Isnin, 7 September 2015

Assalammualaikum...hai semua...maaf lama tak mengupdate disini..rindunya hanya dia yang tahu..sedihnya hanya amie yang rasa..maaf jika ada yang tertunggu-tunggu...jom layan cerpen tak seberapa dari amie..

DENDAM TERINDAH

Moon!minggu depan kau nikah tau.”ucap mak cik Ani tiba-tiba muncul dari laman rumah.Munirah yang mendengar melopong mulutnya.Mak aku ni dah kenapa?ribut tak ada,angin tak ada,tiba-tiba cakap pasal nikah kahwin.Pelik munirah dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut emaknya.Nak kata emaknya tidur tapi sedang berhadapan dengannya sekarang.Elok sahaja orang tua itu menekan remote tv untuk menonton drama kegemarannya.

“Mak dah kenapa?tiba-tiba je,angin tak ada rebut tak ada keluar pasal nikah minggu depan.”akhirnya terluah juga dari mulutnya.

“Setahu Moon la kan,minggu depan bukan ke majlis akad nikah si beruang gemuk depan rumah kita ni?tanya Munirah lagi.Setahunya mak dan abahnya ada memberitahunya,minggu depan mak cik Hasnah mengadakan kenduri semperna pernikahan beruang gemuk a.k.a Hasrul Naim,iaitu anak bongsu mak cik Hasnah.

“Emm..tak jadi pengantin perempuan tu masih status bini orang,tapi dah gatal nak cari jantan lain.”jawab mak cik Ani selamba sambil matanya kusyuk melihat drama tv kegemarannya.

“Sebab tu lah kau yang kena ganti jadi pengantin perem...”

“Apa?mak !apa ni mak,dah dia tak jadi kawin.batal je lah yang libatkan Moon buat apa.”belum pun habis mak cik Ani bercakap Munirah sudah pun memotong. Terkejut sungguh dengan apa yang baru emaknya cakapkan.

“Dah si Naim tu yang pilih kau,mula-mula mak pun tak setuju jugak,habis dah bincang-bincang abah bagi persetujuan dia sebagai wali,mak nak cakap apa lagi.”luah mak cik Ani akhirnya.Bukanlah dia tidak setuju atau menentang keputusan suaminya itu.Tetapi dia memikirkan masa hadapan anaknya.Mereka sudahlah bertahun-tahun tidak berjumpa walaupun rumah mereka berdepan sahaja.Malah anaknya itu langsung tidak pernah menunjukkan untuk berbaik dengan anak mak cik Hasnah sejak anaknya  di tingkatan tiga dan Naim tingkatan lima.Dia sendiri tidak mengambil tahu perihal budak-budak berdua itu.

“Mak!Moon tak nak,mak tolonglah cakap kat abah.Apa dia ingat Moon ni barang sparepart ke boleh tukar ganti.Mak tolonglah mak,Moon nak hidup bahagia macam orang lain jugak.Moon nak juga rasa di sayangi bukan jadi barang ganti.”menggogoi Munirah menangis sambil memeluk lutut mak cik Ani merayu supaya emaknya itu memujuk abahnya supaya membatalkan perjanjian yang baru sahaja abahnya putuskan.Mak cik Ani juga kelihatan menitiskan airmata mengenangkan nasib anaknya kelak.Bukan dia tidak kisah masa mula-mula dia memberitahu hal ini kepada Munirah.Tetapi kerana ingin menyembunyikan perasaan sendiri dia sengaja buat-buat kusyuk menonton drama.Padahal satu apa pun tidak masuk ke kepalanya.

Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia?Dia juga berimpian untuk membuat sendiri segala persiapan majlis perkahwinan Munirah.Dia juga impikan senyuman manis Munirah di hari pernikahan bersama pilihan hatinya.Tapi kini semua impiannya bakal terkubur.Kerana marahkan keputusan suaminya dia segera angkat kaki pulang ke rumah tanpa menunggu suaminya.Semudah itu suaminya membuat keputusan untuk menerima permintaan anak jirannya itu.Bukan dia tidak tahu hubungan antara anaknya dan juga Naim anak jirannya itu bagaimana.

Sejak dari tingkatan tiga lagi Munirah langsung tidak pernah bersua muka dengan Hasrul Naim.Dia sendiri tidak mengetahui sebab sebenar hubungan mereka menjadi dingin seperti itu.tetapi sekarang apa yang dia risaukan masa depan anaknya.Mampukah anaknya itu hidup bahagia bersama Naim.Memang dia tidak nafikan Naim seorang pemuda yang baik,malah bekerjaya.Namun semua itu bukan ukuran kebahagiaan baginya.Dalam perkahwinan sefahaman amat penting untuk menjayakan rumahtangga itu.Kini hanya satu doanya semoga anaknya dan Naim dapat hidup dalam rukun dan damai.

“Moon!mak bukan tak nak tolong,tapi kata sepakat sudah di ambil.Lagipun Moon sekarang dah 25 tahun.Dah layak jadi mak orang dah.Terima ye Moon.”pujuk mak Cik ani.Munirah yang mendengar pujukan emaknya berlari masuk ke biliknya.Tangisan di hamburkan sambil mukanya di tekup pada bantal supaya tiada siapa pun yang mendengar tangisannya.Dia betul-betul kecil hati dengan keputusan yang emak dan abahnya putuskan tanpa meminta persetujuan darinya.

Di meja makan masing-masing mendiamkan diri.Pak cik Hadri tahu isterinya itu kurang setuju dengan keputusan yang dia ambil siang tadi.Hampir 30 tahun dia mengahwini mak cik Ani,dia faham sangat bila isterinya itu marah.Namun walau marah macam mana pun mak cik ani tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.Makan pakai pak Cik Hadri semuanya terjaga rapi.Kerana itulah dia tidak kisah sangat dengan rajuk isterinya ketika ini.Kalau kena caranya ,cepatlah dia sejuk.

“Mana Moon tak nak makan ke?”Tanya pak cik Hadri memecah kesunyian antara mereka.

“Dah panggil tak di jawabnya,siap berkunci lagi pintu biliknya.”jawab Mak Cik Ani sambil menyumbat nasi ke mulutnya.Sengaja dia tidak memberitahu suaminya tentang anaknya itu sedang merajuk.Dia tahu seorang bapa tentunya memahami keadaan anaknya ketika ini.Malah jika di bandingkan dirinya Munirah lebih manja dengan abahnya.Segala apa yang dia mahu akan abahnya turuti.

“Bang!betul ke keputusan yang abang buat tu?”

“Keputusan apa?”

“Ishh abang ni macam la banyak sangat keputusan yang abang buat hari ni,tu keputusan abang untuk menerima permintaan Naim anak kak Hasnah tu lah.”muncung mulut mak cik Ani bila Pak cik Hadri hanya menayang muka tanpa perasaannya.Tersenyum Pak cik Hadri melihat muncung isterinya itu.Dia juga sebenarnya risau dengan keputusan yang di buatnya.Namun dia yakin Naim mampu menjaga puteri kesayangannya itu.

“Abang dah buat keputusan Ani oi,tak boleh nak tarik balik bila dah kata setuju,tu maknanya kita dah berjanji dengan oranglah.Awak tahu tak apa hukumnya jika kita berjanji tapi kita tidak tunaikannya?samalah kita dengan orang-orang munafik.”lembut bicara Pak Cik Hadri membalas pertanyaan isterinya itu.

“Ani tahulah bang,tapi Moon tu macam mana?abang langsung tak tanya dia setuju ke tidak,kesian dia tau bang,”

“Masa Ani bagitahu dia tadi bukan main merayu lagi dia,di suruhnya Ani pujuk abang batalkan perjanjian abang dengan keluarga Kak Hasnah.”sambung mak cik Ani sebak mengenangkan anaknya itu.

“Ani!abang yakin Naim pilihan terbaik untuk Munirah.Lagipun selama ni budak  berdua tu mana pernah bercakap selepas bergaduh dulu,dah berapa tahun tak bertegur sapa.Inilah masanya kita jernihkan kembali hubungan mereka.Insyaallah abang yakin jodoh mereka kuat,kita sama-sama doakan kebahagiaan mereka.”terang Pak cik Hadri bersungguh dengan apa yang di bimbangkan oleh isterinya.Mak cik Ani mulai diam,dia juga berfikir ada betulnya apa yang di beritahu suaminya itu.Dalam hatinya berdoa semoga apa yang mereka fikirkan menjadi kenyataan.


Seminggu yang di beritahu akhirnya tiba juga.Munirah sudahpun di hias cantik bak puteri.Tubuhnya mengigil kedinginan,perasaan takut,risau,geram,marah semua bersatu dalam dirinya.Kerana kasih pada orang tuanya dia bersetuju akhirnya menerima pernikahan ini.Debaran di dadanya hanya Allah sahaja yang tahu.Kalau di ikutkan rasa hatinya mahu sahaja dia melarikan diri,namun dia masih ada rasa hormat dan sayang pada kedua orang tuanya.Dia tidak mahu nasib yang sama menimpa mak cik Hasnah kembali terkena pada emak dan abahnya.Kerana perasaan itu dia sanggup menerima keputusan abahnya untuk menjodohkannya dengan Hasrul Naim.

Kedengaran riuh rendah di halaman rumahnya menandakan pihak lelaki telah pun sampai.Debaran di hati Munirah makin kuat.Sambil berselawat di dalam hati Munirah menghembuskan nafasnya perlahan-lahan menghilangkan rasa gemuruhnya.

“Ya Allah!jika dia jodoh yang telah kau tetapkan untukku sejak azali lagi,aku mohon kepadamu ya Allah!kau lembutkanlah hatiku,kau lembutkanlah hati dia untuk menerima satu sama lain seadanya.Dan jika benar dia jodohku kau panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurga.”doa Munirah di dalam hatinya.Walaupun saat ini hatinya masih belum ikhlas menerima namun dia mencuba untuk mengikhlaskanya.

“Moon!dah ready ke?tuan kadi nak teruskan majlis dah ni?”Tanya Suhaila,kakak iparnya.Munirah hanya mengangguk menandakan dia sudah pun bersedia.Airmatanya yang bergenang cepat-cepat di sapu oleh sepupunya di sebelah.Dari awal lagi Azila sepupunya itu setia menemaninya walaupun dia langsung tidak mengetahui apa yang bergelodak dalam hati Munirah.

“Moon!kak Ila tak tahu apa yang ada dalam hati Moon,tapi kak Ila harap Moon redha dengan pernikahan ini.Kalau Moon tak redha macam mana Moon nak capai bahagia dengan suami Moon nanti.Banyak-banyak istifar ye Moon.”nasihat Azila bila melihat airmata Munirah tidak henti-henti menitis.Dia juga tahu Munirah adalah pengantin ganti kerana Mak dan abah Munirah telah pun menceritakan kepada kaum keluarganya untuk bertanyakan pendapat setelah beberapa hari Munirah tidak mahu berbincang mengenai majlisnya ini.

“Kak Ila..Moon..Moon tak pasti kak,Moon bencikan Naim.Tapi Moon sayangkan mak ngan Abah.Moon tak nak mak ngan abah lalui apa yang keluarga Naim lalui.Tapi hati Moon sakit kak.Moon tak boleh lupa apa yang Naim buat kat Moon dulu.”terang Munirah tersedu-sedu.Azila yang melihat adik sepupunya sudah mulai emosi cepat-cepat dia meraih tubuh Munirah ke dalam pelukannya.

“Moon!siap-siap pengantin lelaki dah nak masuk.”muncul suhaila tiba-tibasambil tersenyum manis.Walaupun dia terperasan airmata Munirah yang masih lagi bersisa.Cepat-cepat tanganya mencapai tisu dan mengemaskan kembali solekkan Munirah.Debaran di dada Munirah semakin kencang,kini dia tahu dia sudah pun bergelar isteri kepada Hasrul Naim.
Pengantin lelaki masuk untuk upacara pembatalan air sembahyang.Terketar-ketar tangan Muniarah saat Naim a.k.a suaminya mencapai tanganya untuk menyarungkan cincin lambang terikatnya ikatan antara mereka.Flash kamera dari pelbagai sudut memancarkan cahaya merakam saat manis mereka.

“Sejuknya tangan.”tegur Naim bila tangan isterinya berada dalam genggamannya.Munirah cepat-cepat menarik tanganya.tiba giliran tangan suaminya di kucup lembut penuh syahdu.Hatinya sekali lagi bergetar hebat bila Naim membisikkan sesuatu di teliganya.

“Terima kasih sudi terima abang dalam hidup Irah,maafkan abang atas dosa yang telah abang lakukan.”

“Oii..sudah-sudahlah tu,tunggu malam nanti pulak”terdengar suara tetamu mengusik bila Naim lama lekapkan mulutnya di pipi isterinya.Padahal Naim hanya berbisik sesuatu langsung tidak menyentuh pipi Munirah.Kedua-dua mereka tersenyum malu bila di usik begitu.Merah padam muka Munirah,cepat-cepat dia membetulkan kedudukannya.


Seharian mereka di raikan dalam majlis yang sangat meriah walaupun dalam masa yang singkat.Namun kedua-dua keluarga bersyukur majlis mereka berjalan lancar.Cuma yang membimbangkan mereka tingkahlaku kedua-dua pengantin seperti orang asing.Masing-masing buat hal sendiri tidak seperti pengantin baru yang lain sentisa bersama ke mana sahaja mereka pergi.

“Moon!sudah-sudahlah tu.kamu tu pengantin pergilah layan suami kamu tu ,bawak-bawak berehat.Yang ni biarkan kak su ngan kak Ila yang bereskan.”tegur Suhaila bila melihat Munirah masih lagi bertungkus lumus membersihkan segala pinggan mangkuk di dapur bersam mereka.Padahal jam sudah pun menunjukkan pukul sebelas malam.

“Tak pe lah kak su,sikit je lagi ni,kejap lagi Moon rehatlah.”jawab Munirah tanpa menghiraukan teguran kakak iparnya.Dia sengaja menyibukkan diri di dapur supaya dia tidak perlu bersua dengan Naim buat masa ini.Dia juga berharap bila dia naik sahaja ke bilik nanti Naim sudah pun dia buai mimpi.Masa tu perasaannya tidaklah seperti sekarang.semuanya serba tidak kena.

“Ke takut?”usik Suhaila lagi sambil ketawa kecil.Azila di sebelahnya turut ketawa walau dia tahu bukan itu penyebabnya Munirah tidak mahu masuk berehat.

“Ishh...kak su ni ke situ pulak,ni ha kerja-kerja ni sape yang nak tolong buatkan?”sengaja Munirah mencari alasann.Dalam hatinya juga ada perasaan takut tapi takkan dia nak pamirkan pada kak ipar dan sepupunya ini.

“Moon!Ya Allah budak bertuah ni.yang Kau masih kat sini buat apa,dah..dah pergi naik atas,kesian Naim sorang-sorang tu.”arah mak cikAni yang tiba-tiba muncul di dapur.Dari tadi dia tidak melihat kelibat Munirah,dia ingatkan anaknya itu sudah pun berada di dalam bilik.Terkejut dia melihat Munirah masih lagi sibuk membersih barang-barang yang mereka gunakan siang tadi.Dia faham dengan situasi Munirah tetapi dia mahu Munirah belajar menerima ketentuan Allah yang jodohnya sudah sampai.

Dengan langkah yang malas Munirah mendaki tangga menuju ke biliknya.Keran tidak tahan di bebel emaknya dia mengalah akhirnya.Sambil dia melangkah,hatinya berdoa semoga Naim sudah pundi ulik mimpi.Bila sahaja pintu bilik di buka Munirah tergamam tubuh Naim berdiri tegak di hadapan pintu.Darahnya sepertinya berhenti mengalir.Jenuh air liur di telannya.

“Dah kenapa berdiri kat situ?jom masuk.”ajak Naim sambil memimpin tangan isterinya.unirah seperti di pukau hanya menurut sahaja langkah Naim.Tubuh isterinya di dudukkan di birai katil.Dia tahu isterinya itu cuba mengelakkan diri darinya.Dia tidak mahu situasi itu berlarutan dalam rumahtangganya.Dia harus menjernihkan semula hubungan mereka yang telah bertahun di selaputi awan mendung.Tangan isterinya di capai dan di genggam kemas.

“Irah!abang tahu Irah sengajakan elakkan diri dari abang.”ujar Naim sambil merenung mata bundar milik isterinya.Dia telah pun jatuh cinta pada Munirah sejak di bangku sekolah lagi.Tetapi kerana kesilapannya Munirah menjauhkan diri darinya.Sungguh dia terseksa dengan sikap Munirah itu.Hatinya sakit menanggung seksa rindukan Munirah yang dulu.Jiwanya luka bila mengetahui Munirah langsung tidak mahu bertemu dengannya.Bukannya dia langsung tidak mengambil tahu perihal Munirah,malah segala-gala tentang Munirah di ambil tahu tanpa pengetahuan Munirah.

“Abang mintak maaf dengan apa yang pernah abang buat kat Irah dulu.Abang menyesal sangat-sangat.Maafkan abang ye sayang.”ucap Naim lagi sambil menyentuh lembut pipi isterinya.Tiba-tiba Munirah menepis kasar.

“Awak jatuhkan maruah saya lepas tu sekarang senang je awak mintak maafkan.”marah Munirah namun suaranya masih lagi perlahan.Dia tidak kaum keluarganya mendengar pergaduhan mereka,tambahan lagi baru sahaja bergelar suami isteri.Air matanya mengalir perlahan.Teringat kisah sepuluh tahun yang lepas.Saat dirinya di malukan di depan kawan-kawan Naim.

“Awek lu ke tu bro?”Tanya Ikmal salah seorang kawan kepada Naim.Naim yang sedang bersembang dengan teman-temannya yang lain menoleh ke arah yang di tunjuk Ikmal.Berderau darahnya melihat Munirah dan kawan-kawannya sedang bergelak ketawa dengan beberapa orang pelajar lelaki sebelah kelasnya.Angin cemburu mula melanda hatinya bila melihat Munirah yang tersenyum manis di sebelah khairul azwar yang merupakan musuh ketatnya ketika itu.

“Takkan lu nak tengok je awek lu dok asmaradana dengan musuh lu bro.”cucuk Ikmal lagi.Dia sengaja mengapi-apikan hati Naim yang sedang panas.Dia tahu Naim sudah lama menyimpan perasaan terhadap Munirah,Junior mereka yang juga merupakan jiran kepada Naim.Dengan cara ini sahaja dia dapat menolong Naim meluahkan perasaannya.

“Tengok tu bro,siap bertepuk tampar lagi.”hasut Ikmal lagi.Dia sengaja membakar hati cemburu temannya itu.Dia tahu Naim cemburu bila melihat muka Naim yang merah umpama udang kena bakar.Tanpa berfikir panjang Naim terus meluru ke arah Munirah dan teman-temannya yang sedang rancak berbual.Ikmal tersenyum melihat keberanian Naim mendekati geng- geng Khairul yang sedang rancak berbual dengan gadis kesukaan temannya itu.Dari jauh kelihatan Naim menarik tangan Munirah untuk mengekorinya,Namun Munirah berkeras dan menarik kembali tangannya dari genggaman Naim.Berlaku sedikit pertengkaran antara Munirah dan Naim.Dan akhirnya di akhiri ciuman Naim di bibir Munirah dan tamparan Munirah ke pipi Naim.Mereka yang berada di situ semuanya tergamam dengan situasi itu.Malah bukan mereka sahaja yang menyaksikan peristiwa itu tetapi guru displin sekolah mereka juga kebetulan melalui taman itu.

Munirah tersentak bila ada tangan yang menyentuh kedua-dua bahunya.Peristiwa itu melayang pergi entah ke mana.Yang ada di depannya kini lelaki yang satu ketika dulu mengucup bibirnya dan menyebabkannya menjadi penghuni bilik displin.Atas tindakan bodoh lelaki itu namanya tercemar.Malah ada yang mengejeknya.

“Abang tak nak Irah ingat lagi peristiwa dulu,sekarang abang nak kita bina rumahtangga kita sama-sama dan abang nak Irah belajar mencintai abang seperti sepatutnya seorang isteri buat pada suaminya.Abang mengaku salah abang dulu,abang jahil dan dalam tak sedar abang jatuhkan maruah seorang gadis.Abang mohon Irah maafkan abang ye sayang.”pinta Naim setulus hatinya.Munirah hanya tunduk sambil tersedu-sedu.Hatinya tersentuh dengan ungkapan maaf dari suaminya,namun separuh hatinya masih lagi marah dengan tindakan Naim yang dulu.
Naim memegang lembut pipi isterinya,sebuah kucupan kudus di hadiahkan ke dahi isterinya yang licin tanpa sebarang cela.Munirah memejam matanya rapat.Terasa tangan kasar suaminya mengesat lembut airmata yang masih bersisa di pipinya.Hatinya tersentuh dengan layanan Naim dan dia juga dengan rela memaafkan kesalahan suaminya dulu.


“Hai awal pengantin bangun.Puas tidur?”usik mukhriz abang sulung Munirah yang juga teman baik Naim.Merah padam muka Munirah di usik abangnya.Naim di sebelahnya hanya mempamerkan riak selamba.
“Gila tak puas,dulu tidur sorang-sorang,sekarang dah ada teman,memang puaslah tidur.”jawab Naim selamba.Riuh rendah rumah mak cik Ani dengan gelak ketawa mendengar celoteh Naim yang selamba.Tangan Munirah di sebelah cepat sahaja mencubit peha suaminya.Dah gatal sangat agaknya,suka-suka cakap macam tu buat orang salah faham.getus hati Munirah.

Memandangkan mereka masih lagi dalam cuti kahwin.Masing-masing tiada rancangan untuk ke mana-mana.Munirah masih lagi menyibukkan dirinya di dapur membantu menyediakan makanan tengahari.Naim pulak beristirehat di halaman rumah sambil melayan ikan koi kesayangan bapak mentuanya.

“Awak!jom makan,makanan dah siap,abah panggil makan.”panggil Munirah.Dia masih belum biasa dengan situasi sekarang,dia masih belajar untuk menerima Naim dalam hidupnya walaupun hatinya telah memaafkan segala perbuatan Naim terhadapnya dulu.Namun perasaan kekok itu masih ada.

“Sayang panggil wak mana ajak makan?”Tanya Naim sambil menoleh ke arah isterinya.

“Wak mana pulak?saya panggil awaklah,jomlah cepat abah dengan yang lain dah tunggu tu.”ajak Munirah lagi.Munirah melangkah untuk pergi tetapi tanagn Naim cepat meraih pinggang ramping isterinya.Munirah berusaha melepaskan rangkulan di pinggangnya.Dadanya berdegup kencang setiap berdekatan dengan Naim.Naim pula bila melihat wajah kalut isterinya,sengaja dia meletakkan dagunya di bahu Munirah.

“Ishh..lepaslah,tak malu ke orang nampak.”marah Munirah sambil tangannya cuba meleraikan tangan Naim yang melilit pinggangnya.Lagi kuat Naim merangkul isterinya.Geram dengan Munirah yang masih lagi cuba mengelak darinya.Bila dia di dalam bilik,cepat-cepat munirah membolos keluar dari bilik.Bila dia cuba mendekati,Munirah akan melencong ke arah lain.Namun dia tetap berusaha untuk mengambil hati isterinya itu.Dia tahu salahnya bukan sedikit.

“Irah masih tak nak maafkan abang lagi ke?Irah tak kesian ke kat abang tanggung rasa bersalah selama ini?”sayu suara Naim kedengaran di telinga Munirah.Hatinya turut sedih mendengar luahan suaminya.Dia sudah memaafkan suaminya namun dia tidak tahu untuk menyatakannya.Airmatanya mengalir,tersedu dia menahan tangisan.Naim dapat merasakan gegaran pada tubuh isterinya.

“Irah!abang tak marahkan Irah kalau Irah belum memaafkan abang,ambillah banyak mana pun masa yang Irah nak,abang sanggup tunggu.”luah Naim sambil memegang lembut pipi isterinya.

“Ab..ab..aba..ng,Irah dah maafkan abang.”tergagap-gagap Munirah ingin memanggil Naim abang.Kaku rasa lidahnya.Namun dia berusaha untuk kedamaian rumahtangga yang baru di binanya.Dia seikhlas hati memaafkan suaminya itu.Naim yang mendengarnya terkaku seketika.Semudah itu lafaz maaf keluar dari mulut isterinya.Namun yang paling mengembirakan panggilan Munirah padanya.

“Betul Irah dah maafkan abang?Irah ikhlas ni maafkan abang?”Tanya Naim bagaikan tidak percaya.Munirah hanya mampu mengangukkan kepala sambil tersenyum malu.Sebuah kucupan hinggap di pipi Munirah.Merah padam Wajahnya.

“Oii..pengantin baru oii..kalau ya pun nak bercinta tunggulah kenyang perut dulu,dah berkeroncong perut kita orang tunggu pengantin berdua ni.”laung mukhriz dari sebalik langsir rumah.Dari tadi mereka sekeluarga melihat adegan romantik pasangan itu.Mereka bersyukur akhirnya setelah sepuluh tahun permusuhan antara Munirah dan Hasrul Naim akhirnya terlerai dengan sebuah perkahwinan.

“Emm..jomlah kita masuk,tu pak cik murai dah berbunyi.”ajak Munirah.Naim ketawa sambil mengekori isterinya dari belakang.Sampai sahaja di muka pintu mereka di kejutkan dengan kehadiran kaum keluarga Munirah termasuklah ibu dan ayah Naim.Merah muka Munirah menanggung malu.Dia tahu mereka semua melihat dan mendengar perbualan antaranya dengan Naim.Munirah terus masuk menuju ke ruang makan tanpa memperdulikan mereka yang sedang mentertawakannya termasuk suaminya Naim.

“Kau gelaklah kuat-kuat,kang ada yang kena tidur luar malam ni.”ejek Mukhriz kepada adik iparnya merangkap teman baiknya.

“Ishh..janganlah,kesian aku nanti tidur tak ada bantal peluk.”sampuk Naim pula.Munirah di sebelah terbakar hati bila dirinya di perli oleh abang dengan suaminya.Habis dirinya di ketawakan pagi ini.Namun dia bersyukur segala rasa marah yang di simpanya selama ini terlerai.Terasa ringan bebanan perasaannya.

“Abang perlilah Irah lagi,kang betul ada orang kena tidur luar.”ugut Munirah geram.Terburai ketawa semua orang yang ada di situ.Makcik Ani dan Pak Cik Hadri mampu tersenyum kini,tidak sia-sia mereka berpakat untuk menyatukan keduanya.


“Sayang!sayang nak dengar satu cerita tak?”Tanya Naim tiba-tiba.

“Cerita apanya abang?esok je lah,Irah ngantuk ni.”rungut Munirah sambil matanya terpejam.

“Sayang tahu tak yang sayang bukan pengantin ganti?”Tanya Naim lagi.Tubuh Munirah yang tadinya mengantuk terasa kembali segar.Dia cuba memahami apa yang di perkatakan Naim.

“Maksud abang?”Tanya Munirah blur.Naim hanya tersenyum melihat telatah isterinya yang tidak mengerti.

“Semua yang terjadi antara kita ni,semuanya orang tua kita yang rancang.Abang dengan senang hati menerimanya.”jawab Naim sambil tergelak kecil.

“Jadi selama ini hanya lakonanlah.”sergah Munirah.Naim yang melihat wajah sedih isterinya cepat mengadap tubuh isterinya.

“Bukan..bukan yang macam Irah sangkakan.Abang betul-betul sayangkan Irah tapi Irah je yang selalu mengelak dari abang.”luah Naim sedih

“Perasaan abang pada Irah tak pernah berubah sejak dulu lagi.Kerana kesiankan abang mak,abah,ayah dan ibu berpakat untuk satukan kita.Abang Mukhriz yang memainkan peranan penting dalam cerita ni.Sehinggalah tiga hari sebelum kita nikah,Abah tanya sekali lagi pada abang,betul ke tindakan yang kami orang buat ni.”sambung Naim lagi.

“Abang takut jika Irah betul-betul tak nak maafkan abang,nasiblah si pak cik murai bagi tip.”luah Naim sambil tergelak kecil.Dia bersyukur mendapat abang ipar seperti mukhriz yang banyak membantunya.Munirah yang mendegar hanya tersenyum.

“Pandaikan semua main-mainkan Irah,sampai hati.”rajuk Munirah.Naim meraih tubuh isterinya di dalam pelukkannya.

“Kami bukan permainkan Irah,tapi kami nak mengeratkan silaturahim yang terputus.”gelak Naim sambil bibirnya tak henti-henti mencium pipi isterinya.

“Terima kasih abang atas semuanya,Irah hargai usaha abang dan semua.Irah janji tak akan ada lagi sengketa antara kita.”ucap Munirah sambil tersenyum manis.

“Insyaallah dan semoga jodoh kita hingga ke syurga.”

“Sekarang kalau buat macam ni tak kena sepak dah kan...”

Munirah hanya ketawa dengan telatah suaminya.Dia bersyukur mempunyai suami yang penyabar menantinya juga keluarga dan keluarga mentua yang memahami.Semoga ikatan antara mereka kekal abadi hingga ke akhir hayat.
Jika ingin mencari bahagia.kita harus berusaha untuk melupakan segala sengketa.Bahagia akan datang dengan sendirinya jika kita lapangkan dada dengan kemaafan.Sesungguhnya kemaafan adalah “dendam yang terindah.”

Munirah merelakan bahagia hadir dalam dirinya bersama lelaki yang suatu ketika dulu di bencinya.Segala sengketa antara mereka di lepaskan bebas bersama udara yang berterbangan.Biarlah segala kesilapan dulu berlalu pergi kerana dia mahu terus bahagia dan bahagia.


#harap puashati ye...maaf jika belum sempurna..terima kasih sudi baca..

***PEACE***

1 ulasan: