Jumaat, 7 September 2018


Assalamualaikum . Lama btl laman ni bersawang.. Maaf pada yang sudi menanti..
Nah.. ITDI untuk yang sudi..

Bab 13
Pagi-pagi lagi Hanis sudah di kejutnya.Dia perlukan bantuan Hanis untuk pergi dari situ.Hanya Hanis sahaja yang boleh menolongnya ketika ini.Zulaikha nekad kali ini dia harus pergi sebelum segalanya menjadi kucar-lacir dan dia sudah tidak sanggup berhadapan dengan Safuan setelah apa yang telah terjadi.Hatinya betul-betul sakit saat ini dan tiada siapa pun dapat menenangkannya termasuk Hanis.
Zulaikha tahu caranya pergi dari situ seperti orang yang tiada adab,tapi lebih baik dia memilih jalan itu dari dia menjatuhkan maruah seseorang.Dia tahu hati dia,dia tahu perasaan yang berkelodak dalam hatinya.Dia tahu tahap mana hancur hatinya ketika ini.Kerana tidak mahu merosakan majlis orang dia memilih untuk pergi tanpa pengetahuan orang lain kecuali Hanis.
Setelah melihat Zulaikha menaiki bas,Hanis terus berlalu pergi.Airmatanya bergenang melihat teman rapatnya pergi membawa hati yang walang.Dia tahu Zulaikha terluka,dia dapat lihat bertapa kecewanya dari mata Zulaikha saat Zulaikha di hina Diana.
“Aku tak harap kau jadi yang terbaik Ika,tapi kau memang sahabat terbaik yang pernah aku ada.”ucap Hanis sendiri.
Sementara itu di rumah milik keluarga Hanis,Safuan bagaikan cacing kepanasan melihat ketiadaan Zulaikha.Semua barang-barang Zulaikha telah tiada.Bergegas dia keluar dari bilik mencari Zulaikha di luar.Dia ingin memohon maaf sekali lagi atas apa yang berlaku semalam.Tanpa sengaja dia terserempak dengan Hanis yang datang dari dapur.
“Emm..Hanis tahu mana Sufi?dia tak ada dalam bilik.”tanya Safuan kekok dengan sepupu yang baru di kenalinya.Padahal selama ini mereka bekerja di bawah bubung yang sama.
Tanpa menjawab apa-apa Hanis terus masuk ke biliknya.Dia tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa ketika ini.Dia mengambil keputusan untuk berkurung di dalam biliknya.Sebak dadanya bila teringatkan wajah murung Zulaikha tadi biarpun temannya itu cuba mengukir senyuman buatnya.
“Aku minta maaf Nis,aku tak kuat,aku tak mampu bertahan untuk dua hari lagi kat rumah kau.Aku tak nak sebab aku keluarga kau dapat malu,aku tak nak jatuhkan maruah sesiapa begitu juga aku tak nak malukan diri aku sendiri,aku harap kau faham Nis.sekali lagi aku mintak maaf.”ucap Zulaikha sambil tersedu-sedu.Teringat ucapan Zulaikha sebelum memanjat tangga bas tadi.Dia tahu Zulaikha sedang kecewa tapi dia tidak tahu yang hati temanya itu hancur dek perbuatan abang sepupunya.
Tukk..tukkk..pintu bilik Hanis di ketuk.Hilang semua lamunannya.Bingkas dia membuka pintu,terjegul muka mamanya mengajaknya turun untuk menyiapkan makan pagi untuk saudara mara terdekat yang sebentar lagi akan sampai.Tanpa bantahan Hanis mengekori belakang mamanya.
“Ehh..mana Ika tak nampak pun dari subuh tadi lagi,abg Izzu hang ada la kat depan tu dok termenung apa pun tak tau.”tanya Puan Habsah.
“Emmm.. Ika balik dah mama, dia ada hal. Rindulah kot.. tu sebab dok termenung ja.”ucap Hanis sambil ketawa kecik. Dia tahu Puan Habsah masih yidak mengetahui perihal anak saudara kesayangannya itu.
Hanis terus masuk mepangkah ke depan sambil menyusun makan yang telah pun siap di masak tanpa menghiraukan mamanya yang melangkah menuju ke arah Safuan. Dia taidak mahu mencampuri urusan mereka. Sebagai kawan dan sepupu dia hanya mampu berdoa semoga semuanya baik-baik belaka. Dia sendiri melihat di sebalik senyuman Zulaikha tersembunyi luka yang sangat dalam. Dia sendiri tidak tahu sejauh mana luka itu dapat di atasi oleh teman baiknya itu. Apa yang dia lihat Sufi Zulaikha sedang terluka. ‘semoga kau kuat Ika’

Harap berpuashati.. Maaf jika belum sempurna
***PEACE***

6 ulasan: