Ahad, 14 September 2014

Karya saya yang tak seberape..cuba2 lah baca..kot ada yang nak komen pon boleh...

SEPARUH HATI

part 1
Syuhada merasakan dunianya gelap...tubuhnya rebah ke lantai,tapi ada tangan yang sempat memaut tubuhnya.
Tanpa disangka kerana salah faham dirinya bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama danial iskandar yang langsung tidak di kenalinya.

”ini salah faham je..saya dengan dia tak buat apa-apa pun,kami langsung tak kenal,ni kali pertama saya jumpa dia ustaz,ini pun atas urusan kerja”panjang lebar keteranggan ain syuhada namun tiada siapa yang mempercayai kata-katanya.

Mereka terpaksa di nikahkan malam itu juga atas permintaan kedua-dua keluarga.
hancur luluh hati ain syuhada atas ketegasan abang sulungnya,nasrul.bertambah geram hati ain bila denial iskandar langsung tidak bersuara dan hanya mengikut kehendak keluarga.
Selesai semuanya mereka berkumpul di rumah nasrul,abang sulung kepada ain syuhada.kelihatan muka masing-masing tenang kembali setelah selesai urusan di pejabat agama tadi.ain syuhada sudah lama mengurungkan diri di dalam bilik.menangis mengenang dirinya yang kini bergelar isteri.perasaan marah,geram,malu semuanya bersatu dalam dirinya.
Kedengaran pintu bilik di ketuk dari luar.

“Syuhada..syuhada..buka pintu ni dik..”kedengan suara kak salmi isteri kepada abang nasrul.sememangnya syuhada kalah dan tunduk pada salmi..baginya salmi bagaikan ibu.segala bebannya akan berkurangan bila bersama salmi.
Pintu bilik di buka..

“Kak..ada tak salah kak..itu semua salah faham je..akak percayakan ada kan kak”rintih syuhada dalam dakapan salmi.
Berderai air mata salmi mendengar rintihan syuhada.syuhada sudah seperti anaknya.sejak kecil dia yang menjaga syuhada setelah ketiadaan kedua-dua mentuanya.segala sakit pening budak itu dia yang ubatkan.luluh hatinya melihat wajah kecewa syuhada semasa sampai di pejabat agama tadi.

“Dah..sudah jangan nangis lagi..akak tahu ada tak salah tapi Cuma salah faham saje kan”ucap salmi mengulang ayat syuhada.dia tahu anak itu dalam kesedihan dan keliru.

“Tapi sekarang ada dah sah jadi isteri iskandar..nak tak nak ada kena sedar dan terima hakikat tu”ucap salmi sambil membelai lembut kepala syuhada di atas ribanyamakin laju airmata syuhada mendengar kenyataan yang baru keluar dari mulut salmi.dia merasakan dunianya terhenti waktu itu

“jom kita keluar,semua orang tengah tunggu ada kat luar”ajak salmi.”tak baik tau buat tetamu tertunggu-tunggu”sambung salmi.
Sambil memimpin tangan salmi keluar bersama syuhada menuju ke arah sekumpulan tetamu yang syuhada sendiri tidak kenali.tapi dia dapat mengagak siapa tetamu-tetamu yang tak di kenalinya itu.

“Ain syuhada..sini duduk dekat mama”panggil salah seorang tetamu yang membahasakan dirinya mama.
Syuhada patuh merapati perempuan tersebut.

“Ini datin zaiton,mama mentua ada”ucap kak salmi memperkenalkan wanita yang baru sahaja membahasakan dirinya mama kepada syuhada.salmi memberi isyarat menyuruh syuhada menyalami tangan ibu mertuanya.syuhada akur walaupun dalam hatinya ada perasan marah tapi dia masih waras akal fikirannya waktu itu.

“ain syuhada.. anak mama tu bukan lah baik sangat,tapi mama harap syuhada dapat terima is..”ucap datin zaiton sambil mengenggem erat tangan syuhada.semua mata kini tertumpu pada ain syuhada yang tertunduk sambil menyapu airmata.ada juga saudara-mara yang mengesat airmata masing-masing.mungkin bersimpati dengan apa yang terjadi.ain syuhada hanya tunduk merenung lantai.sesungguhnya dia tidak tahu apa yang patut di lakukan ketika ini.untuk melihat muka Daniel iskandar dia tidak mampu takut perasaan marah menguasai diri.untuk memandang tetamu-tetamu yang ada,dia malu dengan aib yang terjadi.apa yang mampu syuhada buat ketika inihanya merenung lantai yang sudah 20 tahun dia diami.

Sedar-sedar tetamu sudah beransur pulang,yang tinggal hanya mereka sekeluarga.daniel iskandar juga turut pulang bersama ibu bapanya.dalam hatinya cukup bersyukur kalau tidak dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan lelaki itu.
Keesokkan harinya ain syuhada di beri cuti seminggu.dia perlu tenangkan fikiran atas apa yang berlaku.segala kerjanya di serahkan kepada shamsul.selama seminggu ain syuhada membawa diri ke pulau redang, Terengganu.setiap hari masanya dihabiskan di tepi pantai.
Hari ini merupakan hari terakhir dia di sini.setelah siap berkemas syuhada menuruni lif untuk check out,belum pun sampai di kaunter tubuhnya terlanggar seseorang.

“Ya allah..mintak maaf encik saya tak sengaja..”ain syuhada tunduk mengambil barang yang terjatuh.bila saja dia mengangkat kepala alangkah terkejutnya melihat lelaki yang berdiri di hadapannya itu.danial iskandar atau lebih tepat lagi suaminya.ain syuhada terus melangkah pergi tanpa memperdulikan iskandar yang sedang memanggilnya.
Tiba-tiba tangannya di tarik kasar.danial iskandar kini di belakangnya.syuhada berusaha menarik tangannya dari genggaman iskandar.

“lepaslah,sakit tahu tak..”marah syuhada.sambil berusaha melepaskan tangannya dari genggaman iskandar.

“Awak tak dengar ke saya panggil tadi?telinga tu dah hilang ke?”Tanya iskandar dalam geram.

“jom ikut saya,kita perlu berbincang,sampai bila kita nak terus macam ni”ucap iskandar sambil menarik tangan syuhada supaya mengikutnya.

Pengalaman mendewasakanku....

           Tak tahu kenapa dan mengapa hadirkan blog ini.tapi yang saya tau saya suke bercerita.dulu masa umur sy dlm 15 thn mcm tu sy ada jgk menulis cerita ala-ala karangan macam tu.sebabnya saya suke karang cerita.konon2 nak jadikan buku tapi sampai sekarang tak pernah public kat mana2.buku2tu semua masih tersimpan kat kg saya.hehehe....

         Makanya saya nak cuba jugak bercerita walaupun dengan bahasa saya sendiri.tau kenapa saya tulis semua cerita saya kat dlm buku??dulu saya tak suka komputer.bukan tak suke sebenarnya tapi marahkan ayah.nak tau sebabnya???sebabnya ayah upah cikgu komputer datang mengajar saya di rumah padahal kakak2 saya semuanya belajar di kelas komputer.tapi masa tu saya masih budak tak cukup umur tak tahu beza mana yang bagus mana yang tidak(padahal sudah14thn).saya tak tahu bertapa sayangnya ayah pada saya sampaikan upah cikgu datang mengajar di rumah.sedangkan kakak2 saya pergi belajar kat kelas komputer.

       Sampai sekarang menyesal tak belajar betul2.kerana marahkan ayah saya tak pandai sgt komputer.lps spm sy pun dpt sambung belajar pun dlm bidang yang byk gn komputer(programmer)tapi sy pandai2 tukar kos tanpa pengetahuan mak ayah saya ke bidang elektronik..hahaha.. 

       Tapi saya berjaya jugak habiskan pelajaran saya.dpt lah juga pengalaman kerja bidang yang say ambil tu selama 5thn.lps saya lahirkan ank saya yang sulung say dah tak kerja.niat memang nak kerja.tapi bila suami putuskan tak payah kerja.so...tak payah kerja lah...tapi memang tak best lah kalau tak pegang duit sendiri ni kan.walaupun kita perempuan tapi kita tetap rasa puas kalau dapat duit dari hasil titik peluh sendiri.

      Emmmm...banyak pulak saya membebel hari ini.insyaallah saya nak usahakan juga minat saya berkarya sampai membuahkan hasil.kalau ada yang terbaca harap2 doakan saya.daannn kalau ada yang nak bagi pandangan kat sy pun blh..tak salah untuk memberi pandangan.jom usaha....caiyokkk AMIE AHMAD ......


Selasa, 9 September 2014

Rasa yang kurang

#dekat tapi jauh
#ada tapi xnampak
#maaf jika aku xsempurna

Sabtu, 6 September 2014

First day

Bismillahirohmanirohim....
Kuang....kuang...kuang.....mtk2 menjadiklah kali nie...amie ahmad ni suke menulis dan suke merapu....jadinya jom merapu meraban kat sini..sesi luahan rasa,perasaan....
Letih sggh dh 3hr duk ngadap blog ni...almaklumlah org xpandai dlm istilah lain rabun it(bkn bute ye....)

Dulu ms sambg blaja dpt programmer tp gatai p tukar amik elektronik...haa skrg mula lah xtau br nk celik it....kalaulh mak tau mampos kn bambu....kihkihkih...

Amie bk blog ni sesaje je....sronok2...blh kongsi2 cerita..resepi masak memasak...pendapat..isu2 semasa semua blh taram dlm blog ni..
Blh le saling tegur menegur....jgn gaduh2 sudahhhh....tp kalau gaduh manje2 blh...hihihi...

#dah dinihari amie nk tido dulu...
#esok kalau rajin jom share resepi...