Safuan yang melihatnya
mendidih marah.Sepupunya itu seperti tidak menyedari kehadirannya di
situ.Tangan Zulaikha yang di genggam Khusyairi di rentapnya kasar.
“Ary!,she
my wife.”marah Safuan.Khusyairi hanya melemparkan senyum sinis pada sepupunya
itu.Zulaikha tergamam dengan kelakuan dua lelaki itu.Dia bagaikan berada di
dalam sebuah drama tv.
“Huh..isteri!pernah
ke kau anggap dia isteri kau?kau pernah iktiraf dia isteri kau macam mana kau
iktiraf Marina?”Tanya Khusyairi kasar.Dia tahu kesalahannya membiarkan Zulaikha
menanggung semua ini sendiri tanpa mengetahui cerita sebenar.Tapi dia terpaksa
kerana mahu menyelamatkan maruah seorang gadis yang pernah dia rosakkan.Dalam
masa yang sama dia terpaksa korbankan hati orang yang dia sayang.Hati
tunangnya,Sufi Zulaikha.Hati ibu dan ayahnya.Lebih malang lagi dia korbankan
perasaan ibu dan ayah Zulaikha tanpa sempat dia memohon keampunan dari mereka.
Marina?Siapa
Marina?Zulaikha tertanya sendiri.
“Walau aku tak
pernah iktiraf dia isteri aku,tapi dia masih lagi isteri aku,masih lagi
tanggungjawab aku dan kau tak perlu masuk campur urusan aku dengan Zulaikha
sebab kau tak layak untuk semua itu setelah kau biarkan dia pada hari
perkahwinan kau dulu.”balas Safuan geram.
“Lebih baik kau
jaga rumahtangga kau dan anak kau.”sambung Safuan lagi.Zulaikha yang
mendengarnya terkejut dan tergamam.Sungguh dia tak sangka yang Khusyairi sudah
pun berkahwin.Matanya tepat merenung ke muka Khusyairi meminta penjelasan.Dia
perlukan penjelasan di atas kata-kata yang terkeluarkan dari mulut Safuan
itu.Makin lama hatinya makin terluka.Berapa banyak lagi rahsia yang cuba mereka
selindung darinya.Sehingga ke hari ini dia juga tidak faham mengapa tempat yang
sepatutnya Khusyairi ada di ganti dengan Safuan yang merupakan sepupu kepada
Khusyairi menjadi pengantin lelaki di hari pernikahannya.Lebih-lebih lagi dia
langsung tidak mengenali Safuan Izzuddin.
“Ap..ap..apa
semua ni?Rumahtangga?anak?”Tanya Zulaikha tergagap-gagap akibat terkejut dengan
apa yang baru di dengarinya.Airmatanya sudah lama mengalir.Dia betul-betul
terluka dengan apa yang di dengarinya.Memang antara mereka tiada hubungan
tetapi kerana antara mereka pernah ada hubungan perasaan menyebabkan hatinya
turut rasa tertipu.Betulkah selama mereka kenal Khusyairi mencintainya?betulkah
Khusyairi ingin mengahwininya?atau sememangnya hanya memainkan hati dan
perasaanya?Hati Zulaikha tertanya sendiri.Dia tertekan dengan situasi ini.
“Zu..Zu..dengar
dulu apa yang i nak jelaskan.Semua ni bukan..”
“Cukup..cukup..”jerit
Zulaikha sambil menutup telinganya tanpa sempat Khusyairi memberi
penjelasan.Bagi Zulaikha semuanya sudah berakhir dan tak mungkin akan di buka
semula kamus hidup yang sudah dia benamkan di ruang paling dalam dalam
hidupnya.
“Aku tak nak
dengar lagi penjelasan kau.Kau boleh berambus dari hidup aku.Aku tak perlukan
kau lagi.Macam mana kau pernah tinggalkan aku macam tu jugak aku nak kau
berambus dari hidup aku.”tegas Zulaikha sambil melangkah pergi.Hilang sudah
sopan dan santunnya.
“Zulaikha..”
“Sufi..”
Serentak
Khusyairi dan Safuan menjerit memanggil nama Zulaikha namun langsung tidak
dihiraukan Zulaikha.Nasibnya baik bila saja keluar dari resort itu,kebetulan
sebuah teksi sedang melalui jalan itu.Dia terus melolos masuk ke perut teksi
tanpa sempat Safuan menahannya.Airmatanya mengalir laju menuruni pipinya.Dia
langsung tidak menyangka Khusyairi yang pernah dia sayang sanggup membuatnya
begitu.Sanggup membiarkannya menanggung semua kesakitan sendiri setelah dia
menaburkan janji setia.
Akhirnya teksi yang
di naikinya berhenti betul-betul di hadapan rumah sewanya.Tanpa menunggu lama
Zulaikha terus masuk ke rumah menuju ke bilik tidurnya.Segala kesedihannya di
lepaskan.Hatinya marah,geram,terluka dengan apa yang terjadi.
“Selama ini dia
tipu aku rupanya,dia..dia langsung takde perasaan pada aku,dia..dia hanya
anggap aku mainan.”raung Zulaikha sambil tersedu-sedu.Mukanya di tekup pada
bantal supaya sesiapa tidak mendengari raungannya.
“Sanggup dia
buat aku macam ni,memalukan keluarga aku,mempersendakan maruah aku.Aku takkan
maafkan kau Khusyairi..aku benci kau..aku benci kau...aku takkan maafkan
kau...”jerit Zulaikha sekuat hati melepaskan sakit yang bersarang di
dadanya.Tersedu-sedu Zulaikha menangis melepaskan geram yang bersarang di hati
dan akhirnya dia tertidur sendiri.Bila terjaga dari tidur kelilingnya
gelap.Tahulah dia hari sudah pun malam.Mujurlah waktu ini dia sedang
ABC.Bingkas Zulaikha bangun dari tidur menuju ke bilik air untuk membersihkan
diri.Terasa ringan sedikit kepalanya setelah melelapkan mata tadi.Jiwanya
sedikit tenang setelah siap membersihkan diri.
Kakinya
melangkah ke tingkat bawah menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang kian
berkeroncong kelaparan.Sambil menatang segelas milo dan sepeket roti dia menuju
ke ruang tamu rumahnya.Kelihatan Hanis sedang bersembang di telefon sambil
tergelak-gelak.Dia tahu dengan siapa Hanis berbual kalau bukan dengan
tunangnya,Hakimi.Tanpa pedulikan Hanis yang sedang bersembang di telefon
tangannya ligat menekan remote control mencari siaran kegemarannya.
Hanis yang
melihat Zulaikha kusyuk menonton tv terus sahaja melemparkan dirinya di sebelah
Zulaikha.Tanpa meminta izin cawan milo Zulaikha di hirupnya.
“Woi..agak-agak
la kalau ye pun kering tekak sembang ngan tunang tu,air aku kot kau
rembat.”marah Zulaikha sekadar mengusik Hanis.Hanis hanya tersengih dengan
teguran Zulaikha.Dia tahu Zulaikha sekadar bergurau dengannya.Memang kebiasaan
begitulah rutin mereka di rumah.Masing-masing menumpukan mata ke kaca tv yang
sedang menayangkan drama kegemaran mereka.
#harap semua terhibur,jika ada kekurangan maafkan lah hamba ye..hehehe..terima kasih sudi baca karya yang tak seberapa dari amie..
***PEACE***
adehh kesiannya zulaika... best amie tak sabar tunggu cerita seterusnya
BalasPadamKesian kn...kn...tq kak Mayang sudi bc karya amie...hehe...
BalasPadambest amie bila nak update lagi.. kebanyakan karya amie lebih matang dan realistik.. berbanding sesetengah karya yg kekdg tak berapa matang dan tak realistik iaitu mencerminkan keadaan sebenar kehidupan.... kekdg setengah karya akak baca separuh aje terus nyampah nak teruskan ...
BalasPadam