Selasa, 27 Januari 2015

BAHAGIAKAH AKU?



Nah ni utk semua,tak sehebat mana namun ini saja yang mampu amie berikan..cerpen pertamaku...


BAHAGIAKAH AKU?


“Aku  terima  nikahnya  Nur  Aila  Nabila  binti  Ahmad  Syukri  dengan  mas  kahwinnya  tiga  ratus  ringgit  tunai....” air  mata  Aila  mengalir  laju  mendengar  lafaz  akad  yang  baru  terlontar dari mulut  lelaki itu.

Dunianya terhenti seketika,di usia belum mencapai dua puluh tahun  dia  kini  sah   bergelar  isteri  kepada  Mohd   Amirul  Danial  a.k.a  abang  sepupunya  sendiri. Kerana  peristiwa  itu  dia  kini  bergelar  isteri  dalam  usia  yang  masih  muda.

”Ehh.. abang  ngah, bila  sampai? Abang  ngah  datang  dengan  siapa?  Sorang  je  ke?” berasak  pertanyaan  Aila  namun  langsung  tidak  di  jawab  oleh  lelaki. Lelaki  itu  masih  merenung  tajam  wajah  Aila  yang  masih  terkejut  dengan  kehadirannya  secara  tiba-tiba. Aila  mengaru  kepalanya  yang  tidak  gatal.

“Nasib  baik  aku  bertudung” gumam  Aila  sendiri. Tiba-tiba  Amirul  Danial  merapati  Aila  yang  masih  berdiri  di  hadapan  pintu  biliknya. Aila  gugup  dengan  tingkah  laku  abang  sepupunya  itu. Dia  berundur  selangkah  masuk  ke  dalam  biliknya, senang  jika  apa-apa  dia akan terus berkurung dalam biliknya.

“Eh.. eh   abang  ngah  ni  kenapa, dah  tak  betul  agaknya?” Tanya  Aila  dengan  sedikit  terketar. Belum  pernah  lagi  dia  melihat  kelakuan  abang  ngahnya  seperti  hari  ini. Setapak  lagi  dia  berundur  ke  dalam  biliknya  sambil  tangan  mencapai  tombol  pintu. Melihat  Amirul  Danial  semakin  menghampiri  pantas  pintu  biliknya  di  tutup  namun  tangan  Amirul  Danial  lagi  pantas  menahan. Dia  melangkah  masuk  ke  bilik  Aila  lalu  menutup  kembali  pintu.

“Aa... ab.. abang  ngah  buat  apa  ni?” tergagap-gagap  Aila  bertanya  Amirul  Danial  yang  semakin  menghampirinya. Air  matanya  laju  mengalir  di  pipi. Dia  tidak  tahu  apa  mahunya  abang  sepupunya  itu. Di  Tanya  tidak  menjawab, tapi  dengan  beraninya  lelaki  itu  masuk  ke  kamar  tidurnya  tanpa  izin. Kakinya  Aila  terus  berundur  ke  belakang  dan  akhirnya  dia  terperangkap  pada  dinding  biliknya ,Sementara  itu  Amirul  Danial  merapati  Aila  dan  terus  mengepung  Aila  dengan  kedua  belah  tangannya  di  lekapkan  pada  dinding. Aila  terperangkap. Jantungnya  bagaikan  mahu  tercabut  bila  wajah  mereka  berjarak  beberapa  inci  sahaja.

“Abang  ngah  buat  ap....” belum  sempat  Aila  bertanya  bibirnya  menjadi  habuan  bibir  Amirul  Danial. Aila  terpana  Amirul   merapatkan  tubuhnya  lalu  tangan  kirinya  memeluk  pinggang  ramping  milik  Aila  manakala  tangan  kanannya  memegang  belakang  tengkuk  Aila. Aila  yang  tersedar  menolak  keras  dada  Amirul. Namun  Amirul  makin  kuat  memeluk  tubuh  Aila. Berpusing-pusing  tubuh  mereka  dengan  rontaan  kuat  dari  Aila  dan  akhirnya  tubuh  kedua-duanya  terlontar  jatuh  ke  katil  dengan  tubuh  Amirul  menindih  tubuh  Aila. Aila  menolak  kasar  tubuh  Amirul, belum  pun  sempat  Aila  bangun  Amirul  merangkul  kasar  pinggannya  dan  Aila  kembali  rebah  di  sisi  Amirul. Sekali  lagi  bibir  Aila  menjadi  sasaranya  namun  kali  ini  Aila 
 Berjaya  mengelak, bibir  Amirul  mendarat  di  pipinya.

“Abang  ngah  ni  kenapa  dah  gila  ke? Abang  ingat  Aila  ini  apa? senang-senang  untuk  abang  sentuh.” Marah  Aila  bersama  airmata  sambil  menolak  kasar  tubuh  Amirul  untuk  melepaskan  diri. Sungguh  dia  tidak  menyangka  sanggup  Amirul  memperlakukannya  begitu.
Pintu  bilik  di  buka  dari  luar.

”Astafirullahalazimmmmmmm..... Mirulllll... Ailaaaaa..... apa  yang  korang  berdua  buat  ni” jerit  Puan  Shamsiah  iaitu  ibu  Aila. Sambil  tangannya  lembut  mengurut  dada  terkejut  dengan  kejadian  yang  mengaibkan  itu.
Pantas  Amirul  melepaskan  pelukkannya  lalu  bangun  berdiri  di  ikuti  dengan  Aila  sambil  mengesat  air  matanya  sambil  menjeling  geram  pada  Amirul  di  sebelahnya.

“Abah  nak  minggu  depan  Amirul  dengan  Aila  di  nikahkan...”tegas Encik Syukri.Tiba-tiba  dunia  Aila  berpusing. Tanpa  sempat  dia  membela  dirinya  telah  di  jatuhkan  hukum.

“Nur Aila Nabila... hulurkan  tangan  tu, suami  kamu  nak  sarung  cincin  tu...”

“Hah?” Aila  baru  tersedar, peristiwa  seminggu  lalu  berlalu  pergi. kini  di  hadapanya  berdiri  Mohd  Amirul  Danial  a.k.a  suaminya  a.k.a  abang sepupu. Terketar-ketar  tangan  Aila  saat  Amirul  menyarung  cincin  di  jari  manisnya. Airmatanya  gugur  lagi  saat  bibir  lelaki  itu  mendarat  di  dahinya. Kini  Nur  Aila  Nabila  binti  Ahmad  Syukri  sah  menjadi  milik  mutlak  Mohd  Amirul  Danial  bin  Khairuddin.

Amirul  tersenyum, akhirnya  apa  yang  di  rancang  menjadi. Kini  Aila  menjadi  isterinya  yang  sah. Tiada  lagi  rasa  sakit  yang  mencengkam  dadanya. Pinggang  gadis  di  sebelahnya  di  rangkul  kemas. Aila  yang  menyedari  tangan  Amirul  yang  berada  di  pinggangnya  cepat-cepat  melepaskan  diri. Amirul  yang  terasa  dengan  perbuatan  Aila  merenung  tajam  muka  isterinya. Namun  Aila  buat  tidak  peduli  lalu  melangkah  pergi  meninggalkan  Amirul  dan   tetamu  yang  lain.

Di  dalam  kamar  pengantin  Aila  cepat-cepat  membersihkan  diri  sebelum  Amirul  masuk. Dia  belum  bersedia  lagi  untuk  berkongsi  miliknya  dengan  suaminya  itu. Sedang  Aila  duduk  menghadap  cermin  di  biliknya. Pintu  bilik  di  tolak  dari  luar. Dia  tahu  tentu  sahaja  Amirul  Danial  yang  kini  adalah  suaminya  yang  masuk.

“Aila..” panggil  Amirul  Danial  lembut. Aila  masih  mendiamkan  diri  tanpa  memalingkan  mukanya. Amirul  merapati  Aila  lalu  menyentuh  lembut  bahu  isterinya.

“Abang  tahu  Aila  tak  setujukan  dengan  pernikahan  kita, abang  tahu  abang  salah.” ucap Amirul  memulakan  bicara. Aila  masih  mendiamkan  diri. Dalam  hatinya  hanya  tuhan  sahaja  yang  tahu  perasaannya. Dalam  umur  baru  mencapai  Sembilan  belas  tahun  dia  telah  bergelar  isteri. Paling  dia  sakit  hati, dia  menjadi  isteri  tanpa  rela  atas  kesilapan  lelaki  itu  yang  langsung  tidak  hormatkan  maruahnya  sebagai  wanita.  Tanpa sedar  airmatanya  mengalir  membasahi  di  pipi. Aila  menundukkan  wajahnya. walau  apapun terjadi  dia  kini  telah  sah  menjadi  isteri  kepada  lelaki  itu.

Tiba-tiba  Aila  memusingkan  badannya  lalu  bangun  menuju  ke  jendela.

“Apa  yang  abang  ngah  fikir  sebenarnya? Kenapa  buat  Aila  macam  ni? Abang  ngah  letakkan  maruah  Aila  di  tempat  paling  rendah  sekali  di  mata  keluarga  kita, abang  ngah  tahu  tak?” luah  Aila  Nabila  geram, Namun  masih  di  tahan  suaranya  supaya  tidak  kedengaran  oleh  orang  lain.
Amirul  Danial  cuba  merapati  Aila, namun...

“Stop.. stop.. jangan  abang  ngah  cuba  dekat  dengan  Aila  lagi, selepas  apa  yang  abang  ngah  buat  ni  ingat  senang-senang  Aila  nak  lupakan  semuanya  ni” keras  suara  Aila  melarang.

“Aila.. abang  mintak  maaf.. tapi  sekarangkan  kita  dah  nikah.  Abang  tetap  suami  Aila  walaupun  Aila  menidakkan  semua  ni” luah  Amirul  sambil  merapati  isterinya. Bahu  isterinya  di  paut  lembut. Aila  menepis  kasar  tangan  suaminya. Rasa  geram  masih  lagi  menghuni  hatinya. Dia  geram  dengan  sikap  Amirul  yang  menyebabkan  dia  kini  berada  dengan  lelaki  itu  dalam  bilik  ini. Dia  geram  dengan  lelaki  itu  yang  merosakkan  zaman remajanya. Dia  geram  dengan  lelaki  itu  yang  mencampakkan  dirinya  ke  alam  perkahwinan  tanpa  kerelaannya. Dia  geram  bila  cita-citanya  mungkin  terpaksa  di  kuburkan  kerana  kini dia  terikat  dengan  seorang  lelaki  bergelar  suami. Dia  geram dengan segala-segalanya tentang semua ini.

Nur Aila Nabila tersentak namanya di panggil seseorang,Hilang semua kenangan masa lalunya.Kenangan yang menjadi rahsia hidupnya hingga ke hari ini.Tiada siapa pun antara teman-teman serumahnya mengetahui tentang status sebenarnya .

“Kau ni kenapa Aila?Dari tadi aku panggil tak dengar ke?ke telinga kau tu dah tersumbat ye..”luah Syakila kepada teman baiknya itu.Dalam hatinya masih lagi tertanya-tanya segalanya tentang Aila Nabila.Baginya gadis itu terlalu penuh misteri.Kadang-kadang dia sendiri tidak faham dengan perangai sahabatnya itu.Tapi baginya sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengembirakan hati sahabatnya.Kerana itu dia tidak mahu mencampuri hal gadis itu.
Aila hanya tersenyum mendengar bebelan syakila.baginya apalah sangat bebelan temannya itu.

“Aila..tu kat luar ada orang cari kau”ucap Syakila kembali ke tujuan asalnya.


“Hah?sapa yang cari aku malam-malam buta ni?”Tanya Aila pelik.Tak pernah-pernah selama dia tinggal di sini ada orang datang mencarinya.Nak kata mak ayahnya tak mungkin sebab ayahnya tidak boleh memandu di waktu malam.Ngomel Aila sendiri.

“Turun cepat dah lama orang tu tunggu kau”belum sempat Aila bertanya Syakila terus berlalu pergi.Dengan langkah yang malas Aila mencapai tudung di hujung katilnya.Sampai di halaman rumah kelihatan seorang lelaki sedang membelakanginya.

“Ehemm”dehem Aila memberitahu tetamu itu tentang kehadirannya di situ.Bila sahaja lelaki itu berpaling,tubuh Aila terasa lemah dan dunia kelam tiba-tiba.
Hampir setengah jam Aila tidak sedarkan diri.

“Haa..dah sedar dah pun kau.kenapa yang sampai pengsan,teruk betul la kau ni,terkejut aku tau tak”ucap Syakila sambil membelai rambut temannya itu.Jantungnya bagai nak tercabut bila sahaja lelaki itu tiba-tiba memanggilnya tadi.Aila yang menyedari bukan hanya dia dan Syakila di situ terus bangun membetulkan duduknya.Syakila terus menghilangkan dirinya ke dalam bilik,tidak mahu mencampuri urusan temannya itu.

“Aila macam mana dah ok ke?kenapa buruk sangat ke muka abang ni?sampai tengok muka suami sendiri pun boleh pengsan?”usik Amirul Danial sambil tersenyum melihat Aila yang kelihatan tidak selesa berdua dengannya.

“ Buat apa datang?macam mana pulak tahu tempat ni?”Tanya Aila setelah lama membisu.Amirul Danial tersenyum manis mendengar pertanyaan isterinya itu.

“Kenapa abang tak boleh datang ke kalau nak jumpa isteri abang sendiri?dan jangan ingat Aila jauh dari abang,Aila hilang terus dari pandangan abang.Aila tetap tanggungjawab abang.”jawab Amirul Danial lembut tapi tegas.

“Isteri?Sejak bila pulak Aila masih jadi isteri orang ni?Lima tahun rasanya cukup dah waktu untuk putuskan hubungan itu,takkan itu pun tak tahu kot”jawab Aila sedikit geram.Amirul masih lagi bersabar dan tersenyum mendengar kenyataan isterinya itu.Memang tempoh itu cukup untuk merungkaikan sebuah ikatan perkahwinan tetapi tidak perkahwinannya dan Nur Aila Nabila.baginya sekali dia lafazkan akad biar selamanya perempuan itu akan tetap menjadi isterinya.

“Apa Aila ingat semudah tu ke abang nak lepaskan Aila.Walaupun Aila tak pernah jalankan tanggungjawab Aila tapi abang masih lagi suami Aila yang sah.Abang tak penah lari dari tanggungjawab abang dan jangan ingat dengan tempoh lima tahun ni Aila hilang dari pandangan abang.”ucap Amirul sedikit tegas.hatinya terasa di cucuk mendengar kata-kata yang lahir dari mulut isterinya itu.

Aila terkejut dengan pengakuan Amirul.Bererti sepanjang lima tahun ni,Segalanya tentang dia berada dalam pengetahuan suaminya itu.Demi melindungi perasaannya Aila buat muka selamba sahaja.

“Datang sini nak buat apa?”Tanya Aila tanpa memandang wajah Amirul.

“Abang datang nak ambil isteri dan hak abang balik...”

“Abang rasa dah cukup tempoh lima tahun yang abang bagi pada Aila,sekarang abang nak hak abang sebagai suami,abang nak Aila tinggal dengan abang dan kita akan jalani hidup seperti suami isteri yang sebenar”luah Amirul sambil merenung lembut wajah isterinya.

“Gila..Aila tak nak”ucap Aila hampir terjerit kerana terkejut dengan permintaan Amirul Danial.Selama lima tahun dia ambil masa untuk melupakan perbuatan lelaki itu padanya.Selama itu juga dia cuba mencari kembali maruah dirinya yang di pijak-pijak Amirul sehingga dia terikat dengan perkahwinan tanpa rela.Semudah itu Amirul datang menuntut hak sebagai suami setelah maruah dirinya di letakkan di tempat paling bawah dimata keluarganya.Kerana lelaki itu seisi keluarga memandang serong kepadanya.kerana lelaki itu ibu dan ayahnya hilang kepercayaan terhadapnya.Kerana lelaki itu dirinya terpaksa menelan perit dan kata cacian dari abang dan kakaknya.

Setelah semua itu dia harungi,sekarang lelaki itu datang untuk menuntut hak dia sebagai suami.Setelah pengkhianatan yang di terima,semudah itu untuk dia lupakan segalanya.tidakkkk....

“Tak..tak..Aila tak nakkkk...”jerit Aila lantas berlari menuju ke biliknya.Pintu bilik di hempas kuat dan di  kunci dari dalam.Syakila  yang mendengar jeritan Aila terkejut dan berlari keluar dari biliknya.Melihat pintu bilik Aila yang tertutup rapat,dia mengatur langkah mendekati  Amirul di ruang tamu.

“Maaf.. boleh  saya  tahu  encik  ni  siapa  dan  kena....”

“Saya Amirul Danial suami Nur Aila Nabila”potong Amirul belum pun sempat Syakila habis bertanya.Syakila terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu.hampir ternganga mulutnya.menyedari situasi yang berlaku.Syakila menyuruh Amirul pulang dahulu dan kembali semula bila sahaja marah Aila sudah reda.

Nur Aila tersedar dari tidurnya.melihat sekeliling biliknya gelap hanya di terangi lampu jalan.Tahulah dia malam sudah menjelma.bingkas Aila bangun mencapai tuala menuju ke bilik air.Setelah siap dia turun menuju ke dapur bila perutnya terasa lapar.
Tiba di ruangtamu kelihatan satu tubuh manusia sedang duduk bersandar di atas sofa.Aila melangkah merapati tubuh itu,belum pun sampai dia terkejut bila tubuh itu berpaling.Cepat-cepat Aila memanjat tangga menuju ke biliknya.Belum pun sempat pintu biliknya di tutup ada tangan yang sedang menahannya.

Tubuh Aila terpelanting jatuh ke lantai bila saja Amirul menolah kuat pintu bilik isterinya itu.Cepat-cepat tubuh Aila di dekatinya sambil menolong Aila bangun.

“Maaf sayang,abang tak sengaja.”ucap Amirul sambil mengosok belakang Aila,tapi tangannya di tepis.

“Baik abang keluar sekarang,”marah Aila sambil mencapai tombol pintu tapi tangan Amirul lebih pantas menghalangnya lalu pintu di kunci dari dalam.Aila yang melihatnya berdebar-debar bila Amirul semakin menghampirinya.Semakin Aila mengundur semakin rapat Amirul mendekatinya.Akhinya tubuh Aila terperangkap di dinding.Amirul menghadiahkan senyuman paling manis buat isterinya.Dia tahu Aila tidak akan dapat melepaskan diri darinya bila tangannya mengepung tubuh isterinya yang terperangkap di dinding.

Jantung Aila berdegup kuat bila saja wajah Amirul semakin dekat hanya beberapa inci sahaja boleh menyentuh wajahnya.Tanganya cepat-cepat menahan dada suaminya.

“Abang..ap..ap..apa yang abang nak..”bibirnya di pagut lembut oleh bibir Amirul.Aila tergamam.Terasa melayang-layang tubuhnya ketika ini seperti terbang di udara.Tangan Amirul mengusap lembut tubuh isterinya.Dalam tidak sedar Aila membalas semua perlakuan suaminya.Akhirnya mereka rebah di katil hempuk milik Aila.Malam menjadi saksi cerita mereka.

 Amirul terjaga bila terdengar esakkan halus di sebelahnya.Sah itu esakan dari Aila bila melihat tubuh yang hanya di tutupi dengan blanket itu terhinjut-hinjut menahan tangis.Cepat-cepat tubuh Aila di raih dalam pelukkannya.Walaupun Aila menolaknya dia tetap merangkul kejap tubuh isterinya itu.

“Shuuut..shuut..kenapa ni sayang,janganlah menangis,Aila buat abang rasa bersalah.Salahkah abang ambil hak abang?Hak abang yang Aila nafikan sejak lima tahun dulu,salahkah abang tuntut hak abang sekarang?”Tanya Amirul sedikit terkilan jika dengan perbuatannya membuatkan isterinya terus membenci.Tapi masa mereka melakukannya isterinya langsung tidak menolak malah membalas segala perbuatannya.Aila masih lagi tersedu dalam pelukkan Amirul walaupun tiada lagi rontaan.

“Cuba Aila cakap kat mana salah abang?Aila hak abang,segala yang ada pada Aila semua hak abang,suami Aila yang sah.Jadi abang rasa tak salah dengan apa yang telah berlaku tadi.”ucap Amirul tenang sambil mencari wajah isterinya yang masih tersedu.

“Aila benci abang..”ucap Aila bersama sedunya.

“ok..ok..abang mintak maaf sebab tak dapat kawal perasaan abang tadi tapi..kalau Aila tak setuju kenapa Aila tak halang abang?malah Aila membalas semua perbuatan abang membuatkan abang terus hanyut.”soal Amirul bersama senyuman nakal.Merah padam muka Aila mendengar tutur kata suaminya.Dia akui dia turut menikmatinya.

Amirul menarik tubuh Aila memusing mengadapnya.Mencari sepasang mata milik isterinya itu.Dahi isterinya dicium lembut.Aila tidak menolak walau airmatanya masih lagi mengalir perlahan.

“Abang sangat-sangat sayangkan Aila,Demi Allah abang cintakan Aila.Abang sanggup tunggu lima tahun untuk mendapatkan kasih sayang dari isteri abang ni.Berilah sikit kasih sayang Aila buat abang yang kekurangan kasih sayang ni..please sayangg..”rayu Amirul mengedipkan matanya sambil merenung wajah isterinya.Aila menahan senyum melihat gelagat Amirul.Dia tidak mahu Amirul tahu yang hatinya kian cair.Dia tahu Amirul berhak ke atasnya.Tiada sebab dia menafikan hak Amirul yang satu itu.Aku redha kerana dia suamiku.Ucap Aila dalam hati.

“Abang janji akan bertanggungjawab dengan perbuatan abang tadi”ucap Amirul sambil mengusap lembut perut kempis milik isterinya.Aila mencapai tangan Amirul lalu dicium lembut bersama linangan airmata.Amirul terkaku melihat perbuatan isterinya.

“Abang..Aila mintak maaf..mintak ampun,Aila tahu banyak menyusahkan abang,Aila tahu Aila tak tunaikan tanggungjawab Aila sebagai isteri,Aila pergi tanpa izin abang,Aila....”ucap Aila beremosi.

“Dah..dah..abang sentiasa ampunkan kesalahan Aila,Abang izinkan pemergian Aila lima tahun dulu,abang redhakan setiap langkah Aila meninggalkan abang dulu,tapi sekarang abang haramkan selangkah pun Aila pergi dari abang,sebab abang nak hidup dengan di temani Aila sampai akhir hayat abang,dan abang mintak maaf dengan apa yang telah abang lakukan terhadap Aila dulu sehinggakan kita terpaksa di nikahkan.”luah Amirul sunguh-sungguh.

“Abang hutang satu penjelasan dengan Aila.”komen Aila sambil memandang tajam wajah suaminya.Amirul mula berasa tidak sedap hati.Hubungan mereka baru sahaja kembali jernih dan dia tidak mahu lagi berantakan.Terasa sangat tersiksa berjauhan dari insan tersayang.Mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena.

“Emm..ke..kenapa abang buat Aila macam tu,jatuhkan maruah Aila pada pandangan orang sampaikan semua kaum keluarga kita pandang hina pada Aila?”Tanya Aila sebak.Amirul merangkul tubuh isterinya.Dia tahu satu hari Aila akan minta penjelasan darinya.Hari itu akhirnya tiba.

“Maafkan abang sayang..abang terlampau ikut sangat perasaan cemburu abang waktu itu,abang tak mahu ada orang lain yang rampas Aila dari abang.Di sebab perasaan itu abang bertindak keterlaluan tapi mujurlah ayah dengan ibu sampai waktu itu kalau tak..abang tak tahulah apa yang akan terjadi.”terang Amirul sayu.Dia betul-betul menyesal dengan perbuatannya itu yang hampir meragut maruah Aila.

“Abang cemburukan siapa?”Tanya Aila.Perasaan ingin tahunya membuak-buak waktu ini.Amirul masih mendiamkan diri seperti tidak mahu berkongsi dengannya.

“Abanggg...”panggil Aila manja.Merayu jawapan dari suaminya.Amirul tersenyum melihat kemanjaan isterinya.Tubuh isterinya sekali lagi di raih dalam pelukkannya.Wajah isterinya di cium penuh perasaan.Bertapa sayangnya dia pada insan yang bernama Nur Aila Nabila.Perasaan itu hadir sejak dia masih di bangku sekolah lagi.Dia cukup pantang jika terdengar ada budak-budak lelaki yang bercerita tentang sepupunya itu,mulalah hatinya menjadi panas.Dan kerana geram akan kata-kata seorang temannya,Aila hampir menjadi korbannya.Mujurlah Allah utuskan bapak dan emak mentuanya muncul ketika itu,dan akhirnya gadis yang di idamkan menjadi miliknya.

Namun sayang bila gadis itu menjadi miliknya,dirinya di benci isteri sendiri malah paling membuatkan hidupnya terseksa bila Aila pergi membawa diri dan dia hanya mampu melihat isterinya itu dari jauh.Tapi kini dia tidak akan mengizinkan lagi Aila berlalu dari hidupnya.Itu janjinya dan kepada Allah dia bermohon peristiwa itu membuahkan hasil.

Wajah isterinya di renung penuh kasih,bibir merah Aila dikucup.Dia kegelian bila nafas Amirul mendesah di telinganya, lalu matanya di kucup lembut dan berakhir pada bibir merahnya.Aila merelakan segala perbuatan suaminya.Biarkan mereka menikmati saat indah mereka dengan kasih sayang yang kian bersemi.Tiada lagi perasaan benci yang ada hanyalah kasih sayang yang akan di curahkan sepenuhnya buat suaminya.

Dalam hatinya berdoa semoga kasih sayang mereka kekal hingga ke akhir hayat.Dia akan cuba melupakan segala kesakitan yang pernah berlaku padanya.Biarkan segala kenangan itu pergi bersama angin yang bertiup.



P/S Siapa kata sekali derita selamanya akan menderita,bahagia itu kita yang perlu cari,tanpa usaha kejayaan tak mungkin kita miliki.





pssst,,pssst...dah abis baca kan cer bagi komen cikit...hehe

       ***PEACE***

ISTERI TAK DI IKTIRAF 3



P/S Mungkin ada banyak kekurangan di sini,sy mtk maaf kalau menghampakan,kalau rajin tinggalkanlah komen...utk sy terus memperbaikinya...

BAB 3


Tiba-tiba   tanpa  sengaja  kakinya  tersalah  pijak, bergolek  tubuhnya  jatuh  ke  bawah. Dan  yang  paling  malang  sekali  bila  tubuhnya  tergolek  betul-betul    di  hadapan  kaki  seseorang  yang  sedang  berdiri  di  situ. Zulaikha  cuba  bangun  namun  kakinya  terasa  sangat  sakit  dan  akhirnya  ada  tangan  yang  mencapai  tubuhnya  membantu  dia  menstabilkan  tubuhnya.

Bila  saja  wajah  itu  di  pandangnya...

“Khusyairi ?ehh... u  buat  apa  kat  sini?” soal  Zulaikha  terkejut. Lelaki  itu  hanya  menghadiahkan  senyuman  manis  buatnya. Zulaikha  keliru  dengan  kehadiran  lelaki  itu  di  tempat  kerjanya. Lagi  membuatkan  dia  pening  bila  kedua-dua  lelaki  itu  muncul  serentak  dalam  hidupnya  setelah  lama  mereka  menghilangkan  diri. Adakah  semua  ini  satu  kebetulan  atau  sememangnya  mereka  merancang  sesuatu  tanpa  pengetahuannya.

Jantungnya  seakan  mahu  pecah, berdebar  dengan  apa  yang  bakal  berlaku  dalam  hidupnya  selepas  ini. Dia  belum  kuat  untuk  menerima  kejutan  baru. Sedangkan  luka  lama  yang  mereka  tinggalkan  untuknya  masih  lagi  belum  sembuh. Semuanya  menjadi  semakin  keliru.

“U  ok  ke  ni? Kalau  tak  jom  i  bawa  u  ke  klinik.” Pelawa  Khusyairi. Sambil  matanya  tidak  lepas  memandang  wajah  lembut  milik  Zulaikha. Wajah  lembut  itu  tidak  pernah  berubah  pada  matanya . Sentiasa  cantik  dan  sejuk  mata  memandang. Dia  akui  Zulaikha  bukanlah  gadis  tercantik  yang  pernah  di  temuinya  tetapi  tarikan  pada  Zulaikha  sangat-sangat  menarik  hatinya. 
Dan  dia  juga  tahu  yang  gadis  di  hadapanya  ini  menanggung  derita  yang  amat  perit  atas  perbuatannya. Kerana  itu  dia  kembali  ke  sini  mencari  gadis  itu  untuk  menebus  semua  kesalahan  yang  telah  dia  lakukan  yang  telah  membuatkan  maruah  gadis  itu  dan  keluarganya  tercalar. 

Tanpa  mereka  sedari  ada  sepasang  mata  yang  sedang  merenung  tajam  dengan  hati  yang  membuak-buak  marah. Kalau  di  ikutkan  hati  memang  habis  manusia  berdua  itu  di  kerjakannya. Tapi  otaknya  masih  waras  dan  sedar  Negara  ini  masih  punya  undang-undang  yang  harus  di patuhi. Tanpa  mempedulikan  pasangan  itu  kakinya  terus  melangkah  pergi  meninggalkan  mereka. Dia  tidak  mahu  perkara  yang  tidak  di  ingini  berlaku  jika  dia  masih  berada  di  situ.

Pantas kakinya melangkah tanpa memperdulikan sepasang mata yang sedang merenung tajam kearahnya.Biarlah apa pun tanggapan lelaki itu padanya namun untuk dia terus tunduk mengharapkan belas ihsan lelaki itu tidak mungkin sama sekali terjadi.Cukuplah sekali luka yang telah lelaki itu tinggalkan untuknya,tidak mungkin dia menghulurkan sekali lagi hatinya untuk terus di lukai.Dia tahu lelaki itu ada muslihat tersendiri dan kerana itu lelaki itu muncul di sini,di pejabat ini.

Zulaikha pantas melontarkan dirinya ke dalam kereta sambil melepaskan lelah di dada.Sungguh hari ini otaknya terasa sungguh penat dengan permainan dunia.Penat dengan karenah manusia,lelah dengan nasib yang menimpanya,risau dengan status dirinya yang sebenar.Segalanya kusut hinggakan kepalanya berdenyut meminta untuk berehat.Airmata hangat  mengalir laju di pipi gebu milik Zulaikha.Hatinya yang luka kian berdarah dengan kehadiran dua lelaki yang pernah memporak-perandakan hidupnya.Lelaki-lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung buat dirinya seorang insan yang lemah.Tetapi lelaki-lelaki itu yang membiarkan dia tersungkur sendiri lalu rebah,dan kini merangkak mencari kembali harga diri yang pernah dicemari.

“Aaaaaaaaaaaaaa.......”jerit Zulaikha sendiri sambil menangis.Stereng kereta di hentak-hentak melepaskan geram dengan kelemahan dirinya.Dulu dia pernah berjanji tidak akan menangis lagi tapi hari ini airmata itu tetap mengalir.Memang betul memaafkan apa yang orang buat kepada kita mudah,tapi untuk melupakan cukup payah.Kerana itu dia tekad untuk terus....


*maaf ye kalau ada yang kurang,enjoy ye baca..kalau sudi tinggalkan komen yerk...

                                 ***PEACE***

Sabtu, 17 Januari 2015

SEPARUH HATI 7

Assalamualaikum semua...
sori kalau ada yang kurang....
kalau rajin tinggalkanlah komen untk amie perbaiki lagi mutu penulisan ..huhu..
p/s tq sudi baca insyaallah ada lagi nanti...
***PEACE***

PART 7


Pangg...sekali lagi tamparan dari tangan Danial Iskandar singgah ke pipinya.Tangannya memegang pipinya yang pijar.Danial Iskandar merapatkan mukanya dekat pada wajah Ain Syuhada.

“Aku takkan sesekali lepaskan kau....kalau kau nak bebas, kau cari sendiri”bisik Danial Iskandar di telinga isterinya itu.Lalu terus melangkah meninggalkan Ain Syuhada sendirian.

“Arrrr....aku benci kau..”jerit Ain Syuhada geram,habis barang- barang di atas meja di tepisnya melepaskan geram.Sakit hatinya dengan kata-kata Danial Iskandar.Pantas tangannya mencapai handbeg melangkah keluar dari pejabatnya.Pekerja-pekerjanya tergamam melihat situasi itu.

Tanpa mengetahui arah tujuan kereta di pandu Ain Syuhada terus meluncur laju.Hatinya sakit dengan sikap Danial Iskandar yang sering menyakiti hatinya.Buat apa ada ikatan jika hanya membuatkan saling membenci.Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia toreh-toreh muka Danial Iskandar biar puas rasa hatinya.Harapkan muka sahaja yang manis tapi hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Akhirnya kereta di pandu Syuhada membelok masuk ke rumah abangnya,Nasrul.Dia tahu di sini sahaja hatinya akan tenang dan tiada gangguan dari Iskandar.Namun sangkaannya meleset bila sahaja terpandang kereta milik Iskandar tersusun elok di dalam garaj.

“Haa.. balik pun Ada,ingatkan Is je yang balik sini,Rindu tau lama tak jumpa,mentang-mentang dah ada suami,lupa terus kat akak ye.”ngomel Salmi.Nasrul dan Iskandar hanya tersenyum melihat rajuk Salmi.Nasrul tahu bertapa rindunya isterinya itu pada Syuhada.Sering kali Salmi mengadu padanya sunyi tanpa kehadiran Syuhada di rumah ini.Tapi siapalah dia untuk menghalang kerana tempat isteri adalah di sisi suami.

Betapa tulusnya hati Nasrul mempercayai adik ipar segeranya itu.Langsung dia tidak menyedari kepahitan yang di rasai oleh adiknya itu.Di layan bagaikan sampah oleh suami sendiri.Dia juga tidak tahu akan hal rumahtangga adiknya itu tidak seprti yang di fikirknya.Baginya Ain Syuhada amat bertuah mempunyai suami sebaik Danial Iskandar.

Tanpa pengetahuan Ain Syuhada setiap minggu Danial Iskandar akan  meluangkan masa bersama abang dan kakak iparnya itu.Kerana itu Abangnya langsung tidak menghidu masalah mereka.Bagi abangnya DAnial Iskandar seorang adik yang bertanggungjawab walaupun tanpa kehadiran Isterinya dia tetap meluangkan masa untuk melawat mereka suami isteri.Kerana itu seluruh kepercayaan di letakkan pada DanialIskandar.

Dan tanpa pengetahuan mereka juga ada sesuatu yang di rancang oleh Danial Iskandar.Kerana itu dia kerap mengunjungi keluarga abang iparnya.Dia mahu seluruh kepercayaan lelaki itu terletak padanya,supaya rancangannya berjalan lancar.Dia harus meraih kepercayaan penuh dari Nasrul untuk melaksanakan rancangannya.Dalam hatinya sudah tersenyum lebar kerana kepercayaan suami isteri itu berjaya di raihnya.

“Jemput minum Is..”pelawa Salmi.Hilang terus angan-angannya tadi bila di tegur Salmi.Kelihatan Syuhada datang smbil menantang sepinggan kuih karipap menjadi menu minum petang mereka hari ini.Ain Syuhada melemparkan senyum sinis buat suaminya.Dia tahu Iskandar sedang merancang sesuatu,dia bukan bodoh untuk menilai lelaki seperti Danial Iskandar

Rabu, 14 Januari 2015

Mood kelaut..

Assalamualaikum......

Hai All....
Sori lmbt update...mood menulis kelaut...huhuhu....
Amie cbuk dgn sklh...
Ank msk sklh....
Yg ke 2 cbuk tranning abc...persediaan utk thn depan...(hahaha br msk thn br dh fkr thn dpn)
Nampak sgt ko nk cpt tua lah amie...
Yess....i'm old...but not my jiwa yerk...sentiasa muda(poyo btl lh ko amie)
Yg bongsu sibuk trainning berjalan..almaklumlah br dpt kaki..
Ape pun blh asalkan mereka happy...

Hati nie rasa mcm xtenang je..xth nk cite mcm mn....luah kat sini je kot...xreti nk ngadu kat org..
Pssst...amie ahmad nie byk rahsia pendam2 sampai terlupe(nmpk sgt ko dh tua sblm usia)

Mata xblh nk lelap so merapu kat sini dulu.....hehehe..

Oklah u allsss...amie nk bobok dulu....kihkihkih...esok koje oiii....

Bye......

***PEACE***

Rabu, 7 Januari 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Hai u all....

Ehhh ada ke yg baca nie.harap harap ada lah yerk...hehehe

*****SELAMAT TAHUN BARU 2015..*****.

 BUAT SEMUA...

Maaf andai ada tersalah kata
Maaf andai tersalah bahasa
Maaf juga andai aku termengada-ngada
Maaf atas kesemuanya..

Tahun 2014 adalah kenangan yang paling mencabar pada negara kita.Pelbagai bencana yang telah Allah anugerahkan kepada kita tanda kasihnya masih bersama Malaysia.harap2 kita sebagai rakyat bermuhasabahkanlah diri pada yg esa.
Jangan menyalahkan kerajaan,jangn menyalahkan sesiapa.
kerajaan tu siapa????
(sdh lh amie ko xpyh nk khutbah kat sini..hahaha)maaflah semua...Amie Ahmad mmg dh senget...

SALAM TAKZIAH UTK SEMUA MANGSA BANJIR

Doaku sentiasa bersamamu wahai saudara2ku kerana aku salah seorang warganya.
Doaku juga tak putus buatmu ibu..semoga kau tabah menghadapinya..
Doaku juga tak lupa buatmu kakak kerana musibah yang melanda..aku tahu kau redha kerana ayahanda telah titipkan iman didada kita tentang rukun iman yang kau harus percaya pada qada dan qadarnya...
Doaku juga buatmu achik semoga kau sentiasa dalam bahagia..
Doaku juga buat suami tercinta dan anakanda yang ceria semoga sentiasa berada dalam redhanya..
Doaku juga buat semua" SEMOGA SENTIASA INGAT PADA YANG ESA"

Doaku hulur padamu ayahanda semoga kau tenang di sana..Al-Fatihah

semoga kedatangan tahun baru 2015 membawa sinar kepada kita semua..

SEMOGA NEGARAKU MALAYSIA SENTIASA AMAN MAKMUR SENTIASA..
(Wahhh...jiwa patriotik yerk ko Amie)


ikhlas dari pihak penaja(penaja lah sgttt)
***PEACE***

ISTERI TAK DI IKTIRAF 2

BAB 2

     Dalam hati membara rasa marah terhadap lelaki itu.Tidak pernah termimpi apatah lagi berharap untuk bertemu lagi lelaki itu.Namun takdir Allah siapa yang dapat menghalang.Manusia hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.Sejauh mana pun dia lari akhirnya Allah tetap temukan dia dengan lelaki itu.
     
     Semua kerjanya serba tidak kena.Betullah kata orang bila hati tak tenang semua kerja jadi tunggang-langgang.Dari pagi sampailah sekarang satu kerja pun belum di siapkan.Semuanya kerana’ lelaki’ itu yang tiba-tiba muncul kembali setelah lama menhilangkan diri.

    “Kan bagus kalau terus lenyap je dari muka bumi ni..”bebel Zulaikha sendiri.Penat otaknya bekerja seharian,namun satu kerja pun tidak dapat di siapkan.Dengan langkah yang lemah dia menuju ke bilik pantry.Moga-moga mood untuk bekerja kembali ok .Itulah niat Zulaikha.Namun belum pun kakinya melangkah ke bilik pantry.Kelibat ‘lelaki’itu muncul di depannya.

    “Lepas kerja nanti aku nak jumpa kau”ucap Safuan perlahan hanya di dengari mereka berdua.Belum sempat Zulaikha membalas dia terus melangkah pergi.Dengan langkah yang laju Zulaikha berpusing kembali ke tempatnya.Hilang segala rasa buatnya ketika ini.Cuma yang tinggal rasa geram yang teramat sangat.

     “aaaaah....”jerit Zulaikha kegeraman.
     
     “Hoi gilo apo kau ni”tegur Hanis terkejut dengan jeritan Zulaikha sebentar tadi.Zulaikha memusing kepalanya melihat sekeliling sambil mengangkat tangan sebagai tanda maaf.Macam mana boleh terlupa dirinya sekarang berada di tempat umum.hahaha..tempat umum la sangat.

     “Eh kalau dah kawasan terbuka macam ni kira umum lah kan”omel Zulaikha sendiri.akhirnya dia tergelak sendiri sambil kepalanya tergeleng-geleng.Memang dah parah dah tahap tekanan Zulaikha ni.

      “Ikaa..kau kenapa yang tersengeh-sengeh,tenggeleng-geleng dah tu siap cakap sorang-sorang pulak tu,seram aku tengok kau ni,teruk sangat ke masalah kau ni?tanya Hanis bila saja melihat Zulaikha yang kelihatan aneh sikapnya.Sedangkan sebelum ini tidak pernah sekali pun Zulaikha berkeadaan begitu.Dia juga perasan sejak dua menjak ni Zulaikha kurang ceria dan tidak kelihatan normal seperti biasa.Dia juga perasan Arkitek baru syarikatnya itu asyik mengekori Zulaikha.

       “Ikaaa...kalau kau ada masalah kau ceritalah kat aku mana tahu aku boleh tolong ke?Aku tengok kau sejak dua tiga hari ni dah lain tau,dah tak macam Sufi Zulaikha yang aku kenal.asyik menung je memanjang,ni sekarang tersenyum,tergeleng dan paling teruk kau jerit tadi tu,semua orang pandang pelik tau,ucap Hanis meluahkan apa yang dia rasa dengan perubahan Zulaikha sahabatnya itu merangkap teman serumah.Zulaikha hanya membalas pertanyaan Hanis dengan senyuman.Buaat masa sekarang dia belum bersedia untuk membuka kisah hidupnya.Biarlah semua pahit manis dia sendiri yang menanggungnya.

       Bagi Zulaikha saat Safuan meninggalkannya lima tahun dulu,Hubungan mereka ternoktah di situ.Tiada lagi yang di harapkan pada hubungan itu.Dan untuk apa dia mengharap jika maruahnya dan juga keluarganya habis tercela.Segalanya telah berakhir sehari selepas pernikahan mereka lima tahun dulu.

       Zulaikha tergesa-gesa menuruni tangga menuju ke lobi.Sengaja dia melalui tangga bila saja matanya terlihat pemandangan yang menyakitkan.Sebelum sesiapa perasan dengan kehadirannya lebih baik dia meloloskan diri melalui tangga.Sekurang-kurangnya boleh juga dia melakukan senaman mengenangkan sudah lama dirinya tidak bersenam.Pantas Zulaikha  melangkah,tiba-tiba.....



SEPARUH HATI 6

PART 6

     Setelah Seminggu Nasrul outstation bersama Salmi akhirnya mereka pulang ke rumah.Mereka langsung tidak mengetahui kejadian yang menimpa Ain Syuhada.Pada mereka Danial Iskandar seorang lelaki yang baik.Sesiapa pun tidak akan mengesyakinya termasuklah mama dan papa mentuanya.Memang Danial Iskandar seorang pelakon yang hebat.

    “Ada minggu ni Ada ada meeting dengan Is kan”Tanya Nasrul.Ain Syuhada hanya menganggukan kepalanya.Bila nama itu di sebut seluruh urat sendinya menjadi lemah.Bukan kerana dia takut berdepan dengan Iskandar,tetapi tahap sabarnya mungkin hilang bila sering bertemu dengan makhluk Allah itu.Akhirnya hari yang di janji pun sampai...
   
“Maaf Encik Danial kami lewat”ucap shamsul meminta maaf atas kelewatan mereka.kali ini Ain Syuhada bukan bersendirian tapi di temani rakan sekerjanya Shamsul.Orang yang bertanggungjawab keatas projek usahasama mereka ini.walauapapun dia lega kerana tidak bersendirian bersama Danial Iskandar.Habis sahaja perbincangan Ain Syuhada meminda diri untuk ke tandas.Tanpa di sedarinya Danial Iskandar mengekorinya.

    Tangannya di sambar seseorang,tangan itu terus meraih pinggang ramping milik Ain syuhada.Tangannya berusaha melepaskan tangan yang melilit di pinggangnya.
   
“Lepaslah..kau nak apa lagi”Tanya Ain Syuhada keras.Kata ganti diri pun sudah bertukar dari saya-awak kepada kau-aku.Danial Iskandar tersenyum sinis.Matanya merenung tajam wajah Ain syuhada.Makin kuat pelukkan pada tubuh itu.Masih terbayang wajah merayu isterinya.Dia puas dapat menakluki tubuh Ain Syuhada dan menjadi orang pertama.Dalam hati ada terdetik rasa bangga kerana dia menjadi yang pertama.Sedangkan selama ini gadis-gadis yang mendampinginya semuanya sudah pernah di sentuh.
   
   Akhirnya rontaan kuat Syuhada meleraikan pelukan Iskandar di pinggangnya.Cepat-cepat Syuhada melarikan dirinya jauh dari Iskandar.Dari jauh kelihatan Shamsul,laju kakinya melangkah merapati shamsul kerana dia pasti Iskandar tidak akan berani menghampirinya.Mungkin orang salah anggap dengan situasi mereka,namun yang pasti tiada siapa pun yang tahu akan hubungan suami isteri mereka kecuali kaum keluarga terdekat.
   
   “Oklah Encik Daniel ,kami minta diri dulu”ucap shamsul tanpa berlengah bila melihat isyarat mata dari Syuhada.Dia juga tidak tahu akan hubungan sebenar antara bos kecilnya itu dengan Daniel Iskandar.Tapi dia dapat melihat akan sikap Daniel Iskandar yang cuba merapati Ain Syuhada.Dalam pada masa yang sama Ain Syuhada seakan mengelak dari lelaki tersebut.Begitu juga terjadi masa mereka baru tiba di Menara Holding.Ain Syuhada seakan keberatan untuk turun dari kenderaan yang mereka naiki.Boleh pula bos kecilnya itu menyuruhnya pergi sendirian dan dia menunggu di dalam kereta.
    
Akhirnya Ain Syuhada menghembus nafas lega bila saja kakinya melangkah meninggalkan Menara Holding.Sesak nafasnya selagi lelaki itu ada di hadapan matanya.Terasa seperti ada tali yang menjerut lehernya.Ain Syuhada tersenyum sendiri.Tanpa di sedarinya ada mata yang sedang memerhati langkahnyadari tingkat 17 Menara Holding.Walaupun Ain Syuhada tahu ada dia kisah semua itu.tidak di pedulinya pun.


Tukk....tukkk...

“Masuk...”arah Ain Syuhada.

   “Cik Ain ada tetamu nak jumpa cik Ain....tapi dia tak ada buat temujanji...Cik Ain nak jumpa ke?”Tanya pembantunya.Dia kenal sangat dengan perangai ketuanya itu yang merupakan bos kedua dalam syarikat ini.Ketuanya tidak sekali-kali melayan tetamu tanpa temujanji.

“Berapa lama awak kerja kat sini Mai dan berapa kali saya nak ingatkan awak yang saya takkan berjumpa sesiapapun tanpa temujanji?”tegas Ain Syuhada.

“Tapi...”

“I say no..dah awak boleh keluar Mai..”tegas Ain Syuhada.Belum pun Maisarah keluar dari bilik ketuanya,pintu dibuka dari luar.TergamamAin Syuhada melihat gerangan tetamu itu.

“Errr Cik Ain saya...”

“Takpe awak boleh keluar Mai”potong Ain Syuhada.Daniel Iskandar sempat melemparkan senyuman buat Maisarah.Berbulu mata Ain Syuhada melihat senyuman itu.Bukan kerana cemburu,marah jauh sekali.Tetapi meluat dengan perangai tuan punya senyuman.

“Kau nak apa?”Tanya Ain Syuhada garang.

“woo...woo...macam ni ke cara kau layan tetamu,atau lebih tepat lagi suami?”Tanya Danial Iskandar sambil melembarkan senyuman sinis buat Ain Syuhada.

“emmmm...”sambil menghadiahkan jelingan tajam buat tetamu tak di undangnya.Inilah saat yang paling dia tak mahu laluinya.Berhadapan dengan lelaki yang bergelar suami padanya tetapi dalam masa yang sama bergelar musuh.Segala rasa yang lelaki itu hadiahkan kepadanya masih lagi segar dalam ingatannya.Segala kata-kata yang di lemparkan padanya juga masih jelas terngiang-ngiang di teliganya.Siapa pun tak mungkin menyangka lelaki yang murah dengan senyuman di hadapannya ketika ini adalah suaminya.Suami yang menganggap dirinya tak ubah seperti seorang pelacur.
Terasa air hangat mengalir,cepat-cepat tangan mengesat tanpa mahu Danial Iskandar melihatnya.Tidak sesekali dia akan menunjukkan kelemahannya pada lelaki itu.Kalau pun lelaki itu melihatnya tak mungkin akan simpati pada dirinya.

“Aku ada hal nak bagitahu kau...”

“Kau nak kahwin lagi satu?”potong Ain Syuhada.

“Go head..aku  tak peduli walau kau nak kahwin sepuluh sekali pun,aku nak kau lepaskan aku dulu.Aku tak nak jadi isteri kau”sambung Ain Syuhada

“hoo..hooo...kau ni memang perempuan tak gu...”

“So what...kalau aku perempuan tak guna kau lepaskan aku sekarang,aku pun tak ingin ada suami dayus macam..”potong Ain Syuhada.