Assalammualaikum...hai semua..jom layan karya tak seberapa dari amie..
BAB 3
Akhirnya dengan rasa terpaksa Humairah melangkah masuk ke bangunan itu. Kalau ikutkan hatinya tidak akan sesekali dia menjejakkan lagi kakinya di situ selagi manusia-manusia itu ada.
Tapi bila peguam arwah papanya memintanya hadir untuk pembacaan wasiat, dalam terpaksa dia harus menghadirkan diri sendirian tanpa teman.
Humairah melangkah laju menuju bilik mesyuarat. Dia tidak perlu tercari-cari kerana setiap sudut bangunan pejabat itu dia mengetahuinya.
Sesampai di hadapan bilik yang di janjikan, Humairah menarik nafas panjang mengumpul segala kekuatan untuk berhadapan dengan orang yang paling tidak ingin di temuinya.
Selepas mengetuk pintu dia melangkah masuk. Humairah melemparkan senyum ke arah Encik Halil yang merupakan peguam syarikat merangkap peguam untuk keluarganya.
Langkahnya menuju tempat yang paling hujung tanpa menoleh sedikit pun pada tetamu yang lain.
"Assalamualaikum semua... seperti yang semua ketahui hari ini genap lima bulan Dato' meninggalkan kita dan sebagai pemegang amanah saya akan membaca wasiat Dato' Azman bin Arshad pada hari ini seperti yang telah di persetujui dalam perjanjian." ucap Encik Halil memulakan bicara.
"Baiklah... seperti yang semua kita ketahui Humairah Azreen Binti Azman adalah satu-satunya pewaris tunggal arwah Dato' Azman dan Datin Harlina.Dengan itu segala Harta benda dan aset arwah Dato' dan Datin akan di serahkan kepada Humairah Azreen..."
"Mana boleh macam ni Encik Halil.. saya isteri Dato' Azman sepatutnya saya jugak berhak ke atas semua hartanya" bangkang Datin Shafiza sambil mengetuk meja tanda geram. Taufik Hidayat di sebelahnya turut menganggukkan kepala mengiakan kata mamanya.
"Kau sengajakan berpakat dengan peguam ni nak rampas semuanya dari aku." tuduh Datin shafiza sambil jarinya menunding tepat ke muka Humairah.
Humairah diam tanpa bicara melihat wajah garang ibu tirinya itu. Dia langsung tidak takut dengan mereka dua beranak.Humairah sengaja mendiamkan diri membiarkan ibu tirinya melepaskan marah. Kerana dia tahu sekejap lagi pasti mereka akan terdiam sendiri.
"Sabar-sabar Datin, saya belum habis terangkan lagi pasal wasiat ini." pujuk Encik Halil.Mungkin dia sudah terbiasa dengan situasi ini. Kerana itu dia kelihatan tenang menerima amarah Datin Shafiza.
"Ok kita teruskan ye" sambung Encik Halil bila melihat Datin Shafiza sudah bertenang.
"Seperti yang semua ketahui Dato' Azman adalah peneraju utama dalam syarikat Megah Bakti Sdn Bhd dan merupakan seorang yang bertanggungjawab dan jujur. Tapi untuk pengetahuan semua segala Harta dan eset yang Dato' azman usahakan ini adalah milik Datin Harlina Binti Tan sri Qushairi Ahmad." terang Encik Halil sambil matanya memandang ke arah Humairah yang tenang di hujung sana dan beralih pula kepada Datin Shafiza yang kelihatan tergamam begitu juga Taufik Hidayat.
Datin Shafiza terdiam, terkelu dan terkejut bila saja peguam keluarga menerangkan tentang harta yang selama ini di idamkan rupanya milik Harlina sahabat baiknya yang dia khianati.Terasa semua usahanya selama ini adalah sia-sia.
"Habis tu apa je yang tinggal untuk kami?" tanya Taufik Hidayat setelah melihat mamanya diam, terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja di beritahu.
"Datin Shafiza dan Encik Taufik Hidayat masing-masing di beri saguhati sebanyak seratus ribu ringgit malaysia setiap seorang sebagai penghargaan terhadap budi yang dicurahkan." ucap Encik Halil.
"Dan.... Encik Taufik Hidayat dan Datin Shafiza di arahkan meninggalkan Megah Bakti berkuat kuasa serta merta" tambah Encik Halil.
Humairah terkejut mendengarnya dan satu kejutan besar juga buat Datin shafiza dan Taufik Hidayat. Masing-masing kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan yang baru sahaja di dengarnya.
"Apa hak Encik Halil nak halau kami dari sini, kami boleh saman syarikat ni tau halau kami tanpa alasan kukuh." marah Datin Shafiza.
"Puan pilihlah antara dua, sama ada keluar dari syarikat ini dengan berbekalkan seratus ribu ringgit atau masuk penjara." tegas Encik Halil.
Humairah makin terkejut dengan ucapan Encik Halil, menjadikan dia semakin ingin mengetahui apa yang telah terjadi tanpa pengetahuannya.
"Nonsense..gila ke apa tiba-tiba nak sumbat mama i ke penjara,kalau sebab kami tak nak berlalu dari syarikat ini Encik Halil tak boleh nak sumbat kami ke penjara."tegas Taufik Hidayat.
"Buat pengetahuan semua segala bukti tentang kejahatan yang telah Datin shafiza lakukan berada di tangan saya,bila-bila masa sahaja saya boleh serahkan pada pihak polis,dan buat pengetahuan semua banglo yang sekarang di duduki oleh Datin dan juga Encik Taufik telah di pasang dengan beberapa set cctv,dan segala yang berlaku dalam banglo itu semuanya dalam pengetahuan arwah Dato dan juga pejabat saya."terang En Halil lengkap.
Mereka masing-masing melopong mendengar penerangan En Halil.Begitu juga Humairah.Bermakna selama ini apa yang terjadi pada mamanya juga telah walidnya ketahui.Dalam hati dia memanjatkan syukur kepada Allah akhirnya kebenaran terjawab juga.
Terasa sedikit lapang dadanya bila segalanya telah selesai.Dan bermula saat ini Humairah harus mempersiapkan diri untuk mengemudi sendiri syarikat Megah Bakti sebagai penaung merangkap pemilik mutlak syarikat itu.Dia tahu dirinya tidak kuat untuk memikul sendiri tanggungjawab ini,namun dia tahu tiada siapa lagi dapat diharapkan.
#terima kasih sudi baca...maaf jika belum sempurna...harap puashati ye..
***PEACE***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan