Assalamualaikum... hai semua.. ni amie belanja lg cerita terbaru.. hehe... harap boleh Le komen2 cam mn agaknya jln cerita ni.. hehe...
BAB 1
Dari bawah pohon rendang itu berdiri seorang gadis sedang asyik merenung ke langit yang kelam. Bila-bila sahaja hujan akan turun membasahi bumi tapi hati gadis itu telah basah dibanjiri hujan airmata. Masih layakkah dia digelar gadis? Sedangkan dirinya bukan lagi seperti gadis-gadis yang lain.semuanya musnah dalam sekelip mata.
"Ya Allah jangan kau munculkan dia didepan mataku ya Allah ." doa gadis malang itu di dalam hati.
"Oit... minah kau tengok apa kat situ, tak nampak ke langit dah nak runtuh tu " tegur Solihin sepupunya.
Gadis itu menjeling geram mendengar teguran Solihin.
"Langit tak runtuh.. kejap lagi tu kereta kesayangan kau yang runtuh.." ucap Humairah geram sambil menunding jari ke arah kereta Honda milik sepupunya itu.
"Sesedap mi maggie je kau panggil aku minah ye.. " sambungnya lagi sambil tayang muka marah. Padahal saja di buat-buat. Mengenakan Solihin yang selalu mengusiknya.
"Relax la Umai.. gurau je kot itu pun nak sentap, tak bujanglah macam ni" ucap Solihin sambil ketawa. Humairah masih menahan tawanya. Sengaja dia mendera perasaan sepupunya itu.
Akhirnya tawa Humairah terburai juga melihat wajah Solihin yang menahan rasa bersalah. Solihin terpinga-pinga mendengar sepupunya itu. Dalam hati rasa geram namun akhirnya tawa mereka bergabung. Gembira hati Solihin melihat sepupunya itu kembali ceria.
Biarpun tersenyum namun dalam hati Humairah tiada siapa pun tahu. Hatinya hancur, jiwanya luka dengan sikap -sikap manusia di sekelilingnya. Kerana itu dia membawa diri ke kampung tinggal bersama satu-satunya ibu saudara yang dia ada. Di sini jiwanya tenang walaupun kadang-kadang jiwanya terganggu dengan kisah pahitnya.
Kalau boleh dia tak mahu lagi mengingatinya. Tapi terlalu payah untuk dia melupakan semua itu. Kenangan pahit tu sentiasa membelit dirinya. Dalam tidurnya kadang-kadang bayangan itu muncul juga. Dia takut andai sesuatu yang tidak di duga berlaku. Waktu itu dia tak tahu ke mana harus membawa diri.
Tidak mungkin dia berdiam di sini.Dia tak mahu makngahnya mendapat malu. Jika jiran-jiran kampung bertanya tentangnya. Apa yang akan di jawabnya. Tidak mungkin dia membuka pekung di dada. Cukuplah makngah menjadi tempat dia meluah perasaan dan menumpang kasih. Tidak tergamak dirinya membiarkan makngah menanggung malu.
============================
"Tension betullah kalau selalu macam ni, nak kerja buatlah cara nak kerja, ni memanjang cuti, semua kerja dia aku yang kena buat." gumam Tina sendiri. Tanpa disedarinya ada telinga yang sedang mendengar bebelannya.
Taufik hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat telatah Tina. Satu-satunya pekerja yang kuat membebel sendirian. Namun sekuat mana pun Tina merungut tangannya tetap meneruskan tugasnya hingga selesai. Itu yang paling dia pasti dengan Sutinasari salah seorang staffnya.
"Taufik.... kamu dah dapat cari perempuan tu belum?" tanya Datin Safiza yang tiba-tiba muncul dalam pejabatnya. Taufik menggelengkan kepalanya. Datin Safiza mendengus marah berlalu pergi meninggalkan Taufik sendiri.
Taufik langsung tidak peduli dengan rengusan mamanya. Dia sudah biasa dengan sikap mamanya itu yang menganggap dirinya sentiasa betul. Kadang-kadang dia sendiri tidak faham dengan mamanya itu.
Tiba-tiba Taufik teringatkan kisah tiga bulan yang lepas...
Dalam keadaan terhuyung- hayang dia memanjat tangga menuju ke biliknya. Tubuhnya yang keletihan dihempas ke atas katilnya. Tanpa disedarinya dia telah tersalah bilik.
Umairah terasa seperti sesuatu. Tangannya meraba-raba disebelahnya. Pantas tubuhnya berdiri bila terasa tubuh seseorang terbaring disebelahnya.
Taufik yang masih dalam pengaruh alkohol juga terbangun dari pembaringan.
Tersenyum taufik melihat gadis seksi di depan matanya. Humairah cuba berlari menuju ke pintu tapi tangan Taufik pantas menangkap pinggangnya. Tubuhnya di tolak kasar jatuh terlentang atas katil. Puas Humairah menepis bila bibirnya cuba di sentuh oleh Taufik. Dan akhirnya dirinya terdampar sendiri di sisi katil menangisi nasib yang menimpanya.
Akhirnya Taufik tersedar dari lamunannya. Dia sedar dia tersilap langkah bila Humairah pergi meninggalkan rumah tanpa khabar berita. Sekarang mamanya sibuk menyuruhnya mencari di mana gadis itu berada. Dan dia juga sedar segala harta yang sedang dia nikmati sekarang bukan miliknya.
Sekarang dia kena berusaha lebih untuk mencari Humairah. Hanya Humairah sahaja boleh membuatkan impiannya dan mama tercapai. Segala hak milik dan harta arwah Dato' Azman mesti di serahkan pada mamanya Datin Safiza.
Kasihan mamanya, Dato' Azman langsung tidak meninggalkan wasiat kepadanya. Kerana itu mereka harus memaksa Humairah menyerahkan segala-galanya kepada mereka.
"Hahahaha...." gelak jahat Taufik kedengaran . Dia akan pastikan apa yang di nikmatnya sekarang akan menjadi miliknya.
#terima kasih sudi bc karya amie yg tak seberapa.. kalau rajin tgglkn komen ye..
***PEACE**

ermmm..cerita dia..sbenarnya satu permulaan yg amat menarikdh lama tunggu akak ltak en3 baru...x sabar pulak nak tunggu next cerita mcm mner...akak cepat lah taruk...heheh
BalasPadamtq adik tanpa nama... insya Allah ada yg menyusul.. maaf jika buat adik menanti... harap jgn serik menunggu... hehe.. tq sudi bc karya kak amie...
BalasPadam